Anda di halaman 1dari 2

Definisi pendengaran aktif dalam muzik

 Pendengaran aktif ialah pendengar akan menunjukkan pemahaman melalui reaksinya,


Non-verbal cues seperti mengangguk kepala,ekspresi muka meunjukkan bahawa
seorang pendengar memberi penumpuan terhadap muzik yang didengar.

 Pendengaran secara aktif merupakan proses dimana pendengar memahami mesej yang
terkandung dalam sesuatu lagu. Contohnya memahami dari segi konsep muzik yang
diaplikasikan dalam sesuatu repertoire.

Perkembangan pendengaran perseptif dapat dilakukan melalui beberapa cara:

Penumpuan
 Menumpukan perhatian sepenuhnya dalam mendengar muzik
 Memberikan konsentrasi terhadap apa yang didengar

Pengulangan
 Muzik yang didengar haruslah dilaksanakan berulang kali supaya pendengar benar-benar
memahaminya
 Setiap pendengaran yang diulang sudah tentu mendapat kemahiran dan pengalaman
yang baru

Familiariti
 Pengulangan mendengar muzik tertentu akan dapat membiasakan penengaran kita
kepada muzik tersebut
 Kita akan lebih selesa dan dapat memahami dengan lebih mendalam apabila mendengar
muzik yang selalu dimainkan
 Sentiasalah bersikap ingin menerokai muzik yang didengar dengan lebih mendalam

Latar belakang muzikal


 Latar belakang dan pengalaman muzik amat perlu untuk membina persepsi dalam
menghayati muzik
 Contohnya menonton konsert dan produksi muzikal, mendengar muzik daripada media
penyiaran, cakera padat, menyanyi dalam kumpulan koir dan bermain dalam orkestra
 Membaca buku/artikel tentang pencipta,stail ciptaannya
Penglibatan dalam aktiviti muzikal
 Penglibatan seperti dalam pasukan koir atau orkestra dapat meningkatkan sumbangan
terhadap penghayatan seni muzik

Definisi Finger Play

 Merupakan lagu kanak-kanak yang direka untuk diiringi pergerakan jari/tangan yang
berkaitan dengan isi kandungan.
 Ia digunakan untuk menarik minat kanak-kanak di samping mendidik mereka
 Kanak-kanak dapat menikmati muzik dan lirik lagu-lagu fingerplay dan juga
bergembira semasa melakukan pergerakan.
 Pada masa yang sama mereka juga dapat mempelajari koordinasi tangan dan mata,
irama, mengikut arahan, sekuen, dan memori.
 Terdapat pelbagai jenis finger play.Contohnya finger play yang menceritakan sesuatu
jalan cerita, finger play tentang benda dan pengiraan.

Anda mungkin juga menyukai