Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS TADARUS AL-QURAN (MTQ)

PERINGKAT ZON SENGGARANG


TAHUN 2016M / 1437H

TEMA

“ AL-QURAN MENJANA WASATIYYAH UMMAH ”

Disediakan oleh:
Panitia Pendidikan Islam
SK Kampong Bahru
1. PENDAHULUAN

Majlis Tadarus Al-Quran atau ringkasnya MTQ merupakan satu program yang berterusan dari
peringkat sekolah, zon , daerah, negeri dan kebangsaan. MTQ mengabungkan acara Majlis Tadarus
Al-Quran iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Bercerita dari kisah Al-Quran dan Syarahan
Agama dengan Festival Nasyid. Bahagian Pendidikan Islam ( BPI ) telah menjadikan program-
program ini sebagai aktiviti tahunan dan bertaraf kebangsaan. Manakala di peringkat negeri,
program ini dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam dan di peringkat daerah
dipertanggungjawabkan kepada Unit Pendidikan Islam Daerah dengan kerjasama pengerusi-
Pengerusi Zon yang telah dilantik sebagai pelaksana peringkat Zon. Oleh yang demikian kertas
kerja ini adalah untuk menghantar wakil muris SKKB ke peringkat Zon yang akan diadakan di SK
Sri Renggit. Seterusnya, Pengabungan program dan aktiviti-aktiviti tersebut adalah berdasarkan
rasional berikut :

1. Memberi kesan yang lebih baik dan lebih meriah.


2. Menjimatkan masa penganjuran dan tenaga kerja.
3. Memberi keselesaan kepada peserta yang mengambil bahagian.

2. OBJEKTIF UMUM

2.1. Memartabatkan al-Quran dalam kehidupan.


2.2. Mendekatkan pelajar dengan al-Quran.
2.3. Melahirkan pelajar yang dapat menghayati dan membudayakan al-Quran dalam
kehidupan.
2.4. Meninggikan syiar Islam.
2.5. Merapatkan ukhuwwah di kalangan pelajar dan guru.

3. OBJEKTIF KHAS

3.1. Mencungkil bakat dan kebolehan pelajar.


3.2. Menanamkan sikap suka membaca, menghayati dan mengamalkan penghayatan
al-Quran.
3.3. Memantapkan sebutan dan bacaan al-Quran.
3.4. Melahirkan pelajar yang berketerampilan dan berani tampil di khalayak ramai.
3.5. Mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan menambah maklumat.

4. TEMA

“ AL-QURAN MENJANA WASATIYYAH UMMAH ”


5. PENGISIAN PROGRAM

5.1 Sekolah Rendah

5.1.1 Tilawah al-Quran ( Lelaki )


5.1.2 Tilawah al-Quran ( Perempuan )
5.1.3 Jawi ( Lelaki )
5.1.4 Jawi ( Perempuan )
5.1.5 Bercerita Kisah Dari al-Quran ( Lelaki )
5.1.6 Bercerita Kisah Dari al-Quran ( Perempuan )
5.1.7 Berzanji Lelaki
5.1.8 Berzanji Perempuan
5.1.9 Kuiz

6. KUMPULAN SASARAN

6.1 Murid SK Kampong Bahru yang terpilih mewakili Zon Senggarang

7. TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 31 Mac 2016


Tempat : SK Sri Renggit
Waktu : 7.30 Pagi hingga 3.00 Petang

11. Anggaran Perbelanjaan

11.1 Pendapatan : Duit Aktiviti murid

11.2 Perbelanjaan

Sarapan 12 Murid x RM 1.50 = RM 18.00


Makan Tengah hari 12 Murid x RM 3.50 = RM 42.00

Jumlah = RM 60.00

14. Penutup

Semoga program ini dapat dijalankan dengan baik dan mencapai objektif serta dapat
diteruskan pada masa-masa akan datang. Insya-Allah.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

Anda mungkin juga menyukai