Anda di halaman 1dari 9

MRSM ALOR GAJAH

Panduan Guru dan Pelajar


Schoolwide Enrichment Model (SEM)
Type III
Edisi 7
2016
Disusun, ditulis dan diolah oleh
En Mohd. Kadir Bin Kamis, En. Mohamad Rizal Bin Mukhtar dan
Jawatankuasa Enrichment Cluster (EC),
MRSM Alor Gajah, Melaka 0|P a g e
Feb 2016
1.0 PENGENALAN
Pelajar-pelajar hari ini bakal mewarisi satu era pembangunan yang dipenuhi pelbagai
persaingan dan kemajuan teknologi canggih yang mencabar. Demi melengkapkan diri mereka
dengan kemahiran dan ketahanan mental, program penggayaan ini diwujudkan dengan hasrat ia
dapat memperkembangkan potensi pelajar secara terbeza dan bersepadu.
Program penggayaan yang berpandukan “Schoolwide Enrichment Model” telah
diubahsuai mengikut keadaan di maktab masih menumpukan kepada tiga jenis program
penggayaan. Penggayaan Jenis I (Type I) dan Jenis II (Type II) yang bertujuan untuk
menimbulkan rasa ingin tahu dan meningkatkan lagi dalam diri pelajar mengenai sesuatu isu
manakala penggayaan Jenis III (Type III) bertumpu kepada penyelesaian masalah sebenar
(Joseph S.Renzulli dan Sally M.Reis).

2.0 SEM TYPE III


Apakah SEM Type III
SEM Type III merupakan satu aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar atau sekumpulan
kecil pelajar seramai 4 hingga 5 orang menjadi penyelidik dan menjalankan kajian mengenai
sesuatu tajuk yang diminati. Hasil kajian akan di persembahkan semasa Pesta SEM Type III
yang selalunya dijalankan setiap tahun di semua MRSM.

Objektif SEM Type III


Menerusi aktiviti ini diharapkan pelajar-pelajar dapat:
1. Mendalami minat dan pengetahuan sedia ada serta menggunakan pemikiran kreatif dan kritis
dalam menyelesaikan masalah.
2. Menggunakan teknik-teknik kemahiran belajar dan menjalankan penyelidikan secara saintifik
dan sistematik.
3. Memperkembangkan kemahiran merancang eksperimen dan menganalisis data dalam
menghasilkan satu kajian yang original serta bermutu tinggi.
4. Menunjukkan sikap bekerjasama, bertolak-ansur, menghormati pandangan orang lain dan
komitmen terhadap tugas.
5. Menjalankan kajian secara berdikari, sabar dan sentiasa bermotivasi tinggi.
6. Menunjukkan kebolehan berkomunikasi dengan baik, boleh memberi pendapat dan
mempertahankan idea berdasarkan hujah-hujah yang konkrit.
1|P a g e
3.0 LANGKAH-LANGKAH DALAM MENJALANKAN SEM TYPE III

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelajar-pelajar:


1. Mendapat pendedahan dan penerapan kemahiran Penyelidikan Saintifik dalam elemen
Kemahiran Akademik dalam slot P & P bagi pelajar tingkatan 4 pada semester 1.
2. Membentuk kumpulan berdasarkan minat dan kenalpasti tajuk yang diminatinya serta
berusaha mencari maklumat lanjut mengenainya dan seterusnya mengisi Borang
Pendaftaran Kajian SEM Type III.
3. Merancang kerja mengikut suatu jangkamasa tertentu. AJK SEM akan mengedarkan
Panduan Perancangan Jadual Kerja/Masa untuk menyiapkan kajian.
4. Dengan bantuan guru penasihat, kumpulan pelajar mula menjalankan penyelidikan mengenai
tajuk yang telah dipilih menggunakan pelbagai sumber. Beberapa persoalanan utama dan
hipotesis kajian perlu dibentuk.
5. Menggunakan Kemahiran Insaniah (softskill) dan Kemahiran Akademik yang dipelajari
seperti bagaimana menjalankan soal selidik, cara menemuduga, mencatat data dan
menganalisis data.
6. Kumpulan pelajar perlu mewujudkan Buku Log (buku catatan) serta mencatat setiap langkah
yang telah diambil sepanjang kajian dijalankan. Perbincangan dengan guru penasihat perlu
dibuat dari semasa ke semasa. Guru penasihat memberi maklum balas dan cadangan
membina untuk membantu pelajar-pelajar.
7. Kumpulan pelajar perlu membuat pembahagian kerja dan menyiapkan tugasan masing-
masing. Langkah-langkah berikut mungkin membantu pelajar menyiapkan kajian mereka,
iaitu
a. mencari maklumat menggunakan internet, perpustakaan atau menghubungi
pensyarah/pegawai yang berkaitan
b. merancang bentuk penyelidikan seperti melakukan eksperimen, membuat soal selidik dan
lain-lain
c. menghubungi agensi berkaitan untuk menjalankan kajian di tempat mereka.
8. Untuk melengkapkan kajian, kumpulan pelajar perlu menyiapkan hasil seperti dalam bentuk
produk/prototype dan menulis tesis (buku laporan) sebagai bukti kajian.
9. Di akhirnya, kumpulan pelajar akan membentangkan hasil kajian mereka dalam Karnival
SEM TYPE III (Pesta SEM Type III) yang dijalankan selama setengah hari dengan
persembahan pelajar kepada panel hakim mengikut kategori merangkumi aspek persembahan
(presentation) selama 10 minit, menunjukkan tesis dan hasil kajian. Untuk persediaan yang
baik, kumpulan pelajar akan membuat persediaan terlebih awal selama satu hari untuk
membantu persembahan dengan membina display board mengikut spesifikasi yang akan
ditetapkan oleh Jawatankuasa SEM dan selain itu sesi sumbangsaran perlu diadakan untuk
membincangkan cara persembahan dalam karnival itu nanti.
10. Berikut merupakan kriteria penilaian SEM Type III yang dijalankan mengikut pecahan
berikut:
a. Penilaian oleh penasihat (advisor) : 40%
b. Penilaian oleh panel hakim semasa Pesta SEM TYPE III : 60%
2|P a g e
4.0 PERANAN GURU PENASIHAT

Guru penasihat SEM Type III bertindak sebagai „pengurus‟ dalam proses pembelajaran. Secara
amnya, guru berperanan sebagai pembimbing, pemberi perangsang dan resource person.

Untuk membimbing pelajar-pelajar, tiga perkara yang perlu diberi perhatian oleh penasihat:

1. Penumpuan kepada masalah


Guru penasihat perlu membimbing pelajar agar dapat menumpukan kepada minat yang khusus
serta dapat menyalurkannya kepada sesuatu yang boleh diselidiki atau direkacipta. Kerapkali
pelajar akan menemui jalan buntu, oleh itu peranan guru adalah untuk terus memberi galakan
dan perangsang.
Jika guru kurang mahir mengenai subjek kajian yang ingin diterokai oleh pelajar, dia seharusnya
membantu (guide) pelajar untuk mencari sumber rujukan lain yang difikirkan sesuai.

2. Penumpuan kepada kaedah


Guru penasihat perlu membantu pelajar untuk mengenalpasti kaedah dan teknik-teknik
penyelidikan terkini yang sesuai digunakan dalam sesuatu bidang.
Guru perlu memberi sokongan dan mengikuti perkembangan kumpulan pelajar di bawah
pengawasannya.

3. Proses penyutingan dan maklumbalas


Kumpulan pelajar perlu menghantar draf penulisan kajian untuk disemak dari semasa ke semasa
kepada guru penasihat. Guru penasihat perlu tegas dalam memberi maklumbalas tetapi harus
juga peka terhadap masalah pelajar.

Penyeliaan oleh penasihat adalah proses yang berterusan. Bagi melicinkan proses penyeliaan
SEM Type III, penasihat perlu memantau penggunaan sistem buku log, penyediaan bahan
pembentangan dalam Pesta SEM Type III dan penulisan laporan (tesis).

3|P a g e
5.0 TANGGUNG JAWAB PELAJAR
Pelajar yang menjalankan SEM Type III mempunyai tanggungjawab utama menyelesaikan kajian
dan lain-lain tugasan yang diberi dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tanggungjawab pelajar
yang lain secara
khususnya adalah:
a. mengikut Jadual Perancangan Kajian yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa SEM.
b. memberitahu Jawatankuasa SEM sekiranya menggunakan khidmat pihak luar (seperti
pensyarah universiti) untuk mendapatkan surat rasmi untuk menjalankan kajian.
c. kerap berhubung dengan penyelia dan memberitahu penyelia jika sekiranya berlaku perubahan
skop kajian.
d. Menyerahkan bahan bertulis (tesis) kajian yang diperlukan mengikut jadual.
e. Memastikan kualiti dan hasil kerja SEM Type III yang dikemukakan mengikut standard yang
telah ditetapkan.
f. Memaklumkan kepada Jawatankuasa SEM jika berlaku masalah dalam kajian dan penyeliaan
kajian dengan pihak luar.

