Anda di halaman 1dari 61

1.

0 ANALISIS PENGENALAN ASAS DRAMA DAN DRAMA DALAM


PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Bahagian ini akan menerangkan pengenalan asas drama dan drama dalam pendidikan
khususnya di Malaysia.

1.1 PENGENALAN ASAS DRAMA

Drama secara umumnya bermaksud sesuatu pergerakan, tindakan atau aksi. Drama
berasal daripada perkataan “dran” (Greek) yang bermaksud melakukan atau
melakonkan. Drama ialah aksi peniruan iaitu aksi yang meniru atau mewakilkan
perlakuan manusia. Menurut Hashim (2005), drama ialah peniruan kehidupan, sebuah
cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Siti Hajar (2011) dalam bukunya ‘Buku
Bahasa Melayu II’ mendefinisikan drama sebagai karangan prosa dan puisi yang
menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan.
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-4, drama membawa maksud karya yang
dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio dan televisyen.

Menurut Zakaria (2001), drama merupakan sebuah karya sastera dalam bentuk
dialog yang dipentaskan oleh pelakon manakala pementasan drama pula dikenali
sebagai pertunjukan teater. Drama merupakan bentuk kisah yang menggambarkan
kehidupan dan watak manusia melalui tingkah laku (lakonan) yang dipentaskan. Kisah-
kisah di dalamnya tidak mempunyai banyak perbezaan daripada kehidupan nyata yang
terjadi dalam persekitaran masyarakat. Hal ini disokong oleh Siti Hajar (2011) yang
menyatakan drama merupakan karangan yang menggambarkan suatu kehidupan serta
watak manusia dalam berperilaku yang dipentaskan dalam beberapa babak. Manakala
menurut Harun (2006), drama ialah seni yang menggambarkan alam dan sifat manusia
dalam gerakan.

Drama bukan hanya untuk dibaca, tetapi untuk dilakonkan di atas pentas,
dengan penghayatannya berbeza antara dibaca dengan pementasannya. Di sinilah
letaknya perbezaan maksud antara drama dengan teater. Sebuah drama ialah naskhah
skrip yang boleh dibaca secara individu tanpa memerlukan ruang, pelakon atau
bantuan seni yang lain. Apabila skrip drama itu dilakonkan di atas ruang pentas dengan
gabungan pelbagai seni yang lain dan ditonton pula oleh khalayak secara kolektif,
maka ia dinamakan teater. Rajah 1 menunjukkan perbezaan antara drama dan teater.
Perbezaan antara drama dan teater dapat dilihat melalui rajah 1 berikut:

1
Rajah 1:

Drama (Naskah bertulis) Teater (Pementasan)

Seni individu (hasil Seni kolektif


pengarang dan (gabungan pelbagai
dinikmati oleh unsur seni (seni bina,
pembaca secara seni muzik dan
bersendirian. sebagainya)

untuk dibaca untuk ditonton

tidak memerlukan penggunaan ruang


penggunaan ruang pentas dan pelakon
pentas dan ciri lain. (pemain peranan)

Perbezaan Antara Drama dan Teater.

CIRI-CIRI DRAMA

2
Dalam pembahagian karya sastera Melayu, drama tergolong sebagai prosa moden.
Drama mempunyai beberapa ciri yang membezakannya dengan karya sastera yang
lain. Pada umumnya, drama mempunyai ciri-ciri yang berikut (Rujuk rajah 2):

Rajah 2: Ciri-ciri Drama

ELEMEN DRAMA

Secara asasnya, terdapat beberapa elemen dalam drama. Hal ini dijelaskan dalam
rajah 3 di bawah:

Rajah 3: Elemen Dalam Drama

Konflik ialah unsur


penting dalam drama. Sebuah skrip yang
Konflik digerakkan tidak didasari oleh
Drama merupakan oleh watak-watak konflik tidak dianggap
prosa moden yang dalam plot, elemen sebuah drama yang
dihasilkan sebagai penting dalam baik.
naskhah untuk dibaca sesebuah skrip
dan dipentaskan. drama.

