Catatan

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 12

1

SKRIP PENGACARA MAJLIS


SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
SK ST JOHN,BAU
2018
PERKARA TEKS PENGACARA CATATAN

Acara 1 Bermula majlis dengan Selamat Datang


Alua-aluan Lambang berkat adat temurun
pengacara
majlis Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

Yang berbahagia,

Yang di Pertua PIBG SK ST JOHN,BAU


En Patrick Abi

Guru Besar SK ST JOHN,BAU


En Litercelon Kaon Anak Juin

Penolong Kanan Kurikulum


Pn Jolamp Anak Lajing

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Pn Alice Anak Herry

Penolong Kanan Kokurikulum


En Chong Yung Foo

Barisan pendidik yang di kasihi


Warga kerja SK ST JOHN
AJK-AJK PIBG,BARISAN PENGAWAS
Serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Selamat Pagi,Selamat Sejahtera


dan Salam Ibu Pertiwiku.

2
Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat
Sekolah SK ST JOHN BAU.
Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izinnya
dapat sama-sama kita berkumpul di dalam dewan yang
gah ini untuk meraikan Sambutan Hari Guru dengan
Tema Guru Pemacu Transformasi Pendidikan Negara.
Acara 2
Hadirin yang dimuliakan,
Lagu
Bagi menyemarakkan rasa taat setia kepada negara
Negaraku dan
Ibu Pertiwiku. tercinta, sama-sama kita singkap sambutan Sambutan
Hari Guru Peringkat Sekolah 2018 dengan berdiri tegak
untuk menyanyikan lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
dengan penuh bersemangat.

(Nyanyian Lagu, Negaraku dan Ibu pertiwiku).


Terima kasih.
Para tetamu jemputan , guru-guru dan rakan-rakan .
Dipersilakan duduk.

Acara 3 Warga dewan yang dihormati sekalian,

Bacaan Doa
Panggilan cikgu adalah keramat
Bersabar menabur jasa dan juga bakti
Doan dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati

Untuk itu dijemput Puan Jolamp


untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Bacaan Doa
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

3
Pn Jolamp atas pimpinan doa sebentar tadi.

Acara 3 Sidang majlis sekalian,agenda seterusnya adalah


membaca perutusan daripada Ketua Pengarah
Perutusan
Ketua Pendidikan Malaysia,Dengan itu Majlis menjemput
Pengarah
Cikgu Chong untuk membacakan teks perutusan
Pendidikan
Malaysia. tersebut.

Demikianlah tadi teks ucapan daripada Ketua Pengarah


Pendidikan Malaysia.Pastinya segala nasihat dan amanat
akan menjadi ingatan dan pedoman untuk guru-guru
semua.Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Chong.

Jalan beriringan berpegangan


Kalau terjatuh sama merasa
Guru dan Murid mencipta kecermerlangan
Sama-sama menabur jasa.
Acara 4 Hadirin dan hadirat sekalian, Azlina

Ucapan Guru
Besar Adat berbahasa menyampaikan pesan
Adat majlis menyampaikan ucapan

Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Sambutan Hari


Guru Peringkat Sekolah 2018, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan

4
Yang Berusaha,
Guru Besar SK ST JOHN,BAU
En Litercelon Kaon Anak Juin
untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.


(Ucapan Guru Besar)

Demikianlah kata, demikianlah ucapan


Daripada guru besar yang kita kasihi
Sekalung penghargaan kami hadiahkan
Kata nasihat tidak dilupakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


Guru Besar SK ST JOHN
atas ucapan yang telah disampaikan tadi

Acara 7
Para hadirin sekalian,majlis menjemput En Patrick
Ucapan YDP
Abi,Yang Dipertua PIBG mewakili Ibu-bapa untuk
menyampaikan ucapan.Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Patrick Abi atas


ucapan itu tadi.

Acara 8 Berhenti Hujan terbit Pelangi, Azlina


Indah dipandang tak mampu didekati,

5
Ucapan Wakil Ikhlas ajarannya kami sanjungi
Pelajar Budimu guru di kenang sampai mati.

Para guru dan pelajar sekalian,seterusnya majlis


menjemput perwakilan ketua pengawas selaku Ketua
Murid SK ST JOHN BAU mewakili para pelajar iaitu
Saudara Vande untuk menyampaikan ucapan khas
sempena Hari Guru.Dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Saudara Vande atas


ucapan yang penuh bermakna sebentar tadi.

Luas sungguh sawah di sana


Cantik terlihat di waktu senja
Engkaulah guru insan bijaksana
Gigih mendidik berhati waja.

Acara 9
Hadirin yang dihormati sekalian,
Bacaan Ikrar

Ketulusan guru memikul amanah


Keikhlasan guru melunas tanggungjawab
Sudah tersimpai janji
Sudah terpasak ikrar
Sebati dalam diri setiap guru berhati waja
Mendidik bangsa membina negara

Meneruskan majlis pada pagi yang mulia ini, dengan


segala hormatnya dipersilakan Cikgu Shafazuan

6
pembaca ikrar kita pada pagi ini untuk memimpin
bacaan ikrar hari guru

Dipersilakan.....

Pihak majlis juga memohon kerjasama semua guru untuk


berdiri dan sama-sama melafazkan ikrar hari guru
sebagai tanda komitmen jitu, usaha bersepadu seluruh
warga pendidik dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab terhadap profesion perguruan

(Lafaz Ikrar)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas lafaz ikrar
guru itu tadi.

