Anda di halaman 1dari 5

Nilai Murni:

Baik hati Keberanian Kejujuran


Berdikari Patriotisme Kerajinan
Hemah tinggi Rasional Kerjasama
Kasih sayang Kebebasan Kesederhanaan
Keadilan Kesyukuran
Kebersihan fizikal dan mental
Semangat bermasyarakat Hormat-menghormati
Salim seorang ketua murid yang
berdisiplin. Dia sentiasa datang awal ke
sekolah untuk menjalankan tugas yang
diberikan kepadanya. Pada suatu hari, ketika
bertugas dia mendapati bahawa rakan
karibnya, Aiman sedang mengugut seorang
murid tahun tiga. Murid itu kelihatan sangat
takut. Salim memerhatikan kejadian itu dari
jauh. Apabila tiba waktu rehat, Salim
mengambil keputusan untuk bersemuka
dengan Aman dan menasihatinya. Namun
begitu, Aiman masih mengulangi perbuatan
yang sama. Salim tidak akan membiarkan
hal sedemikian berlarutan. Dia segera
melaporkan hal tersebut kepada guru
disiplin. Selepas itu Aiman dipanggil untuk
berjumpa dengan guru besar. Sebaik sahaja
Aiman masuk ke bilik darjah, dia terus
menegur Salim. Dia memberitahu Salim
bahawa dia telah menyesali segala
perbuatannya itu.
Sebagai seorang individu,
Fahmi tinggal di sebuah kawasan perumahan.
Rumahnya bersih dan cantik kerana setiap petang
Fahmi membantu ibunya membersihkan rumah. Pada
suatu hari, Fahmi melihat sebuah lori yang penuh
dengan perabut berhenti di sebelah rumahnya. Fahmi
sungguh gembira kerana akan mendapat jiran baharu.
Fahmi mengunjungi rumah rumah jiran baharunya
dan mereka saling berkenalan. Fahmi menolong jiran
baharu mengangkat barang ke dalam rumah. Dia
melakukannya dengan rela hari. Tidak lama
kemudian, ibu Fahmi datang dan mempelawa jiran
baharu mereka makan malam di rumah Fahmi. Jiran
Fahmi menerima pelawaan ibu Fahmi dengan
gembira sambil mengucapkan terima kasih.
Semasa dalam perjalanan ke sekolah, Hakimi dan
Zahid terjumpa sebuah dompet. Hakimi tidak berani
untuk mengambil dompet itu. Dia teringat pesanan
ibu dan gurunya. Mengambil hak orang merupakan
perkara yang terkutuk. Setelah lama berfikir, Hakimi
mengambil keputusan untuk mengambil dompet itu.
Alangkah terkejutnya Hakimi apabila mendapati
sejumlah wang yang banyak di dalam dompet itu.
Zahid meminta Hakimi membahagi-bahagikan wang
tersebut. Namun begitu, Hakimi, tidak bersetuju
dengan cadangan Zahid. Dia meminta Zahid
membatalkan niatnya itu. Setelah berfikir panjang,
akhirnya mereka mengambil keputusan untuk
menyerahkan dompet itu kepada pihak polis. Mereka
berdua pergi ke balai polis dan menyerahkan dompet
itu. Pegawai polis yang bertugas mengucapkan terima
kasih kepada Hakimi dan Zahid atas kejujuran
mereka.
Encik Ramli orang kaya di Kampung Siantan. Dia
tinggal di sebuah rumah banglo yang sangat besar.
Akibat kekayaan itu. Encik Ramli menjadi sangat
sombong. Dia tidak mahu bercampur dengan orang
kampung yang lain. Dia juga melarang anak-anak
dan isterinya daripada berkawan dengan orang
kampung. Encik Ramli juga tidak mahu turut serta
dalam setiap aktiviti yang diadakan oleh orang
kampung. Baginya, orang kampung tidak layak
berkawan dengannya. Encik Ramli juga tidak pernah
mengambil tahu tentang masalah yang berlaku di
kampungnya.
Pada suatu malam, sedang di berehat di
rumahnya, dia ternampak api sedang marak di
bahagian dapur rumahnya. Dia serta keluarganya
keluar dari rumah sambil menjerit meminta tolong.
Penduduk kampung datang membantu memadamkan
api di rumah Encik Ramli. Namun rumah Encik
Ramli tidak dapat diselamatkan. Rumah encik Ramli
hangus dijilat api. Kini, Encik Ramli sedar akan
kebaikan hati penduduk kampung dan sedar
kesilapannya selama ini. Semenjak peristiwa itu,
Encik Ramli dan keluarganya terpaksa tinggal di
dalam rumah kecil yang dibina oleh penduduk
kampung untuknya.