Anda di halaman 1dari 25

1.

0 PENGENALAN KEPADA PROJEK

Litar Elektronik yang kami jalankan pada kali ini adalah litar yang bertujuan untuk
flasher. Projek yang dijalankan adalah berdasarkan dan menggunakan papan strip
board. Litar elektronik dihasilkan dengan menyambungkan komponen-komponen
elektrik dengan pengalir yang membolehkan arus elektrik mengalir antara komponen-
komponen tersebut.

Litar bersepadu adalah litar kecil yang dibina dari sekeping semikonduktor yang
ditempatkan dalam bungkusan pelindung. Litar-litar yang lebih besar boleh dihasilkan
dengan memasang komponen-komponen elektronik pada papan litar tercetak (printed
circuit board, PCB) yang digunakan untuk menyokong secara mekanik dan
menyambungkan komponen-komponen secara elektrik.

Projek ini kami menggunakan beberapa komponen elektronik yang menjalankan


fungsi bagi tujuan berkelip. Penggunaan kapasitor, perintang dan inductor adalah yang
memberi fungsi kepada litar untuk berkelip. Jika berlaku kesalahan memasang
komponen akan memberi kesan yang negative kepada litar, sama ada tidak menyala
atau tidak berkelip.

Papan stripboard membolehkan pereka membuat perubahan segera pada litar ketika
membangunkannya. Litar elektronik mampu memperlihatkan kelakuan yang amat
kompleks, walaupun dikawal oleh hukum-hakam fizik yang sama dengan litar ringkas.
Litar elektronik boleh digolongkan sebagai litar analog, litar digital, atau litar isyarat
campuran (gabungan litar analog dan litar digital).

2.0 OBJEKTIF / TUJUAN

1. Kami dapat mengetahui fungsi transistor, kapasitor dan komponen yang


terlibat serta penggunaannya.
2. Melakukan proses penterjemahan dari litar skematik kepada litar
bergambar dan kepada litar sebenar.
3. Menyusun komponen yang terlibat di atas papan Jalur (Strip Board).
4. Dapat mengetahui teknik melakukan pematerian dengan betul.
5. Dapat mengaplikasikan penggunaan multimeter untuk kegunaan
pengukuran dan pengujian.
2.0 PERALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

2.1 BAHAN-BAHAN

KOMPONEN FUNGSI
Perintang 100 Ω dan  Kegunaannya adalah untuk menghadkan aliran
Perintang 470 kΩ arus dalam litar kerana adanya rintangan.
 Perintang juga digunakan sebagai pembahagi
voltan.
 Komponen ini juga melesapkan tenaga elektrik
dalam bentuk haba.
Transistor 2SC 945  Peranti semikonduktor yang digunakan untuk
menguatkan dan menukarkan isyarat elektronik
dan kuasa elektrik

Capasitor 47 u.F  untuk menyimpan tenaga didlm medan elektrik,


caranya dengan dikumpulkannya ketidak-
seimbangan dalaman dari muatan elektrik

L.E.D  Bercahaya apabila adanya arus mengalir


melaluinya
 Arus mestilah mengalir pada satu arah sahaja

Bateri Snap  Sebagai tempat terminal pemasangan bateri


Flusk  Digunakan untuk menghindarkan oksida pada
bahagian pematrian dan membantu
menghasilkan pematrian yang kukuh.

2.2 PERALATAN-PERALATAN

PERALATAN FUNGSI
Papan Jalur. (Strip Board)  Digunakan sebagai papan rangkaian yang
memerlukan pemasangan percubaan dalam
sebuah rangkaian elektronik. Ia dapat
mengalirkan arus apabila disambung berama
perintang dan wayar penebat.

Alat Pateri. (Soldering Iron)  Untuk mencairkan timah bagi


penyambungan wayar penyambung dan
komponen

Pemotong Sisi.  Untuk memotong lebihan kaki komponen


yang telah siap dipateri
 Memotong dawai dan wayar elektrik.