Pemantauan Buku Log


Penggunaan buku log adalah diwajibkan. Buku ini merupakan catatan lengkap mengenai
sebarang kerja yang dilakukan semasa menjalankan SEM Type III dan hendaklah dibawa untuk
setiap perjumpaan dengan penasihat dan taklimat JK SEM. Penasihat mesti mengesahkan catatan
dan perjumpaan dalam buku log. Catatan dalam buku log akan menggambarkan komitmen,
sikap, kemajuan dan daya usaha kumpulan pelajar dalam menjalankan kajian mereka.
Catatan dalam Buku Log mengandungi antara lain:
a. Tarikh perjumpaan dengan guru penasihat atau penyelia, perbincangan, nasihat dan arahan.
b. Tajuk, objektif, skop, rancangan kerja projek.
c. Jadual kerja dan tarikh-tarikh penting berkaitan dengan pelaksanaan dan penilaian SEM
Type III.
d. Persiapan, masalah, cadangan penyelesaian dan peralatan diperlukan.
e. Perkembangan dan kemajuan projek.
f. Data dan maklumat yang diperolehi.
g. Gambar rajah berkaitan dan bahan rujukan yang berkaitan dengan projek.
4|P a g e
6.0 PANDUAN RINGKAS MENJALANKAN KAJIAN SEM TYPE III
LANGKAH/PROSES PERINCIAN PERNYATAAN
1. PENDAHULUAN Pengenalan/Latar belakang Pengenalan kepada isu secara umum dan
Kenapa/Mengapa masalah seterusnya perbincangan berkaitan masalah
menjalankan yang ingin dikaji secara khusus.
penyelidikan/kajian Pernyataan masalah 1. Apa masalah yang hendak dikaji?
2. Mengapa masalah itu perlu dikaji?
Objektif kajian/penyelidikan Tujuan kajian/penyelidikan dibuat
Persoalan kajian Apakah soalan yang hendak diuji/diselidiki
dalam kajian?
Hipotesis kajian Jangkaan penyelidik terhadap hasil kajian nanti
Batasan/Halangan kajian Apakah kekangan-kekangan yang dihadapi
oleh seseorang pengkaji apabila menjalankan
kajian?
Definisi Istilah/Takrifan sesuatu Beri penjelasan sesuatu konsep atau istilah
konsep penting penting yang digunakan dalam kajian
Pemilihan Tajuk Kajian Tajuk yang ringkas, senang difahami
2.TINJAUAN (Mendapatkan idea/maklumat Tinjauan yang berkaitan dengan isu yang
LITERATUR berkaitan kajian yang ingin hendak dikaji. Ada tinjauan yang mungkin
/SOROTAN KAJIAN dibuat dengan merujuk kepada menyokong atau berbeza dengan hasil yang
kajian terdahulu melalui buku, hendak dikaji.
majalah, jurnal, internet,
temuduga dan sebagainya)
3. METODOLOGI Kaedah/ Prosedur Tatacara/Langkah bagaimana?
a. Rekacipta Sampelan/Populasi Bahan/Siapa yang hendak dikaji?
b. Eksperimen Sains Tempat penyelidikan Di mana dikaji?
c. Sains Sosial Instrumentasi/Alatan/Radas & Apakah alat yang digunakan untuk mendaptkan
Bahan data kuantitatif/kualitatif?
Jangkamasa (Timeline)/Jadual Bila masa dijalankan?
Masa Sertakan jadual penyelidikan
4. KEPUTUSAN Pendahuluan Maklumbalas ringkasan metodologi dan proses
/HASIL KAJIAN Keputusan deskriptif Jadual dan graf tentang sampel
(Rekacipta/Sains)
Keputusan Inferensi (Sains Jadual dan graf merujuk kepada populasi
Sosial)
5. PERBINCANGAN Pendahuluan Nyatakan ringkasan latarbelakang masalah,
DAN KESIMPULAN prosedur dan keputusan dalam bahagian 4
Perbincangan hasil dapatan Membincangkan keputusan dengan membuat
laporan keseluruhan kajian atau berdasarkan
perbezaan hasil dengan kajian terdahulu.
Kesimpulan Sintesis dan penilaian akhir.
Cadangan Cadangan penyelidikan akan datang.
Cadangan kepada pihak-pihak tertentu.

5|P a g e
7.0 Panduan Perancangan Jadual Kerja/Masa SEM TINGKATAN 3 & 5
MRSM Alor Gajah Sesi 2013 – 2014
Bil. PERKARA TARIKH TEMPOH
FASA PERTAMA : PENERAPAN KEMAHIRAN KAJIAN ILMIAH
1 Pembelajaran Modul KIKA (Ting 4), KKB (Ting 2), KAT1 Mac – Mei 2013 1 Semester
(Ting 1) – SEM Type II
Lawatan, ceramah, tayangan – SEM Type I
FASA KEDUA : PERANCANGAN KAJIAN SAINTIFIK
1 Taklimat Perlaksanaan Projek/kajian Saintifik Julai 2013 1 jam
Pembentukan kumpulan dan pemilihan penasihat, pemilihan 2 minggu
2 tajuk dan mengemukakan sinopsis kajian dan menyediakan Julai - September 2013
Buku log
3 Pendaftaran tajuk kajian kepada JK SEM September 2013 1 minggu
4. Pengesahan tajuk, bidang/jenis kajian oleh JK SEM September 2013 2 minggu
FASA KETIGA: MERANGKA KAJIAN
1 Menyediakan perancangan projek/kajian dan membuat
agihan tugas
2 Merangka draf kajian iaitu, penentuan lokasi/ sampel kajian/
borang kaji selidik/ peralatan kajian September – Oktober 2013 1 bulan
3 Membuat tinjauan literatur terhadap bahan yang berkenaan
(kertas kerja, buku, laporan, laman web)
4 Menghubungi pihak yang berkaitan dengan kajian (dapatkan
surat kebenaran dari pihak JK SEM)
FASA KEEMPAT: MENJALANKAN KAJIAN
1 Mengumpul maklumat/sampling
November – Disember
2 Menjalankan eksperimen (makmal sekolah/IPT) 2013 2 bulan
3 Menganalisa dan memproses dapatan/maklumat
4 Membentang analisa dan dapatan dengan penasihat Januari 2014 2 minggu
FASA KELIMA: MENULIS LAPORAN/TESIS
1 Menyediakan/menyusun rangka laporan (membuat FEBRUARI 2014 1 hari
pembahagian dalam laporan, rujuk panduan menulis laporan (Taklimat di Dewan Besar)
dalam laman web)
2 Menyediakan draf laporan pertama (menulis laporan yang 3 minggu
lengkap dan diserahkan kepada penasihat)
3 Mengkaji semula draf pertama dan membuat pengeditan
MAC 2014
(selepas dibaiki dan berbincang dengan penasihat)
4 Menyerahkan draf kedua selepas diperbaiki untuk penasihat
melihat dan memperbaiki buat kali terakhir
5 Menyerahkan laporan kajian lengkap (mini tesis) kepada JK 1 minggu
APRIL 2014
SEM untuk dinilai dalam 2 salinan
FASA KEENAM: PERSEMBAHAN DAN PENILAIAN
1 Penilaian 1 oleh Penasihat (40 %)
APRIL 2014 2 Minggu
2 Penilaian 2 saringan oleh JK SEM
3 Perisytiharan Pesta SEM Type III yang layak bertanding di MEI 2014 1 hari
peringkat akhir
4. Membuat persiapan Pesta SEM Type III 21 -22 JUN 2014 2 hari
5 Hari Persembahan Pesta SEM Type III (*) 1 hari
 Pembentangan hasil kajian 23 JUN 2014
 Penilaian 3 oleh hakim (60%) (ISNIN)
 Pengumuman pemenang/penyampaian hadiah
6. Dokumentasi dan pentadbiran hasil Pesta SEM Type III Selepas tamat persembahan
Pesta SEM Type III
2013/ 2014 * Tertakluk kepada pindaan
Maklumat lanjut boleh layari laman web: www.kajiansem.wordpress.com

6|P a g e
JAWATANKUASA SCHOOLWIDE ENRICHMENT MODEL (SEM) MRSM ALOR GAJAH, MELAKA 2014

PENGERUSI
PENGETUA

NAIB PENGERUSI
TP HEA/HEP/Ko-Q

PENYELARAS SEM
(En. Zuhairi Bin Ab
Rahman) SETIAUSAHA
(En. Mohamad Rizal Bin Mukhtar)

KETUA JABATAN/ KETUA UPPM KETUA UNIT PENGARAH KETUA JK KETUA UNIT KO-Q
WAKIL KJ (Pn. Norafizah Bt Tawil KAUNSELING DAN GEMILANG SPM KECEMERLANGAN (En. Hameed Bin Mytheen
(Sains, Bahasa, @ Md Tawil) BIMBINGAN (Pn. Nor Syamsuddar Binti SAHSIAH Kunju Basheer)
Matematik dan Sains Abd Ghani) (En. Zaidi Bin Abd. Jalil)
Sosial) (Pn. Nik Siti Hajjar Binti
Mat Taib)

KETUA PENYELARAS KETUA


HOMEROOM PENYELARAS KAT 1
(Pn. Norlia Binti Musaid) (Cik Norlia Bt Abdul Jalil)

PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS


KEMAHIRAN KEMAHIRAN ENRICHMENT SEM TYPE I SEM TYPE II SEM TYPE III SAFETY NET
INSANIAH AKADEMIK TEAM (En. Othman Bin (Pn. Sarina Binti (Pn. Norlia Bt Abd.
(Tn. Sh Mohd (Pn. Siti Munirah Bt Jalil)
Sirun) Yusof)
Bin Abdullah) Abdul Majid)

7|P a g e
8|P a g e

Anda mungkin juga menyukai