Anda di halaman 1dari 1

Saya mewakili penduduk Kampung Pinangkau amat berbesar hati atas kedatangan

rombongan UMS ke kampung ini. Kami berasa sangat bertuah kerana pihak UMS
telah memilih Pinangkau sebagai destinasi terakhir bagi program Rentas Borneo.
Secara tidak langsung kehadiran rombongan UMS di kampung ini dapat
mempromosikan SK Pinangkau dan seterusnya kampung ini di luar sana. Selain itu,
kedatangan kalian di kampung kami juga telah membuka minda kami terhadap
pendidikan. Khususnya pelajar sekolah tentunya mereka menerima satu suntikan
semangat untuk belajar bersungguh-sungguh apabila melihat atau mengetahui
sendiri tentang kewujudan Universiti Malaysia Sabah. Manakala, kami sebagai ibu
bapa bagi pelajar-pelajar berkenaan sekali lagi disedarkan betapa pentingnya
pendidikan dalam kehidupan.

Kami juga difahamkan rombongan UMS akan mengadakan Kempen Masuk U.


Program seperti ini adalah satu pendekatan yang sangat berkesan bagi memberikan
pendedahan kepada para pelajar tentang peluang-peluang melanjutkan pelajaran di
institusi pengajian tinggi. Selain itu, kami juga sangat beruntung kerana UMS juga
akan mengadakan Khidmat Sosial (Pemeriksaan Kesihatan). Tentu kos
melaksanakan pemeriksaan kesihatan ini menelan belanja yang besar namum pihak
UMS memberikan semuanya ini secara percuma. Kami penduduk kampung
Pinangkau tidak mampu membalas semua yang dilakukan oleh pihak UMS terhadap
SK Pinangkau dan kampung Pinangkau amnya. Hanya ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada UMS.

Sekiranya kampung kami sekali lagi dipilih sebagai destinasi apa-apa program
dari UMS kami bersedia menerima dengan hati yang terbuka. Terima kasih sekali
lagi untuk rombongan UMS ke sekolah dan kampung ini.

Anda mungkin juga menyukai