Anda di halaman 1dari 5

Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Narinang

PANDUAN KEPADA MENTOR/MENTE DALAM PROGRAM MENTOR MENTEE

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG

PENDAHULUAN
Peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM memerlukan persediaan rapi lebih
daripada sekadar membaca . Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Samada anda bersedia atau
tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh yang demikian lebih baik fokus kepada
persediaan dari segala aspek seperti fizikal, mental, emosi dan rohani.

Persediaan Fizikal
1. Kesihatan
Kesihatan yang terganggu menyebabkan gangguan terhadap persediaan diri untuk peperiksaan.
Kesihatan yang terganggu boleh membawa kepada gangguan emosi. Pastikan anda menjaga perkara
berikut:
a. Tidur yang cukup – 6 -7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan rasa mangantuk, letih dan boleh
jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan
b. Jaga pemakanan – makanan yang berzat, halal, bersih.
c. Riadah – hanya perlukan masa 20 minit untuk riadah sebanyak 3 kali seminggu. Lakukan
senaman ringan. Jangan beriadah sehingga meletihkan badan kerana ia boleh menyebabkan
mengantuk

2. Keselamatan
Jaga keselamatan diri sendiri, jauhkan diri dari aktiviti lasak. Elakkan diri dari sebarang kecederaan.
Lebihkan masa berada di rumah ketika menjelang peperiksaan

Persediaan Mental

Pelbagai gambaran negatif


a. Menyerah kalah sebelum berjuang – pelajar merasakan tidak ada harapan untuk lulus.
Kepercayaan bahawa akan gagal berdasarkan keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum
ini
b. Merasa belum bersedia – merasakan masih tidak cukup belajar, takut lupa apa yang telah
dipelajari, malu dengan rakan-rakan jika keputusan tidak seperti yang diharap
c. Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi – ia boleh menjadi beban kepada anak-anak sehingga
menganggu fikiran mereka. Ibu bapa haruslah mendorong anak-anak membuat yang terbaik
mengikut kemampuan.

Berfikiran positif
1. Fokus mental kepada apa yang perlu dilakukan dan hasil yang diharapkan
2. Pegang pada kata-kata seperti “sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian
langsung”, “ if you can’t see it, you can’t have it”
3. Lakukan latihan minda setiap hari ;
a. Duduk dikerusi dengan selesa. Tangan diletak diatas peha. Badan tidak bersandar.
Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, urat saraf dan pejamkan mata anda

1
Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Narinang

b. Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut.
Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang,
gambarkan anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan
c. Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, samada kecil atau besar. Saya mahu
anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan
pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda.
Dimana ia berlaku? Apa yang berlaku?Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda
dengar ?Kalau ada tepukan, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian
dengarkan suara siapa yang memuji itu. Gambarkan secara jelas mengikut kemampuan
anda. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan
keseronokkan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya
ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.
d. Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda
dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali. Ulang langkah
b - d beberapa kali.
e. Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Gambarkan
anda duduk di kerusi dan di atas meja tersedia kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam
dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa
yang and baca keluar. Idea keluar mencurah-curah. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan
bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. Idea keluar
mencurah-curah. Gambarkan 7A dlm PMR (9A untuk SPM). Ketikan ini sekali lagi cubit
kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah d tadi.
f. Buka mata anda, ulangi langkah e beberapa kali
g. Buatkan latihan minda 10-15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan latihan ini
bersungguh setiap hari anda dapat mengawal perassan takut ketika anda berada di dewan
peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-duia peha.

Kejayaan latihan minda di atas bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan
dan tumpuan anda.

Persediaan Emosi

Elakkan sebarang bentuk gangguan emosi ketika saat-saat menghadapi peperiksaan. Perkara-
perkara berikut juga perlu dielakkan:
1. Pertengkaran dengan rakan-rakan;
2. Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
3. Cinta monyet yang kecundang di saat- saat akhir peperiksaan;
4. Bersikap terlalu yakin;
5. Berprasangka buruk terhadap orang lain;

Belajar mengawal emosi. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Banyakkan sikap sabar. Teruskan
usaha anda. Kekalkan matlamat peperiksaan. Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi.
Tanggapan yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita
dari dua perspektif iaitu positif dan dan negatif. Mulai hari ini ambil dari segi positif. Ingatlah setiap yang
berlaku adalah merupakan ujian dari tuhan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda
mampu membententg emosi anda.

2
Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Narinang

Persediaan Rohani

Persediaan rohani juga amat perlu. Ketenangan jiwa dan fikiran amat perlu di saat-saat menghadapi
peperiksaan . Anda boleh lakukan perkara-perkara berikut;
1. Sentiasa berdoa kepada tuhan/Allah. Minta ketenangan
2. Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anaknya sangat makbul
3. Banyakkan berzikir dan membaca al-quran
4. Jauhi maksiat dan dosa besar
5. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa

MENGATASI PELBAGAI SOALAN DAN KEBIMBANGAN

1. Saya tidak tahu di mana patut bermula


- Jangan panik. Senaraikan semua perkara yang perlu anda lakukan. Agih-agihkan tugasan
anda kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah dilaksanakan. Tentukan keutamaan
tugasan, Rancang masa untuk menyelesaikan setiap tugasan. Jangan ponteng kemungkinan
akan tertinggal maklumat penting, rancang strategi pembelajaran. Mulakan belajar dengan
topik senang dahulu. Mulakan 30 minit – 1 jam dahulu

2. Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan semakin hampir


- Buat tinjauan keseluruahan topik. Kenalpasti topik-topik penting. Fahami konsep penting.
Pastikan topik yang anda masih belum faham. Mulakan belajar topik-topik penting dulu.

3. Subjek ini cukup membosankan. Anda rasa jemu dan mengantuk apabila membacanya
- Belajar aktif bukan pasif. Guna kaedah membaca berkesan. Dapatkan soalan berkaitan topik
sebelum memulakan ulangkaji. Pelbagaikan aktiviti ketika belajar. Selang-selikan antara
aktiviti membaca, menulis nota, melakar peta konsep, menghafal, menggaris kata kunci dan
menjawab soalan-soalan. Tukar apa yang dibaca kepada gambar minda. Belajar bersama
rakan yang lebih arif.

4. Anda baca dan anda faham, tetapi anda tidak mampu mengingatinya
- Hafal kata kunci bukan ayat, gunakan teknik ceraian, gunakan teknik mnemonik

5. Anda rasa anda faham apa yang dibaca. Anda rasa anda telah mengingatinya
- Jangan cepat puas hati dengan apa yang anda usahakan. Uji ingatan dan pengetahuan anda.
Jawab soalan dari buku atau peperiksaan tahun lepas. Bina soalan-soalan berdasarkan tujuh
soalan asas; apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? Bagaimana?

6. Terlalu banyak untuk dihafal dan diingat


- Maklumat dan fakta dapat dikeluarkan dengan lebih baik sekiranya dibaca, dihafal dan
disimpan dalam bentuk sistematik;
 Tuliskan rangka setiap bab yang dibaca serta ringkasan tentangnya, perhatikan
perkaitan. Kumpul maklumat, Pemetaan maklumat, lakar peta konsep.

7. Tadi masih ingat tetapi kini anda lupa?


- Kajian menunjukkan bahawa manusia normal akan lupa 80% yang dibaca hanya dalam masa
24 jam perlu rancang strategi agar mampu mengatasi kelemahan. Sering buat imbasan.
Pastikan setiap yang dibaca diringkaskan. Selepas 24 jam cuba lihat kembali nota ringkas
3
Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Narinang

anda. Cerita apa yang difahami. Sekiranya anda mampu menceritakanya, bermakna anda
mampu memanggil semula maklumat. Jika tidak semak semula sekli imbaas teks asal.
Berikan masa menjawab soalan-soalan berkaitan untuk mengukuhkan ingatan. Semak
semula apa yang dibaca dari masa ke semasa.

8. Anda suka belajar disaat-saat akhir


- Pendapat bahawa baik belajar disaat akhir , sebab belajar awal pun lupa juga adalah tidak
benar. Salah satu rahsia belajar ialah kekerapan. Lagi kerap sesuatu bahan itu diulangbaca
maka lagi besar potensi untuk anda memahami dan mengingatinya. Mulakan dengan yang
mudah-mudah dahulu kemudian baru yang sukar.

BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN

Kadangkala pelajar yang rajin tidak mendapat keputusan yang setimpal dengan usaha. Ini kerana
mereka tidak belajar dengan pendekatan untuk cemerlang dalam peperiksaan. Tidak merancang jadual
belajar dengan betul. Lakukan yang berikut agar keputusan cemerlang;

1. Bersedia untuk belajar


- Persediaan awal sangat penting

2. Buat jadual belajar untuk peperiksaan


- Semak buku-buku termasuk nota sekolah, buku teks, buku rujukan, soalan ramalan, soalan
tahun lepas
- Kenalpasti bab-bab yang susah, senaraikan
- Analisa soalan-soalan sejak 5 tahun lepas. Tajuk yang sering keluar merupakan bab penting.
Kuasai.
- Buat jadual perancangan belajar
- Mungkin perlu belajar 5 – 8 jam sehari. 1 jam waktu pagi, 2 jam tengahari, 1 jam petang, 3
jam waktu malam

3. Mengingati tajuk
- Kemampuan mengingati tajuk yang terkandung dalam matapelajaran menunjukkan anda
ada gambaran jelas tentang apa yang dipelajari.

4. Buat nota
- Fahami apa yang dibaca dan buat nota ringkas yang anda faham
- Kenalpasti kata kunci dalam setiap fakta

5. Latih diri untuk peperiksan


Anda perlu melatih diri untuk peperiksaan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Syarat-syarat latihan peperiksaan :


a) Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak, cepat, tepat
Banyakkan latihan; manjawab soalan-soalan, menceritakan semula apa yang telah dipelajari,
melakarkan kembali dalam bentuk peta minda, mengadakan perbincangan dengan rakan,
menyediakan kad imbasan kecil.

4
Unit Bimbingan & Kaunseling, SMK Narinang

Sekiranya anda pelajar SPM atau STPM cuba hasilkan model jawapan soalan esei
berdasarkan soalan-soalan yang ada. Cuba pecahkan fakta-fakta penting dalam bentuk peta
minda u tuk memudahkan mengingati isi-isi penting.

b) Latih dalam tempoh masa tertentu


Menjawab mengikut masa yang dihadkan agar dapat membiasakan diri

c) Anggap seperti peperiksaan sebenar


- Pastikan anda bebas dari ganggguan, tidak melengahkan masa, tumpuan yang tinggi dan
rasakan seolah-olah tekanan peperiksaan yang sebenar. Elakkan meniru sepanjang latihan.
Anda perlu mengenal gerak hati anda sebab anda memerlukannya dalam peperiksaan
sebenar nanti

d) Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang berkesan


- Langkah; baca arahan, baca soalan, kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan, jawab
soalan mengikut turutan berikut;

i) Jawab soalan bonus - soalan yang anda pasti jawapannya betul


ii) Jawab soalan yang senang – soalan yang anda mampau jawab dengan sekali cubaan
iii) Jawab soalan yang susah – soalan yang memerlukan masa yang panjang atau anda tidak
tahu jawapannya
iv) Semak - pastikan semua soalan dijawab
v) Ulang jawab - ulang jawab soalan bonus dan senang. Semak dengan tujuan mencari
kesilapan bukan tujuan berpuas hati dengan jawapan

6. Mencari sebab ( “Post Mortem”)


- Kaji kelemahan setelah selesai menjawab soalan. Semak jawapan. Jika salah lakukan “post
mortem” iaitu proses mencari sebab. Antara sebab kesalahan berlaku ialah:
 tidak tahu (tidak baca) – persediaan kurang. Beri masa membaca tajuk tersebut
 tidak faham – Tanya guru/rakan
 lupa – kurang mengulangi
 cuai – pastikan anda mengikuti langkah-langkah dalam strategi menjawab soalan di atas
 keliru – tanya / minta penjelasan dari guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan

7. Jangan buang masa


- Bila peperiksaan semakin hampir gunakan masa yang terluang untuk mengulangkaji.
Sekiranya masa terluang tidak sesuai untuk membaca dan menghafal, maka gunakan masa
tersebut untuk melatih mengeluarkan maklumat, ceritakan apa yang dipelajari kepada diri
sendiri, lakarkan apa yang diketahui dalam sehelai kertas.

- Untuk mengelakkan rasa jemu belajar, pelbagaikan aktiviti dalam satu-satu sessi
mengulangkaji.

SELAMAT MENCUBA………….GOOD LUCk

Jossekb