Anda di halaman 1dari 1

Kemahiran Komunikasi

1. Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai


literasi terhadap maklumat dan media atau lebih mudah lagi disebut celik IT.
2. Selaras dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi yang bertambah
canggih dengan adanya internet dan jalur lebar, maka ini mendorong kepada
pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan
juga boleh membantu pelajar abad ke-21 dalam memperoleh ilmu dengan lebih meluas
dalam dunia tanpa sempadan.
3. Kemahiran komunikasi adalah amat penting bagi membolehkan pelajar membuat
pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan.

Kemahiran Kolaboratif

1. Kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah kemahiran kolaborasi
dan interpersonal. Melalui kemahiran ini pelajar akan mempunyai semangat juang dan
keterampilan diri yang unggul, serta mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas
yang lain.
2. Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri dengan cara
setiap pelajar belajar mengikut aras kebolehan masing-masing.
3. Kemahiran ini juga membolehkan pelajar bekerjasama dalam satu pasukan untuk
mencapai sesuatu matlamat.
Kemahiran Pemikiran Kritis

1. Pemikiran kritis merupakan sejenis pemikiran yang bersifat terbuka dalam


menerima sesuatu idea atau pendapat dan berupaya untuk cuba mempertimbangkan
idea itu semula dengan menganalisis semula ia secara kritis dengan mengambil kira
pelbagai sudut dan aspek.
2. Pelajar abad ke -21 juga perlu mempunyai pemikiran yang kritis dan bersistem.
3. Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar,
terutamanya berkaitan dengan penyelesaian masalah.
4. Kemahiran pemikiran kritis sangat perlu bagi seseorang pelajar. Seseorang
pelajar tidak harus menerima sesuatu perkara tanpa menilainya terlebih dahulu. Oleh
sebab itu, pemikiran kritis adalah sangat penting supaya pelajar dapat menapis dan
menilai kebenaran sesuatu perkara yang diperoleh.
5. Kemahiran pemikiran kritis membantu pelajar membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah di samping membantu pelajar membuat banding beza,
mengkategori, menghuraikan dan membuat rumusan serta ramalan.
Kemahiran Pemikiran Kreatif

1. Kemahiran pemikiran kreatif adalah keupayaan seseorang untuk mencipta atau


menghasilkan sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah dan
mengembangkan sesuatu idea.
2. Melalui pembelajaran abad ke-21, guru–guru mampu menghasilkan pelajar yang
berani menghasilkan idea-idea kreatif di samping sanggup menerima risiko dan kritikan
orang lain. Pemikiran kreatif juga membantu pelajar menghasilkan idea serta mereka
cipta untuk menghasilkan sesuatu yang baharu.
3. Kemahiran pemikiran kreatif membantu pelajar membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah. Melalui kemahiran ini pelajar mampu untuk menjana dan
menghasilkan idea, membuat hipotesis, mensintesis dan membuat hubung kait.