Penjalur Wayar.  Digunakan untuk menjalur penebat wayar


dan memotong wayar.
Wayar Penyambung [Jumper].  Untuk menyambung litar yang terputus atau
wayar komponen yang kurang panjang

Timah Pemateri  Digunakan untuk melekatkan wayar


penyambung atau komponen ke atas strip
board

Soldering Stand  Untuk memegang alat pateri

Solder Clip  Untuk memegang strip board semasa proses


memateri

Penyedut Timah  Untuk menyedut lebihan timah yang terdapat


di strip board

Kertas pasir/kertas las  Membersihkan tempat soder dan papan jalur


sebelum memateri
Bateri 9Volt  Sumber bekalan kuasa

Multimeter Analog
 Menguji keterusan litar

Span  Digunakan untuk membersihkan bit


daripada bahan pateri yang berlebihan.
Perludilembapkandengan air sebelum
digunakan.
3.0) LITAR
SKEMATIK
3.1) LITAR
SAMBUNGAN
PAPAN PROJEK
4.0 LANGKAH KERJA

Bil Gambar Langkah Kerja


1.  Sediakan semua peralatan dan bahan
yang diperlukan
2.  Sediakan lukisan litar bergambar
mengikut litar yang hendak dibuat.

3.  Potong stripboard menggunakan


gergaji.

4.  Gosok stripboard menggunakan kertas


pasir untuk menanggalkan lapisan pada
bahagian belakang.

5.  Pasang perintang R3 dan R4 secara siri


manakala R1 dan R2 secara selari
mengikut lukisan yang telah dibuat.
6.  Pasangkan L.E.D D3 dan D4 secara siri
dan selari dengan LED D1 dan D2.

7.  Pasangkan transistor Q1 dan Q2

8.  Sambungkan wayar penyambung


daripada transistor untuk
disambungkan kepada kapasitor.

9.  Sambungkan kapasitor C1 dan C2


 Sambungkan wayar untuk punca kuasa
ke dalam litar.
10.  Balut semua komponen menggunakan
pita pelekat sebelum memateri supaya
komponen tidak jatuh.

11.  Pateri semua kaki komponen pada


stripboard. Panaskan kaki komponen
selama 3 saat kemudian letak wayar
pateri untuk mencairkannya.

12.  Potong kaki komponen setelah selesai


memateri menggunakan pemotong.

13.  Uji litar yang telah selesai


menggunakan bateri.
5.0 LAPORAN INDIVIDU

5.1 AHMAD ASYRAAF BIN IBENI (D20151070785)

5.1.1 Gambar Projek Yang Telah Siap

5.1.2 PERBINCANGAN

MASALAH YANG DIHADAPI DAN PENYELESAIAN

Projek yang telah kumpulan kami jalankan adalah projek flasher. Dalam projek
ini kami menggunakan stripboard sebagai papan penyambung litar. Komponen pula
kami menggunakan led, perintang, transistor, kapasitor dan jumper bagi
melengkapkan projek flasher kami. Dalam pelaksanaan projek ini kami mestilah kena
pandai membaca lukisan litar supaya dapat menyambung dengan sempurna. Dalam
proses penyambungan litar kami mendapati kaki anod dan katod haruslah betul dalam
susunan kerana apabila susunan ia salah akan menyebabkan masalah dalam
penghasilan litar flasher berkemungkinan tidak menyala atau tidak berkelip seperti
tujuannya. Dalam menterjemahkan lukisan kepada litar sebenar haruslah dipateri kaki
komponen mengikut arah arus stripboard supaya arus positif dan negative mencapai
dan menjayakan projek ini. Bagi kaki komponen, jangan bersentuhan dengan kaki
komponen yang lain. Oleh itu, kekemasan projek adalah penting bagi mengelakkan
pintasan berlaku dan kegagalan projek terjadi.

Permasalahan yang dihadapi dalam melaksanakan projek ini adalah


menterjemah lukisan litar kepada lukisan sebenar. Kerana penterjemahan litar kepada
litar sebenar memerlukan kepakaran yang jelas untuk melakukannya. Bagi mengatasi
masalah ini, pengetahuan tentang pembacaan litar haruslah dipertingkatkan.

Permasalahan yang seterusnya adalah kekemasan susunan bagi komponen dan


jumper. Masalah ini akan menyebabkan kaki anod dan katod terkena sesama sendiri.
Dalam masalah ini akan menyebabkan berlakunya pintasan jika laluan arus terkena
laluan arus lain dan menyebabkan kegagalan atau tidak berkelip berlaku. Bagi
mengatasi masalah ini, kekemasan dan susunan kaki komponen haruslah kemas dan
teratur dan tidak terkena laluan arus yang lain.

