Anda di halaman 1dari 1

ARAHAN PENTADBIRAN

LANGKAH-LANGKAH MEMPERKASAKAN GURU SMK TELEMONG

1. Cuti Rehat Khas hanya tertakluk dengan 9 perkara yang digariskan dalam SPI 08/2017.
Permohonan perlu dikemukan 3 hari sebelum cuti dan perlu disokong oleh Penolong Kanan
Pentadbiran; berjumpa sendiri dengan Pengetua untuk kelulusan. Lampiran PERLU
disertakan semasa memohon. Hanya selepas KELULUSAN DIBERIKAN boleh bercuti

2. Semua guru tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah sebelum jam 2:00 petang.
Semua aktiviti minum/makan di luar kawasan sekolah dibekukan sebelum jam 2:00 petang.

3. Semua mesyuarat atau PLC perlu dijalankan bermula jam 3:00 petang dan terhad selama 1
jam 30 minit sahaja.

4. Fail Rekod Mengajar (mingguan) perlu dihantar setiap minggu. Jika tidak menghantar selama
3 minggu perlu menghantar sendiri kepada Pengetua berserta surat tunjuk sebab.

5. Kehadiran guru ke sekolah tidak lewat daripada 7:30 pagi dan TIDAK DIBENARKAN orang
lain “punch card” bagi pihak orang lain. Kelewatan lebih 3 kali perlu disertakan surat tunjuk
sebab. Pengetua akan merujuk log kehadiran berdasarkan buku catatan Pengawal
Keselamatan.

6. Semua guru dikehendaki balik selepas jam 2:30 petang jika tidak terlibat dengan mesyuarat
atau kelas bimbingan. 30 minit tambahan (selepas 2:00 petang) perlu menyiapkan RPH
untuk keesokan harinya.

7. Mulai 27/08/2018 semua guru perlu menyediakan satu helaian khas dalam FRM berkenaan
laporan mingguan yang meliputi aspek Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid,
Kokurikulum dan Hal-hal lain. Diakhiri dengan tandatangan guru sebelah kiri dan pemeriksa
sebelah kanan

8. Semua kenderaan hendaklah di parking di kawasan parking (berbumbung) yang disediakan


berdasarkan first come first serve. Tidak dibenarkan menggunakan parking pelawat. Parking
secara reversed parking digalakkan bagi tujuan kecemasan.

9. Bagi keluar waktu bertugas, semua guru dikehendaki berurusan dengan Penolong Kanan
yang terlibat untuk mendapatkan sokongan sebelum kelulusan Pengetua.

10. Peringatan mesra: Semua guru dikehendaki menyemak semula keberhasilan masing-
masing dengan Penilai Pertama dalam tempoh 27/08 hingga 07/09/2018.

Disediakan oleh:

…………………………
27082018

Anda mungkin juga menyukai