Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara Melahirkan Sikap Berjimat Cermat.

Terim kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru


Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian.
Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.
Pad pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yng bertajuk
“Cara-cara melahirkan Sikap Berjimat Cermat “. Amalan berjimat cermat
membawa maksud berhemat dalam perbelanjaan. Amalan ini berententangan
dengan sikap boros yang boleh mendatangkan kepapaan.

Hadirin yang dikasihi,


Salah satu cara untuk berjimat cermat adalah dengan mengawl nfsu
ketika berbelanjaan. walaupn banyak barang yang diingini, tetapi belilah
barang yang perlu sahaja.

Jika ada duit lebihan, simpanlah untuk kegunaan ketika perlu.

Ibu bapa pula hendaklah mengajar anak-anak mereka akan pentingnya


berjimat cermat walaupun anak kemungkinan kecil hati. Jangan bemberikan
wang yang banyak kepada mereka sebagai belanja persekolahan kerana
amalan itu akan melahirkan sikap boros. Wang yang diperolehi oleh anak-anak
seperti hadiah sempena hari raya hendaklah disimpan di dalam bank.

Hadirin yang dimuliakan,


Menggalakkan anak-anak membawa bekal kesekolah merupakan satu
cara berjimat. Cara ini dapat menjimatkan perbelanjaan.Malah, dapat
menjamin makanan si anak bersih dan berkhasiat.
Sekian dahulu syarahan saya pada pagi ini. Sebelum berundur diri, saya
berharap agar amalan berjimat cermat dapat dijadikan budaya hidup kita.
Sekian, terima kasih.

Maksud peribahasa yang digunakan.


Kecil hati – merajuk kerana tersinggung.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis, barisan
panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang budiman, guru-guru,
rakan-rakan serta hadirin yang dimuliakan. Pada pagi yang berbahagia ini,
izinkan saya menyampaikan syarahan yang bertajuk "Cara-cara Berjimat
Cermat".

Hadirin yang dimuliakan,

Berjimat-cermat merupakan amalan mulia yang dituntut agama. Kita


dituntut menghindari pembaziran serta bersikap boros.

Amalan berjimat-cermat boleh dipraktikkan dalam kehidupan sehari-


hari. Kita hendaklah berbelanja secara berhemah serta membeli sesuatu yang
menjadi keperluan sahaja. Sikap suka membeli barang-barang sesuka hati atau
tanpa perancangan hendaklah dielakkan.

Menabung merupakan amalan yang mulia. Kita perlu beringat-ingat


seperti yang ditegaskan dalam peribahasa Melayu " Beringat sebelum kena,
berjimat sebelum habis". Duit poket boleh dikumpul dan disimpan di dalam
tabung atau disimpan di bank sebagai langkah bersiap siaga menghadapi
sebarang kemungkinan.

Hadirin yang dihormati,

Amalan berjimat-cermat perlu dipraktikkan dalam kehidupan harian.


Kita hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan elektrik, air dan telefon.
Dengan demikian, kita tidak perlu menggunakan begitu banyak wang untuk
membayar bil-bil serta wang tersebut boleh disalurkan untuk kegunaan-
kegunaan lain yang lebih penting.

Menggunakan barang-barang secara cermat juga merupakan satu cara


berjimat- cermat. Barang-barang yang digunakan dengan cermat dan dijaga
dengan baik tidak mudah rosak dan kita dapat menjimatkan kos membeli atau
membaiki barangan tersebut.

Jelaslah bahawa berjimat-cermat merupakan satu sikap yang amat


praktikal dan perlu diamalkan dalam kehidupan. Justeru itu kita hendaklah
berjimat-cermat pada setiap masa. Sekian, terima kasih.