Seterusnya, masalah yang kami hadapi juga adalah komponen elektronik yang
rosak seperti resistor. Resistor yang kami guna rosak kerana kaki komponennya patah.
Oleh itu tidak dapat digunakan dan kami ganti dengan komponen resistor yang lain.

Masalah yang seterusnya adalah pateri yang tidak kemas. Apabila berlaku
ketidak kemasan pateri akan menyebabkan litar tidak berfungsi. Dalam litar saya, saya
telah mengalami masalah ketidakbolehan berkelip. Saya dapat mengesan masalah ini
disebabkan oleh longkang yang disaluti timah. Oleh itu litar bersambung dan tidak
dapat menjalankan fungsi. Bagi penyelesaian masalah ini, saya telah mencuci
longkang litar dengan kemas dan perbaiki kaki komponen yang dipateri menggunakan
pateri supaya longkang bersih. Masalah tidak berkelip kebanyakan datang daripada
litar yang terkena sesame lain atau lebih kata lain longkang yang kotor.

5.1.3 KESIMPULAN ANALISIS LITAR


Pada kelas kali ini kami telah menjalankan projek flasher. Kami menggunakan
komponen LED sebagai satu fungsi flasher. Kami menggunakan litar stripboard
sebagai platform penyambungan arus. Komponen yang kami gunakan adalah
perintang, kapasitor, LED, dan Induktor bagi melengkapkan fungsi flasher.

Pada mulanya, amali ini agak sukar untuk kami tafsirkan kepada litar sebenar,
dan sekian lama kami pelajari akhirnya berjaya kami mula memahami konsep
penyambungan litar ini. Pada mulanya, setelah siap penyambungan semua komponen,
kami dapati litar kami tidak menyala dan kemudian kami cuba kenal pasti masalah itu.
Setelah kami periksa semua penyambungan adalah sempurna. Dan pada akhirnya kami
berjaya menemui masalah yang dihadapi oleh litar kami. Kesalahan yang kami dapati
adalah longkang yang tidak bersih di stripboard. Kemudian apabila kami mencuci
longkang, maka litar kami telah berjaya berfungsi dengan jayanya.

Kesimpulannya, apa yang harus diketahui adalah pada pemasangan litar ini
haruslah memahami konsep dan ketahui kaki mana anod dan katod. Oleh itu, tidak
akan berlakulah masalah pemasangan yang tidak betul.

5.2 PAUL MORISSON ANAK GAUNG (D20151070822)


5.2.1 Gambar Projek Yang Telah Siap

5.2.2 PERBINCANGAN

KENDALIAN PRODUK.

Produk ini beroperasi dengan bekalkan punca kuasa daripada bateri 9V. Setelah
diberikan bekalan kuasa, LED akan bernyala secara berkelip-kelip. LED tersebut
berkelip kerana dikawal oleh Transistor dan juga Kapasitor. Di dalam produk ini,
transistor berfungsi sebagai suis kawalan manakala kapasitor berfungsi untuk
menyimpan dan membuang cas. Perintang berfungsi untuk mengehadkan pengaliran
arus elektrik di dalam litar.

MASALAH YANG DIHADAPI


Terdapat beberapa masalah yang berlaku sepanjang menjalankan amali membuat
flasher ini. Antara masalah yang dialami adalah seperti berikut;-

1. Sukar untuk menterjemah lukisan skematik kepada lukisan litar bergambar.


Litar strip board berbeza dengan litar yang pernah dibuat sebelum ini. Ini
menyebabkan kesukaran dalam penterjemahan ke dalam bentuk lukisan
bergambar.

2. Sambungan antara komponen di dalam strip board tidak betul. Sambungan


yang tidak betul menyebabkan litar yang dihasilkan tidak berfungsi dengan
sempurna. Komponen yang mempunyai kutub anod dan katod mempunyai
potensi untuk terbalik dipasang dalam litar sekiranya tidak diperhatikan dengan
betul.

3. Kedudukan komponen elektronik dalam litar terlalu rapat. Ini menyebabkan


kesukaran semasa membuat pematerian setiap komponen yang terdapat dalam
litar. Risiko lebihan pateri dan pateri tidak kuat berlaku sekiranya kaki
komponen tersebut terlalu rapat. Ini akan melambatkan lagi proses untuk
menyiapkan litar. Penyemakan litar juga sukar dilakukan kerana kaki
komponen tersebut seolah-olah sama antara satu sama lain.

4. Sukar untuk membuat memateri kaki komponen dan wayar. Ini kerana saya
kurang pengalaman dalam melakukan kerja-kerja pematerian. Tambahan pula,
saya mempunyai masalah tangan terketar dan ini menyukarkan lagi untuk saya
melakukan kerja pematerian. Risiko untuk pateri masuk ke dalam longkang
adalah sangat tinggi kerana tangan tidak boleh berada statik semasa pematerian
satu-satu komponen.

PENYELESAIAN
Untuk mengatasi masalah yang dihadapi, perbincangan telah dibuat untuk
mengatasi masalah tersebut. Untuk mengatasi masalah melukis litar bergambar, saya
bertanya kepada Encik Hafis untuk memastikan lukisan tersebut betul setelah lukisan
tersebut selesai dibuat. Lukisan bergambar ini haruslah dilukis dengan tepat untuk
memudahkan semasa kerja-kerja penyambungan komponen dilakukan. Sekiranya
lukisan tersebut salah dibuat, maka litar yang dihasilkan juga akan salah.

Untuk mengatasi masalah sambungan komponen tidak betul, saya menyemak


semula komponen tersebut dan mengubah kedudukan supaya sambungan tersebut
betul. Rujukan daripada nota dan juga daripada internet dibuat untuk memastikan
kutub komponen betul. Kedudukan komponen harus betul supaya litar tersebut
berfungsi dengan sempurna. Pemasangan komponen ini memerlukan ketelitian yang
tinggi supaya tidak berlaku penyambungan yang salah di dalam litar.

Untuk mengatasi masalah kedudukan komponen terlalu rapat, saya telah


mengubah jarak komponen tersebut supaya jarak lebih besar. Jarak antara komponen
ini sangat penting kerana ini bagi memastikan kita mudah untuk membuat kerja-kerja
pematerian dan juga litar menjadi lebih kemas. Setelah itu, lukisan litar bergambar
juga harus diubah untuk memastikan lukisan bergambar yang dibuat sama dengan litar
yang dihasilkan. Tujuan menghasilkan lukisan sama dengan litar sebenar ialah untuk
memudahkan kerja-kerja penyemakan sekiranya berlaku kesilapan pada sambungan
yang telah dibuat.

Yang terakhir sekali, untuk mengatasi masalah sukar memateri kaki komponen
dan wayar, Encik Hafis menunjukkan teknik yang betul untuk memateri pada litar.
Setelah itu, saya cuba membuat sendiri untuk menyiapkan keseluruhan pateri pada
litar. Pematerian ini haruslah dilakukan dengan fokus, bersabar dan berhati-hati yang
lebih supaya mendapat hasil yang sempurna.

5.2.3 KESIMPULAN
Pada kelas amali ini kami ditugaskan untuk menghasilkan litar LED Flasher
menggunakan Strip Board. Litar tersebut terdiri daripada litar siri, litar selari dan litar
siri-selari amali.

Semasa menjalankan amali ini, banyak perkara yang kami pelajari seperti penggunaan
bahan-bahan dan peralatan yang sesuai digunakan untuk menyiapkan litar. Kami juga
belajar menterjemahkan lukisan skematik kepada lukisan bergambar sebelum
membuat penyambungan pada papan litar yang sebenar. Tujuannya adalah untuk
memudahkan kami semasa membuat proses penyambungan pada Strip Board. Kami
diarahkan untuk membuat litar yang berbeza daripada lukisan skematik yang telah
diberikan tetapi mengekalkan fungsi yang sedia ada. Ini adalah satu cabaran kepada
kami untuk berfikir tentang cara untuk menghasilkan litar yang berbeza tetapi
mempunyai fungsi yang sama seperti litar yang asal.

