Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA MAJLIS PELANCARAN

`HIGH IMMERSIVE PROGRAMME` ( HIP ) 2018

Bismillahhirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.k dan salam sejahtera.

Yang berusaha, Encik Md Nazrie bin Mohamad, Penolong Guru Besar Kurikulum,Yang
dihormati, Puan Anisah binti Ismail, Penolong Guru Besar Hal Ehwal Murid, Yang berusaha,
Encik Mohd Ilman bin Mohd Hamzah, Penolong Guru Besar Ko kurikulum, guru-guru serta
anak-anak didik yang dikasihi sekalian.

Pertamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T


kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berada dalam majlis Pelancaran `High
Immersive Programme` ataupun ( HIP ) ini di pagi yang penuh barakah.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Panitia Bahasa Inggeris atas Majlis
Pelancaran Program HIP pada hari ini.

Untuk pengetahuan semua, Program Imersif Tinggi ( HIP ) ini merupakan sebuah program
yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih
tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah. Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap dan
pandangan yang positif terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris melalui
aktiviti-aktiviti bersesuaian yang dijalankan di sekolah.

Antara contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian adalah bercerita, satu
perkataan sehari, nyanyian dengan pergerakan, serta pembentangan dalam perhimpunan
mingguan dan menggunakan Bahasa Inggeris semasa program-program atau Majlis Rasmi
sekolah.

Di sini, saya yakin dan percaya, bahawa Panitia Bahasa Inggeris akan menjalankan pelbagai
aktiviti untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris terutamanya dalam kalangan warga
SKGC SUPERB ini.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya pada hari ini, saya dengan sukacitanya menyeru dan
menggalakkan seluruh warga SKGC SUPERB untuk sentiasa mencuba untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggeris. Bak kata pepatah Inggeris “practice makes perfect” which means
regular exercise of an activity or skill is the way to become proficient in it.

Dengan ini, saya akhiri dengan, wabillahittaufiqwalhidayahwassalamualaikum wbt...

Sekian, terima kasih.