Anda di halaman 1dari 6

MEDIA PENGAJARAN/jr2000

MEDIA PENGAJARAN
1
Pengenalan
Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang kemudian dikenali
sebagai media pengajaran.
Media pengajaran merupakan domain utama dalam bidang teknologi pengajaran.
Perbincangan topik media pengajaran meliputi;
l –Konsep media;
l –Media pengajaran;
l –Pengkelasan;
l –Fungsi;
l –Pemilihan; dan
l –Penyediaan media pengajaran.

Konsep Media dan Media Pengajaran


Media atau medium bermakna saluran komunikasi atau juga perantara.
Maksud asal merujuk kepada pembawa maklumat seperti filem, televisyen, radio, rakaman
audio, gambar foto, bahan bercetak, komputer dan pengajar.
Heinich (2002), media digunakan untuk membantu proses komunikasi.

Pervicel dan Elington (1984)


Membahagikan media kepada dua:
–Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan
Perkataan bercetak, filem, pita, pring hitam, slaid dan kombinasi di antaranya.
–Pelbagai Saluran Komunikasi Media
Surat khabar, radio dan televisyen

Reiser dan Gagne (1983)


Mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran
disampaikan.
Guru, pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan seumpamanya yang boleh
menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.

Konsep media menurut Torkleson


la) Mesej:
lisi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam media sama ada mesej berbentuk
memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingin
disampaikan.
lb) Bentuk Mesej:
lbagaimana mesej disimpan, terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dari bentuk
bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk
perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.
MEDIA PENGAJARAN/jr2000

c) Saluran Mesej:
lperalatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan 2
mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen, projektor filem, projektor LCD
dan sebagainya.

Media Pengajaran
Menurut Heinich (2002), jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka media
digelar sebagai media pengajaran.
Menurut Kemp dan Semellie (1994), media pengajaran sebagai audio visual dan
bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu
pengajaran.

Definisi Media Pengajaran.


lMedia pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan
pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran,
perasaan, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran.

Dari sudut penggunaan media pengajaran’


l
lNgui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia adalah satu pengalaman yang
melibatkan penggunaan penglihatan dan /atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik
pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia
adalah satu proses pengalaman yang total.

Fungsi Media Pengajaran (MP)


Kelebihan MP

1. Memperjelaskan Penyampaian Mesej,


adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih
konkrit maknanya. Dengan media, segala simbol, verbal yang abstrak, dapat dijelaskan.
Dengan teknologi komputer, penjelasan lebih berkesan dan menarik seperti penggunaan
animasi, bunyi dan muzik.
2. Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera, contoh;
i.Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem
atau video.
ii.Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed
photography.

iii.Kejadian yagn berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto atau
pun lisan.
iv.Objek yang terlalu kompleks dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah dll.

v.Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.


3. Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi,
akan dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia boleh menimbulkan minat,
meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar boleh belajar kendiri
MEDIA PENGAJARAN/jr2000

dan menurut kemampuan dan keselesaan.


4. Pengalaman dan Persepsi yang Sama, 3

sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan
kandungan asal, belajar secara berulang kali dapat membantu membentuk persepsi yang
sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.

Fungsi MP dalam pengajaran

Pengajaran Bersama Pengajar


lPenggunaan media yang paling biasa, membantu pengajar melaksanakan pengajaran
secara langsung. Berkesanannya bergantung bagaimana pengajar menggunakan media
tersebut.
Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Pengajar
lMedia digunakan tanpa kehadiran pengajar. Pelajar dibimbing oleh pereka media
dengan menggunakan modul dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai pengajaran
kendiri. Media dipakejkan dengan sempurna, serta dijelaskan tentang tujuan, objektif,
cara menggunakan dan menilai pencapaian sendiri.
Folio Bermedia
lKoleksi kerja pelajar yang menunjukkan peristiwa dan proses dalam satu-satu tempoh.
lPenghasilan folio membantu pelajar memahami, merumus dan membentang

Pelajar ini menitikberatkan soal ketepatan, betanggungjawab, dari pelbagai sumber dan komitmen
yang tinggi dalam tugasan.

Pengajaran Tematik
lBerfokus kepada topik tertentu.
lBermula dari perkongsian pengalaman kemudian perkongsian kepakaran (mengumpul
data dan membuat kesimpulan)

Pendidikan bagi Pelajar Istimewa


lMembantu orang kurang upaya seperti pekak dan buta dan bisu.
lMembantu pelajar yang pintar mengukuhkan pengetahuan dalam bentuk yang lebih
abstrak.

Pengkelasan Media Pengajaran


Hoban dan Zissman (1937)
l Nilai bahan pandang dengar bergantung kepada tahap realisme
l Semakin tinggi tahap realismenya maka semakin tinggi nilai bahan.
Oleh itu para pengkaji telah mencipta konsep penyusunan hirarki kaedah pengajaran berasaskan
MEDIA PENGAJARAN/jr2000

tahap realisme seperti:


4
Edgar Dale (1946) Pengalaman Dale

Simbol/verbal
Simbol/visual
Rakaman audio/ video
kaku
Gambar bergerak
Bahan pameran
Lawatan
Tunjuk cara
Mengalaman dalam
lakonan atau drama
Pengalaman tiruan
Pengalaman sebenar

Dari rajah kon tersebut pengalaman konkrit pelajar berlaku apabila mereka terlibat
langsung dalam aktiviti/peristiwa.
Pengalaman konkrit akan semakin berkurang jika menjadi pemerhati
Pengalaman abstrak akan berlaku jika penggunaan simbol visual dan verbal yang
mewakili peristiwa. (keberkesanan pengalaman abstrak bergtg kepada maklumat konkrit
sedia ada dlm mentafsir konsep abstrak)

Brunner (1966) menafsirkan kon Dale dgn 3 jenis pengalaman


Pengalaman enaktif (pengalaman secara langsung)
Pengalaman ikonik (visual)
Pengalaman simbolik/digital (perkataan)
MEDIA PENGAJARAN/jr2000

Menurut Gagne dan Briggs (1974) media terbahagi 6 kategori berasaskan rangsangan fizikal yang
dihasilkan oleh media 5
Perkataan yang diucap
Bunyi selain dari perkataan ucapan
Perkataan bercetak
Gambar pegun
Gambar bercetak
Sampel sebenar
Mengenali ciri adalah lebih penting dalam membuat pemilihan media daripada terus
menentukan peralatan dan bahan.
Satu pembelajaran mungkin boleh dilaksanakan oleh 3 dari 6 kategori tersebut. Oleh itu
pengajar boleh memilih mana-mana bahan yang sesuai dan mampu dilaksanakan.

Pemilihan Media
Tajuk ini memberi fokus kepada format / bentuk media
Pelajar tidak dpt belajar kerana media yang digunakan tidak sesuai. (mereka tidak faham konsep
abstrak maka mereka menghafal tanpa memahami konsep)
Oleh itu:
l Suatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran
yang berkesan
l Perlu mengenal pasti objektif sebelum memilih media (sepertimana saranan ASSURE)
l Mengambil kira/mempertimbangkan soal kepentingan media dan jumlah kos

Kon Pengalaman Dale


Prinsipnya:
l ‘go as low on the scale as you need to, in order to ensure learning for your group, but go as
high as you can for most efficient learning’
Pendekatan ini slow but sure.
Jika byk penggunaan simbol abstrak (verbal dan visual) ia adalah fast but risky

Sifat fizikal media


Visual
Perkataan bercetak
Bunyi dan suara
Pergerakan
Warna
Bahan sebenar.
MEDIA PENGAJARAN/jr2000

Panduan memilih media berasaskan faktor praktikal


Ia berkaitan dengan sama ada pilihan media dapat diperolehi/dilaksanakan: 6
–Adakah MP mudah diperolehi?
–Adakah mudah digunakan
–Jika tidak mudah diperolehi, berapa kos dan masa yang diperlukan
–Adakah pentadbiran meluluskannya?

Anda mungkin juga menyukai