Anda di halaman 1dari 21

1.

0 PENGENALAN

Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar. Profesion


keguruan bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi. Jika dulu guru hanya
masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru dibebani dengan
tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar dengan misi dan visi Wawasan
2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui serba serbi termasuklah pengurusan bilik darjah
yang effektif.

Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani untuk
Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan persekitaran
pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah
disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana masalah jenayah yang berlaku di luar
sana mampu di bendung dari peringkat awal lagi melalui pendidikan di sekolah.

Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi Tingkah laku
Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model Pengurusan
Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai panduan oleh guru-
guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan.
Menurut Chong Lean Keow(2009),Model Akibat Logikal Dreikurs ini diutarakan oleh
dreikurs. Model ini berasaskan empat premis asas teori Adler:-

1. Manusia adalah makhluk sosial dan motivasi asas mereka ingin dimiliki atau menjadi
ahli sesuatu kelompok
2. Kesemua tingkahlaku adalah bersebab.
3. Manusia adalah organisme yang berupaya membuat keputusan.
4. Realiti dipersepsikan oleh manusia.

Fokus utama model akibat logikal Dreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik darjah yang
bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik
darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Selain itu juga, model ini
menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku dan murid perlu dibimbing untuk
memahami peraturan di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu murid sendiri perlu dilatih untuk
mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Terdapat beberapa motif
utama salah laku. Motif tersebut ialah:

1. Mendapatkan perhatian : Murid sering kali cuba mendapatkan perhatian guru dengan cara
yang salah.

Penyelesaian: Guru dapat meminimumkan taraf perhatian,mengalihkan perhatian murid


berkenaan dan mengubah kedudukan murid yang berkenaan.

2. Membalas dendam : Murid bertindak balas dendam apabila guru dilihat sebagai bersikap
tidak adil dan bersikap autokratik.

Penyelesaian: Guru dapat mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif,bertenang dan


menangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin.

3. Mencabar kuasa (konflik) : Apabila murid bertindak mencabar kewibawaan guru jangan
bertindak secara emosi. Bertenang, panggil murid secara individu dan cuba kenal pasti punca
kelakuan mereka.

Penyelesaian: Guru dapat mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif ,bertenang dan
tangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin.
4. Menunjukkan kekurangan : Murid yang gagal mendapat pengiktirafan melalui motif
sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya sebagai seorang yang lemah dan
tidak upaya.

Penyelesaian: Guru dapat mengubahsuai keadah mengajar,menggunakan bahan


pembelajaran berbentuk maujud atau berbantukan komputer dan mengajar satu kemahiran
sahaja pada satu masa.

Peranan dan tanggungjawab guru dalam Model Akibat Logikal Dreikurs

1. Guru perlu mengenal pasti motif murid tersebut berdasarkan empat motif utama yang
telah dibincangkan di atas. Bantu murid untuk memahami motif yang telah
ditunjukkan.Murid mungkin gagal untuk memahami cara yang terbaik untuk mendapat
tempat dan menyesuaikan diri di dalam bilik darjah.
2. Guru tunjuk dan beri kesedaran bahawa mereka telah memilih cara atau motif yang
salah untuk mendapat pengiktirafan diri.
3. Guru membantu murid untuk menukarkan matlamat yang salah kepada matlamat
sebenar yang mendatangkan manfaat kepada semua pihak.
4. Guru memberi galakkan dan membimbing murid untuk bertanggungjawab atas
matlamat baharu yang dipilih.
5. Guru membantu murid untuk melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
Akibat tersebut mestilah boleh difahami dan diterima oleh murid. Akibat itu perlu
memberikan manfaat kepada diri murid dan orang-orang di persekitaran mereka.

Berikut ialah cadangan-cadangan yang boleh digunakan oleh guru untuk berkomunikasi dengan
murrid.

1. Guru selalu berkomunikasi tentang perkara-perkara yang positif dan bukannya perkara-
perkara negative dengan murid.
2. Guru memberi galakkan terhadap murid untuk menunjukkan peningkatan bukan
kesempurnaan.
3. Guru mengenal pasti kelemahan murid dan bincang dengan murid cara mengatasi
kelemahan.
4. Guru membantu murid untuk belajar daripada kesilapan yang merupakan asas dalam
proses pembelajaran.
5. Guru percaya kepada kebolehan murid, membantu mereka menghadapi cabaran.
6. Guru memberi galakkan terhadap murid untuk bekerjasama antara satu sama lain.
7. Guru menunjukkan rasa bangga atas hasil kerja murid dan mempamerkan untuk
dikongsi bersama dengan murid-murid lain.
8. Guru menunjukkan sifat optimis dan bersemangat.Kewibawaan dan tingkah laku guru
menjadi model kepada murid.
9. Guru menunjukkan frasa-frasa yang memberi galakan dan motivasi.