Walaupun banyak cabaran dan halangan yang dihadapi sepanjang melakukan amali
ini, namun saya berasa sangat berpuas hati kerana saya dapat menyahut cabaran yang
telah diberikan dan berjaya menghasilkan litar yang berfungsi sepenuhnya dengan
tunjuk ajar daripada Encik Hafis dan juga rakan-rakan saya yang lain. Setelah berjaya
menyiapkan amali ini, saya juga berkesempatan untuk membantu rakan-rakan yang
mempunyai masalah untuk menghasilkan litar supaya mereka dapat menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi.

5.3 NURSYAFIQA BINTI KAMARUL ZAMAN (D20151070780)


5.3.1 Gambar Projek Yang Telah Siap

5.3.2 PERBINCANGAN

MASALAH YANG DIHADAPI

Pada amali pada minggu ini, saya telah berjaya menjalankan penyambungan litar
pada papan projek. Walau bagaimanapun, terdapat permasalahan yang timbul
sepanjang menjalankannya kerja yang menyebabkan kesukaran bagi kami
menyelesaikan. Antara permasalahannya adalah :

1. Pendawaian litar pada lukisan skematik tidak betul menyebabkan pemasangan


komponen pada papan jalur secara keseluruhannya tidak tepat sekali gus
menjejaskan fungsinya sebagai LED Flasher. Saya mengatasinya dengan
memeriksa semula lukisan skematik yang dihasilkan dan menyusun semula
komponen elektronik yang telah dipasang pada strip board.

2. Kesilapan dalam pemasangan komponen pada papan jalur, misalnya saya telah
tersalah memasang perintang menyebabkan timah yang telah dipateri terpaksa
dicairkan semula untuk membuka perintang yang salah tersebut. Kemudian
timah yang telah dipateri akan disedut bagi memastikan projek berfungsi dan
kemas.
3. Pemateri yang dipasang terlampau panas menyebabkan wayar yang dipasang
mencair dan mencacatkan pendawaian litar pada papan jalur. Bagi
mengatasinya, pemateri akan disejukkan terlebih dahulu dengan menutup suis
pemateri ataupun elakkan daripada pateri terlalu lama pada kaki komponen.
4. Timah yang dicairkan pada kaki komponen yang dipasang pada papan jalur
terlampau banyak memberi kesan kepada cahaya yang dihasilkan oleh LED.
Bagi mengurangkannya, timah tersebut akan disedut semula dan kaki
komponen akan dipateri semula.
5. Timah yang dicairkan pada kaki komponen juga bersambung dengan kaki
komponen yang lain menyebabkan ruang antara baris-baris di papan jalur
tertutup. Oleh itu, bagi menghalang daripada baris-baris tersebut tertutup
gunakan peralatan yang tajam untuk membentuk semula ruang diantara baris
tersebut.
6. Kaki komponen terlampau rapat iaitu hanya bersebelahan menyebabkan
kesukaran untuk memateri kaki komponen.
7. Kekurangan pemegang papan jalur menyebabkan kesukaran untuk memateri
strip board. Masalah ini dapat diatasi dengan menggunakan peralatan yang lain
yang boleh menggantikan pemegang strip board.

Walaupun terdapat permasalahan yang dihadapi sepanjang melakukan tugasan


amali, kami masih berjaya menyiapkannya tugasan yang diberikan dengan baik
mengikut masa yang ditetapkan. Semua ahli dalam kumpulan kami sangat
bertanggungjawab dan memberikan komitmen yang sepenuhnya sepanjang melakukan
amali tersebut. Pada kami, masalah yang timbul bukanlah halangan untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan malah masalah tersebut membuat kami berfikir untuk mencari
jalan penyelesaian supaya masalah tersebut dapat diatasi dan tidak berulang kembali.

PENYELESAIAN

Setiap pemasangan komponen, kami perlu mengenal pasti terlebih dahulu jenis,
simbol serta fungsi komponen tersebut. Ia dapat memudahkan kerja-kerja pemasangan
dilakukan pada papan PBC. Kemudian, sebelum kerja-kerja penyambungan dilakukan,
kami perlu memahami cara pembacaan litar untuk menukarkan litar skematik kepada
litar bergambar. Jika litar bergambar salah, maka semasa proses penyambungan pada
papan projek juga akan mengalami masalah.

