Anda di halaman 1dari 8

JENIS-

JENIS
IKATAN.
.......
BUKU SILA ( Square / Reef Knot)

NAMA LAIN: 'Left Over Right And Right Over Left'.

KEGUNAAN: Untuk menyambung dua hujung tali yang sama jenis dan saiz. Biasanya untuk
menyambung tali khemah/bungkusan hadiah/ikatan anduh.

PENERANGAN: Ikatan buku sila digunakan untuk menyambungkan dua tali yang mempunyai
ukuran saiz yang sama. Ia dilakukan secara menyonsang iaitu tali kiri ke atas tali kanan dan
tali kanan ke atas tali kiri. Ikatan ini boleh dilucut dengan mudah.

CONTOH:
TINDIH KASIH (Bowline)
NAMA LAIN: -

KEGUNAAN: Untuk membuat ikatan yang pantas


dan tidak boleh menjerut benda/binatang dan
sebagainya

PENERANGAN: Ikatan tindih kasih adalah


merupakan satu gelung yang tidak terlucut di
bentuk di hujung seutas tali. Antara
kegunaannya adalah untuk operasi menyelamat
untuk di ikat di badan mangsa tanpa menjerut
badan mangsa, juga untuk mengikat leher
binatang.

CONTOH:

DOUBLE BOWLINE
SIMPUL MANOK (Clove Hitch)

NAMA LAIN: -

KEGUNAAN: Simpul manuk biasanya digunakan untuk mengikat benda yang licin seperti kayu,
hujung pancang khemah, botol dan sebagainya.

PENERANGAN: Ia mudah diikat/disimpulkan dan mudah ditanggalkan/dibuka.

CONTOH: Ia boleh diguna semasa kecemasan atau untuk menuruni / menaiki tebing. Kedua
kaki dimasukkan ke dalam kiri dan kanan sebagai penstabil berat badan.
SIMPULAN PENGAIL / SIMPUL HIMPIT
(Fisherman's Knot)

NAMA LAIN: Angler’s knot, English knot, Englishmen’s knot,


Halibut knot, True Lover’s bend, Waterman’s knot

KEGUNAAN: Sesuai digunakan untuk menyambungkan dua tali


yang halus /licin seperti tali tangsi

PENERANGAN: Simpulan ini kebiasaannya digunakan dalam


aktiviti pendakian dan lain-lain sukan. Disebabkan ikatan ini
sangat mudah dilakukan menjadikan ia satu simpulan yang baik
untuk digunakan apabila menguruskan tali yang halus dan licin
seperti tali pancing, seperti namanya. Perkara yang paling
penting semasa mangikat simpulan ini hanyalah simpulan
pertama pada hujung tali menggunakan thumb knot. Ianya boleh
disimpulkan beberapa kali, menjadikan simpulan ini mempunyai
stopper knot yang diingini.

CONTOH:
SIMPUL ANGKA 8 (FIGURE OF EIGHT KNOT)

NAMA LAIN: Flemish knot, Savoy knot

KEGUNAAN: Mengelakkan hujung tali daripada terburai, sebagai "stopper" pada takal dan
sebagai tangga tali.

PENERANGAN: Satu variasi dari ikatan simpul mati untuk kegunaan yang sama, tetapi
simpulan angka lapan adalah lebih senang dibuka jika dibandingkan dengan simpul mati

CONTOH:
FIGURE-EIGHT FOLLOW THROUGH

FIG. OF 8 - ALTERNATIVE WAY:


SIMPUL MATI (THUMB KNOT)

NAMA LAIN: Overhand knot, End knot

KEGUNAAN: Mengelakkan hujung tali


daripada terburai, sebagai stopper pada
takal, tangga tali dan sebagai ikatan kekal.

PENERANGAN: Satu ikatan yang tidak mudah


terurai sebab itu dipanggil simpul mati.
Satu simpulan tali yang mudah yang biasa
digunakan untuk sebagai ikatan di hujung tali
untuk menahan batang tali dari terurai.
Simpulan mati boleh juga dibuat sebagai
bonjolan untuk memudahkan tempat
memegang

KEBURUKAN: Ikatan adalah sukar untuk


dibuka (merosakkan tali)

CONTOH: Ikatan pada tali pancing

Ikatan stopper pada kain


BUNGA GETI (SHEET BEND)

NAMA LAIN: The Bend, Simple Bend, Ordinary Bend, Common Bend

KEGUNAAN: Untuk menyambungkan 2 tali yang tidak sama saiz dan


MA LAIN
menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan tali.

PENERANGAN: Kedua dua ikatan bunga geti tunggal dan ikatan bunga geti berganda adalah
digunakan untuk menyambungkan dua tali yg berlainan saiz. Tujuan supaya kedua tali tidak
akan terlucut ketika basah

Bunga geti tunggal dibentuk dengan membuat lingkaran dengan tali saiz besar dan hujung tali
bersaiz kecil dimasukkan ke atas melalui lingkaran menjadikan satu setengah belit di sekeliling
tali besar.

CONTOH: ikatan pada hujung khemah

Anda mungkin juga menyukai