Acara 10 Azlina
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,
Nyanyian
Lagu oleh
Guru Malaysia berikrar berjanji
guru
Mendidik memimpin putra putri tercinta

7
Persembahan guru menyusul kini
Gabungan suara guru-guru terpuji

Terimalah tiga rangkaian irama dan melodi


Lagu Tema Hari Guru 2018,Guru Malaysia dan lagu
Pendidik Bumi Kenyalang.

(LAGU GURU)

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang telah


menjayakan persembahan tadi dengan gilang-gemilang.

Hadirin yang dimuliakan

Lagu Guru Malaysia sesungguhnya begitu sebati dalam


jiwa setiap pendidik. Menjadi sumber inspirasi oleh
semua guru di Bumi bertuah Malaysia.

Acara 11 Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada pagi ini,kita
Persembahan
Sajak mulakan persembahan mendeklamasikan sajak sempena
sambutan hari guru daripada Saudari Sentialia dan
Saudari Thresa Gissel sebagai tatapan khususnya guru-
guru yang kita raikan pada hari ini.Dipersilakn...

Sekalung penghargaan di ucapkan kepada Saudari


Sentialia dan Thresa atas persembahan itu tadi.
Acara 12 Seterusnya kita akan diperdengarkan beberapa rangkap
pantun sempena Hari Guru oleh adik Fredo dari kelas
Persembahan
Pantun Tahun 4.
Dipersilakan...

8
Demekianlah tadi persembahan pantun oleh adik
Fredo.Terima kasih.
Acara 13
Sekarang,kita telah sampai ke acara pemotongan kek
Pemotongan oleh warga guru Sk St John.
Kek Hari Guru Di persilakan..

Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada para


guru di atas kerjasama yang diberikan.Kek itu tadi
adalah sumbangan ___________________.

Acara 14 Sidang hadirin sekalian,


Guru
Penyampaian
Cenderamata Mencurahkan ilmu dengan motivasi
(Batik
Mengajar dengan penuh dedikasi
Sekolah)
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Terimalah sedikit cenderamata
Sebagai tanda kenangan budi

Acara pada pagi yang berbahagia ini diteruskan lagi


dengan penyampaian Cenderamata kepada warga guru
Sk St John.Bagi menyempurnakanya ,majlis
mempersilakan Tuan Guru Besar,En Litercelon Kaon
Anak Juin menjemput dan mengiringi Yang Dipertua
PIBG SK ST JOHN,BAU En Patrick Abi untuk

9
menyampaikan Cenderamata kepada barisan guru-guru.
Dengan segala hormatnya dipersilakan...

Dimulakan dengan Tuan Guru besar kita..

(Rujuk Senarai nama guru)

Terima Kasih kepada Yang Di pertua PIBG kita atas


kesudian menyampaikan Cenderamata itu tadi.

Untuk makluman hadirin sekalian ,Cenderamata kepada


guru-guru tadi merupakan sumbangan daripada pihak
PIBG SK ST JOHN BAU sebagai tanda menghargai jasa
guru-guru yang kita kasihi.

Acara 15 Hadirin sekalian,


Acara kita seterusnya sesi bergambar Staf Sk St John
Sesi
bergambar sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Staff SKB ST
Dipersilakan....
JOHN 2018

Demikianlah tadi sesi bergambar guru-guru kita sebagai


tanda kenang-kenangan.

Acara 16 Sidang hadirin sekalian..

SLOT
Jasa Mu Ku Guru
Kenang
Mencurahkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi

10
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Terimalah sedikit cenderamata
Sebagai tanda kenangan bud

Seterusnya, Slot Jasa Mu Ku Kenang iaitu


menyampaikan hadiah dan bersalam-salaman dengan
semua guru.
Kita mulakan dengan Murid Pra Sekolah...Tahun
1...Tahun 2...Tahun 3A...Tahun 3B..Tahun 4...Tahun 5
dan Tahun 6..
Terima Kasih diucapkan kepada semua pelajar SKST
JOHN atas tanda ingatan itu tadi.

Sesungguhnya...budi yang di taburkan oleh guru selama


ini tak termampu untuk di balas.Ucapan terima kasih
kami buat cikgu..sebenarnya adalah terlalu kecil jika
dibandingkan dengan pengorbanan yang dilakukan oleh
guru selama ini.
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati
Menjadi insan bijak bestari.

Kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati

11
Tuhan dengan tubuh badan yang sihat.Malah kami
berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami
agar menjadi insan yang berguna.Kami berjanji akan
belajar bersungguh-sungguh seterrusnya memperoleh
yangn cemerlang,

Marilah bersama-sama kita ucapkan TERIMA KASIH


CIKGU.

ACARA 17 Akhirkata tamatlah sudah Majlis kita pada pagi ini,Sekali


lagi Syabas dan Tahniah kepada Warga Sk St John
kerana dapat bersama-sama dalam smbutan hari tersebut.

Majlis juga menjemput Staf Sk John,tetamu jemputan


dan murud-murid untuk menikmati jamuan
Terima Kasih Daun keladi
Panjang umur kita sambut lagi
Buat guru kami sudahi
Selamat Hari Guru buatmu dikasihi

12

Anda mungkin juga menyukai