Seterusnya, kami dapat pelajari cara proses memateri komponen pada papan
“PCB – Led Flasher” dengan menggunakan peralatan dan bahan yang betul. Dengan
pematerian yang sempurna, komponen yang ada pada litar akan dapat berfungsi
dengan baik. Selain itu, pemasangan pada papan projek perlu pemerhatian yang
terperinci agar tidak berlaku sebarang kesilapan contohnya kami perlu membezakan
anod dan katod pada lampu LED. Jika berlaku kesilapan ketika menyambung
komponen tersebut, lampu LED tidak akan menyala. Saya telah memasang kapasitor
dan transistor dengan terbalik kerana sami keliru cara untuk menyambung pada papan
projek dan ia telah menyebabkan ke empat-empat LED flasher tidak menyala. Setelah
saya membetulkannya, baru lah litar dan LED flasher berfungsi dengan baik.

Projek ini melibatkan sambungan komponen elektronik menggunakan papan PCB


dan LED flasher untuk melihat bagaimana sambungan yang dilakukan dapat
menghidupkan lampu LED tersebut. Akhir sekali projek yang dijalankan berjaya
dilaksanakan.

5.3.3 KESIMPULAN

Kesimpulan dari amali 2 ini, banyak ilmu baru yang telah kami pelajari mengenai
elektronik yang melibatkan penyambungan komponen pada papan litar atau papan
“PCB– Led Flasher” yang disediakan. Dalam menyelesaikan tugasan amali ini,
terdapat banyak perkara yang saya pelajari dan ketahui seperti penggunaan komponen-
komponen elektrik dalam litar, penggunaan dan fungsi setiap peralatan dan bahan yang
digunakan sekaligus saya mengetahui fungsi Litar bersepadu serta kegunaannya. Saya
juga dapat mempelajari penterjemahan dari litar skematik kepada litar strip board
dengan menentukan kedudukan komponen-komponen dengan betul. Selain itu, saya
juga mempelajari bagaimana untuk menyusun komponen yang terlibat di atas strip
board dan saya dapat mengetahui bagaimana proses pematerian sempurna yang
melibatkan komponen-komponen elektronik seperti litar bersepadu (IC), transistor dan
sebagainya.
Akhir sekali, produk atau projek yang kami lakukan berjaya dan dapat berfungsi
dengan baik sepertimana yang dikehendaki oleh pensyarah. Projek ini berjaya
disiapkan dan dapat dihasilkan dengan sempurna kerana kami mendapat tunjuk ajar
serta bimbingan yang baik daripada pensyarah yang terlatih dari peringkat awal hingga
akhir projek. Kami harap ilmu yang kami pelajari ini dapat digunakan pada masa akan
datang apabila bertugas di sekolah.

5.4 NURKHALISHAH BT KHALILUDIN (D20151070781)


5.4.1 Gambar Projek Yang Telah Siap
5.4.2 PERBINCANGAN

LAPORAN PERMASALAHAN

Amali yang telah dijalankan pada minggu ke tujuh dan lapan ini adalah
penyambungan litar pada papan jalur. Saya telah berjaya menjalankan amali ini secara
berkumpulan tetapi pematerian dijalankan secara individu pada papan jalur yang telah
diberi. Walau bagaimanapun, terdapat permasalahan yang timbul sepanjang
menjalankannya amali ini yang menyebabkan kesukaran bagi saya menyelesaikan
projek ini Antara permasalahannya adalah Pada mulanya semasa penyusunan
komponen-komponen di papan jalur, kaki komponen sukar dibengkokkan dengan
betul dan mudah terkeluar dari lubang papan jalur. Semasa kerja memateri dimulakan,
bit pateri tidak dapat memanaskan timah dengan baik dan menyebabkan timah
terkumpul di kaki komponen. Selain itu, timah tidak melekat pada kaki komponen dan
papan jalur dengan menyeluruh. Setelah kerja memateri siap dilakukan, bateri 9 volt
di pasang pada bateri snap dan keempat-empat LED hanya menyala dan tidak berkelip-
kelip. Semasa pembetulan dilakukan di papan jalur tangan saya tercedera akibat
terkena bit pemanas alat pateri.
Permasalahan-permasalahan yang saya hadapi sepanjang melakukan tugasan
amali ini tidak menyebabkan saya terus berputus asa. Saya cuba berbincang dengan
ahli kumpulan saya untuk mengenal pasti kesilapan yang telah saya lakukan semasa
kerja-kerja memateri. Oleh itu, saya telah berjaya menyiapkannya tugasan yang
diberikan dengan baik mengikut masa yang ditetapkan. Semua ahli kumpulan
memberikan komitmen, kerjasama dan saling membantu semasa amali dijalankan
kumpulan.
PENYELESAIAN