PENILAIAN TERHADAP MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

 Kekuatan : memupuk autonomi di mana murid bertanggungjawab atas tindakan dan


pilihan mereka.

 Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui komunikasi yang terbuka


dan saling hormat-menghormati antara murid-murid.

 Kekurangan : agak sukar untuk guru permulaan mengenal pasti serta memahami motif
murid-murid melakukan salah laku.

 Agak sukar untuk mengenalpasti akibat logikal yang setimpal dengan salah laku tertentu.
PETA MINDA AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

Model
Akibat
Logikal
dreikurs

Cara menangani murid yang


motif utama mempunyai motif yang salah

mendapatkan mencabar
perhatian kuasa kenal pasti motif murid

membalas mempamerkan
bantu murid
dendam kekurangan
memahami motif yang
ditunjukkan

cara
percaya berkomunikasi
kebolehan yang berkesan
murid
bantu murid tukar
beri galakan
matlamat salah kepada
belajar matlamat benar
daripada dan motivasi
kesilapan

bimbing murid
bertanggungjawab ke
berkomunik kenal pasti atas matlamat baharu
rasa bangga galakan
asi perkara kelemahan pencapaian
murid peningkatan
positif murid murid

bantu murid melihat


akibat di sebalik
optimis bekerjasama tingkahlakunya
Model Pengurusan Kelompok Kounin.

Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah iaitu Jacob
Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management merupakan karya beliau
mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal dengan ‘Konsep Riak’ - apabila seorang
murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama. Ciri-ciri teori ini adalah mengenai
teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan manakala matlamat teori ini pula ialah
pengajaran dengan disiplin dapat dicapai (seiring). Kounin juga menekankan kepada
pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah.

Terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-perkara


tersebut ialah:

1) Bertindih (overlapping) : Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau lebih
aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama.

2) Merangkumi semua (withitness): Ia merujuk kepada kebolehan guru membetulkan


tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak boleh dikawal.

3) Momentum (momentum) : Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan


pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran.

4) Kelancaran (smoothness) : Cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan.

5) Fokus kumpulan (group focus) : Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain daripada
respons seorang murid sedang diberikan.

Menurut kajian Kounin:

Teguran dan tindakan guru terhadap seseorang murid yg melakukan kesalahan akan
turut memberi kesan kepada murid lain.Teguran yang diberikan kepada murid mestilah
jelas.

Nyatakan teguran dengan spesifik bukan secara umum.

Kesan gelombang secara aktif mempunyai 3 ciri:Jelas,Tegas dan Serius.


Kesan ini dikenali sebagai kesan gelombang (ripple effect)
Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah seperti berikut:

 Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku
rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali
sebagai kesan riak (ripple effect).
 Guru harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam setiap
masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah yang dicipta
oleh Kounin.
 Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti.(overlapping) dan
mengekalkan momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk
pengurusan kumpulan dengan berkesan.
 Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap
individu mempunyai akauntibiliti dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran
optimal berlaku.
 Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan,
menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam bilik darjah.
 Keupayaan guru menangani masalah di dalam dan luar bilik darjah yang ganggu sesi
P&P semasa.
 Guru mesti buat persediaan supaya proses P&P lancar
 Guru tidak ganggu murid semasa melakukan aktiviti tetapi membantu secara individu
yang bermasalah.
 Guru menerangkan masalah jika pelajar tidak faham tanpa perasaan marah dan
menyakitkan hati dan terus kembali pengajaran dengan cepat.
 Guru meninjau hasil kerja murid.
 Guru meminta murid bagi respons terhadap sesatu perkara.

Selain itu, Kounin juga mencadangkan kelancaran dan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik
darjah amat penting.

1. Aktiviti P&P yang tidak lancar, tertangguh,arahan yang tidak jelas menyumbang kepada
masalah pembelajaran murid di dalam bilik darjah.
2. guru harus mengelak daripada tersekat-sekat dalam proses P&P,
contohnya;Pengajaran meleret-leret sehingga keluar daripada sukatan sebenar.
3. Memberikan arahan-arahan yang tidak wajar atau tidak difahami.Selalu menukar-nukar
tugasan.
Kemudian,Penyebab kepada gangguan kelancaran P&P adalah penerangan yang meleret
dan fragmentasi.

