Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN PERTANDINGAN

DAM AJI LELAKI

1. AM

Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN DAM AJI Karnival Sukan MPIC


2012.

2. PENGELOLA

Pertandingan ini dikelolakan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

3. PENDAFTARAN DAN YURAN PENYERTAAN

3.1 Yuran penyertaan ialah RM150.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima
Puluh Sahaja). Bayaran hendaklah dibuat secara tunai atau wang
pos/deraf bank/cek di atas nama Kelab Sukan Dan Sosial MPOB.

3.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua Jabatan/Agensi di bawah


Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia (MPIC).

3.3 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar (4) orang pemain lelaki dalam
satu pasukan. Pertandingan tiga kategori perseorangan lelaki. Seorang
peserta hanya dibenarkan bermain sekali sahaja dalam sesuatu
pertandingan. `Pendaftaran hendaklah menggunakan online yang
disediakan.
3.4 Pemain yang tidak berdaftar tidak dibenarkan mengambil bahagian.
Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut akan terbatal
secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh
pasukan tersebut akan dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan
percuma akan diberikan kepada pihak lawan.
3.5 Pemain-pemain didaftarkan hendaklah sepertimana Perkara 5.1
Peraturan Am Karnival Sukan MPIC 2012.

4. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN


Tarikh dan tempat pertandingan akan diberitahu kemudian oleh Jawatankuasa
Pengelola Karnival Sukan MPIC 2012.

5. FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Pembahagian kumpulan dan sistem pertandingan adalah seperti Perkara


7, Peraturan Am Karnival Sukan MPIC 2012.

5.2 60 buah (30 sebelah) akan digunakan dalam pertandingan ini dan
perlawanan akan dijalankan secara liga.
5.3 Seorang pengawas pertandingan akan bertanggungjawab kepada pengadil
– pengadil yang terdiri daripada pemain yang berdaftar dan pengadil
bebas yang ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan.
5.4 Pertandingan akan dijalankan berpandukan kepada undang–undang dan
peraturan yang ditetapkan. Dalam keadaan tertentu di mana tidak
dinyatakan oleh peraturan dalam kejohanan ini, jika terdapat kekeliruan
dan masaalah maka keputusan pihak Jawatankuasa Pengelola adalah
dikira sebagai MUKTAMAD.
5.5 Susunan pemain hendaklah diserahkan kepada Urusetia Pengelola
menggunakan borang yang disediakan sepuluh (10) minit sebelum
perlawanan dimulakan.

6. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

6.1 Pertandingan yang dijalankan adalah mengikut kaedah ‘2 perlawanan


yang terbaik’ (the best two games) dan kemenangan ditentukan mengikut
sistem mata yang diperolehi oleh pemain–pemain tersebut. Perkiraan
mata adalah seperti berikut:-
i. Menang - 3 mata (berlawan atau walkover)
ii. Seri - 1 mata
iii. Kalah - 0 mata

6.2 Pemain yang berjaya memungut 3 mata minima dalam dua perlawanan
adalah dikira memenangi perlawanan tersebut. Jika kedudukan mata
adalah seri 1-1, 2-2, 3-3 maka perlawanan seterusnya dijalankan.
Penentuan ‘seri’ ialah apabila pihak pengadil berpuas hati tidak ada pihak
yang bertanding dapat menewaskan lawannya di akhir pertandingan
secara muktamad.

6.3 Bagi perlawanan yang tiada berkesudahan yang mana disebabkan


kedudukan buah dam pemain dan dam lawan tidak dapat menewaskan
antara satu sama lain dalam tempuh yang ditetapkan, maka keputusan
adalah mengikut bilangan buah yang tinggal. Dalam penentuan
kemenangan ini, 2 mata akan diberikan pada buah Haji dan 1 mata pada
buah yang tidak Haji.
6.4 Jika mata adalah sama maka perlawanan itu adalah dikira ‘SERI’.

7. PERTUKARAN PEMAIN

Pertukaran pemain tidak boleh dibuat semasa perlawanan sedang dijalankan.

8. KEMENANGAN PERCUMA

8.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana–mana pasukan jika


lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut:-
i. Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan.

ii. Gagal berada di gelanggang lima (3) minit selepas masa


perlawanan sepatutnya dimulakan.

iii. Tidak mahu meneruskan perlawanan.

i. Gagal menyediakan sekurang–kurangnya 3 pemain dalam sesuatu


perlawanan

9. BANTAHAN DAN RAYUAN


Adalah seperti yang tertera di Perkara 14 dan 15, Peraturan Am Karnival Sukan
MPIC 2012.

10. PERATURAN PERTANDINGAN

Undang–undang dan peraturan yang telah digariskan sebagai panduan dalam


pertandingan dam ini adalah seperti berikut:-

10.1 Pasukan yang berlawan hendaklah berada di gelanggang lima (5) minit
sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma mengikut
budibicara pihak penganjur akan diberikan kepada mana–mana pihak
lawan jika gagal berada di gelanggang lima (3) minit selepas masa
perlawanan sepatutnya dimulakan.

10.2 Setiap buah dam yang disentuh oleh jari pemain mesti digerakan atau
didenda. Jika jari telah dilepaskan maka pergerakan itu adalah diambilkira
dan pergerakan buah dam itu tidak boleh ditarik balik.

10.3 Dam hanya boleh sorong semasa membuat pergerakan ataupun


‘diangkat’ apabila ‘memakan’ buah dam lawan dan tidak boleh pegang
lama-lama semasa membuat pergerakan atau ‘memakan’.

10.4 Pihak lawan mesti memakan buah dam yang diumpankan oleh pemain.
Pemain perlu ‘memaklumkan umpanan’ dengan cara menunjukkannya
kepada pihak lawan.

10.5 Jika pihak lawan cuai atau terlupa memakan mana–mana buah dam
pemain maka buah dam pihak lawan boleh di rampas oleh pemain.

10.6 Dalam keadaan di mana pemain mempunyai dua pilihan untuk memakan,
maka hendaklah ia makan bilangan buah lawan yang terbanyak. Pihak
lawan boleh meminta pemain samada memakan bilangan buah yang
terbanyak atau mengedam buah lawannya mengikut budibicaranya jika
pemain tidak makan bilangan buah yang banyak.
10.7 Sekiranya buah dam yang hendak dimakan itu sama banyaknya, maka
tanpa mengira masa buah Aji dan dam biasa pemain boleh memakan
mengikut budibicaranya

10.8 Buah dam tidak boleh diangkat semasa memakan sehingga pergerakan
selesai. Ini adalah untuk memastikan tindakan memakan balik buah dam
lawan di atas garisan yang sama tidak dilakukan oleh pemain.

10.9 Memakan buah dam di atas garisan yang sama hanya boleh dilakukan
sekiranya ia tidak melanggar atau makan balik buah dam yang dimakan.

10.10 Masa berfikir satu-satu pergerakan adalah dihadkan selama 10 saat.


Pengadil akan memberi amaran jika tempuh yang dihadkan hampir tamat.

10.11 Setiap perlawanan dihadkan masa tidak lebih 20 minit.

11. PENGADILAN

Pengadilan akan dibuat oleh pengadil yang dilantik mengadili satu perlawanan
yang dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola.

12. PERKARA PERKARA YANG TIDAK DICATATKAN

12.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan membuat keputusan sekiranya


terdapat peraturan yang tidak dicatatkan.

12.2 Jawatankuasa Pengelola berhak untuk menangguhkan atau mengubah


sesuatu pertandingan dengan diberitahu atau diputuskan serta-merta.

12.3 Jawatankuasa Pengelola juga berhak menetapkan semula masa


pertandingan yang ditangguhkan.

12.4 Mana-mana peruntukan yang di luar bidang kuasa Jawatankuasa


Pengelola akan dirujuk kepada Jawatankuasa Induk.

12.5 Jawatankuasa Pengelola berhak membuat sebarang pindaan kepada


peraturan-peraturan pertandingan ini bila-bila masa diperlukan.
Jawatankuasa juga berhak menolak mana-mana penyertaan yang tidak
mengikut garis panduan yang ditetapkan.

12.6 Segala keputusan Jawatankuasa Rayuan adalah MUKTAMAD.

Anda mungkin juga menyukai