Sebelum melakukan pemasangan dan penyusunan komponen pada papan jalur,


kaki komponen-komponen tersebut perlulah dikenalpasti terlebih dahulu sebelum
komponen –komponen tersebut dipasang dan disambungkan. Langkah
pengenalpastian komponen-komponen ini dapat memudahkan kerja-kerja memateri
serta kaki- kaki komponen perlulah dibengkokkan dengan betul dengan menggunakan
penjalur wayar dan dilekatkan menggunakan pita pelekat supaya kaki komponen tidak
bergerak semasa kerja-kerja memateri dijalankan. Penyusunan komponen pada papan
jalur mestilah mengikut lukisan litar sambungan pada papan jalur. Hujung bit pemateri
perlu dibersihkan dengan kertas las atau span dan semasa memateri elakkan menghidu
asap yang terhasil dari alat pemateri, ia mengandungi plumbum dan boleh
menyebabkan penyakit. Alat pemateri perlu dipanaskan sebelum memulakan kerja
supaya timah dapat dicairkan dengan sempurna. Hujung bit pemateri perlu dicelup di
dalam bekas fluks untuk membuang timah yang melekat pada bit pemateri.

Memateri dengan sudut 30 darjah supaya hasil pematerian kemas dan timah tidak
bersepah-sepah di atas papan jalur . Hujung bit pemateri mestilah disentuhkan kepada
kaki komponen selama tiga saat sebelum timah disentuhkan supaya pematerian yang
baik dapat dilakukan dan memastikan komponen serta PCB bebas dari sebarang
kotoran. Bahan pemateri disentuhkan ke kaki komponen dan pastikan alat pemateri
tidak terlalu panas bagi memastikan komponen tidak rosak. Apabila timah mencair
dengan baik jauhkan hujung bit pemateri dan timah pateri daripada kaki komponen
supaya hasil permaterian kemas dan longkang perlu dibersihkan supaya komponen-
komponen dapat berfungsi dengan baik. Lampu LED berjaya berkelip-kelip selepas
longkang dibersihkan

Jika di dapati terdapat lebihan timah pateri, cairkan dengan hujung pemateri dan
sedut dengan menggunakan penyedut pateri. Langkah keselamatan perlu diambil
serius dan elakkan kecuaian semasa melakukan kerja-kerja memateri supaya
kemalangan seperti terkena bit pemanas pateri tidak berulang lagi. Pastikan suis di
ditutup selepas pematerian siap dilakukan.
5.4.3 KESIMPULAN

Melalui amali seperti ini saya dapat mempelajari sesuatu yang baru dan
memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam kerja-kerja memateri. Seterusnya,
kami juga dapat mempelajari cara mengatur dan menyusun komponen yang terlibat di
atas papan PCB pada kedudukan yang betul. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar
pensyarah yang bertugas kami diajar cara melakukan pematerian yang sempurna
melibatkan komponen-komponen elektronik yang telah dibekalkan. Hasil daripada
amali ini, kami dapat mengenalpasti atau mencari punca penyebab projek tidak
berfungsi. Antaranya ialah LED sahaja yang menyala dan tidak berkelip, Mengikut
pemerhatian saya, projek ini tidak berfungsi kerana penyambungan jumper salah dan
adalah punca LED saya tidak berkelip kerana ianya tidak berada pada kedudukan yang
sepatutnya. Jumper tersebut perlu diubah pada kedudukan yang betul dengan mengikut
kedudukan kaki “transistor” seperti di dalam lukisan litar bergambar. Akhir sekali,
saya berharap hasil daripada amali ini dapat memberi perubahan dalam memajukan
diri dan mampu berusaha menguasai bidang elektronik dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai