Anda di halaman 1dari 3

1.

0 LAPORAN REFLEKSI

Secara amnya, saya telah menghasilkan sebuah kit pembelajaran yang bernama ‘Lipan
Gergasi’. Kit ini adalah sebuah permainan dalam pembelajaran dimana murid boleh belajar
sambil bermain di dalam kelas.

Saya menghasilkan kit ini hanya memerlukan alat tulis yang asas dan mudah didapati
seperti kertas sebak sebanyak empat helai, pelbagai jenis kertas warna yang pelbagai warna,
alat tulis seperti pen marker, dan menggunakan barangan terpakai seperti kotak-otak yang
tidak digunakan lagi. Kit ini hanya mengambil masa yang singkat dalam menghasilkannya.
Saya menghasilkan kit ini hanya dua hari sahaja. Ia mudah dihasilkan oleh guru kerana ia
berkonsepkan permainan yang terkenal iaitu ‘dam ular’. Kit ini juga tidak menelan kos yang
begitu banyak dan ia mampu dibiayai kerana jumlah keseluruhan kos untuk membuat kit
pembelajaran ini adalah anggaran sebanyak sepuluh ringgit sahaja. Kos ini termasuklah
dengan penggunaan alat tulis dan kos mencetak bahan pengajaran.

Secara khususnya, kit ini mengfokuskan kepada topik Golongan Kata Nama dalam
Bahasa Melayu. Namun begitu, ia telah diinovasikan sedikit dengan penambahbaikan dengan
pada kotak-kotak di trek lipan gergasi, terdapat warna-warna tertentu yang telah dilekatkan
yang mana setiap warna-warna tersebut adalah berbeza soalan berkenaan dengan golongan
kata nama. Ia juga telah ditambah baik dengan menjadikan murid sebagai tanda untuk berada
di dalam trek kerana trek lipan gergasi amat besar yang dapat menjadikan murid untuk
merasai sendiri di dalam trek permainan. Ia mengaplikasikan pergerakan dalam pembelajaran
dimana murid tidak akan pasif dan hanya statik di kerusi menerima dan mempelajari sesuatu
perkara. Soalan-soalan yang dibuat adalah berdasarkan kepada penggunaan golongan kata
nama serta aplikasi golongan kata nama dalam pelbagai konteks. Penggunaan denda dalam
permainan ini turut disertakan dengan murid perlu menyanyikan lagu kanak-kanak seperti
yang dinyatakan dalam sampul ‘denda’. Muzik dan pergerakan adalah penting dalam proses
pendidikan kreatif (Hauser (1959). Hal ini telah menjadikan sesi pengajaran lebih menarik
dengan unsur nyanyian secara tidak langsung mereka masih dapat menganalisis golongan
kata nama yang terdapat dalam lirik tersebut. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan
dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan
kanan. Mok Soon Sang (2008) berpendapat bahawa perkembangan otak kiri dan kanan,
menyatakan dimana seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama
untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan.
Kit pembelajaran ‘Lipan Gergasi’ ini sangat memberi manfaat kepada murid dalam
menjalani sesi pembelajaran. Hal ini kerana murid kurang gemar apabila pembelajaran hanya
berpusatkan kepada guru yang hanya menerima penerangan dari guru. Justeru itu,
pembelajaran berpusatkan bahan turut dapat digunakan dalam sesi pembelajaran. Hal ini juga
dapat memupuk daya saing antara murid kerana masig-masing bersaing untuk menjadi
pemenang ketika bermain permainan ini. Kit pembelajaran ini juga bukan sahaja dapat
digunakan dalam mata pelajaran bahasa Melayu, malah dapat disesuaikan dengan mata
pelajaran lain dengan mengubah soalan-soalan dan denda yang dikenakan sesuai dengan
mata pelajaran tersebut. Kit pembelajaran ini sememangnya memberi kebaikan kepada murid
apabila menggunakannya. Murid dapat menggunakan kit ini tanpa pengawasan seorang guru.
Hal ini kerana kit pembelajaran ini mempunyai panduan permainan yang telah tertera pada
kotak kit ini. Kit pembelajaran ini dapat diaplikasikan dalam pembelajaran terutamanya ketika
dalam Langkah tiga dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Dalam RPH tersebut,
langkah tiga itu merupakan langkah dimana murid akan menjalani sesi penggayaan dan
pemulihan. Jadi, murid akan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam bentuk
permainan kecil.

Semasa menghasilkan kit ini, saya sebagai seorang bakal guru dapat mengambil input
sepanjang penghasilan kit ini. Saya dapat merasai sendiri gambaran situasi sebenar ketika
menghasilkan kit ini kerana pelbagai aspek perlu dititikberatkan supaya sesuai dengan murid.
Antaranya seperti aspek keselamatan, kesesuaian bahan yang digunakan supaya dapat
bertahan dengan lebih lama, kekemasan, arahan permainan yang jelas dan mudah difahami
dan lain-lain. Kit pembelajaran ini juga dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Kit ini amat sesuai digunakan untuk
semua golongan umur kerana tidak mengandungi bahan-bahan yang dapat mencederakan
ketika digunakan kerana ia banyak menggunakan alat-alat tulis seperti kertas.

Setelah selesai membentang kit pempelajaran ini, terdapat beberapa


penambahbaikan yang perlu saya lakukan supaya menjadikan kit ini lebih sempurna dan
efektif digunakan. Antaranya ialah penggunaan kertas sebak sebagai trek permainan. Hal ini
telah menjadikan trek itu tidak bertahan lama sekiranya tertumpah air atau terkoyak semasa
permainan dijalankan. Cadangan penambahbaikan yang telah dicadangkan antaranya
penggunaan ‘mouting board’ supaya trek menjadi lebih keras dan dapat bertahan dengan
lebih lama kerana tidak cepat terkoyak. Selain itu, penambahan koleksi soalan juga perlu
ditambah baik dan perbanyakkan supaya boleh disertai ramai pemain. Setiap kad soalan itu
boleh laminate supaya kalis air dan bertahan lama, tidak cepat rosak atau koyak.
2.0 RUJUKAN

Hauser, Philip Morris. (1959). The study of population: an inventory and appraisal. Chicago:
University of Chicago Press.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan dan pedagogi: Murid dan alam belajar.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1993). Kemahiran berfikir: Konsep, model dan strategi
pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.