Mencuba meneka dimana saya Mata kasar takkan dapat jumpa Niat enson matakaji semar ngiseng Aku lah Ben Ladin Hikayat Ben Ladin
Suara dah bergema
Suara sakti hamba Dalam gelombang bawa aura ke udara Separa manusia separa luar biasa Gurau senda dengan kata-kata pujangga Kalau main api janganlah tambah gasolin Mesti hati-hati janganlah seperti lilin Jika mahu terang biar terang dengan betul Jangan jadi arang jadi arang buat kotor Kerna atas muka ada selendang suci Maka hias ia biar terpampang seri Akulah ilustrasi definisi gergasi Terhasil dari experimentasi radiasi bunyi
Buka mata minda luas seperti lautan
Usah fikir bukan-bukan mengata yang bukan-bukan Nenek tua si bongkok tiga Cubalah nenek cari cucu dimana ada
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada Mencuba meneka dimana saya Mata kasar takkan dapat jumpa Niat enson matakaji semar ngiseng Aku lah Ben Ladin Hikayat Ben Ladin
Masuk tempat orang jadi kucing bukan singa
Jangan cuba jadi cacing nak jadi garuda Jika mulut murai tukar paruh jadi tiong Kalau cuma gusi jangan lagaknya bersiong
Setakat dua tangan janganlah nak berangan
Si tikus datang bekal dua belas beruk baran Telan lauk enak lepas makan pandai simpan Pandai-pandai lah tanggung binasa perbuatan Pecut laju-laju sampai dia terpelanting Bukan perkara bijak lari-lari bawa gunting Diajak berteman rupanya musang berjanggut Pura-pura sejuk masuk berkongsi selimut Baik berpada-pada jahat jangan sekali Hidup punya hukum karma kau harus mengerti Salam perkenalan dengan ritma dan puisi Nama patik Ben Ladin mengundurkan diri
Putih-putih melati ali baba
Merah-merah mawarnya si norsiah Jika diikutkan rasa kassim baba Kelak akhirnya berputih mata
Mereka keluar masuk gua
Mencuba mencari dimana ada Mencuba meneka dimana saya Mata kasar takkan dapat jumpa Niat enson matakaji semar ngiseng Aku lah Ben Ladin Hikayat Ben Ladin
Putih-putih melati ali baba
Merah-merah mawarnya si norsiah Jika diikutkan rasa kassim baba Kelak akhirnya berputih mata