1. Dalam penerangan yang meleret, guru terus menerangkan dan mengulang perkara-
perkara yang telah lama difahami oleh murid-murid.
2. Fragmentasi, guru memecahkan kepada beberapa bahagian kecil dalam aktiviti-aktiviti
P&P, sedangkan hal ini dapat dijalankan menyeluruh oleh murid.

Di samping itu, Kounin juga memberikan tumpuan utama terhadap pengurusan P&P.

1. Menggunakan strategi yang pelbagai untuk menarik perhatian murid;


2. Guru mendapatkan perhatian yang sepenuhnya daripada murid sebelum memberikan
arahan atau membuat penerangan. Kemudian, guru melibatkan murid dengan aktif
dalam aktiviti-aktiviti yang berpusatkan murid.
3. Selalu memanggil murid untuk memberikan maklum balas, menjawab soalan,
membuatkan demonstrasi atau memberikan penerangan.

PENILAIAN TERHADAP MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

Kekuatan

 Fokus terhadap pengurusan kelompok mewujudkan suasana biilk darjah dan


persekitaran pembelajaran yang kondusif .

 tidak berunsurkan hukuman yang hanya berkesan dalam jangka masa yang singkat

 Menitikberatkan variasi dari segi strategi & teknik pengajaran yang dapat kekalkan minat
&semangat murid untuk belajar.

Kelemahan

 Murid tidak mementingkan atribut-atribut guru seperti beramah mesra, sabar, prihatin
dan sebagainya.

 Agak mencabar bagi guru yang perlu mengambil tindakan terhadap dua atau lebih
kelompok pada satu masa yang sama.

 Agar sukar untuk guru permulaan mengawal gerak-geri murid dengan rapi.
PETA MINDA DISIPLIN KELOMPOK KOUNIN

model
disiplin
kounin
5 teknik kounin
dalam
menangani kajian
masalah

teguran dengan
merangkumi spesifik
bertindih semua
kesan gelombang
secara aktif

mempamerkan
momentum kekurangan

implikasi

fokus kumpulan

 Guru mesti buat persediaan supaya proses P&P


lancar
 Guru tidak ganggu murid semasa melakukan aktiviti
tetapi membantu secara individu yang bermasalah.
 Guru menerangkan masalah jika pelajar tidak faham
tanpa perasaan marah dan menyakitkan hati dan
terus kembali pengajaran dengan cepat.
 Guru meninjau hasil kerja murid.
 Guru meminta murid bagi respons terhadap sesatu
perkara.
Kekuatan Model Akibat Logikal Dreikurs

Model Akibat Logikal Dreikurs menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik
darjah.Mereka dapat diberi autonomi untuk membincangkan salahlaku di dalam bilik
darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah. Murid-murid
boleh dibimbing untuk ingat-mengingati antara satu sama lain tentang peraturan yang telah
ditetapkan. Apabila murid faham dan mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan, masalah
disiplin akan dapat dikurangkan.

Dreikurs menekankan guru perlu mengenal pasti punca kepada masalah tingkah laku. Beliau
mengemukakan strategi untuk membantu murid-murid memperoleh disiplin kendiri berdasarkan
kefahaman murid-murid atau kanak-kanak terhadap nilai-nilai sosial yang terdapat di
persekitarannya.Dreikurs berpendapat disiplin kendiri boleh dicapai di dalam suasana bilik
darjah yang demokratik.

Dreikurs lebih menekankan pengajaran demokratik dan berdepan kesalahan. Pada pendapat
beliau, disiplin adalah bukannya satu bentuk hukuman. Sebaliknya ia adalah satu cara untuk
mengajar kanak-kanak untuk mengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri. Murid-
murid yang boleh mengawal diri sendiri akan menunjukkan inisiatif,boleh membuat keputusan
yang munasabah dan boleh memikul tanggungjawab yang memberikan manfaat kepada diri
sendiri dan orang lain,sekaligus akan meningkatkan kualiti persekitaran murid tersebut.

Bagi menangani tingkah laku tidak diingini tersebut, Dreikurs telah mengusulkan empat langkah
menangani tingkah laku sedemikian. Langkah pertama ialah guru perlu berusaha mengenal
pasti matlamat tersilap murid, iaitu dengan memberi perhatian kepada responnya terhadap
tingkah laku buruk muridnya sambil memerhati tindak balas murid tersebut. Langkah
kedua ialah guru tersebut dapat menentang matlamat tersilap itu dengan keterangan yang
munasabah melalui perbincangan logik tentang kesilapan yang diaplikasikan oleh
muridnya. Dalam langkah ketiga, guru itu dapat mengelakkan rampasan kuasa dengan
menarik balik imej autoriti guru, sebaliknya turunkan kuasa kepada murid bertingkah laku
buruk iaitu memberi peluang mengarah dan membuat keputusan. Selain itu, Dreikurs juga
mencadangkan langkah-langkah menangani tingkah laku membalas dendam, misalnya dengan
memberi sokongan yang konsisten kepada murid bermasalah agar menonjolkan prestasi
baiknya supaya mudah mendapat perhatian orang lain. Dalam langkah keempat pula,
seseorang guru perlu memberi galakan kepada murid bermasalah dengan peneguhan atas
usaha mereka walaupun sedikit sahaja.

Kesimpulannya, matlamat keseluruhan Dreikurs ialah hukuman bukan suatu kaedah yang
berkesan untuk menangani masalah disiplin. Malah, beliau berpendapat bahawa tindakan
hukuman guru merupakan balas dendamnya terhadap murid selain menunjukkan autoriti guru
selain membawa malu kepada murid yang dihukum itu. Dreikurs percaya strategi paling
berkesan menangani masalah tingkah laku ialah pencegahan. Fokus utamanya ialah ke atas
tingkah laku konstruktif dan bukan disiplin paksaan. Maka, beliau usulkan pembinaan bilik
darjah demokratik dan stail pengajaran dengan menurunkan kuasa kepada murid agar setiap
murid dapat menyumbang sebagai ahli bilik darjah. Beliau berpendapat bahawa dengan ini,
murid akan mempunyai minat sosial dan memahami manfaat dirinya dalam penyertaan
aktiviti bilik darjah.
2.Analisis Kes ( Pengalaman En.John)

Masalah-masalah disiplin sering berlaku di dalam bilik darjah menyebabkan pengajaran dan
pembelajaran terganggu. Bagi melicinkan proses P&P dan mengelakkan pembaziran waktu,
guru yang proaktif seharusnya menangani masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah
dengan segera dan pantas.

Masalah disiplin seperti kurang memberikan respons ketika sesi soal jawab, meninggalkan bilik
darjah dengan kerap dan tidak hormat kepada guru, sememangnya dapat di atasi dengan
mudah jika guru menggunakan beberapa langkah yang telah di sarankan oleh para cerdik
pandai sebagai panduan melalui model-model pengurusan bilik darjah yang telah mereka
perkenalkan. Sebagai seorang guru, terpulanglah kepada kita untuk memilih model mana yang
lebih baik atau mengadunkan model-model tersebut supaya menjadi satu acuan yang baik
dalam mengawal masalah disiplin murid di dalam kelas.

Terdapat beberapa langkah yang saya cadangkan bagi membantu guru-guru dalam menangani
masalah En. John. Antaranya ialah membina hubungan positif antara guru dan murid,
menetapkan set peraturan dan rutin bilik darjah, terangkan plan pengurursan disiplin kepada
murid, memberi teguran dan kaunseling,

1 Membina hubungan positif antara guru dan murid.

Berdasarkan petikan ini, saya berpendapat bahawa langkah pertama yang patut di ambil bagi
menangani masalah disiplin ini ialah En.John perlu membina hubungan positif dengan Siva.Hal
ini kerana hubungan yang positif ini dapat mengurangkan emosi-emosi negatif sebaliknya
menggalakkan emosi-emosi positif. Pendekatan ini membuatkan murid merasa dihargai oleh
guru sekaligus memotivasikan murid dalam menghasilkan tugas-tugas pembelajaran dengan
baik. Perkara yang lebih penting ialah, hubungan positif ini melahirkan rasa hormat Siva kepada
En.John serta Siva diketahui telah mendapat perhatian En.John yang disarankan oleh
Dreikurs. Menurut Good dan Brophy (2002), En.John yang dihormati dan mesra pelajar dapat
bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah.En.John
akan dipandang tinggi oleh Siva dan murid-murid dan membawa kepada persekitaran
pembelajaran yang kondusif. Oleh yang demikian mudahlah guru untuk mengawal tingkah laku
murid di dalam kelas. Masalah disiplin seperti yang telah dinyatakan pasti tidak akan berlaku
lagi. Hal ini kerana murid-murid akan memberi kerjasama kepada guru. Hubungan yang baik
antara En.John dengan Siva akan memberi peluang kepada murid untuk menjalinkan
kerjasama yang erat dengan guru. Menurut Kounin, En.John mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan murid-muridnya serta memberikan peneguhan yang sesuai. Selain itu En.John
dapat membentuk peribadi yang mulia terhadap Siva sekaligus mengurangkan masalah disiplin.

Bagi membina hubungan positif antara guru dan murid, guru mestilah ingat nama murid dan
panggil murid dengan nama masing-masing. Guru dinasihatkan supaya tidak memanggil murid-
murid dengan nama-nama ganti diri yang am, panggil dengan menunding jari dan panggilan-
panggilan yang tidak disukai oleh murid kerana ia boleh mengakibatkan murid berasa benci
kepada guru. Sebagai contoh ialah “Poh Siva, banyak sangat ye kamu bercakap......” atau
“Awak yang mata sepet tu......”. Sebaliknya berlaku apabila guru mengingati nama murid dan
memanggil mereka dengan panggilan yang betul. Mereka akan merasakan guru sedar akan
kewujudan mereka didalam kelas disamping menunjukkan usaha guru untuk mengenali mereka.
Sekaligus hubungan positif dapat dibentuk dengan cepat. Hal ini akan menolong guru untuk
mengawal tingkah laku murid didalam kelasnya.

Dalam mengekalkan hubungan yang baik antara guru dan murid, guru perlu berkomunikasi baik
dengan murid yang telah dinyatakan oleh Dreikurs iaitu selalu berkomunikasi tentang
perkara-perkara yang positif dengan murid dan percaya kepada kebolehan mereka.

2 Menetapkan set peraturan bilik darjah.

Langkah kedua ialah, En John perlu berbincang dengan murid-murid untuk menetapkan satu
set peraturan yang utama yang menjadi asas kepada bilik darjah. Peraturan ialah penyataan
yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Selain itu, peraturan
juga merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Dari
semasa ke semasa, En John boleh membuat tambahan peraturan, tetapi asasnya adalah pada
peraturan asas tersebut. Peraturan bilik darjah ini adalah penting untuk dibentuk dan
dikuatkuasakan kerana ia dapat memastikan aktiviti bilik darjah berjalan dengan lancar tanpa
gangguan tingkah laku yang tidak diingini. Menurut Dreikurs,En John perlu mengenal pasti
matlamat Siva yang salah, iaitu menunjukkan tingkah laku mencuri perhatian,menunjukkan
kuasa, membalas dendam dan menunjukkan kelemahan dalam usaha murid untuk
mendapatkan rasa kepunyaan. Oleh itu En John perlu menyediakan persekitaran pembelajaran
yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk
mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan En John dan murid perlu dipenuhi melalui
pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan
tingkah laku yang yang jelas di dalam bilik darjah.
Misalnya, En John dan murid-muridnya bersama-sama menetapkan peraturan-peraturan kelas
pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah mengenai murid yang bergerak tanpa kebenaran
guru, akan dihukum duduk di sebelah guru sepanjang waktu kelas tersebut. Pada suatu hari,
Siva telah bergerak sekitar kelas, En John harus menghukumnya. Dengan cara ini, Siva akan
mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan
datang. Selain itu, semua murid dalam kelas akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan
kelas yang telah ditetapkan. Dengan berlakunya kes Siva, murid-murid yang lain juga akan
mengingatkan sendiri supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Siva.

walaubagaimanpun,menurut Kounin, guru perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara


semasa membentuk peraturan di dalam bilik darjah, antaranya ialah ayat peraturan mestilah
ringkas dan jelas. Hal ini kerana murid akan mengalami kesukaran dalam memahami dan
mengingati peraturan yang panjang dan berbelit. Seterusnya, set peraturan yang dibentuk
seelok-eloknya bermakna dan hendaklah dipersetujui oleh semua warga kelas dan bukanlah di
buat secara autokratik oleh guru semata-mata. Amalan demokrasi ini akan memberikan peluang
kepada murid untuk merasakan bahawa mereka sebahagian daripada warga bilik darjah dan
bukan hanya pemerhati. Disamping memberi peluang kepada En John untuk mengambil
kesempatan untuk berbincang bersama murid tentang kepentingan peraturan bilik darjah.
Selain itu, En John juga perlu mengambil perhatian terhadap bilangan peraturan. Peraturan
metilah dihadkan bilangannya kerana peraturan yang terlalu banyak boleh mengelirukan murid.
Peraturan yang dibentuk hendaklah diselarikan dengan peraturan sekolah. Contoh peraturan
ialah :

Peraturan Kelas 4 Kuning

a) Menghormati guru dan rakan-rakan yang lain

b) Sentiasa memberi kerjasama dan respons semasa proses P&P.

c) Tidak boleh bergerak sesuka hati tanpa kebenaran guru

d) Mematuhi peraturan sekolah.


3. Memberi teguran

Selain tu, En John juga boleh membuat teguran secara langsung kepada murid untuk peringkat
rendah dan teguran secara individu untuk murid yang lebih dewasa. Menurut Kounin, tindakan
atau teguran guru terhadap seseorang murid yang melakukan kesalahan akan turut memberi
kesan kepada murid-murid lain di dalam bilik darjah. Menurutnya lagi teguran mestilah jelas dan
En John perlu menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan. Elakkan
daripada memberi teguran secara umum. Contohnya, 'Siva beri tumpuan.’ Nyatakan dengan
lebih spesifik, ‘Siva berhenti bercakap dengan Atan, dan beri respon kepada perkara yang kita
bincangkan tadi’. Guru juga perlu membimbing murid-murid agar saling ingat mengingati antara
satu sama lain tentang peraturan yang telah ditetapkan. Apabila murid faham dan mengamalkan
peraturan yang telah ditetapkan, masalah disiplin seperti menganggu rakan sekelas dapat
dikurangkan. Jika murid-murid masih terus melakukan kesalahan disiplin seperti yang telah
ditetapkan bersama, guru yang proaktif perlu menyelidik bagi mengenal pasti punca yang
menyebabkan murid tersebut tidak berubah kepada tingkah laku yang diingini. Hal ini
bertepatan dengan model Dreikurs yang menekankan supaya guru mengenal pasti punca
masalah tingkah laku. Apabila En John telah berjaya mengenal pasti punca murid-murid
melakukan masalah disiplin, guru boleh mengambil langkah seterusnya dengan berjumpa murid
yang bermasalah tersebut secara bersendirian dan berbincang tentang masalah-masalah yang
dihadapinya.En John perlu meyakinkan murid untuk membuat pilihan tingkah laku yang tepat
kerana setiap individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka sendiri. Oleh itu,
guru perlu membantu murid untuk menilai apa yang telah mereka lakukan sehingga mereka
faham bahawa perbuatan itu adalah salah.

4 Pisahkan tempat duduk murid yang bermasalah

Strategi lain yang boleh diambil oleh En John dalam menangani masalah-masalah disiplin
seperti menganggu rakan, kurang memberi respon semasa pengajaran dan pembelajaran, dan
tidak menghormati rakan ialah guru menentukan dinamika kumpulan di dalam bilik darjahnya.
Dinamika kumpulan ialah kumpulan-kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik darjah yang
terdiri daripada beberapa orang murid yang mempunyai nilai dan kencenderungan yang sama.
Mereka saling bergantung dan mempunyai nilai dan kecenderungan yang sama. Mereka saling
bergantung dan mempunyai kuasa atau daya untuk menggerakkan ahli-ahli kumpulan tersebut.
Kuasa ini boleh mendorong ahli-ahli kumpulan untuk berkelakuan mengikut nilai atau
kepercayaan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli kumpulan. Sekiranya nilai tersebut berbentuk
positif, sudah pasti nilai itu akan memajukan ahli-ahli kumpulan untuk membuat kebaikan tetapi
sekiranya nilai yang terdapat dalam kumpulan adalah negatif, maka ahli-ahli kumpulan akan
terdorong akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan yang telah
ditetapkan. Nah disini kita dapat simpulkan bahawa kebanyakan masalah disiplin yang berlaku
di dalam bilik darjah berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya yang
tidak dikawal boleh mendatangkan kesan kepada pengurusan disiplin bilik darjah. Oleh sebab
itulah, En John perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan yang positif yang mana dapat
mengurangkan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Bagi membantu En John membentuk
dinamika positif di dalam bilik darjah, guru boleh melakukan kajian sosiometri seperti
bertanyakan soalan-soalan berikut:

a) Siapakah rakan baik awak di dalam kelas?

b) Siapakah rakan yang awak pilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kelas?

c) Siapakah rakan kelas yang awak tidak sukai?

Pola persahabatan yang dikenal pasti dapat menolong guru untuk menentukan
kumpulan-kumpulan dinamika di dalam bilik darjah. Pola tersebut juga menolong guru untuk
melihat murid-murid yang tidak disukai dan terpencil. Maklumat ini akan membantu guru dalam
menentukan susunan kedudukan murid di dalam bilik darjah atau semasa aktiviti kumplan
dijalankan. Apabila En John dapat menyusun dinamika positif akhirnya masalah disiplin yang
boleh menganggu proses pembelajaran dan pembelajaran akan dapat diatasi. Oleh itu, sebagai
seorang guru, kita harus bijak dalam menangani kes ini. Murid tersebut telah dipindahkan ke
kumpulan lain yang boleh menerima dan menyukainya. Maka proses P&P dapat di jalankan
dengan lancar tanpa gangguan disiplin. Oleh hal yang demikian, dalam mengurangkan masalah
disiplin,En John perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan.

5 Kepelbagaian dalam pengajaran

Strategi seterusnya yang boleh digunakan bagi membantu guru dalam menangani masalah
disiplin dan mengawal tingkah laku yan tidak diingini di dalam bilik darah ialah guru
menggunakan kepelbagaian dalam pengajaran. Murid-murid akan berasa seronok untuk belajar
dan tidak bosan. Hal ini kerana menurut Kounin, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah
berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan. Pengajaran yang membosankan, tiada
kepelbagaian akan medorong kepada berlakunya salah laku murid. Oleh yang demikian,
EnJohn harus merancang sebelum beliau masuk ke bilik darjah. Manurut Kounin,
perancangan pengajaran mestilah mengambil kira setiap murid di dalam kelas iaitu minat,
kebolehan, prestasi, keupayaan, perkembangan dan pengetahuan sedia ada murid-murid.
Setiap aktiviti perlu menyeronokkan murid dan mencabar. Perancangan yang rapi ini akan
melancarkan dan melicinkan proses P&P dan memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti
P&P. Apabila Encik John masuk ke kelas tanpa perancangan yang rapi, mungkin ada murid
yang tercicir kerana tidak dapat mengikuti pengajaran. Tanpa perancangan yang rapi juga
memberi kemungkinan bahawa masa murid tidak didisi dengan aktiviti dan guru tidak tahu untuk
berbuat apa dengan murid-murid. Keadaan ini boleh menjadi tidak terkawal dan seterusnya
membawa kepada timbulnya masalah disiplin. Menurut Kounin, guru yang mempunyai
momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam
aktiviti P&P. Momentum bagi Kounin merujuk kepada keadaan iaitu En John memulakan
pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan
lancar, melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan
membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan.

Oleh itu dalam membanteras berlakunya salah laku di dalam bilik darjah, En John perlu
manggunakan kaedah atau teknik mengajar yang baru, efektif dan yang dapat merangsang
minat Siva. Aktiviti yang pelbagai bukan sahaja dapat merangsang minat murid tetapi
mewujudkan situasi di mana murid-murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya.
Sebagai contoh untuk memulakan pengajaran, boleh mengguna pelbagai kaedah sebagi set
induksi bagi menarik minat murid seperti menggunakan tayangan gambar, video dan lakonan
dan discrepant event ( selalu digunakan dalam subjek sains). Kaedah dan aktiviti yang sama
setiap hari tidak memotivasikan atau meransang keinginan murid untuk terus belajar. Selain itu,
perkara yang dipelajari harus bermakna kepada Siva agar dia dapat memahami kepentingan
topik tersebut dalam kehidupan mereka. Aktiviti yang membosankan dan tidak bermakna akan
menimbulkan keresahan dalam kalangan murid dan seterusnya menimbulkan tingkah laku yang
tidak diingini. Oleh sebab itulah, sekali lagi saya tekankan disini, agar guru menggunakan teknik
serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. En John boleh merujuk teori-teori
pembelajaran seperti pembelajaran behavioris, sosial dan sosial kognitif, pembelajaran
penemuan Bruner, konstruktivisme,dan humanisme dalam membentuk teknik dan kaedah-
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan pelbagai.
Kesimpulannya,Model Dreikurs dan Model Kounin mempunyai kebaikan dan keburukan
masing-masing dan Model Kounin masih tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah yang
sepenuhnya .Guru perlu mengambil kira situasi yang sebenar sebelum melakukan hukuman
terhadap murid-murid.Dalam keadaan yang sebenar, murid masih melakukan tingkah laku yang
salah walaupun diawasi oleh guru dengan cara yang paling baik. Antara sebab: Latar belakang,
Personaliti dan Masalah luar sekolah
Rujukan
Ahmad M. Al-Huneidi, Schreurs,J. (2012). Constructivism based blended learning in higher
education. international journal of emerging technologies in learning, 7(1), 4-10. Retrieved
from http://dx.doi.org/10.3991/ijet.v7il1.1792.
Gagne, R.M., & Briggs, L.J. (1992). Principles of instructional design (4th ed.). Texas : Harcourt
Brace Jovanovich College Publishers.
Hamdy Ahmed Abdelaziz (2013). A four dimensions dynamic model to assure the quality of
instructional activities in electronic and virtual learning environments. turkish online journal
of distance education, 14(2), 268-279. Retrieved from
http://ehis.ebscohost.com/ehost/pdfviewer/pdfviewer?sid=904e69cb-807c-4a3c-bf55-
b5619fe0e291%40sessionmgr4&vid=2&hid=109.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (2002). Instructional media and
technologies for learning (7th ed.). New Jersey: Prentice Hall.
Helding, L. (2009). Howard gardner’s theory of multiple intelligences. journal of singing, 66(2),
193-199. Retrieved from
http://ehis.ebscohost.com/ehost/pdfviewer/pdfviewer?sid=7b4cb8d0-1bf2-44d9-aa94-
f6b821445170%40sessionmgr13&vid=2&hid=6.
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. (t.t). Prinsip Reka Letak CASPER.
Didapatkan daripada: http://ipislam.edu.my/kplir/O2003/nota_prinsiprekaletak.htm
Izzati. (2012). Reka Bentuk Pengajaran. Didapatkan daripada
http://www.authorstream.com/Presentation/izzyati009-1212871-2-reka-bentuk-
pengajaran/
Kundupapa. (2012). Model Assure Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Didapatkan daripada
http://www.scribd.com/doc/78326399/Model-Assure-Dalam-Pengajaran-Dan-
Pembelajaran
Rahim Selamat. (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Rashid, A.R., Boon, P.Y., Sharifah Fakriah S.A., & Wan KamaruddinW.H. (2009). Teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor, Malaysia: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Rohana Hussin, Indon Sulong, Wan Mohd Rizal Wan Ahmad. (2004). Amali Sains tahun 5 (hlm.
11-15). Selangor: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sopia. (2006). Science Textbook Year 5. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Refleksi

Seorang guru mempunyai tugas dan peranan yang amat penting dalam mendidik anak
bangsanya. Oleh sebab itu, segala yang berlaku di dalam bilik darjah sangat penting. Guru yang
bertangungjawab mencorakan pengajaran dan pembelajaran harian murid-murid. Dalam
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bergerak lancar, guru perlu memastikan
disiplin murid dalam keadaan terjaga dan terkawal supaya matlamat pengajaran terkawal.
Oleh sebab itu, lahirnya model-model pengurusan disiplin bilik darjah dalam membantu guru-
guru membentuk disiplin murid. Maka terpulang kepada-guru untuk menjayakan model-model
tersebut atau mengadunkannya untuk dijadikan strategi yang ampuh dalam membentuk disiplin
murid. Ini disebabkan disiplin sangat memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam bilik
darjah malah mempengaruhi sepanjang hidup murid tersebut.

Pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Setiap aktiviti
pengajaran akan berlaku dengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran
yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak menyenangkan. Jelaslah bahawa pengurusan
bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran, kesabaran
dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum. Harus diingat bahawa
guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan pelajar-pelajarnya terlebih
dahulu sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik darjah berkenaan. Persediaan
JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi) guru yang lengkap akan membolehkan
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan cemerlang.

Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian
matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua individu yang ada dalam
bilik darjah tersebut. Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri; cuba melaksanakan
pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam menuju ke arah kepimpinan
bilik darjah yang berkesan.
Kesimpulannya,Model Kounin masih tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah yang
sepenuhnya .Dalam keadaan yang sebenar, murid masih melakukan tingkah laku yang salah
walaupun diawasi oleh guru dgn cara yg paling baik. Antara sebab: Latar belakang, Personaliti
dan Masalah luar sekolah