Anda di halaman 1dari 1

PENULISAN INDIVIDU (ULASAN SATU JURNAL ICT) 10%

TAJUK JURNAL KAJIAN : Teaching and Learning using Software “Let’s Reading” for Malay
Language Subjects for Students with Learning Disabilities (Pengajaran dan Pembelajaran
Berbantukan Perisian ‘Jom Bacalah’ untuk Mata Pelajaran Bahasa Melayu bagi Murid Bermasalah
Pembelajaran)

Hasnuddin Bin Ab Rahman, Norfaizuryana Binti Zainal, Nor Azzarahton Binti Ab Karim (2015)
mengkaji penggunaan perisian kursus ‘Jom Bacalah’ yang mengajar kaedah membaca
menggunakan kaedah sebut suku kata bagi membantu murid bermasalah pembelajaran dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian dijalankan terhadap enam orang murid
bermasalah pembelajaran aras sederhana di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur
menggunakan instrumen borang pemantauan kursus serta ujian lisan sebelum dan selepas
penggunaan perisian dijalankan .Analisis data dilakukan menggunakan kaedah kuantitatif.

Hasil kajian mendapati perisian ini mampu menarik minat murid bermasalah pembelajaran untuk
belajar Bahasa Melayu dan responden juga menunjukkan peningkatan dalam bacaan. Sebagai
penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian kursus ini, guru dan PPM
perlu diberikan pendedahkan dan bimbingan penggunaan perisian dan perlu disusuli dengan
kaedah pengajaran lain seperti penggunaan kad perkataan dan bacaan teks dari buku sebagai
peneguhan kepada pembelajaran serta mewujudkan lebih banyak topik dalam perisian kursus.
Bagaimanapun, kajian seterusnya perlu dijalankan dengan menambah bilangan responden kajian.
Apa yg kita kata tentang ni
RUJUKAN
Hassan, N. W. M., Tahar, M. M., & Yasin, M. H. M. 2017. Teaching and Learning using Software
“Let’s Reading” for Malay Language Subjects for Students with Learning Disabilities. Jurnal
Penelitian dan Pengembangan Pendidikan Luar Biasa, 4(1), 63-68.

EMAIL NAMA & NO MATRIK KPD DR

BERSAMA JURNAL TU