Anda di halaman 1dari 8

SJK( C) CHUNG HUA MARUDI

UJIAN BAHASA MELAYU TAHUN 3


MASA: 45 MINIT

NAMA: _____________________ TARIKH: ________________ MARKAH: _________

Bahagian A
(Masa yang dicadangkan: 25 minit)
(60 markah)

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B, dan C atau empat jawapan pilihan
A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu.

Soalan 1 hingga Soalan 19


Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Ketibaan Perdana Menteri disambut dengan meriah. _________ akan merasmikan


majlis pelancaran kereta nasional yang terbaru.
A Dia C Beta
B Beliau D Mereka

Soalan 2 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1
2. Ada seekor katak di _____________ pasu itu.
A tepi C atas
B bawah D belakang

3. Sultan Alauddin amat prihatin. _______ mementingkan kesejahteraan rakyatnya.


A Beliau C Kamu
B Mereka D Baginda

1
4. Dani membeli beberapa __________ jagung bakar di pasar malam.
A tongkol C batang
B tangkai D potong

5. Wani menunjukkan beberapa ________ gambarnya semasa bercuti di Pulau


Tioman.
A helai C naskhah
B buah D keping

6. Arumugam mengasah pisaunya yang sudah_____________.


A tajam C pendek
B tumpul

Soalan 7 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2
7. Mereka bekerja dalam suasana __________ dengan gurau senda.
A sedih C cerah
B marah D ceria

8. Pasu ini dibuat _____________ tanah liat.


A di C pada
B ke D daripada

9. Abang menunggu kedatangan kawannya __________ perhentian bas itu.


A di C ke
B dari

10. Barang-barang itu ____________ ke dalam lori.


A dibawa C diangkut
B dihantar D dijinjing

2
11. Semasa hujan lebat, jangan berteduh di _____________ pokok.
A bawah C depan

B atas

12. ___________penonton menyaksikan persembahan tarian tradisional di dewan itu.


A Beberapa C Semua
B Ribuan D Seluruh

13. Dia masih tidak dapat melupakan kemalangan yang _____________ itu.
A merisaukan C mengerikan
B menyusahkan D menyeramkan

Soalan 14 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

14. Pemain itu berjaya ______________ bola ke arah pintu gol.


A menolak C menyeret
B membawa D menendang

15. Pemandangan di sini memang _________.


A menarik C menyakitkan
B menyusahkan D melukakan

16. Encik Kamal memohon bertukar tempat kerja untuk________________.


A beralih akal C makan angin
B beralih angin D mengambil angin

3
17. Hasim ____________. Dia sering menghulurkan bantuan kami.
A murah hati C mengadu untung
B mengambil hati D mengadu domba

18. ____________ dapatkan nombor giliran anda terlebih dahulu.


A Harap C Jemput
B Sila D Tolong

19. Kedai runcit itu menjual berbagai-bagai jenis_______________.


A rempah-ratus C segar-bugar
B kacau-bilau D rumput-rampai

Soalan 20 dan Soalan 21


Pilih erti kata bagi kata yang bergaris.

20. Pemandu bas ekspres itu memandu dengan cermat.


A berhati-hati C dekat
B deras D rapat

21. Mereka sekeluarga kerap mengunjungi nenek di kampung.


A lazim C selalu
B gemar D banyak

Soalan 22 dan Soalan 23


Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

22. Di manakah Wan Wah membeli buku rujukan ini?


A Buku rujukan ini berharga RM12.60
B Kedai Buku Mirwana terletak di Jalan Hang Tuah.
C Wan Wah membeli buku rujukan ini di Kedai Buku Mirwana.
D Buku rujukan ini kepunyaan Wan Wah.

4
23. Mengapakah Ganesh ke hospital?
A Ganesh ke hospital untuk melawat Kok Kiong.
B Ganesh ke hospital dengan menaiki bas.
C Ganesh ke hospital bersama-sama dengan Haris dan Ravi
D Ganesh ke hospital pada petang Sabtu.

Soalan 24 berdasarkan Gambar 4

Saya sedang menunggu


kedatangan Fatimah dan
Sally.

Gambar 4

24. A Mengapakah awak menunggu di sini?


B Bilakah awak hendak ke rumah Fatimah?
C Di manakah awak mahu berjumpa dengan mereka?
D Apakah yang awak tunggu?

25. Keadaan kedai itu sangat kotor dan ada banyak lalat.
A Bilakah kali terakhir kamu makan di kedai ini?
B Bagaimanakah keadaan kedai itu?
C Siapakah yang memiliki kedai itu?
D Di manakah letaknya kedai itu?

Soalan 26 dan Soalan 27


Pilih ayat yang betul.

26. A Wah, canggihnya komputer ini!


B Aduh, comelnya kucing kesayangan awak!
C Nah, sakitnya kepalaku!
D Amboi, di sini rupa-rupanya kamu menyorok!

5
27. A Eh, ambillah buku kamu ini!
B Oh, sudah lama kita tidak bertemu!
C Hai, panas sungguh cuaca hari ini!
D Aduh, kakiku tercucuk duri!

Soalan 28 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5
28. Pilih lawan kata bagi gambar di atas.
A jelas C luas
B kecil D tinggi

Soalan 29
Pilih lawan kata yang bergaris.

29. Ibu sentiasa meminta supaya kami saling membantu.


A mencegah C membantu
B melarang

30. Lubang yang berisi sampah itu ditimbusnya dengan tanah.


A ditutup C ditindan
B dikambus D dibalut

6
Bahagian B
(Masa yang dicadangkan: 20 minit)
(40 markah)

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Pak Rahim penternak puyuh. Dia mempunyai sepuluh sangkar puyuh. Setiap sangkar
mempunyai 120 ekor puyuh. Pak Rahim dibantu oleh dua orang anaknya. Mereka
membersihkan sangkar serta memberi puyuh-puyuh itu makanan dan minuman.
Selain itu, mereka turut memungut telur-telur puyuh. Telur-telur puyuh dipungut
untuk dijual. Ada juga yang dieram supaya menetas. Biasanya, telur puyuh akan menetas
dalam masa 17 hingga 18 hari selepas dieramkan.
Apabila umur puyuh itu mencapai lima hingga enam minggu, Pak Rahim
menyembelih puyuh-puyuh itu untuk dijual. Daging puyuh banyak mempunyai sumber
protein.
Pak Rahim bercita-cita untuk menjadi penternak puyuh yang berjaya. Oleh sebab itu,
dia berusaha dengan gigih untuk menambah bilangan puyuhnya.

31. Apakah pekerjaan Pak Rahim? (2 markah)

________________________________________________________________________

32. Siapakah yang membantu Pak Rahim mengurus penternakan puyuhnya? (2 markah)

________________________________________________________________________

33. Bilakah masa yang sesuai untuk menyembelih puyuh? (2 markah)

________________________________________________________________________

34. Berapakah bilangan puyuh yang diternak oleh Pak Rahim? (2 markah)

________________________________________________________________________

35. Apakah harapan Pak Rahim? (2 markah)

________________________________________________________________________

7
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca puisi di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Akar alam akar temu, Tiung batu pandai berkata,


Diambil oleh si anak dara; Hinggap di atas lampu ayan;
Ucaplah salam apabila bertemu, Gigih usaha doa dipinta,
Sebagai ucapan penambah mesra. Itulah punca kunci kejayaan.

Berehat sebentar di gerai makan, Anak Hawa membuat lepat,


Peluh menitik di celah jari; Disimpan pula di dalam peti;
Ada akal tidak digunakan, Kawan ketawa senang dapat,
Alamat menyusahkan diri sendiri. Kawan menangis sukar ditemui.

36. Apakah yang perlu dilakukan apabila bertemu? (2 markah)

________________________________________________________________________

37. Apakah yang akan berlaku jika akal tidak digunakan? (2 markah)

________________________________________________________________________

38. Apakah kunci kejayaan? (2 markah)

________________________________________________________________________

39. Frasa kawan menangis bermaksud… (2 markah)

________________________________________________________________________

40. Apakah pengajaran yang ingin disampaikan oleh puisi ini? (2 markah)

________________________________________________________________________