Anda di halaman 1dari 7

Teks Pengacara Majlis Konvo Prasekolah

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat En. Mohd Yusof B. HassandiPenolong


PPD Kurikulum (Bahasa) Kinta Utara diiringi oleh dif-dif kehormat.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak.
Hadirin diminta berdiri.

Hadirin dipersilakan duduk.

Sebelum memulakan majlis, kami persembahkan koir prasekolah untuk tatapan


hadirin-hadirat sekalian dengan tajuk lagunya “Terima Kasih Cikgu”.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih untuk pasukan koir prasekolah yang
mengiringi nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Perak dan persembahan koir “Terima
Kasih Cikgu”. Persembahan koir itu tadi dibimbing oleh Pn. Munirah bt. Othman.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia En. Mohd Yusof bin Hassandi


Penolong PPD Kurikulum (Bahasa) Kinta Utara

Yang Berusaha Pn. Hjh. Rafiah bt. Abd Razak,


Guru Besar Sk Sungai Rokam

Pn. Sabariah bt. Samsudin


Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Fatimah Zaharah bt. Ghazalli


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Tn. Hj Ab. Rahman b. Ariffin


Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Hjh. Ainun Nur bt. Abdul Rahman


Penolong Kanan Pendidikan Khas
Tn. Hj. Zafian bt. Kasim
Penolong Kanan Petang

Dif-dif kehormat, AJK PIBG, para ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak
pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat
berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis
Konvokesyen Prasekolah kali ke 6 bagi tahun 2012. Majlis merakamkan setingggi-
tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang
Berbahagia En. Mohd Yusof bin Hassandi Penolong PPD Kurikulum (Bahasa) Kinta
Utara kerana sudi hadir dalam majlis Konvokesyen Prasekolah pada tahun ini.
Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-
hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih
bermakna dan berseri.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu,
majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Jamaluddin b. Aliahumad untuk memimpin
bacaan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Jamaluddin b.


Aliahumad atas bacaan doa sebentar tadi.

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sungai Rokam. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Rafiah bt. Abd Razak, untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Hjh Rafiah bt.
Abd Razak, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu
kehormat. Bertonggak adat, “yang datang disambut, yang pergi diringi”, maka
majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia En. Mohd Yusof bin
Hassandi Penolong PPD Kurikulum (Bahasa) Kinta Utarauntuk menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Majlis Konvokesyen Prasekolah kali ke-6 bagi
tahun 2012. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Mohd Yusof
bin Hassandi Penolong PPD Kurikulum (Bahasa) Kinta Utara atas ucapan serta
perasmian majlis Konvokesyen Prasekolah sebentar tadi.

Dari Kedah pergi ke Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Moga hadirin terhibur di hati

Dengan itu, majlis diteruskan dengan persembahan Tarian “Gummy Bear” yang
akan dipersembahkan oleh murid prasekolah Sk Sungai Rokam. Dengan
sukacitanya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan Tarian “Gummy


Bear” sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan tadi dibimbing oleh Pn
Azura bt. Yoeb.

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian sijil serta hadiah kepada murid-murid
Prasekolah Sk Sungai Rokam. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En. Mohd Yusof bin
Hassandi Penolong PPD Kurikulum (Bahasa) Kinta Utara, diiringi oleh Pn. Hjh
Rafiah bt. Abd Razak Guru Besar Sk Sungai Rokam untuk menyampaikan sijil serta
hadiah kepada murid-murid Prasekolah Sk Sungai Rokam.

***Untuk penerima sijil Prasekolah Pendidikan Khas, dijemput :


1. Muhammad El Harith Hafiz b. Mohd El Arafat
2. Iqbal Hakeem b. Mohd Jefry
3. Tan Jin Chen
4. Haikarl Syahmi b. Husrul Nizam
5. Mohamad Azmarul Hakimi b. Mohamad Aziznuddin
6. Syed Muhammad Daniel b. Syed Norizan
7. Chuah Wen Hooi
***Seterusnya, penerima sijil Prasekolah Lestari

Berdaya Saing Dan Berkeyakinan Tinggi


1. Mohamad Zam Nabil b. Razaleh
2. Muhammad Safwan Muaz b. Mohd Azmi
3. Muhammad Harraz Haikal b. Kamarul Hisnan
4. Nor Adriana Batrisya bt. Ahmad Syukri
5. Muhammad Asyraf b. Zainuddin

Sahsiah Terpuji
1. Damia Hani bt Mohd Firdaus
2. Nuraliya bt. Ismail
3. Nurul Fatihah bt. Ismail
4. Muhammad Iman Hariz b. Mohd Halil

Tulisan Cantik
1.Nur Solehah Najwani bt. Mohd Diniah
2. Putri Nur Aleeya bt. Badrul Hisham
3. Ummikalcum bt. Hidayat

Berpakaian Kemas
1. Muhammad Nazrin Adam b. Ben Rizmine
2. Muhammad Aqil Darwisy b. Kamal Bahrain
3. Syafinaz bt. Razali

