Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB


PRINSIP PERAKAUNAN
SPM 2018

KELOLAAN
PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN
SMK VIVEKANANDA
DENGAN KERJASAMA DARIPADA :
SMK SERI PANTAI
SMK BANGSAR
SMK (P) METHODIST
1.0 PENDAHULUAN

Keputusan SPM murid dalam mata Mata pelajaran Prinsip Perakaunan mengalami penurunan
dalam peratus lulus dan Gred Purata Sekolah pada tahun lalu. Masalah ini perlu diatasi dan
tindakan awal perlu diambil untuk memastikan adanya peningkatan dalam mata pelajaran ini
sama ada dari segi kuantiti dan juga kualiti.

2.0 MATLAMAT

Peningkatan dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan dari segi kuantiti (peratus lulus) dan
kualiti (peratus mendapat A).

3.0 TARIKH /MASA /TEMPAT

Tarikh : 11 Ogos 2018 ( Sabtu)


Masa : 8.00 pagi – 12.00 tgh
Tempat : Dewan Kandiah

4.0 SASARAN

125 orang yang terdiri daripada :


 SMK Vivekananda – 60 orang
 SMK Seri Pantai – 21 orang
 SMK (P) Methodist – 13 orang
 SMK Bangsar – 31 orang
5.0 OBJEKTIF

Di akhir program, murid dapat:


1. Murid dalam kumpulan cemerlang boleh menjawab semua soalan objektif dengan baik
termasuk soalan Kertas 2 Bahagian B dan mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam
peperiksaan.
2. Murid kumpulan harapan lulus (HALUS) boleh menjawab soalan objektif dan sekurang-
kurangnya 2 soalan Kertas 2 dengan baik untuk mendapat gred D ke atas.
3. Murid kumpulan gagal teruk (GARUK) boleh menjawab soalan objektif dan sekurang-
kurangnya 1 soalan dalam Kertas 2 dengan baik untuk lulus dan mendapat sekurang-
kurangnya gred E dalam SPM.

6.0 KPI (Indikator Output dan Outcome)

OUTPUT Murid dapat menjawab soalan Prinsip Perakaunan dengan baik.

OUTCOME Peningkatan markah dalam Percubaan SPM.


7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Sumber pendapatan :
BIL PERKARA JUMLAH (RM)

1 Sumbangan PIBG 850.00

JUMLAH 850.00

Anggaran Perbelanjaan:
HARGA JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI
SEUNIT (RM) (RM)
1 Penceramah - 250.00 250.00

2 Makan dan minum 60 7.00 420.00

3 Bahan 60 3.00 180.00

JUMLAH 850.00

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : En. Thangaperumal a/l Andimuthu AMW


Naib Pengerusi I : Pn. Zarina bt Zainudin
Naib Pengerusi II : Pn. Raziah bt Mohd Kaus
Setiausaha : Cik Wafrah binti Ishak
AJK : Pn. Nor Azlina bt Razali – SMK (P) Methodist
Pn. Wan Roslizawati bt Wan Jaafar - SMK Bangsar
Pn. Soriana bt Omar - SMK Seri Pantai
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

9.1 URUS SETIA / PENCERAMAH

Bengkel ini akan dikendalikan oleh seorang penceramah yang bernama Mohd Don bin Hadi
Beliau merupakan mantan guru cemerlang prinsip perakaunan SMK Semerah . Murid akan
dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun
iaitu :
1. Kumpulan cemerlang - B+, B, A-, A, A-
2. Kumpulan HALUS - E, D, C, C+
3. Kumpulan GARUK - G

9.2 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

MASA AKTIVITI
7.30 – 8.00 Pendaftaran
8.00 – 10.00 ceramah
10.00 – 10.30 Rehat
10.30 – 12.00 Bengkel
12.00 – 12.30 Majlis penutup

10.0 PENGURUSAN RISIKO

Risiko Punca Penyelesaian Tanggungjawab

Murid Murid keluar ke tempat Mendapatkan Ketua Panitia,


mengambil lain sebelum ke dewan. kerjasama dari guru Guru Mata Pelajaran
masa untuk mata pelajaran
berkumpul di memastikan murid
dalam masuk ke dewan
dewan. mengikut masa yang
ditetapkan.
11.0 KAEDAH PEMANTAUAN

a. Pemantauan Pelaksanaan Program/Aktiviti


Pelaksanaan program ini akan dipantau oleh Ketua Panitia Prinsip perakaunan dan
Ketua Bidang Teknik dan Vokasional.

b. Pemantauan Pencapaian Outcome


Pencapaian outcome daripada program ini akan dipantau oleh Ketua Panitia Prinsip
Perakaunan melalui keputusan Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2018

12.0 PENUTUP

Diharapkan pelaksanaan Program Seminar Teknik Menjawab ini dapat membantu murid-murid
menjawab kertas Prinsip Perakaunan dengan lebih baik.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

...................................................... ........................................................
(Raziah bt Mohd Kaus) (Pn Zarina bt Zainudin)
Ketua Panitia Prinsip Perakaunan Penolong Kanan Perntadbiran & Kurikulum

Tarikh : 26.07.2018 Tarikh : 26.07.2018

Ulasan :-

*Diluluskan / TidakDiluluskan

.....................................................

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai