Anda di halaman 1dari 6

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DALAM BENTUK LAZIM DALAM

LINGKUNGAN 1000 BAGI MURID-MURID TAHUN 2 ZUHAL DENGAN


MENGGUNAKAN KAEDAH “MARI MELUKIS DOT”

1. ABSTRAK

Murid-murid khususnya di sekolah rendah masih ada yang belum menguasai faktas asas
matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Isu ini merupakan perkara yang harus
diberikan perhatian memandangkan fakta asas matematik merupakan perkara yang penting
dalam menguasai konsep matematik pada topic-topik yang lebih besar. Tujuan kajian ini
dilaksanakan adalah untuk mengesan serta membimbing murid-murid Tahun 2 Zuhal yang
merupakan murid-murid kelas lemah yang masih belum dapat menguasai kemahiran menambah
dalam bentuk lazim dalam lingkungan 1000. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mencari
kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid yang lambat menguasai kemahiran tersebut.

Kajian ini melibatkan murid-murid Tahun 2 Zuhal di SK Sungai Anib 1, Sabah yang mempunyai
28 orang pelajar. Murid-murid tahun 2 Zuhal merupakan murid-murid yang lemah dalam
pembelajaran. Kajian ini berfokuskan kepada kemahiran operasi tambah dengan menggunakan
kaedah “mari melukis dot”. Tinjauan awal yang dilaksanakan ialah dengan mengenalpasti
masalah murid melalui menyemak latihan murid, pemerhatian dan temu bual. Pengesanan awal
terhadap masalah kemahiran menolak yang mereka hadapi dapat membantu saya menentukan
kaedah yang bersesuaian dengan persekitaran dan keadaan sosio ekonpmi keluarga mereka.
Melalui kajian ini, saya juga dapat menentukan kaedah yang sesuai agar mereka dapat
mempelajari teknik baru yang boleh dipraktikkan untuk masa hadapan pada bila-bila masa
sahaja.
2. Nama Pengkaji

Kertas kerja ini disediakan oleh Nur Jazilah Binti Haji Mohd Sharif sebagai salah satu syarat
dalam pembelajaran Program Pensiswazahan Guru di bawah penyeliaan Open Universiti
Malaysia.

3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu

Masalah tidak menguasai kemahiran operasi tambah dengan mengumpul semula khususnya
merupakan masalah utama bagi pelajar yang baru menguasai operasi tambah. Operasi tambah
merupakan operasi asas yang perlu dikuasai oleh murid supaya tiada masalah keciciran apabila
berada di tahun tiga dan seterusnya ke tahap dua. Operas tambah terutamanya bagi soalan
pengumpulan semula agak sukar terutama bagi murid-murid linus numerasi serta yang baru
memasuki aliran perdana atau disebut “freshie perdana”.

Melalui pemerhatian saya semasa mengajar di dalam kelas 2 Zuhal dan semakan latihan yang
telah saya lakukan mendapati mereka boleh menambah jika soalan tersebut tidak perlu untuk
pengumpulan semula iaitu soalan lingkungqn 10, tetapi mereka tidak boleh menambah dengan
betul jika soalan tersebut memerlukan pengumpulan semula terutamanya apabila menambah
dengan menggunakan bentuk lazim bagi nombor-nombor soalan yang lebih besar. Sebahagian
murid juga mempunyai masalah untuk menulis jawapan di kedudukan nombor yang betul yang
melibatkan rumah puluh dan sa sehingga mengakibatkan jawapan yang diberikan adalah salah.

Saya telah meminta pendapat guru matematik yang lain dan antara cadangan mereka ialah
memberikan latih tubi yang banyak. Namun saya berpendapat jika asas mereka tidak kukuh,
latih tubi yang banyak sahaja tidak mampu membantu dan membimbing mereka untuk
menguasai konsep penambahan. Maka saya perlu memikirkan satu kaedah pembelajaran yang
mampu memberi kefahaman kepada mereka untuk melakukan soalan-soalan penambahan dalam
bentuk lazim terutamanya yang memerlukan pengumpulan semula. Setelah mereka menguasai
kaedah ini, barulah latih tubi yang banyak mampu membantu mereka menguasai kemahiran
menambah dengan lebih mantap lagi.
4. Fokus Kajian

Daripada refleksi di atas, didapati murid-murid tidak dapat menambah dengan mengumpul
semula adalah disebabkan :

i. Murid kurang memahami pengajaran guru di dalam kelas.


ii. Murid kurang cekap asas penambahan.
iii. Murid susah mengingati dan memahami langkah-langkah penyelesaian.
iv. Sering tidak menyiapkan latihan yang diberikan di rumah.
v. Kurang suasana pembelajaran di rumah.
vi. Kurang berminat dengan mata pelajaran Matematik
vii. Ada murid tercicir (tidak mendaftar di tahun 1)
viii. Keadaan sosio ekonomi keluarga yang tidak dapat membantu menyediakan alatan dan
bahan dalam membantu pembelajaran murid-murid.

Bagi mengatasi masalah ini, saya cuba menggunakan kaedah “mari melukis dot” supaya murid-
murid dapat menggunakan kaedah tersebut pada bila-bila masa sahaja serta mengingatkan
kaedah yang saya sampaikan dalam tempoh yang panjang dan akhirnya kekal dalam ingatan.

5. Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharap pelajar-pelajar dapat mencapai objektif berikut :

5.1 Objektif Umum

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menambah dengan mengumpul
semula.

5.2 Objektif Khusus


i. Murid dapat membina dan mengaplikasikan formula sama ada dalam penambahan
atau penolakan yang melibatkan bentuk lazim.
ii. Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil tambah
yang melibatkan nombor tiga digit dan seterusnya.
iii.Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

6. Metodologi kajian

Model kajian tindakan yang akan dilaksanakan ialah kaedah “Mari Melukis Dot”. Kajian ini
akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut :

Langkah 1 – Pengenalpastian Isu dan Masalah

Pada peringkat permulaan, saya dapati murid-murid kurang memberikan respon semasa
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya juga menyemak dan meneliti latihan yang telah
diberikan. Didapati murid-muridr banyak melaukan kesalahan terutama soalan penambahan
yang memerlukan pengumpulan semula. Sebahagian pelajar tidak menyiapkan kerja rumah yang
diberikan kerana mereka menyatakan mereka tidak faham bagaimana untuk menyelesaikan
soalan tersebut.

Langkah 2 - Perancangan Tindakan

Sebelum langkah-langkah seterusnya dilakukan, tinjauan awal masalah akan saya lakukan
terhadap murid-murid saya. Tinjauan awal dilakukan bagi membolehkan saya mengetahui
permasalahan yang dihadapi. Oleh itu say amerancang beberapa perkara, antaranya ialah :

i. Semakan Latihan Murid-Murid

ii. Latihan Congak


iii. Sesi temu bual
iv. Pemerhatian
v. Ujian Pra
vi. Borang soal selidik
vii. Bahan dokumentasi

Langkah 3 - Pelaksanaan Tindakan

Setelah saya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid, say abercadang untuk
memperkenalkankaedah “Mari melukis dot” kepada pelajar untuk membantu mereka dalam topic
penambahan dalam bentuk lazim dengan mengumpul semula. Selepas itu saya akan memberikan
ujian pos kepada pelajar untuk melihat peningkatan kemahiran pelajar dalam operasi tambah.

i. Memperkenalkan kaedah “Mari melukis dot”


ii. Ujian Pos

Langkah 4 - Pemerhatian dan menganalisis data

Bagi ujian pra dan ujian pos, soalan yang diberikan adalah soalan yang sama dan berbentuk
lazim. Murid akan diberikan 1 markah pada setiap satu soalan yang dijawab dengan tepat dan
menunjukkan jalan pengiraan yang betul.

Tahap penguasaan murid dalam operasi tambah dapat dilihat melalui ujian pra dan ujian pos.
Keberkesanan kaedah “mari melukis dot” dapat dinilai melalui perbandingan pencapaian murid-
murid dalam ujian tersebut.

Draf analisis keputusan pencapaian ujian pra dan ujian pos

Bil Nama Pelajar Markah Ujian Pra Markah Ujian Pos


Langkah 5 - Refleksi dan Penilaian

Daripada kajian ini saya berharap pencapaian pelajar akan terus meningkat dan murid dapat
meneruskan kaedah yang telah diperkenalkan. Selain itu, saya juga berharap pelajar dapat
mengaplikasikan kaedah “mari melukis dot” ini pada operasi tambah bagi mendapatkan jawapan
yang betul dan tepat. Jika berlaku peningkatan pencapaian, ini menunjukkan bahawa kaedah
“mari melukis dot” benar-benar membantu murid-murid. Disamping itu, selepas kajian ini, saya
berharap murid-murid mempunyai minat untuk mencuba dan yakin dengan jawapan mereka.
Saya juga berharap agar tingkah laku mereka akan berubah selepas diperkenalkan kaedah ini.

7. Sasaran Kajian
8. Kesignifikanan Kajian
9. Anggaran perbelanjaan
10. Jadual Kerja
11. Rujukan

Anda mungkin juga menyukai