Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM

BENGKEL PEMBESTARIAN ICT


KEPADA JURUTEKNIK KOMPUTER SEKOLAH/
PEN. PEG. TEKNO. MAKLUMAT (FT/FA)
PKG SUNGAI LAYAR 2017

A. PENGENALAN

Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) adalah satu sistem pembelajaran


berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai
contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya,
sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu
bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh
menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet.
Dengan VLE, pendidikan tidak lagi terbatas dalam bilik darjah tradisional.
Pembelajaran boleh dilakukan di mana jua, pada bila-bila masa. Laman VLE juga
merupakan Pembelajaran Melangkaui Sempadan.
Maka peralatan ICT sangat penting disamping capaian internet yang stabil akan
merealisasikan konsep pembelajaran abad ke-21 sekarang ini.

B. OBJEKTIF

Bengkel ini diadakan dengan harapan agar objektif-objektif berikut


tercapai :
1. Adalah diharapkan FT/PPTM sekolah dapat memperolehi ilmu tentang
penggunaan FROG VLE dan dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut
untuk membantu guru/murid di sekolah.
2. FT/PPTM sekolah dapat mengenal pasti masalah serta penyelesaian dalam
urusan menyediakan peralatan ICT kepada warga sekolah.

C. PESERTA YANG TERLIBAT/KUMPULAN SASARAN

Semua Juruteknik Komputer/Pen. Peg. Tekno. Maklumat Sekolah PKG Sungai


Layar

1
Thank you for using PDFelement 6 Professional.

You can only convert up to 5 pages in the trial version.

To get the full version, please purchase the program here:

https://pdf.wondershare.net/store/buy-pdfelement-bing.html?f=pro

Anda mungkin juga menyukai