Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN MINGGUAN

Mata Pelajaran : Kokuriulum – Unit Berunifom (Tunas Puteri)

Kelas : Tahun 4

Bilangan Murid : ____ Orang

Tarikh : 15 Ogos 2018

Masa : 2.00 petang – 4.00 petang

Tajuk : Latihan Pertolongan Cemas dan Balutan Anduh

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat kotak pertolongan cemas dan balutan asas yang digunakan untuk merawat
pesakit.

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

- Psikomotor : membuat latihan pertolongan cemas dan membuat balutan anduh dengan cara
betul
- Kognitif : menerangkan peralatan-peralatan yang terdapat dalam kotak pertolongan
cemas dan cara–cara membuat balutan dengan jelas dan betul.
- Afektif : kerjasama, bertanggungjawab dan tolong menolong.

Bahan Bantu Mengajar : Satu kotak pertolongan cemas untuk demonstrasi dan sehelai kain anduh setiap satu kumpulan.
Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Pembelajaran

Permulaan Upacara Pelaporan / Menaikkan Bendera Aktiviti di luar bilik darjah Nilai :
(10 minit) - kerjasama
a. Nyanyian lagu Negaraku - keyakinan diri
b. Nyanyian lagu Tunas Puteri - hormat menghormati
c. Bacaan Doa daripada wakil murid
d. Guru menerangkan aktiviti pembelajaran Fasa Imaginasi
pada hari ini.
- Latihan Pertolongan Cemas BBM : Laptop
- Balutan anduh Pembesar suara
Kain anduh

Pengenalan 1. Pengenalan Pertolongan Cemas Murid berada di persekitaran tempat Nilai :


(25 minit) secara bebas untuk menunggu - kerjasama
Definisi pertolongan cemas arahan aktiviti. - keyakinan diri
- Objektif - hormat menghormati
- Maksud kecemasan
- Peralatan pertolongan cemas
- Pengenalan anduh
• Digunakan untuk mengampu dan
merehatkan anggota badan yang cedera
• Merehatkan dan mengawal pergerakan
yang cedera.

Perkembangan 2. Kotak Pertolongan Cemas


30 minit Alatan :
- Pengenalan kepada kotak pertolongan cemas. - Kotak pertolongan
- Penerangan tentang alatan-alatan di dalam cemas
kotak pertolongan cemas.
- Fungsi-fungsi peralatan di dalam kotak
pertolongan cemas.
30 minit Cara membuat Balutan Anduh Besar Nilai :
- kerjasama
a. Pastikan lengan yang tercedera disokong - tolong-menolong
dengan tangan diangkat sedikit ke atas.
b. Pembalut diletakkan pada tubuh pesakit dan Alatan:
sejajar dengan tubuh dan separas jari - Kain anduh
kelingking. -
c. Lalukan bahagian hujung yang teratas
pembalut ke bawah lengan yang cedera dan
ditarik ke belakang tengkuk hingga ke bahu
sebelah.
d. Lipat hujung pembalut di sebelah bawah dan
tarik ke atas lengan bawah
e. Temukan ia dengan bahagian hujung
pembalut di sebelah atas pada bahu.
f. Ikat simpul buku sila di sebelah bahagian
anggota yang tercedera pada tempat lekuk atas CARA-CARA MEMBUAT
tulang selangka pesakit. BALUTAN ANDUH BESAR

g. Bahagian-bahagian yang terjuntai diselitkan di


bawah pelapik. Murid dibahagikan kepada empat
h. Lipat bucu pembalut kearah siku pesakit orang satu kumpulan. Lantik
i. Selitkan bucu tadi di celah anduh pada seorang ketua.
bahagian belakang lengan.
CARA-CARA MEMBUAT
Kegunaan Balutan Anduh Besar BALUTAN ANDUH SEGI TIGA
a. Mengampu bahagian anggota atas yang luka
atau cedera
b. Mengurangkan pergerakan serta sakit
anggota atas

Cara membuat Balutan Anduh Segi Tiga


a. Minta pesakit supaya mengampu lengan pada
dadanya, dengan hujung jejarinya terletak
bertentangan ke arah bahunya.
b. Letakkan pembalut pada keseluruhan
tubuhnya, dengan salah satu hujung pembalut
berada di atas bahu yang tidak cedera. Pegang
bucu pembalut jauh sedikit dari siku.
c. Minta pesakit melepaskan lengannya yang
tercedera. Selitkan asas pembalut ke bawah
tangan, lengan bawah dan siku pesakit.
d. Tarik hujung pembalut di sebelah bawah naik
ke atas secara menyerong di belakang tubuh
pesakit, dan temukan dengan hujung pembalut
yang satu lagi di atas bahu.
e. Ikat hujung pembalut dalam simpul buku sila
di tempat yang lekuk pada tulang selangka.
Selitkan hujung pembalut di celah simpulan
sebagai pelapik.
f. Lipatkan bucu pembalut sehingga ia membalut
siku dengan kemas, dan sematkan pin, jika ada.
Lipatkan bucu pada atas siku dan semat pada
sudut bucu pembalut

Kegunaan Balutan Segi Tiga


a. mengampu atau menopong lengan ketika
kecederaan tulang selangka atau bahu

Murid berada dalam kumpulan kecil


Kemuncak Pertandingan Membuat Balutan berempat.
(15 minit) 1. Pertandingan mengikut kumpulan a. Murid dibahagikan kepada
a. Setiap kumpulan mesti menghasilkan balutan kumpulan kecil berempat.
dengan pantas dan kemas. b. Setiap kumpulam lantik seorang
b. Balutan yang betul dikira sebagai pemenang. ketua.

2. Pertandingan individu sebagai wakil Murid berada dalam kumpulan kecil


kumpulan. berempat. Hanya 2 orang sebagai
a. Guru memanggil 2 orang murid sebagai wakil wakili yang dipilih secara rawak.
daripada setiap kumpulan secara rawak dan
melakukan balutan dihadapan guru.
b. Pemenang dikira berdasarkan ikatan yang
cepat siap, kemas dan betul.

Penutup Guru membuat rumusan tentang penggunaan


(10 minit) kotak pertolongan cemas yang betul serta cara
membuat balutan anduh dengan betul.