Anda di halaman 1dari 2

Teks Pengerusi Majlis Sambutan Ambang Merdeka

Yang berusaha, __________________,Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari, Yang


dihormati___________________, Pen Kanan Kurikulum,
Yang dihormati___________________, Pen Kanan HEM,Yang Dihormati______________________ ,
Pen Kanan Kokurikulum, Guru Kanan MataPelajaran,guru-guru serta rakan pelajar yang dikasihi
sekalian.
Assalammualaikum ,Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Dengan limpah kurnia dan izinNya, dapatlah kita sama-sama berkumpul pada pagi Isnin ini.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis Kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Irama beralun gendang dipalu,


langkah diayun berpasang-pasangan,
61 tahun telah berlalu,
Malaysia megah menyambut kemerdekaan
61 tahun, Sayangi Malaysia, itulah tema kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.

Hadirin sekalian, Sedar tak sedar negara kita, Malaysia, kini sudah menjangkau usia 61 tahun. Banyak
perubahan maju yang boleh kita nampak terhadap negara ini dari semasa ke semasa. Namun, kita harus
akui kejayaan dan tranformasi yang kita kecapi hari ini bukanlah datang dalam sekelip mata. Tetapi,
hakikatnya ia berlaku atas usaha gigih pemimpin-pemimpin terdahulu yang banyak berkorban jiwa dan
raga. Sempena hari kemerdekaan yang akan disambut pada tahun ini, saya berharap agar kita semua
dapat menghayati erti sebenar kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.

Hadirin sekalian, Jika kita imbas semula sejarah kemerdekaan Tanah Melayu, negara kita mungkin tidak
boleh merdeka kalau rakyatnya sendiri tak bersatu-padu. penjajah telah menyebabkan rakyat berpecah-
belah. Melayu sama Melayu, Cina sama Cina dan India sama India. Tapi atas perjuangan Tunku Abdul
Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambanthan kita semua disatukan. Maka wujudlah bangsa
1Malaysia yang ada pada hari ini. Justeru, bangsa 1Malaysia yang melata di muka bumi Malaysia inilah
yang mampu membentuk ke mana hala tuju Malaysia.

Sehubungan itu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan penting untuk
mempertahankan kemakmuran, keharmonian, dan keselesaan, yang sedia ada sekarang. Murid-murid
sekalian… Jika kita lihat, pelbagai perubahan dari segi pembangunan, teknologi telah kita lalui. Kita
semestinya bersyukur dengan kemerdekaan negara kita. Negara Malaysia aman, damai dan bebas
daripada sebarang ancaman dan jajahan seperti Palestin.
Bagi memberkati majlis perasmian ambang merdeka ke-55 pada hari ini, dijemput
Saudara _____________________untuk membacakan doa. Dipersilakan

Alhamdulillah semoga kita, mendapat keberkatan, sepanjang hayat.

Bagi meneruskan atur cara pada pagi ini, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku ,Lagu
Negeri Selangor dan seterusnya Lagu Sekolah . Para guru dan pelajar diminta berdiri.

Hadirin sekalian, untuk meneruskan majlis pada pagi ini, saya bagi pihak majlis mempersilakan
_______________ mengetuai bacaan ikrar.

Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan laporan guru bertugas pada minggu lepas. Terima kasih atas
laporan itu sebentar tadi .

Sebelum saya teruskan dengan acara perasmian, dengan ini saya menjemput _______________selaku
penyelaras program sambutan kemerdekaan untuk menyampaikan sepatah dua kata. Terima kasih.
Diharap murid-murid yang berminat untuk menyertai aktviti yang dirancangkan dapat memberikan
komitmen yang baik.

Bagi melengkapkan majlis kita pada pagi ini, dipersilakan ______________________ , Pengetua SMK
Subang Bestari untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Sambutan Ambang Merdeka
Yang ke-61 Terima kasih diucapkan kepada ____________________atas ucapan perasmian itu tadi.

Gimik,Persembahan dan lain-lain:-

Sebelum mengakiri majlis pada pagi ini, diminta semua hadirin berdiri supaya kita samasama dapat
menyanyikan lagu Janji Ditepati, Jalur Gemilang dan Tanggal 31, dan Negaraku. Akhir kata, tamatlah
sudah majlis kita pada pagi ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga SMK Subang Bestari kerana
dapat sama-sama meraikan majlis sambutan ambang kemerdekaan ini. Degupkanlah Jantung Kita…
Nyatakanlah Dalam Hati… Kita Berbangga Menjadi Rakyat Malaysia… Marilah Kita Bertepuk Tangan…
Memberi Sokongan 61 Tahun Kemerdekaan Terima kasih…

Anda mungkin juga menyukai