Anda di halaman 1dari 2

Modul Latihan Hub

FrogAsia juga mengadakan Modul Latihan Hubs yang akan membantu anda
mencari kaedah untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke
21 yang berkesan di dalam kelas anda. Sesi ini selalunya diadakan di Hub serta
dikendalikan oleh guru yang bersemangat serta berminat terhadap teknologi.
Sila ikuti perkembangan Hub anda atau bertanya pengurus dengan Hub
tentang sebarang Modul Latihan yang akan datang seperti dibawah!

pIE
PIE (Participation, Interaction, Engagement)

Bengkel ini membimbing peserta menarik perhatian dan meningkatkan


penglibatan pelajar secara interaktif di dalam P&P melalui penghasilan Site
baru, dengan menggunakan 3 widget iaitu Text, Media dan Wall di dalam Frog
VLE. Bengkel ini juga akan memberi ruang untuk guru berkongsi idea
pengurusan kelas.

cHENDOL
CHEnDOL (Critical Thinking, HOTS, Engagement and Discussion through Online
Learning)

Bengkel ini direka untuk guru-guru yang ingin memupuk HOTS dalam kalangan
pelajar dengan menggunakan bahan P&P atas talian sebagai perangsang
pemikiran dan menggalakkan pembelajaran kolaboratif, melalui bantuan 3
widget (Embed Website, External Link, dan Forum)

TEH aIS
TEH AIs (Tech Enhancement for Assessment and Interaction)

Bengkel ini menawarkan perkongsian tentang cara memanfaatkan dan


menyesuaikan penggunaan teknologi untuk P&P dan meningkatkan
kecekapan P&P melalui penggunaan Frog (Poll, Quiz, Form widget) berfokus
kepada aspek interaksi dan penilaian.
CAKE
CAKE (Connect And Keep Engaging)

Bengkel ini bertujuan untuk memperkasa guru-guru dan pelajar-pelajar dengan


satu cara pembelajaran yang kreatif dan inovatif melalui teknologi persidangan
video dengan gabungan penggunaan laman Frog, iaitu konsep pembelajaran
Frog Connected Classroom.

PUFFS
PUFFS (Projects Using Frog For Students)

Bengkel ini direka untuk guru-guru yang ingin melibatkan pelajar dalam
pengajaran abad ke-21 melalui pembelajaran berasaskan projekdengan
menggunakan Frog VLE. Bengkel ini juga memberi ruang untuk guru berkongsi
pengalaman mereka dan merekabentuk projek digital bagi pelajar dengan
menggunakan widget Frog

Anda mungkin juga menyukai