Anda di halaman 1dari 1

Pusat Anak Permata Negara Raub

Visi
Bagi memastikan Dasar Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA dan
dilaksanakan dengan berkesan. Kenyataan Dasar Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-
Kanak PERMATA adalah seperti berikut:

“Dasar Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak menggariskan mekanisme yang


komprehensif bagi memastikan pembangunan holistik semua kanak-kanak dari lahir
hingga 4 tahun. Ia adalah asas yang kukuh untuk pembangunan potensi kanak-kanak
berasaskan piawaian antarabangsa.Dasar ini adalah menguatkan dan melengkapkan
Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada. ”

Program PERMATA komited untuk memastikan Dasar Penjagaan dan Pendidikan Awal
Kanak-Kanak Kebangsaan berjaya dilaksanakan, termasuk yang berikut:

Menyediakan asas untuk pembangunan potensi manusia yang seimbang dan optimum
mengikut gaya pembelajaran peribadi dengan mengambil kiranilai-nilai amalan terbaik
tempatan dan antarabangsa.

Misi
Program PERMATA komited untuk memastikan Dasar Penjagaan dan Pendidikan Awal
Kanak-Kanak Kebangsaan berjaya dilaksanakan, termasuk yang berikut:

 Menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mendapatkan bimbingan


dan pendidikan awal untuk meningkatkan kualitipembangunan tahun formatif
mereka yang sesuai bagi kumpulan umur yang merangkumi sifat fizikal, bahasa,
kognitif, sosio - emosi dan rohani dalampersekitaran yang selamat, sihat dan
menyeronokkan;
 Membangunkan kurikulum yang komprehensif untuk pembangunan awal kanak-
kanak yang merangkumi pendidikan, penjagaan kanak-kanak, nutrisi dan kesihatan;
 Mewujudkan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan
pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran
yang positif dan
 Melaksanakan dan menyelia pembinaan Pusat Anak PERMATA Negara di seluruh
negara.