Anda di halaman 1dari 8

Peranan Syariah Dalam Pelaksanaan Sains

Dan Teknologi

PERANAN SYARIAH DALAM PELAKSANAAN SAINS DAN TEKNOLOGI


1. PENGHARGAAN

2. PENDAHULUAN

3. ISI DAN HURAIAN

3.1 Peranan Syariah Dan Etika Islam Dalam Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan.

4. PENUTUP

PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa,
tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Kami membuat tugasan yang diberi ini dengan penuh bersemangat tanpa sebarang
masalah yang kami hadapi. Walaupun banyak kami memberi idea antara satu sama lain
dalam membuat tugasan ini kami tetap memberikan kerjasama yang efisien untuk
mengelakkan dari berkelahi antara kami.

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah


kami, Ustaz Suffian Bin Mohd Fabilah kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Ustaz
Suffian banyak memberikan kami pelbagai idea dalam membuat blog ini bahkan sebelum
membuat blog ini Ustaz Suffian memberikan cadangannya untuk kami membuat tugasan.
Beliau banyak memberi idea kepada kami untuk menambah baik laporan kami supaya tidak
mempunyai kesalahan yang kecil seperti kesalahan penggunaan Bahasa Melayu dan juga
Tatabahasa.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
kami yang memberi kami pemudah cara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami
berjaya menghabiskan tugasan ini. Ibu bapa kami menolong kami dari segi kewangan untuk
kami menggunakan wang tersebut dalam perbelanjaan kami untuk menyiapkan blog ini.
Mereka amat prihatin terhadap pembelajaran kami di Politeknik Mersing ini walaupun kami
berjauhan dengan mereka namun mereka tetap memberikan segala apa yang termampu
mereka berikan. Kami bersyukur mempunyai ibu bapa seperti mereka.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang kami telah lakukan. Mereka membantu kami dengan
menjawab setiap pertanyaan yang kami berikan kepada mereka. Rakan-rakan kami yang
terdiri daripada kelas kami sendiri iaitu DEE2A banyak memberi pertolongan jika kami
mempunyai masalah dalam menyiapkan blog kami ini. Di samping itu, mereka juga
memberikan komitmen yang baik dalam menilai hasil kerja kami sehingga kami selesai
menyiapkannya.

Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan blog kami ini. Terima kasih.

PENDAHULUAN

Terlebih dulu kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada
pensyarah Politeknik Mersing khasnya kepada pensyarah Sains ,Teknologi dan Kejuruteraan
dalam Islam kami iaitu Ustaz Suffian Bin Mohd Fabilah yang telah memberikan tugasan
yang berbentuk Blog ini. Kami kumpulan 1 kelas DEE2A telah diberikan tugas iaitu
membuat Blog yang bertajuk peranan syariah dalam pelaksanaan sains dan teknologi. Kami
bekerjasama dalam membuat Blog ini, untuk mendapatkan markah tambahan untuk projek
ini.

Kumpulan 1 yang terdiri daripada Rucelee Bin Mohd Fadzil, Mohd Basri bin Sarip
Abu Bakar, Syafiq Haziq Bin Rahim dan Akmal Arif Bin Othman. Kami berempat
menjayakan tugasan ini dengan membuat pelbagai perbincangan sebelum membuat Blog ini.
Kami berpendapat bahawa tajuk yang diberikan kepada kami ini merupakan fakta tentang
prinsip syariah dan etika islam dalam sains, teknologi dan kejuteraan.

Sebenarnya, syariah adalah berasal dari perkataan syarak yang memberi maksud jalan
ke arah sumber air atau memberi makna jalan yang lurus. Syariah dari aspek istilah adalah
merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah swt kepada umat manusia
melalui Rasulullah saw.

Di samping itu, syariat dipanggil sumber air kerana syariat diperlukan sebagai sumber
kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan
untuk menjadi nadi dalam hidup manusia. Manusia akan mati tanpa air, manusia akan sesat
tanpa syariat. Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan
hidup di dunia dan akhirat.

Selain itu, setiap perkara yang ditetapkan oleh Allah SWT mempunyai peranan dan
maksud yang tertentu. Ianya tidak dijadikan sia-sia malah mempunyai hikmah untuk
dimanfaatkan oleh manusia. Begitu juga dengan tuntutan syariah yang diperintahkan melalui
ayat al-Quran dan al-Hadis semestinya mempunyai peranan tertentu.

Peranan Syariah Dan Etika Islam Dalam


Sains,

Teknologi Dan Kejuruteraan

Kewujudan syariah dan etika dalam sains bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi
kesempurnaan hidup didunia dan akhirat. Setiap perkara yang ditetapkan oleh Allah S.W.T
mempunyai peranan dan maksud yang tertentu. Setiap perkara yang berlakun tidak dijadikan
sia-sia malah mempunyai hikmah untuk dimanfaatkan oleh manusia. Begitu juga dengan
tuntutan syariah yang diperintahkan melalui ayat al-Quran dan al-Hadis semestinya
mempunyai peranan tertentu. Oleh itu terdapat beberapa peranan syariah dan etika dalam
sains teknologi dan kejuruteraan yang terkandung dalam perintah yang ditentukan kepada
setiap mukallaf. Berdasarkan buku Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam, Antara 6
peranan syariah dalam pelaksanaan sains dan teknologi:
A. Memelihara Agama.

Memelihara agama merupakan peranan utama syariat islam adalah untuk memelihara
nilai agama serta pelaksanaannya untuk kesempurnaan hidup dunia dan akhirat.
Seterusnya, sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian agama akan dicegah
sebelum berlaku. Andaikata perkara itu sudah berlaku, maka hukuman yang
sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan akan dilaksanakan. Oleh itu, setiap
perkara yang dilakukan mestilah tidak bercanggah dengan islam. Pensyariatan
hukuman dan perundangan dalam syariat islam akan mengambil kira kesannya kepada
kemuliaan dan kesucian agama. Hal ini akan melahirkan insan yang lebih berakhlak
serta menjauhi setiap larangan Allah S.W.T. Syariat islam menetapkan sebarang
kajian , ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan
kebaikan kepada memelihara agama. Pembinaan bangunan yang dilengkapi dengan
kecanggihan peralatannya menjadikan manusia insaf tentang keagungan Allah swt
dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat. Oleh itu, untuk menyelamatkan
agama , maka hukum keluar daripada islam adalah termasuk jenayah hudud.

B. Memelihara Maruah.

Peranan syariah islam dari segi memelihara maruah pula menetapkan pemeliharaan
maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia agar
kita semua dipandang baik dan berakhlak. Seterusnya, segala kajian yang melibatkan
sains teknologi dan kejuruteraaan hendaklah mengambil kira kepentingan maruah
umat islam agar tidak bercanggah dari hukum hakam islam. Selain itu, tindakan yang
membelakangkan maruah boleh mengundang kerosakan dan kemusnahan yang besar
serta memecah belahkan masyarakat .Atas nama pembangunan atau pemodenan atau
penyelidikan bukan menjadi lesen untuk merobek maruah manusia atau maruah
negara. Masyarakat perlu berganding bahu dalam memelihara maruah sendiri dan
berfikir dalam sesuatu perkara. Lantaran itu, hukum-hakam dalam syariat islam
memandangkan serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan
maruah seseorang.

C. Memelihara Nyawa.

Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk
dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah. Oleh itu, syariat Islam
mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang
sama mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia. Kita
perlu berfikir menggunakan akal agar tidak mudah terpengaruh unsur-unsur
jahat.Seterusnya pensyariatan hukum dalam islam mengambil kira keselamatan
nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan. Islam juga
mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa
manusia. Contohya segala bahan kimia yang boleh membunuh atau kerosakan diri
manusia. Dalam waktu yang sama, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu
yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya
dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat.
Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah akan menyihatkan nyawa
manusia. Memelihara nyawa kita sendiri salah satu tanggungjawab kita untuk beriman
kepada Allah S.W.T.

D. Memelihara Akal.
Akal merupakan anugerah utama bagi komponen tubuh badan manusia.
Kemampuannya tiada tolak tandingannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara
maksima menyamai kemampuan ribuan komputer riba yang diletakkan memenuhi
padang bola sepak. Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan,
minuman dan riadah minda. Kita perlu bertanggungjawab dan mengambil kira setiap
apa yang kita lakukan serta menjauhi larangan Allah S.W.T. Islam juga melarang
segala perbuatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada akal seperti
mengambil minuman yang memabukkan seperti arak, pil-pil yang mengkhayalkan
dan bahan bacaan yang lucah yang merosakkan ketajaman minda kita.Oleh itu, kita
perlulah mempunyai akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas menuntut
penjagaan pada tubuh badan bagi memelihara kecerdasan minda. Segala aktiviti dan
tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan, dan keselamatan akal adalah
haram disisi syariat islam. Oleh itu, para saintis , teknorat dan jurutera hendaklah
menghasilkan kajian dan ciptaan yang menggunakan ketajaman minda. Dalam waktu
yang sama kesan langsung hendaklah juga memelihara kecerdasan akal. Bukan satu
kecemerlangan dalam ilmu apabila ciptaan yang dihasilkan baik dalam pelaksanaan,
namun memberikan kesan buruk pada akal manusia.

E. Memelihara keturunan.

Peranan syariah yang terkandung dalam perintah yang ditentukan kepada setiap
mukallaf juga hendaklah memelihara syariat Islam dengan tegas memutuskan untuk
mengharamkan apa jua bentuk tindakan yang boleh merosakkan keturunan samada
secara langsung atau tidak, seperti :

 Liwat
 Musahaqah - Lesbian
 Mendedahkan aurat
 Berdua-duan lelaki dan wanita
 Zina dan tuduhan melakukan zina
 Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita
F. Melihat atau menonton atau menayangkan atau melakonkan atau mengarahkan benda
yang haram seperti aurat wanita, gambar atau filem lucah.
G. Bersentuhan atau bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.

H. Hukuman bagi setiap kesalahan berikut adalah termasuk dalam kes-kes hudud atau
ta'zir. Oleh itu, umat islam perlulah meningkatkan keimanan agar tidak mudah
terpengaruh dengan unsur-unsur budaya barat. Justeru itu ,Islam mensyariatkan
pernikahan atau perkahwinan bagi memelihara keturunan manusia. Hal ini akan
mengelakkan kita menjauhi segala unsur maksiat dan salah satu tanggungjawab kita
untuk beriman kepada Allah S.W.T.
I. Memelihara Harta.

Syariat Islam dengan tegas mengharamkan segala bentuk perbuatan yang boleh
memudaratkan harta seseorang atau kumpulan seperti merompak, mencuri, menyorok,
membazir, dan menspekulasi pasaran modal. Peranan syariah yang terkandung dalam
perintah ialah agar kita semua memelihara harta.Islam menetapkan kewajipan
mengeluarkan zakat bagi setiap muslim yang telah mencapai kelayakan. Harta yang
dikumpul mempunyai hak untuk terus mendapat keberkatannya seperti diberikan
kepada insan yang kurang bernasib baik dan susah. Bagi yang sudah berkelayakkan
membayar zakat, pencarian harta hendaklah melalui proses yang jelas halalnya .
Sumber yang diperolehi mestilah dari sumber yang halal dan tidak bercanggah dengan
syariat islam. Matlamat menjadi kaya bukan menjadi sebab untuk menghalalkan
segala tindakan ke arah itu . Selain itu, hukuman Hudud seperti potong tangan bagi
yang mencuri dan ta'zir menunjukkan syariat islam memandang serius jenayah ini.
Bagi mereka yang sanggup mempertahankan harta sehingga membawa kepada
kematian dianggap mati syahid akhirat. Justeru itu, masyarakat perlu memelihara
harta agar diredhai oleh Allah S.W.T serta untuk kesempurnaan hidup di dunia dan
akhirat.

PENUTUP

Kita manusia perlu dipimpin dan diberitahu bahawa pembangunan berteraskan Islam adalah
lebih luas daripada pembangunan yang hanya boleh dilihat oleh mata kasar, kerana ia bukan
sahaja memerlukan penggabungan bersepadu antara manusia dan sumber alam, malah lebih
penting daripada itu ialah penggabungan antara unsur dalaman dan unsur luaran manusia.
Pelbagai perkara yang telah berlaku di dunia ini yang dilakukan oleh kita manusia.

Antara kalbu, akal dan nafsu dengan anggota lahiriah dan pancaindera yang lain.
Interaksi murni di antara dua unsur yang bertunjangkan pengabdian sepenuhnya kepada Allah
ini sahajalah yang dapat melahirkan amal dan tindak laku manusia yang selamat
pembangunannya. Kita perlu sentiasa perlu meminta pertolongan daripada Allah S.W.T
supaya kita tidak sesat daripada ajarannya. Menggunakan anggota badan kita untuk kebaikan
supaya kita sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T dan menjauhi larangannya.

Seterusnya, antara syariah islam yang perlu kita jaga ialah kita perlu memelihara
agama kita dengan mengikut segala syariat islam supaya kemuliaan agama dan kesuciannya
dapat dijamin. Dengan menjaga agama kita perlu melaksanakan hukuman yang berlandaskan
syariah islam. Memelihara maruah diri atau orang lain perlulah dirahsiakan kerana dengan
mengetahui sesuatu yang mereka sembunyikan daripada pengetahuan orang lain dan itu dapat
membantu diri kita dan seseorang itu berasa selamat.

Di samping itu, kita perlu memelihara nyawa supaya kita selamat daripada bahaya
yang menimpa kita suatu hari nanti dan berwaspada dari sebarang perkara yang berlaku. kita
juga perlu menjaga kesihatan dengan mengamalkan cara hidup yang sihat. Akal kita adalah
pemberian Allah S.W.T yang membantu kita, adanya akal ini kita perlu menjaganya dengan
sihat dengan berfikir sesuatu yang berfaedah dan tidak memikirkan sesuatu yang boleh
merosakkan pemikiran kita.

Selain itu, setiap manusia mempunyai keturunan mereka sendiri yang berlainan
dengan itu mengikut syariah islam pelihara keturunan dapat menjamin masa depan yang
harmoni yang tidak melibatkan sebarang bentuk tindakan yang boleh merosakkan keturunan.
Kita yang mempunyai harta perlu mempunyai wasiat dan waris dalam keluarga supaya harta
tersebut dapat digunakan dengan baik dan juga boleh di zakatkan.

Berdasarkan pemerhatian kami dapat mengetahui bahawa peranan syariah islam ini
penting terhadap agama islam kepada penganutnya supaya hidup mereka terjamin mengikut
ajaran agama.
DAFTAR PUSTAKA

Abdullah Muhammad Bin Farj Al-Maliki Al-Qurthubi. (2004). Rahsia Kejayaan

Rasulullah Dalam Penerapan Hukum. Kuala Lumpur: Al-Hidayah.

Dr. Mustaffa al-Siba’I. (2013). Al-sunnah Sumber Hukum Islam.

Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Mohd Azli Adnan. (2013). Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam.

Putrajaya,Kuala Lumpur: Kementerian Pengajian Tinggi.

Mohd Saleh Haji Ahmad. (1999). Pengatar Syariat Islam.

Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

Sharir Mohamad Zain et al. (1985). Pengenalan Tambahan Islam Dalam Sains

dan Teknologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai