Anda di halaman 1dari 26

BERSALIN SELAMAT

DI HOSPITAL
5 RISIKO BERSALIN
DI RUMAH YANG
ANDA PERLU TAHU



1. KURANGNYA PEMANTAUAN RAPI
SEMASA BERSALIN
Berbeza dengan hospital yang
dilengkapi segala jenis kemudahan,
kurang pemantauan dapat dilakukan di
rumah.
Contohnya, alat mengesan jantung
janin (cadiotocograph) yang amat
penting semasa proses bersalin. Alatan
seperti ini dapat mengesan sebarang
masalah awal yang berlaku seperti
kekurangan oksigen, sekaligus
mengelakkan komplikasi seperti
kecederaan otak atau kematian bayi
dalam kandungan.

2. MASALAH SELEPAS BERSALIN


Sungguhpun bayi telah selamat
dilahirkan, masih terdapat risiko
berlakunya masalah lain seperti
kesukaran bernafas akibat bayi
membuang air besar di dalam rahim
hingga menyebabkan bayi tidak
menangis.
Kes sebegini amat perlu ditangani
dengan secepat mungkin oleh pakar
kanak-kanak yang khusus. Kegagalan
berbuat demikian boleh menyebabkan
masalah pernafasan pada bayi dan
memerlukan bantuan mesin
pernafasan.
3. PENDARAHAN TERUK SELEPAS
BERSALIN
Pendarahan teruk selepas bersalin
masih menjadi penyebab umum
kematian ibu di seluruh dunia. Tanpa
ubat-ubatan dan peralatan hospital
yang tepat, kes sebegini sukar untuk
dikendalikan.
Jika ia lewat ditangani, ia mungkin akan
membahayakan nyawa si ibu
4. TIADA PEGAWAI PERUBATAN YANG
BERTANGGUNGJAWAB
Mereka yang bersalin di rumah ini
biasanya akan mengambil
perkhidmatan seorang doula. Ini
menunjukkan seseorang wanita tetap
perlu merujuk kepada doktor untuk
tujuan perubatan, terutamanya apabila
berlakunya sesuatu yang di luar
jangkaan.
Melalui pandangan Dr Azreen Zulaikha,
melalui sebuah artikel, “…jika doula
tidak dilengkapi dengan ilmu
perubatan kecemasan termasuk
peralatan dan ubat-ubatan,
bagaimana mereka begitu berani
memperjudikan nyawa ibu dan bayi di
tangan mereka? Mereka
mempromosikan keselesaan, tetapi
mereka melepaskan tanggungjawab
bila tiba bab keselamatan.”
5. PERSEDIAAN KES KECEMASAN
Akhir sekali, kelahiran di rumah tanpa
kepakaran doktor terlatih dan alatan
perubatan yang lengkap tentunya
menjadi satu tindakan merbahaya yang
dapat mengancam nyawa ibu dan bayi.
Apa sahaja boleh berlaku dalam proses
kelahiran dan selepasnya. Tanpa
seseorang yang
berpengalaman, petunjuk dan
simptom merbahaya tidak dapat
dikesan lebih awal hingga
menyebabkannya melarat dan lebih
parah.
KELAHIRAN TIDAK
SELAMAT !!!
Kelahiran dalam air
Kelahiran Lotus
Kelahiran secara semulajadi
.“Doula merupakan seorang wanita
yang pernah melahirkan bayi, dan yang
akan hadir bersama untuk memberi
anda sokongan, bantuan, dan nasihat
ketika dan selepas proses kelahiran
bayi anda.”
Melalui pandangan Dr Azreen Zulaikha,
melalui sebuah artikel, “…jika doula
tidak dilengkapi dengan ilmu
perubatan kecemasan termasuk
peralatan dan ubat-ubatan,
bagaimana mereka begitu berani
memperjudikan nyawa ibu dan bayi di
tangan mereka?
Mereka mempromosikan keselesaan,
tetapi mereka melepaskan
tanggungjawab bila tiba bab
keselamatan.”
UTAMAKAN KESELAMATAN IBU
DAN BAYI ANDA
Kesimpulannya, utamakanlah
keselamatan. Bersalin di rumah
bukanlah pilihan yang ideal, lebih-lebih
lagi jika anda tergolong dalam kategori
berisiko tinggi. Sekalipun anda tidak
menghadapi masalah sepanjang
tempoh kehamilan, status tersebut
boleh berubah pada saat-saat akhir.
Oleh itu, penting untuk anda
mendapatkan nasihat seorang
profesional yang mampu
mengendalikan kes-kes kecemasan
dengan cepat dan selamat apabila
perlu.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai