Anda di halaman 1dari 1

Sila baca berkenaan TAHAP TEORI (m/s 40) dan buat ulasan ringkas mengenai pembacaan

anda.

Sepanjang perjalanan menjalankan sesuatu kajian penyelidikan, pengkaji tidak dapat lari
daripada mengenal pasti dahulu bidang kajian sebelum bergerak ke langkah yang seterusnya.
Apabila ingin mengenal pasti bidang kajian, pengkaji terlebih dahulu perlu membuat pembacaan
yang luas berkenaan teori-teori yang berkaitan dengan masalah yang ingin dikaji. Dalam aspek
pendidikan ini, terlalu banyak teori yang boleh difikirkan dan bersesuaian dengan masalah-
masalah yang diutarakan. Menurut Creswell (1994) , teori-teori yang pelbagai dalam bidang
pendidikan ini boleh dikelaskan kepada tiga tahap iaitu teori tahap mikro, teori tahap makro dan
teori tahap pertengahan. Teori-teori ini telah disusun dan diletakkan berdasarkan tahap abstrak
sesuatu teori itu.

Teori Tahap Makro lazimnya diaplikasikan apabila pengkaji hendak mengenal pasti
bidang kajian yang ingin dilakukan. Hal ini kerana teori ini mengandungi idea, konsep, preposisi
yang umum, global dan sangat menarik untuk pengkaji. Kemudian, setelah bidang kajian dikenal
pasti, pengkaji seterusnya perlu mengutarakan masalah kajian. Untuk langkah ini, Teori Tahap
Pertengahan akan membantu pengkaji dalam mengenal pasti masalah kajian. Saling kaitan antara
teori tahap pertengahan dengan teori tahap makro ini dapat dilihat pada fungsinya yang
membekalkan pemahaman yang mendalam yang dalam sesuatu teori pendidikan yang tidak ada
dalam teori tahap makro sebelum ini.

Secara umumnya, ketiga-tiga jenis pembahagian teori ini secara tak langsung dapat
membantu pengkaji memahami dengan lebih mendalam tentang teori apa yang perlu dan patut
dalam kajian-kajian yang ingin dijalankan pada masa akan datang.