PENDAHULUAN
Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir di segenap empat penjuru negara ini tentang
isu usaha ibu bapa untuk memastikan anak-anak berjaya dalam kehidupan. Isu tersebut
semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan tokoh ilmuan negara baik di
warung-warung kopi mahupun di Dewan Parlimen
Dari segi konsepsinya, kejadian tanah runtuh ialah kejadian yang berlaku akibat daripada
gelongsoran tanah di lereng-lereng bukit. Implikasinya, fenomena ini boleh menyebabkan
kerosakan harta benda dan boleh meragut nyawa pengguna jalan raya mahupun penduduk
yang berdekatan. Persoalan yang bermain dalam kotak fikiran kita ialah mengapakah
fenomena ini boleh berlaku dan siapakah yang patut dipersalahkan? Oleh itu, cara membalas
jasa ibu bapa yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan secara terperinci demi
manfaat semua.
Pada era globalisasi ini, amalan berjimat cermat amat digalakkan dalam kehidupan. Isu ini
sering diperkatakan. Amalan ini sering menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat. Dari
segi istilah, amalan berjimat cermat adalah berbelanja secara berhemah dengan berhati-hati
dan bukan secara boros.Dari segi konsepnya ,amalan berjimat cermat boleh ditakrifkan
sebagai amalan membelanjakan wang secara berhemah dan merangka perbelanjaan barang
sebelum membeli . Biasanya ,amalan ini dilakukan oleh masyarakat yang dilabelkan sebagai
pengguna yang bijak dan berhemah ketika membeli barang .Pengguna yang bijak boleh
diaforismekan seperti alah membeli menang memakai.
Tetapi malangnya , masyarakat zaman kini terlalu obsess dengan barangan import yang
mahal harganya walaupun cukai yang tinggi telah dikenakan oleh pihak yang berkuasa .
Sedar atau tidak ,sebenarnya barangan buatan tempatan adalah sama kualiti dengan
barangan import
Pada era modenisasi ini, Malaysia semakin gah menempa nama di persada dunia kerana
peningkatan ekonomi yang maju. Hal ini kerana, industri pelancongan telah menjadi
peneraju utama yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara ini.Sudah terang
lagi bersuluh bahawa melalui industri pelancongan telah menaikkan taraf ekonomi
negara.Persoalan yang bermain dalam kotak minda sanubari kita ialah siapakah yang
memainkan peranan penting untuk memajukan industri pelancongan ini?
KESAN / IMPLIKASI /IMPAK
Makanan tradisional yang bebas daripada bahan kimia bukan sahaja lebih sihat, malah dapat
memperkukuh silaturahim dan ukhuwah antara golongan tua dengan yang muda.
Menurut Dato Misbun Sidek, negara Malaysia akan ketandusan atlet-atlet yang berbakat
jika tidak dicari dan dilatih dari usia yang muda. Ungkapan ini dapat membuktikan bahawa
industri sukan negara memang memerlukan pelapis dalam bidang sukan dunia. Oleh itu,
menjadi pasukan pelapis kepada negara adalah penting untuk kejayaan industri sukan
negara.
Sudah terang lagi bersuluh, program 1 Murid 1 Sukan yang diuar-uarkan oleh Perdana
Menteri yang ke-6 iaitu Dato’ Seri Najib Bin Abdul Razak mampu memupuk
semangat juang yang tinggi dalam kalangan murid sekolah
Pada era globalisasi ini, masalah sosial semakin meningkat seperti cendawan tumbuh
selepas hujan. Berdasarkan laporan daripada pihak kerajaan, terdapat sebanyak 60 peratus
daripada kalangan remaja terlibat dalam masalah sosial.
Masalah yang semakin meruncing ini amat menyedihkan para ibu bapa. Sebagai anak yang
bertanggungjawab, kita tidak seharusnya terlibat dalam sebarang gejala sosial, pastilah ibu
bapa kita akan berasa sedih dan kecewa atas perlakuan kita
Dasar kerajaan yang mewajibkan program 1 Murid 1 Sukan di setiap sekolah bukan sekadar
hangat-hangat tahi ayam tetapi jika dikaji, tanpa dasar-dasar seperti ini masa yang
diibaratkan seperti emas hanya terbiar dan tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Natijahnya, kita khususnya golongan remaja akan berpeleseran di kaki-kaki lima pusat beli
belah dan akan terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang tidak memberi manfaat dalam
kehidupan
Menurut pakar motivasi, melalui penglibatan sukan dalam kalangan murid-murid dapat
memupuk semangat juang untuk negara kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Sekiranya tiada program seperti ini, sikap juang murid-murid untuk negara akan pudar dari
lubuk hati mereka.
Sebagai tamsilnya, ketika membeli atau memilih barang yang hendak dibeli, kita perlu
mengetahui isi kandungan dan sumber barang tersebut sebelum membelinya. Masyarakat
juga dapat hidup dengan lebih kondusif.
Menurut Tun Dr Mahathir , amalan berjimat-cermat ini adalah satu cara bagi memastikan
pembangunan negara terus pesat membangun. Hal ini boleh dianalogikan seperti sampan
yang bergerak dengan bantuan enjin bot . Sekiranya , semua pengguna di Malaysia
bersama-sama membuat keputusan dengan membeli barangan buatan tempatan , maka
secara tidak langsung dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan tempatan sekali
gus dapat menstabilkan kewangan negara .
Dari sudut kodifikasi yang berrbeza , mInhaj yang berkesan untuk menangani berjimat-
cermat ialah menabung . Dengan menabung kita dapat menyimpan wang untuk masa
hadapan jikalau mempunyai masalah kecemasan.
Disebabkan itu amalan menabung sangat penting bagi setiap individu . Hal ini bertepatan
dengan aforisme sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit . Hal ini boleh dianalogikan
sebagai tanah yang bertimbun . Menurut pandangan tokoh Tun Dr Mahathir, wang daripada
tabungan juga boleh digunakan untuk masa hadapan , seperti melanjutkan pelajaran ke luar
negara
Oleh itu, apabila terdapat jiran yang menemui jalan buntu dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi, kita sebagai individu yang terhampir haruslah menjadi wahana bagi mereka
melepaskan diri dari kepompong masalah yang menyelubungi kehidupan mereka agar
mereka tidak menjadi seperti duduk dalam duri. Pada saat-saat genting seperti ini, wang
simpanan yang disimpan seharusnya digunakan bagi membantu mereka seperti peribahasa
Melayu,berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sesungguhnya terbuktilah bahawa
amalan berjimat-cermat dapat diimplimentasikan dalam usaha untuk membantu orang lain.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Ibu bapa yang bertanggunjawab tidak seharusnya leka dan bersikap bena tak bena dalam
menerapkan akhlak terpuji dalam diri anak-anak.
Anak-anak yang mempunyai peribadi yang mulia dan berbudi pekerti yang tinggi dapat
memenuhi tuntutan sebuah keluarga yang bahagia . Natijahnya , anak-anak yang soleh dan
solehah dapat menjaga nama baik keluarga di samping melahirkan generasi yang cemerlang
dan sifar jenayah .
Keluarga terdekat perlulah mengadakan rumah terbuka pada hari-hari tertentu untuk
mngeratkan hubungan kekeluargaan yang kita tidak kenal . Aktiviti kunjung-mengunjung ke
rumah saudara-mara juga dapat membina keluarga harmoni terutamanya pada musim
perayaan.
Ibu bapa tidak seharusnya cepat berputus asa malah meneruskan usahanya sedikit demi
sedikit tanpa sebarang rungutan di hadapan anak-anak yang kian membesar dan
memahami.Sekiranya ibu bapa berjaya melaksanakan usaha sedemikian,nescaya apabila
anak-anak sudah bergelar remajamereka akan lebih memahami soal semangat patriotik dan
akan menghormatinya.
Sebagai ibu bapa lagi lebai lagi berjanggut harus memikirkan langkah yang perlu di
pragmatik lagi sistematik yang boleh dilakukan untuk menggalakkan anak-anak mempunyai
masa depan yang cerah dan berjaya dalam kehidupan
Ibu bapa merupakan penjaga kita dalam kehidupan sejak kita kecil lagi dan
merupakan watak terpenting bagi memuliakan kehidupan kita. Ibu bapa memastikan
bahawa anak-anaknya mendapat keperluan kehidupan yang sempurna serta peluang
mendapat pendidikan
Sejak zaman nenek moyang kita lagi, mereka sudahpun mengenali peribahasa dan juga
terkenal dengan ahli-ahli falsafah yang ternama. Ahli-ahli falsafah atau saintis yang ternama
seperti Hippocrates, Aristotle dan Plato merupakan orang yang amat berilmu dan
berperanan penting dalam memajukan sesebuah tamadun.
Justeru, sudah terang lagi bersuluh bahawa ilmu pengetahuan tidak kurang pentingnya
dalammenjamin masa depan yang gilang-gemilang. Justifikasinya, ibu bapa haruslah
menggalakkan anak mereka bergaul dengan orang yang berilmu.
Pada realitinya , memang tidak dapat dinafikan bahawa membeli bahan bacaan yang
berbentuk ilmiah dan dijadikan sebagai hadiah ialah prakarsa utama yang dapat
menggalakkan anak-anak mereka membaca karya-karya ilmiah di negara kita kita . Dalam
konteks ini , anak-anak akan berasa teruja dan dapat meningkatkan keinginan anak – anak
untuk membaca apabila ibu bapa menghadiahkan bahan bacaan kepada mereka.
Jika ditelusuri secara mendalam antara usaha lain yang boleh diimplementasikan ialah ibu
bapa menggalakkan anak-anak menyertai sesuatu aktiviti bersifat ilmiah seperti diskusi
ilmiah tentang sesebuah buku yang baharu diterbitkan. Hal ini kerana, anak-anak
berpeluang untuk berkongsi idea antara satu sama lain melalui diskusi yang diadakan.
Tambahan pula, mereka dapat memperoleh informasi baharu dan pengetahuan terkini.
Oleh itu, tiada penyakit yang tiada penawarnya maka usaha yang konkrit ,sistematik dan
pragmatik seyogia dilakukan oleh anak-anak agar harapan yang diinginkan oleh ibu bapa
dapat dicapai dengan jayanya.
Sebagai ibu bapa yang lebai lagi berjanggut, mereka haruslah membuka mata mereka dan
menyedari bahawa mereka adalah khalifah Allah yang paling penting dalam kehidupan
anak-anak supaya merekaberjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Ibu bapa
haruslah berganding bahu dalam mendidik anak-anak mereka. Sebagai langkah pertama dan
langkah utama, ibu bapa mestilah memastikan anak-anak mereka berusaha untuk mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
Langkah lain yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu bapa perlulah berdoa menadah
tangan dan memohon kepada Allah S.W.T supaya anak- anak mereka mempunyai peribadi
yang terpuji.Sesungguhnya doa ibu bapa tiada hijabnya dengan Allah dan doa ibu adalah
lebih diterima kerana ibu memiliki sifat penyayang yang sangat banyak maka doa orang yang
penyayang tidak sia-sia.William Shakespeare turut berkata, “ jangan kamu berhenti dari
melakukan usaha yang mulia selagi kamu belum kecapi hasilnya”.
Dengan ini, ibu bapa perlu menjadi tulang belakang anak-anak bagi merealisasikan impian
anak-anak untuk cemerlang dalam hidup.
Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan penegasan kepada anak – anak mereka untuk
menunaikan solat lima waktu , mengaji dan memberi didikan fardu ain bagi membendung
anak – anak terjebak dengan perkara yang sia – sia . Natijahnya , remaja tidak akan
terpesong dari landasan yang betul
Selain itu, anak-anak akan lebih cenderung untuk mencontohi perilaku ibu bapa umpama
peribahasa Melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jika ibu bapa tersebut
mengamalkan sifat tersebut, maka anak-anak akan mengikut jejak langkah mereka. Sifat
anak-anak ini akan dapat diwarisi oleh generasi seterusnya menjadikan amalan ini tidak
lenyap ditelan zaman dan tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Jika ditelusuri secara mendalam, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak agar menyahut
kempen yang dianjurkan oleh kerajaan. Langkah ini perlu diimplementasikan kerana pada
zaman kontemporari ini mahaen terlalu memandang enteng terhadap penjagaan alam
sekitar. Natijahnya, generasi muda akan datang tidak lagi dapat merasai dan melihat
keindahan alam sekitar yang tuhan kurniaka
REMAJA/GENERASI MUDA
Dengan menghadiri perjumpaan dan belajar bermain permainan seperti congkak dan gasing,
kita dapat mengetahui betapa halusnya dan tingginya tahap pemikiran nenek moyang kita
yang mewariskan permainan ini kepada kita. Oleh hal yang demikian, warisan bangsa ini
dapat diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi.
Jika dilihat dari sudut lain, pantang larang ini sebenarnya mendisiplinkan diri kita selain
dapat menglakkan anak gadis daripada terjerumus dalam kebejatan sosial. Oleh sebab itu,
warisan rakyat Malaysia yang juga amalan nenek moyang harus dijadikan tunjang kehidupan
agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala godaan anasir yang jahat
Jika kita hanya berpeluk tubuh dan menunggu warisan ini tenggelam dalam arus
perdana ini, ke mana akan kita gapai kehidupan sebenar? Apakah erti sebenar kehidupan ini
jika kita hanya mampu merosakkan yang baik dan membinasakan yang murni?
Sebagai remaja yang lagi lebai lagi berjanggut,kita seharusnya menghargai tokoh-tokoh
pejuangan kemerdekaan yang telah sanggup berkorban nyawa demi negara tercinta
daripada terus menjadi hamba abdi penjajah yang rakus dengan kuasa dan tamak
haloba dengan cara melawat ke tempat bersejarah
Ramai anak muda dalam kalangan kita yang semakin menghiraukan dan memandang remeh
soal patriotik dan hanya memejam mata,memekakkan telinga,menongkatkan dagu, tidak
menghiraukan apa-apa yang dilaksanakan oleh kerajaan sejurus menjadikan usaha yang
dilaksanakan oleh kerajaan tersebut sebagaia mainan semata-mata.
Anak-anak patut rajin bergaul dengan orang yang berilmu untuk meluaskan ilmu
pengetahuan diri. Hal ini kerana, ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan
akal yang suka berfikir. Melalui pergaulan, kita boleh mendapat maklumat dari mulut orang
lain dan juga boleh mempelajari cara pergaulan yang baik. Pengalaman yang diperolehi oleh
orang lain juga dapat menjadi panduan dalam kehidupan kita
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang besar daripada kita dan jalan yang kita harus
lalui untuk kejayaan pastinya dipenuhi dengan halangan dan unsur-unsur negatif yang
boleh mematahkan semangat kita. Walaupun begitu, jika kita berusaha untuk menempuhi
segala halangan dan cabaran yang menanti, pastinya kita mendapat kejayaan yang dikejari
itu.
Dengan kejayaan kita dalam peperiksaan pastinya akan lupa segala kesakitan yang dilalui
selepasmengukir senyuman manis di atas muka ibu bapa kita.
Langkah yang lebih efisien lagi pragmatik yang harus diamalkan oleh anak-anak agar terus
berjaya dalam kehidupan ialah menghormati orang yang lebih tua terutamnya ibu bapa dan
guru. Seyogianya, sikap menghormati orang yang lebih tua sudah sepatutnya disemai dalam
setiap individu.
Untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kita perlulah menghormati orang
yang memanifestasikan kita selama sembilan bulan. Ibu dan bapa adalah orang yang paling
berharap untuk kita sebagai anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Hati dan naluri
seorang ibu mudah rapuh dan terasa, maka kita perlulah menghormati dan mendengar
setiap nasihat yang diberi.
Dari sudut kodifikasinya yang berbeza, sebagai seorang pelajar kita perlu mendapat restu
seorang guru supaya ilmu yang dibekalkan direstui oleh seorang yang bergelar guru. Setiap
apayang diberikan oleh guru itu adalah ilmu agar anak didiknya terus berjaya. Maka untuk
menjadi seorang pelajar yang berjaya kita perlulah menghormati guru itu
Memetik wasitah nirmala seterusnya, membaca dapat menjamin keberkesanan dalam
melahirkan masyarakat yang kreatif lagi inovatif. Individu yang telah tersemat dengan
kepelbagaian kreativiti dan inovatif yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk menghasilkan
produk atau ciptaan baru berpandukan kepadatan idea yang datangnya daripada
membaca.
Hal ini kerana dengan aktiviti membaca yang dijadikan amalan ini akan memberi
kesinambungan idea yang tidak putus-putus. Sebenarnya, masyarakat telah pun mendapat
pendedahan secara meluas bermulanya di peringkat sekolah lagi.
Melalui membaca bahan ilmiah , kita tidak akan menjadi seperti katak di bawah
tempurung yakni tidak mengetahui sebarang perkembangan mahupun pengajaran .
Membaca juga dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji dan tinggi dalam kalangan
marhaen.
Selain mendapat keputusan yang sangat cemerlang umpama bulan jatuh ke riba, beliau
turut mempunyai nilai-nilai murni lain yang boleh dicontohi oleh semua pelajar berkat
asuhan dan didikan kedua ibu bapanya. Kepatuhan kepada agama tidak akan sama sekali
melahirkan remaja yang kurang sopan dan tidak berakhlak malah mereka yang patuh akan
agama tidak akan menjadi orang yang mundur. Einstein pernah berkata, “agama tanpa ilmu
itu lumpuh, ilmu tanpa agama itu buta”.Oleh itu, terbuktilah bahawa didikan agama yang
mencukupi mampu melahirkan remaja yang bersahsiah mulia.
Menurut Dato Dr Hj Fadzillah Kamsah , pengurusan masa merupakan perkara yang harus
dipandang serius dan seterusnya harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin . Sekiranya ,
remaja gagal menguruskan masa dengan baik , maka wujudlah kera kena belacan , sejajar
dengan perlakuannya . Hal ini boleh dianalogikan seperti kaca yang jatuh berderai .
Sesungguhnya , amatlah rugi kehidupan seseorang remaja sekiranya membiarkan masa yang
bernilai ibarat emas berlian berlalu dengan begitu sahaja tanpa disedari
PIHAK SEKOLAH
Dari sudut kodifikasi yang berbeza, organisasi pendidikan merupakan satu organisasi yang
terpenting dalam sesebuah negara. Hal ini bukan sahaja sebagai indikator pada tahap
pembangunan negara, malah akan menjadi indikator hala tuju negara pada masa akan
datang.Umumnya organisasi pendidikan seperti sekolah merupakan entiti yang unik kerana
mampu menghadapi pelbagai cabaran dan perubahan dalam menyelesaikan masalah disiplin
Pendidikan yang utuh lagi mapan haruslah dipraktikkan dalam diri remaja bermulanya
daripada insan yang bergelar pendidik. Sekiranya pendidikan memberikan kesan yang
mendalam kepada anak-anak remaja maka golongan perokok di negara kita dapat
dikurangkan.
Perkara ini amat penting kerana dilihat mampu mengurangkan tabiat merokok dalam
kalangan pelajar dan masyarakat madani kini melalui pengajaran berkesan. Uswahnya,
melalui mata pelajaran Sains pelbagai impak daripada tabiat merokok dapat diketaahui oleh
pelajar. Kempen Tak Nak Merokok melalui media massa pada tahun 2010 telah berjaya
meningkatkan kesedaran orang ramai.
Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, guru-guru turut memikul
tanggungjawab untuk menanamkan sikap suka menabung dalam kalangan murid yang
bakal menjadi pemimpin negara kelak melalui pembelajaran di dalam kelas ataupun di luar
waktu persekolahan. Oleh itu, individu yang mengamalkan amalan berjimat cermat mampu
memupuk sikap suka menabung.
Dengan pengimplementasian pakej sebegini golongan remaja akan berminat untuk bersukan
serta melakukan aktiviti yang sihat.Hal ini seterusnya memberi impak positif kepada negara
kita sendiri yang mana dapat memanifestasikan pertambahan ekonomi melalui sukan yang
mempunyai swadaya.Justfikasinya dengan tanggungjawab terhadap terhadap peranan
dimainkan negara kita mampu duduk sama rendah,berdiri sama tinggi tidak kira melalui
kesukanan malah juga kesihatan.
Sudah terang lagi bersuluh, akhlak yang baik perlu ditanam di dalam kalbu setiap
manusiaterutamanya golongan pelajar. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar atau murid
haruslah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Justeru, ibu bapa
dan guru perlu bersinergi untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti sukan.
Ibarat kata pepatah, ‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.
Kita perlu bersinergi untuk mengasah bakat murid-murid yang dianugerahkan oleh
Allahuntuk menajamkan bakat yang sedia ada.
Sekiranya semua pelajar berintegriti dalam menyiapkan tugasan serta memahami
tanggunjawab diri, makaelemen kasih sayang antara guru dan murid semakin terpaut erat.
Guru ialah insan yang perlu kita letakkan pada darjat yang tinggi. Guru banyak berkorban
masa dan tenaga mendidik kita sehingga berjaya
Usaha untuk mendapat ilmu pengetahuan dan pendidikan yang banyak dapat memberi
bantuan besar untuk saya berjaya pada masa depan. Pendidikan yang tinggi dapat
membantu saya bersaing untuk mendapat pekerjaan yang gaji tinggi. Oleh itu, saya harus
rajin belajar dengan bersungguh-sungguh serta melakukan perkara dengan penuh semangat
ketekunan, kegigihan, kecekalan, dedikasi dan berdaya maju.
Aktiviti yang berfaedah boleh dianalogikan seperti lampu jalan yang menerangi jalan
raya.Implikasinya, melalui aktiviti yang diwajibkan setiap murid di sekolah akan lebih
membantu murid dari segi rohani mahupun jasmani. Dalam masa yang sama, murid dapat
memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat
Tuntasnya , sudah terang lagi bersuluh , peranan pihak sekolah tidak terkecuali dalam
memupuk minat bersukan dalam kalangan golongan yang berdarah baru setompok
pinang sekarang . Pihak sekolah seharusnya mengadakan pelbagai aktiviti dan program
berteraskan sukan yang melibatkan semua pelajar tanpa membenarkan seorang pun
terkecuali
Statistik terkini jelas memaparkan sebahagian daripada remaja yang merupakan pelapis
negara ini tidak berminat untuk menyertai apa – apa aktiviti sukan yang dijalankan. ,Sukan
merupakan satu aktiviti yang mampu memberi seribu satu manfaat kepada individu yang
melibatkan diri mereka dalam aktiviti tersebut .
Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyarankan pihak sekolah mengadakan aktiviti ilmiah
seperti resensi buku murid-murid dan guru. Sekiranya hal ini dilaksanakan dengan penuh
jaya, sudah pastilah sikap membaca dalam kalangan anak-anak dapat diterapkan ke dalam
sanubari mereka, bak kata pepatah membaca itu jambatan ilmu.
Oleh itu, Konsep Sekolah Penyayang yang berteraskan budaya kemesraan dan kasih sayang
antara guru dan murid sewajarnya diterapkan di setiap sekolah. Rentetan itu, murid akan
lebih menghargai setiap ilmu yang dititiskan oleh guru. Malahan, terdapat pelbagai variasi
uslub dan minhaj boleh diswadaya bagi menghargai golongan guru. Hal ini kerana, guru
sentiasa menganggap murid sebagai benih yang baik dilemparkan ke darat menjadi
permata yakut yang bersinar cemerlang, dilemparkan ke laut menjadi pulau penuh
khazanah.
Jika ditelusuri secara mendalam, didikan agama merupakan usaha yang dominan dalam
memastikan anak-anak berjaya dalam kehidupan.
Agama memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak tidak akan terpesong ke
lembah hina. Agama merupakan lampu suluh yang menerangi jalan anak-anak ke arah masa
depan yang cerah.
50,000 satu angka yang sangat besar sekali. Dengan angka sebesar itu, kita boleh
memanfaatkan dengan pelbagai perkara yang diingini. Malangnya, angka sebesar itu sangat
digeruni dan ditakuti setiap golongan marhaen. Mengikut kajian yang telah dilakukan pada
akhir tahun 2011, 50,000 orang setiap hari di seantera dunia mati disebabkan pelbagai
penyakit. Hal ini mungkin memeranjatkan semua orang akan fakta yang telah dinyatakan
oleh salah satu universiti di Amerika Syarikat.
KERAJAAN/PIHAK BERKUASA
Jika ditelusuri secara mendalam peranan yang boleh dimainkan oleh pihak kerajaan untuk
memajukan industri pelancongan ialah kerajaan haruslah mengadakan pelbagai promosi
kepada pelancong. Hal ini kerana untuk menarik minat pelancong untuk melancong ke
negara ini.
Menurut Tan Sri Mustafa Jabar,tidak ada satu bangsa pun di dunia ini yang mencapai
kemajuan dengan hanya bermodalkan kata-kata,sebaliknya bangsa yang maju ialah
mereka yang gigih berusaha.Sekiranya kata-kata hikmat ini disematkan dalam diri setiap
golongan marhaen di Malaysia,tidak industri mustahil pelancongan Malaysia akan menjadi
tumpuan seantero dunia.
Antara langkah yang efektif lagi pragmatik yang boleh dilakukan ialah pihak kerajaan
bolehmengadakan promosi tentang keunikan dan keindahan flora dan fauna yang terdapat
di Malaysia ke segenap pelosok dunia.Dengan adanya promosi sebegini,industri pelancongan
akan menjadi tarikan kepada penduduk di luar negara untuk melawat Malaysia.
Sudah menjadi satu kebiasaan bagi setiap manusia,menyukai sesuatu yang murah tetapi
mempunyai kualiti yang tinggi . Begitu juga dengan para pelancong yang sering keluar
masuk ke Malaysia silih berganti. Jadi agensi-agensi pelancongan di Malaysia bolehlah
mengadakan pakej-pakej menarik supaya pelancong berminat untuk berkongsi peluang
keemasan sebegini kepada kawan-kawan mahupun kaum keluarga. Hal ini seterusnya akan
memberi impak positif kepada negara kita sendiri yang dapat memanifestasikan
pertambahan ekonomi yang mempunyai swadaya.
MASYARAKAT
Sikap bagai enau melepaskan pucuk masing-masing haruslah dielakkan masyarakat dalam
memajukan industri pelancongan.Seperti yang diketahui umum,tarikan sesuatu negara itu
berpandukan kepada keindahan budi bahasa yang diamalkan oleh rakyat negara
tersebut.Bertepatan dengan filsafat,kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab
dan bukan kepada wajah dan pakaian.
Kita harus mencontohi sifat-sifat tokoh terdahulu dan mempraktikkannya bagi menjana idea
membangunkan Malaysia sejajar dengan hasrat 1 Malaysia.Sesungguhnya,kita mampu
tenggelam sama basah timbul sama hanyut seiringan dengan negara maju yang lain.Surah
Al-Alaq ada menyatakan, bacalah dengan nama Tuhanmu, wahai Muhammad.
Hal ini menunjukkan akan kepentingan ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.Oleh itu,kita
perlu membaca bagi meningkatkan ilmu pengetahuan.Natijahnya,ilmu yang diperoleh dapat
menjadi pemangkin untuk membangunkan negara tercinta
Dalam menjayakan prakarsa pragmatik ini,semua pihak haruslah sebulat suara berganding
bahu bergerak sederap seia sekata dalam menerapkan rasa cinta akan negara dalam diri
setiap individu
Tambahan pula, bukan sahaja ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam memupuk
budaya membaca malahan semua pihak seharusnya berganding bahu dalam merealisasikan
budaya membaca sebagai satu budaya dalam kehidupan seharian.
Di samping itu, peningkatan ilmu pengetahuan dapat memajukan diri kita. Masyarakat yang
lebih berdaya maju akan berusaha untuk mendapatkan ilmu yang terbaik tanpa
mengenepikan kepentingan orang lain dan boleh membantu orang lain bagi menyelesaikan
masalah.
Hal ini bertepatan dengan kata-kata Francis Barchan bahawa ilmu ialah kuasa. Menurut
Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah, membaca merupakan jambatan ilmu yang perlu diterokai dan
dicari. Oleh itu, tabiat membaca perlu diperkasakan agara peningkatan kualiti wacana
nasional dapat dilestarikan.
Dalam mengejar wawasan 2020, semua rakyat perlu memahami amalan membaca supaya
amalan ini mampu menjadi amalan turun temurun. Jika kita halusi dengan lebih terperinci,
negara-negara moden seperti Jepun mengamalkan amalan membaca yang sangat penting
dalam diri setiap penghuni yang berada dalam negara tersebut. Hal ini disebabkan mereka
mengamalkan amalan membaca dalam kehidupan seharian
Selain itu, harapan Perdana Menteri dapat direalisasikan apabila melihat anak-anak didik
cemerlang yang kaya dengan ilmu intelek dapat dilahirkan. Lantaran itu, sudah tentu
Malaysia mempunyai lapisan generasi yang berkualiti dan berilmu pengetahuan yang dapat
memartabatkan negara kita. Generasi ini akan membawa Malaysia memacu ke hadapan
untuk mencapai kejayaan yang setanding dengan negara lain ibarat berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah. Sesungguhnya, membaca buku ilmiah membawa banyak maslahat yang
positif dan tidak merugikan sesiapa.
PENUTUP
Akhirul kalam, kita haruslah pandai dalam berjimat cermat. Hal ini kerana, amalan berjimat
cermat itu amat penting untuk menjamin kewangan kita pada masa hadapan. Oleh itu, kita
haruslah mempraktikkan amalan ini sejak dari azali lagi. Bak kata pepatah, bersusah-
susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Sebagai pengitlakannya, amalan membaca dapat memberi manfaat yang berguna kepada
setiap individu tidak kira golongan tua mahupun golongan muda. Sekiranya semua pihak
tidak memekakkan telinga, tidak hanya membisukan mulut, membutakan mata mereka,
maka negara akan berdiri standing dengan negara moden pada masa ini. Dalam mengejar
wawasan 2020, semua rakyat perlu memahami amalan membaca supaya amalan ini mampu
menjadi amalan turun temurun.
Oleh itu , kita perlulah meneruskan amalan ini hingga ke generasi seterusnya yang bakal
menaikan negara kita pada masa hadapan kelak .
Prakarsa yang dilakukan bersifat pragmatik dan tidak bersifat impulsif kerana setiap
pelancong mempunyai pelbagai ragam yang perlu di hadapi oleh kita.Kita perlu bijaksana
dalam melangkah untuk menghadapi semua ini.Seumpama kata Elbert Hubbard,
kebijaksaan ialah keupayaan untuk bertindak pada masa yang benar-benar tepat. Jika kita
tersalah langkah,kita ibarat menconteng arang ke muka sendiri. Janganlah kita hanya
melepaskan batuk di tangga dalam menaikkan air muka Malaysia kerana jatuh bangun
Malaysia terletak di tangan kita.