Pelajar Kreatif dan Inovasi


1. Nur Intisar bt. Khairul Azman
2. Mohammad Firdaus Iskandar b. Abdullah
3. Muhammad Hazim b. Mohd Hatim

Seterusnya, penerima sijil Prasekolah Annur

Berdaya Saing Dan Berkeyakinan Tinggi


1. Nurul Hannah Safia bt. Saiful Amri
2. Muhammad Amir Hakimi b. mohd Nizam
3. Norshireen Qistina bt. Zariman
4. Muhammad Amir Afiq b. Saidi
Sahsiah Terpuji
1. A’isy Naufal b. Mohd Hazuan Shah
2. Muhammad Danish Fikri b. Hamidi
3. Nur Khaleesa Qistina bt Mohammed Zamri
4. Nur Qistina bt. Mohammed Zamri

Tulisan Cantik
1. Aleesya Sofea bt. Mohd Fakhrul Nizam
2. Nur Alia bt Ahmad Zam Zam Azlan
3. Muhammad Thaqif Aniq b. Anizazuddin
4. Damia Marsya Irdina bt. Manan Miah

Berpakaian Kemas
1. Mohammad Salihin Qayyim b. Roslee
2. Mas Izzatul Aleesya bt. Ahmad Dahari
3. Adam Adzrien Alief b. Ismail
4. Muhammad Qhairan Aibath b. Azman

Pelajar Kreatif dan Inovasi


1. Meenashwary A/P S. Thiagu
2. Raja Imran Darwisy b. Raja Azhar
3. Arif Shakirin b. Hj. Ab. Rahman

Seterusnya, penerima sijil Prasekolah Taqwa

Berdaya Saing Dan Berkeyakinan Tinggi


1. Danish Haikal b. Mohd Firdaus
2. Nur Athirah Sufiyah bt. Rudierwan
3. Adam Hakimi b. Shuib
4. Mu’izz Zulfadhli b. Abdullah

Sahsiah Terpuji
1. Anis Sufiya bt. Shamsul Hisham
2. Syed Haziq Afiq Alkaff b. Syed Ahmad Alkaff
3. Siti Nur Izzati bt. Shahrul Izam
4. Muhammad Naufal Syazwan b. Mohamad Safarin

Tulisan Cantik
1. Nurbatrisyia bt. Fadzil
2. Nurul Najihah Najwa bt. Mohamad Zaki
3. Puteri Nur Aqilah Hasnaa bt. Ahmad Kamil
4. Muhammad Danish Zawawi b. Mohd Shaifuddin

Berpakaian Kemas
1. Mohamed Afnan Shah b. Abdul Rahman
2. Wan Nurul Hannan bt. Wan Hishamuddin
3. Ahmad Fahrin Irwan b. Abdullah
4. Muhammad Amir Hazriq b. Mohd Nizam

Pelajar Kreatif dan Inovasi


1. Aimi Badriah bt. Mohd Fuad
2. Nur Amani Zulaikha bt. Basri
3. Ahmad Firas b. Zahari
4. A’mirah Kamalia bt. Mohd Nor Azman

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha En.
Mohd Yusof bin Hassandi atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian
sijil dan hadiah sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Rafiah
Bt. Abd Razak, Guru Besar Sk Sungai Rokam untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang berusaha En. Mohd Yusof bin Hassandi.
Dijemput En. Mohd Yusof untuk menerima cenderamata. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada murid-murid prasekolah yang


menerima sijil dan hadiah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong
untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing.
Bagi memeriahkan lagi suasana pada pagi ini majlis diteruskan lagi dengan
persembahan “Nyanyian dan Gerakan” oleh murid-murid prasekolah Sk Sungai
Rokam. Untuk itu majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih. Untuk makluman hadirin sekalian


persembahan “Nyanyian dan Gerakan” itu tadi dibimbing oleh Pn. Nurul Eziani bt.
Zulkefli.

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya persembahan itu tadi maka kita telah pun
berada di penghujung acara

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Majlis Konvokesyen Prasekolah Sk Sungai


Rokam kali ke-6 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Saya juga
memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang
mengacarakan majlis.
Sebelum bersurai, untuk makluman hadirin sekalian majlis akan disambung
dengan acara “Sesi Bergambar”. Setelah selesai “Sesi Bergambar” bersama tetamu
kehormat dan jemputan, majlis menjemput tetamu,dif-dif jemputan dan ibu bapa
untuk menjamu selera dengan jamuan yang telah disediakan.

Dengan itu, tanpa melengahkan masa dijemput Yang Berusaha En. Mohd Yusof bin
Hassandi Penolong PPD Kurikulum (Bahasa) Kinta Utara, diiringi oleh Pn. Hjh
Rafiah bt. Abd Razak Guru Besar Sk Sungai Rokam, Penolong-penolong Kanan
serta dif-dif kehormat untuk acara “Sesi Bergambar” ini.
Majlis dengan ini mempersilakan.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah.