Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum W.B.

Ingin berkongsi dengan umat Islam semuanya mengenai berapa sebenarnya jumlah ayat al-
Quran. Jika disekolah yang kita fahami ada 6666 ayat. Tapi bila dah berada di universiti belajar
dengan pensyarah-pensyarah yang pakar dalam bidang Qiraat mereka akan 6666 itu bukan
jumlahnya berdasarkan kepada kitab2 shahih Qiraat.

Perbahasan mengenai jumlah ayat al-Quran ini adalah termasuk dalam bab Ilmu Fawasil. Apa
itu Ilmu Fawasil?

Fasilah ialah akhir kalimah pada sesuatu ayat/ kepala ayat dengan kata lain, ia merupakan
suatu ilmu yang membicarakan tentang hal ehwal ayat-ayat al-Quran dari sudut bilangan ayat-
ayat al-Quran itu sendiri dalam setiap surah, kepala ayat dan penyudahnya.

Ulama' Ilmu al-Fawasil dan bilangan ayat-ayat al-Quran :

1. Al-Madani al-Awwal : Bilangan ayat : riwayah kufah daripada ahl-Madinah (6217) dan
bilangan ahl-Basrah daripada Warsy (6214)

2. Al-Madani al-Akhir : iaitu riwayat Ismail ibn Ja'far daripada yazid dan Syaybah melalui
perantaraan yang dinaqalkan daripada sulaiman ibn Jammaz (6214)

3. Al-Makki : iaitu riwayat al-Dani dengan sanadnya daripada Abdullah ibn Kathir daripada
Ybay ibn Kaab daripada Rasulullah (6210).

4. Al-Basri : riwayat 'Ata' ibn Yasar dan A'sim al Juhdari yang disandarkan kepada Ayyub al-
Mutawakil

5. Al-Dimasyqi : iaitu riwayat Yahya al-Zimmari daripada Abdullah ibn Amir al-Yashsabiyy
al-Hadrami (6227)

6. Al-imsi : disandarkan kepada Syuraihibn Yazid al-Hismi al-Hadrami (6232)

7. Al-Kufi : iaitu riwayat Hamzah dan Sufian daripada Alu ibn Abi Talib melalui para thiqah
yang berilmu (6237)

Sumber: Dinamika Ilmu Qira'at Qur'aniyyah M/S 145-147


Pengarang : Sabri Mohamad & Mohd Faizulamri Mohd Saad
Pensyarah di Jabatan al-Quran dan al-Hadis
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai