Anda di halaman 1dari 1

Peperiksaan formal penting untuk menilai/menggred kemahiran belajar berfikir menguasai

kandungan pengetahuan murid(learn content knowledge by thinking), peperiksaan bukan dapat gred
sahaja(jika dapat 100%, tak kan tak belajar lagi). bilangan ujian kurangkan kepada 1 diagnotik, 1 ujian
bulanan + 1 midterm, 1 final term.(sekarang ada 4 peperiksaan dalam setahun).Pembetulan dan
persediaaan perlu perancangan masa, jika murid juga buat pentaksiran pbl /folio...banyak beban
kepada murid. Perkara ini /keputusan tentang sistem berkaitan ini perlu difikir mendalam apa perlu
buat dan sama penting apa perlu dihentikan (capital decision need to exercise wisely think through
what to do as well what not to do).

Trend kini pentaksiran projek/buku skrap/folio/pbl juga digalakkan untuk belajar melalui aktiviti
untuk mengasah kemahiran abad 21 -komunikasi dan kolobaratif tetapi penguasaan 'content
knowledge' penting juga kerana tanpa pengetahuan konsep utama sukar untuk murid kuasai aras
lebih tinggi seperti sintesis/cipta.

Cabaran utama ialah sistem kita...kpm-jpn-ppd-sek//ipg/ipt........British mengusasi india dengan


berkesan hanya guna sistem yang ringkas sahaja. Permudahkan sistem penyampaian maklumat kita,
beri lebih "decision capital" kepada guru-guru kita kerana mereka adalah orang utama yang interaksi
setiap hari dengan anak kita. guru-guru termasuk pentakbir sibuk melayan lawatan samada
ppd/jpn/kpm ect /ETA/program ini itu/pibg...ini belum lagi termasuk kursus-kursus yang cikgu untuk
content knowlege,sepatutnya tumpuan harus diberikan kepada murid kita dan guru kita.(saya faham
mereka perlu lawat atas kerja/kpi sebagainya tetapi kadang kala ada perkara langsung tak perlu
lakukan.

Cabaran sistem ini termasuklah ict, kita tahu maklumat senang akses dengan hp, contohnya
melalui hp murid boleh akses aktiviti kahoot. Tetapi kemudahan asas seperti api air internet, semua
infrastruktur perlu ditambah baik. bayangkan 100 guru dengan 3 komputer, akses internet lambat,
sukar untuk aplikasi abab 21(walaupun abab 21 bukan internet semata-mata). Murid juga tidak
dibenarkan bawa hp ke sekolah atas risiko dicur yang perl pihak sekolah bazir masa selesaikan
masalah disiplin, dan kredit hp atau unifi rm 79 masih mahal bagi ibu bapa yang tak mampu.

Murid murid juga menghadapi cabaran (juga disebabkan sistem kita), contohnya anak murid sek
rendah belajar sains matematik dengan bahasa melayu/tamil/cina tetapi ada alternatif DLP di
sekolah menengah (bagi yang sekolah rendah dlp dan sambung sekolah menengah dlp, ok ),
bayangkan masa tenaga yang perlu murid lalui untuk intervesi untuk kuasai "content knowledge "
dalam bahasa inggeris. Dah belajar inggeris , tak semestinya DLP, atau panggil ETA satu dua orang,
kita sudah ada guru bahasa inggeris, berilah mereka "decision capital" untuk perkembangkan
penguasaan inggeris. Bahasa inggeris bukan reading sahaja tetapi speaking juga , tapi bila nak guna
dan kepada siapa , buat apa speaking english jika guna masa ibunda juga dapat komunikasi idea yang
sama dan lebih senang).Saya setuju jika kelas DLP tu untuk murid yang cita cita doktor enginer,(tapi
saya faham semua ibu bapa nak doktor , dah ada peluang tersebut walaupun realitinya tenaga kerja
sektor lain juga ada peluang tetapi itulah sistem kita(sistem kita perlu bagi peluang kepada murid -
yang perform akademik dan bukan akademik, yang bukan akademik yang mahu akademik mahu
peluang tersebut tetap masih ada dalam sistem tersebut)

Dannypett79

September 1, 2018

Anda mungkin juga menyukai