Konflik ialah unsur Gaya bahasa dalam


penting dalam drama. sesebuah drama juga
Konflik digerakkan penting kerana ia
Naskhah drama boleh oleh watak-watak menunjukkan latar
berbentuk prosa atau dalam plot, elemen masa dan
puisi. penting dalam masyarakat yang
sesebuah skrip. diwakilinya, sekali
gus drama ini
mencerminkan
Drama terdiri daripada Pemikiran dan sosiobudaya
dialog yang disusun gagasan pengarang masyarakat yang
oleh pengarang disampaikan melalui digambarkan oleh
dengan watak yang dialog watak- pengarang.
diwujudkan. wataknya.

3
tema/pemikiran

plot

latar

babak

adegan

bahasa

Tema/Pemikiran

Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada
keseluruhan inti pati cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin
disampaikan oleh penulis dalam skripnya. Pemikiran ini disampaikan melalui dialog
dan aksi watak-wataknya. Pembaca naskhah atau penonton drama yang sensitif akan
dapat menangkap idea atau persoalan pokok ini selepas selesai membaca skrip atau
menonton teater. Malah, selalunya mereka bukan sahaja dapat menangkap idea atau
tema drama tersebut, tetapi juga mereka akan dapat menjaring maksud lain atau
lapisan maksud yang lain yang terkandung dalam drama tersebut. Pemikiran yang
tersembunyi yang hanya dapat ditafsir oleh pembaca atau penonton yang mahu berfikir
atau memahami perlambangan yang digunakan atau unsur cerita yang disampaikan
oleh penulis dinamakan sebagai sub teks.

Plot

Plot sangat penting dalam pembinaan struktur drama. Plot adalah struktur drama yang
dibina melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau
bahasa. Melalui dialog inilah konflik dan perkembangan cerita berlaku. Konflik

4
memainkan peranan yang cukup penting dalam membangunkan struktur sebuah
drama. Bertolak daripada konflik dan ketegangan inilah sesuatu peristiwa digerakkan
dan dilanjutkan perkembangannya hingga kepada peleraiannya atau kesimpulan cerita.
Plot bukan cerita atau naratif. Mengikut Adenan (2012) cerita ialah huraian tentang
peristiwa yang disusun mengikut urutan waktu. Plot ialah jalan cerita yang memberikan
maklumat cerita. Ia dibina oleh watak dan apa yang berlaku melalui kesan sebab dan
akibat dalam ruang dan waktu.

Latar

Elemen tempat, masa atau zaman serta masyarakat yang diceritakan selalunya
dijelaskan melalui latar. Latar dalam drama penting dijelaskan, tetapi perincian latar
dalam drama adalah terhad. Ia hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk
menjelaskan tentang tempat dan masa, cukup untuk memberikan panduan kepada
pembaca atau penonton. Berbanding dengan filem atau televisyen, drama pentas
menghadapi kekangan dalam menukar set atau prop yang kerap dari satu babak ke
satu babak yang lain.

Babak

Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar
tempat dan masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa
perubahan babak.

Adegan

Adegan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu


peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.

Bahasa

Asas sebuah drama ialah perkataan atau dialog. Drama terbina oleh dialog dan aksi.
Oleh itu, bahasa yang menjadi asas perkataan adalah elemen yang cukup penting bagi
sesebuah drama. Daripada bahasa yang dituturkan oleh pelakon itu, pemikiran dan
gagasan pengarang disampaikan. Sesebuah drama yang baik akan menggunakan
bahasa yang ringkas, padat dan mudah difahami supaya berkesan kepada penonton.
Gaya bahasa atau dialog yang meleret dan sukar difahami akan menyebabkan
pembaca dan penonton bosan dan akhirnya hilang tumpuan. Gaya bahasa yang baik
dalam sesebuah drama akan memberikan latar zaman, masyarakat dan tempat.
Justeru itu, dialek sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu watak untuk
menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang pembaca dan penonton dapat

5
memahami dialek tersebut. Kekuatan sesuatu watak itu terpancar daripada kualiti
dialog yang diucapkannya. Watak yang gagal mengucapkan dialog kuat, humor dan
menarik akan sukar menarik perhatian penonton. Oleh itu, pemilihan diksi, ayat atau
unsur bahasa penting dalam mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah
drama.

JENIS-JENIS DRAMA

Seperti karya sastera yang lain, drama juga mempunyai pelbagai jenis yang dapat
dikenal pasti. Pada umumnya terdapat tiga jenis drama yang utama. Pertama, tragedi.
Jenis drama ini merupakan sebuah drama yang mengisahkan suka duka dan tragisnya
kehidupan wira utamanya. Kisah wira ini selalunya berakhir dengan tragedi. Dalam
drama ini perjalanan kisahnya menemui tragedi itulah yang utama.

Kedua, komedi. Drama ini memaparkan kisahnya dalam bentuk lucu dan
menghiburkan. Ceritanya serius, tetapi disampaikan dalam bentuk kelucuan oleh
watak-wataknya. Drama ini selalunya digunakan untuk menyindir masyarakat. Plot
drama komedi boleh berakhir dengan kepuasan penonton (kegembiraan) dan boleh
juga berakhir dengan kedukaan. Drama begini dikenali juga sebagai tragik-komedi.
Ketiga, melodrama. Drama ini bersifat sentimental dan ceritanya sering berpusat pada
persoalan keluarga atau wanita. Drama ini selalunya akan menyentuh emosi pembaca
atau penonton.

Kesimpulannya, drama merupakan pertunjukan cerita atau lakonan kehidupan


manusia yang dipentaskan. Drama juga adalah sebuah karya sastera yang ditulis
dalam bentuk dialog dan digunakan untuk pertunjukan oleh para pelakon. Drama
mempunyai beberapa ciri, antaranya drama merupakan prosa moden, karya sastera
drama berbentuk prosa atau puisi, drama terdiri daripada dialog, pemikiran dan mesej
penulis disampaikan melalui dialog watak-wataknya, konflik dan gaya bahasa.

6
SEJARAH DRAMA

Sejarah Drama Dunia Secara Umum

Sejarah drama sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu sejarah drama dunia dan
sejarah drama di Malaysia. Berbicara mengenai sejarah drama dunia secara umum,
drama mula diperkenalkan di Greek pada sekitar 500 S.M. Pada mulanya, drama
dipersembahkan untuk memuja dewa dewi Greek, terutama Bacchus (Dewa untuk
pertanian dan arak) dan Dionysus (Dewa untuk penanaman anggur). Pada tahun 534
S.M. satu pertandingan drama telah dimenangi oleh Thespis di Athens dan beliau
merupakan pemenang pertama yang memenangi pertandingan drama dengan
menggunakan topeng muka yang berbeza untuk menunjukkan watak yang berbeza.

Pada sekitar 400 Masihi, drama menjadi kurang popular dan sekitar 900-1500
Masihi, drama Medieval muncul. Drama ini tidak menerima pengaruh atau terikut-ikut
dengan drama sebelumnya. Sebaliknya, drama ini bertujuan untuk mengajar agama
Kristian. Kemudian sekitar tahun 1642, drama Renaisasance mula muncul dan
pengasasnya ialah William Shakespeare. Pada abad ke-19 pula, drama moden mula
kelihatan dipelopori oleh Oscar Wild. Drama moden pada dasarnya merupakan proses
lanjutan dari kejayaan pementasan drama sebelumnya yang bermula sejak zaman
Yunani. Perubahan yang nampak terdapat pada hampir seluruh unsur drama pentas.
Berbagai watak pelakon di atas pentas diekspresikan dengan konsep pementasan
moden yang memiliki kesan-kesan khusus dan teknologi baharu dalam unsur muzik,
dekorasi, tata cahaya, dan kesan elektronik.

Secara Drama di Malaysia

Dalam meniti sejarah kelahiran drama, perkara pertama yang harus diberi perhatian
ialah percubaan mencari bentuk awal tentang maksud drama kerana dalam sejarah
perkembangannya drama telah banyak mengalami perubahan dari semasa ke semasa,
sesuai dengan perkembangan masyarakat yang menghidupkannya. Ahli-ahli sejarah
drama boleh dikatakan sepakat berpendapat bahawa sejarah drama bermula daripada
lahirnya daripada ritual atau upacara keagamaan. Daripada ritual inilah berkembang
segala jenis hiburan dan seni drama.

Perkembangan drama secara serius hanya bermula pada tahun 1950-an. Pada
tahun 1940-an, ada beberapa buah drama yang masih berada di peringkat percubaan
dan masih meniru gaya bangsawan. Hanya pada tahun 1951, skrip drama pertama
dicetak, iaitu drama “Megat Trawis”. Pada tahun 1960-an baharulah usaha untuk
menerbitkan dan mencetak drama dijalankan dengan agak serius. Walau

7
bagaimanapun, penerbitan tersebut terbatas kepada drama pilihan sahaja. Sekarang
kedudukan drama setanding dengan genre sastera yang lain; malah, jika dilihat dari
sudut perkembangan bentuk dan aliran drama lebih maju ke hadapan. Pada tahun
1970-an dalam bidang penulisan drama, sudah muncul aliran absurdisme, surealisme,
dan simbolik.

Wayang kulit merupakan drama tradisional Melayu yang pertama. Wayang kulit
telah wujud sejak abad ke-13 dan 14. Ia berasal dari Jawa dan mula berkembang pada
zaman Kesultanan Melayu Melaka dan merupakan drama asli Indonesia yang wujud
sejak abad pertama sebelum Masihi lagi. Satu jenis wayang kulit lagi telah dibawa dari
Thailand dan dinamakan Wayang Kulit Siam. Kira-kira lima abad yang lalu drama ini
mengalami zaman keemasannya di kalangan rakyat jelata (Zakaria, 2001). Menurut
beberapa pendapat, baharu hari ini wayang kulit di Malaysia menjadi tempat, iaitu
dengan adanya Wayang Gedek dan Wayang Purwa. Kira-kira lima kurun lamanya
wayang kulit menjadi drama popular kerana diminati oleh golongan atasan dan rakyat
biasa. Semenanjung Tanah Melayu tidak memiliki mana-mana drama lain sehingga
kurun ke-18.

Menurut Zakaria (2001), sebuah drama baharu yang berkembang kira-kira 200
tahun dahulu di istana Kelantan, iaitu makyung, juga berasal dari selatan Thailand,
iaitu Patani. Jika ini benar, teori ini boleh menjelaskan bahawa makyung ialah
kepunyaan asli orang Melayu. Buktinya, menurut fakta geopolitik dan etnografi, Patani
sejak 400 tahun dahulu terletak di bawah takluk Sultan Kelantan. Bukti yang lain turut
menyatakan bahawa inti sari cerita makyung seperti “Anak Raja Gondang” ialah
kepunyaan penglipur lara Kelantan. Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20
kegemilangan makyung mulai merosot. Taraf naungan yang diberikan oleh kerajaan
negeri telah dibubarkan, malah pembubaran naungan dan peningkatan nilai komersial
dalam kegiatan seni istana menyebabkan makyung terjerumus ke dalam zaman
kegelapan. Kemerosotan kegiatan makyung ini menyebabkan ahli-ahlinya keluar dari
istana.

Hanya pada abad ke-19 Masihi drama Melayu mempunyai bentuk yang
memperlihatkan kesempurnaan sebagai sifat sebuah drama dan tidak bercorak
setempat lagi. Drama ini berkembang hingga ke seluruh negara dan dikenal dengan
nama bangsawan, yang juga bukan merupakan hasil seni asli Melayu. Bangsawan
merupakan satu bentuk teater Melayu yang popular pada awal abad ke-19. Walau
bagaimanapun, sejarah seni drama telah membuktikan bahawa bangsawan bukanlah
nama asli kepada bentuk teater ini. Bangsawan dikatakan mempunyai sifat-sifat yang

8
sama dengan bentuk teater Jatra Banggali dari India, wayang Cina, dan juga Zarzuela
dari Sepanyol (Zakaria, 2001)

Bangsawan di Tanah Melayu telah mencapai zaman kegemilangan selama lebih


35 tahun. Walau bagaimanapun, Perang Dunia Kedua telah menyebabkan
kemerosotan dalam persembahan bangsawan, kesan daripada pemerintahan Jepun.
Kejatuhan Inggeris di tangan Jepun pada tahun 1941 dan pemerintahan Jepun selama
empat tahun (1941 – 1945) di Tanah Melayu telah banyak meninggalkan kesan
terhadap perkembangan seni bangsawan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun,
masih terdapat pertunjukan bangsawan yang diadakan walaupun tidak mendapat
sambutan seperti sebelum ini. Pihak Jepun telah mengadakan sekatan terhadap
persembahan bangsawan pada masa itu. Sebarang pertunjukan bangsawan hendaklah
terlebih dahulu memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh pemerintah Jepun. Jepun
menggunakan bangsawan sebagai alat propaganda mereka. Hanya cerita-cerita yang
dikarang oleh mereka, iaitu yang bercorak menyokong Jepun dan antibarat sahaja yang
boleh dipersembahkan.

Keadaan ini berlarutan hingga ke zaman darurat, iaitu pada tahun 1948 – 1962.
Penyerahan kalah pihak Jepun kepada pihak bersekutu pada tahun 1945 telah
membebaskan Tanah Melayu dan Singapura daripada peperangan. Namun,
kekacauan yang dilakukan oleh pihak pengganas komunis telah menyebabkan pihak
British telah mengisytiharkan darurat. Apabila zaman darurat berakhir pada tahun 1962,
banyak kumpulan Bangsawan cuba bergiat kembali, tetapi usaha untuk
menghidupkannya seperti zaman sebelumnya tidak berkesan kerana pada masa
tersebut telah muncul bentuk-bentuk hiburan baharu kesan daripada kemodenan yang
dibawa oleh Barat. Pada masa itu telah wujud bentuk-bentuk hiburan yang sesuai
dengan keadaan masyarakat yang mula berminat dengan seni filem, drama-drama
yang mengungkapkan tema intelektual dan memerlukan penghuraian daripada
penonton. Tahun 1960-an menandakan zaman berakhirnya bangsawan sebagai seni
drama yang pernah popular dan mendapat tempat pada suatu masa dahulu.

Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 telah


menyemarakkan lagi semangat nasionalisme orang-orang Melayu hingga ke tahap
yang paling tinggi. Cita-cita ke arah kemerdekaan yang telah ditahan sejak sekian lama
telah diperhebat lagi di bawah teraju pemimpin-pemimpin Melayu, terutama Dato’ Onn
Jafar. Kesedaran terhadap keperluan kuasa kepimpinan Melayu dan hak kebebasan
mutlak di tanah air sendiri mendorong orang-orang Melayu ke arah pencarian akar

9
umbi dan maruah bangsa. Pada awal dekad 50-an inilah bermulanya kesedaran
pengarang Melayu untuk mencipta drama-drama berdasarkan sejarah tanah air.

Kecenderungan ini berterusan sehinggalah drama beraliran realisme mengambil


tempat di sekitar tahun 1963. Dengan penciptaan drama yang dipetik daripada sejarah,
pengarang-pengarang Melayu seolah-olah menolak cerita yang bercorak fantasi yang
sering dipersembahkan dalam bangsawan sejak sekian lama. Paling jelas, pengarang
drama juga ingin menjadikan karya mereka sebagai satu wadah pengucapan dan
perjuangan bangsa ke arah mencapai cita-cita yang satu, iaitu kemerdekaan tanah air.
Hal ini memang selaras dengan hasrat dramatis Melayu untuk mengangkat martabat
bangsa dengan menjulang harga diri yang berteraskan semangat nasionalisme.
Semangat cinta akan negara, bangsa, dan perjuangan jelas dipaparkan dalam episod-
episod drama yang berunsur sejarah. Sejarah-sejarah tempatan yang bertemakan
perjuangan menentang penjajahan, kejahatan, dan penindasan menjadi model utama
untuk dipentaskan.

Drama moden pertama telah dipelopori oleh Shaharom Hussain dengan drama
“Lawyer Dahlan” yang ditulis pada tahun 1941 dan kemudian dipentaskan pada tahun
berikutnya, iaitu pada zaman penjajahan Jepun. Tidak banyak drama atau bangsawan
dipentaskan pada zaman pemerintahan Jepun kerana terlalu banyak sekatan yang
dibuat. Zaman keagungan bangsawan berlangsung sekitar tahun 1950-an. Dari sudut
penerbitan atau cetakan, drama yang pertama yang dicetak ialah “Megat Terawis”, iaitu
pada tahun 1951. Umum sudah mengetahui bahawa konsep moden sejarah
perkembangan kesusasteraan Melayu sudah bermula pada tahun-tahun 20-an dan 30-
an, khususnya bagi genre puisi, novel, dan cerpen. Perkembangan genre drama agak
lambat jika dibandingkan dengan genre puisi dan cereka. Oleh kerana itu, tidak
hairanlah jika konsep moden dalam erti kata sebenar yang beraliran realisme hanya
terlihat dengan jelas dalam sejarah perkembangan drama pada tahun-tahun awal
dekad 60-an.

Dekad 1960-an telah membuka lembaran baharu dalam perkembangan drama


Melayu. Pada awal dekad 1960-an, suatu bentuk baharu pementasan drama telah
muncul dalam pementasan drama Malaysia yang kemudiannya dikenali sebagai bentuk
drama realisme. Pemikiran yang mendasari bentuk drama ini ialah masalah semasa,
konflik tentang kerakusan hidup di kota, dan keharmonian hidup di desa. Bentuk
pemikiran lain ialah bidang pelajaran, cinta, dan budi orang-orang Melayu. Drama

10
moden ini menjadi popular di kalangan aktivis dan khalayak drama dekad 1960-an.
Oleh yang demikian, zaman ini juga dikenali zaman drama masyarakat.

Konsep pementasan drama realisme telah dipelopori oleh Kala Dewata. Beliau
telah mengetengahkan satu bentuk pementasan drama yang baharu. Kala Dewata dan
Usman Awang merupakan dua orang dramatis realisme terkemuka di Malaysia.
Perubahan sejarah drama Malaysia berlainan sama sekali selepas muncul Kala
Dewata ini. Aliran realisme yang dianutinya telah membuka mata seluruh dramatis
tanah air, dan gelombang serta kegemuruhannya merebak ke seluruh negara. Dunia
menyaksikan satu sejarah drama yang paling gemilang dalam era ini. Banyak sekali
drama yang ditulis dan diusahakan pementasannya. Alasan umum yang dapat diterima
aliran ini bersesuaian dengan keadaan Malaysia, baik dari aspek sosialnya, mahupun
politiknya.

Dekad 1970-an merupakan dekad bagi dramatis Malaysia membuat percubaan


dalam usaha mereka meninggalkan bentuk pementasan drama tradisi realisme kepada
satu bentuk pementasan drama yang baharu. Bentuk pementasan drama yang baharu
ini telah mula meninggalkan bentuk pementasan drama realiti dengan mengemukakan
satu bentuk pementasan drama baharu. Bentuk pementasan ini mengetengahkan
subjek eksistansialisme warganegara Malaysia. Noordin Hassan merupakan dramatis
pertama yang memulakan bentuk pementasan drama baharu ini dengan pementasan
“Bukan Lalang Ditiup Angin”. Persembahan teater ini meninggalkan bentuk drama
realisme. Beberapa orang dramatis yang muncul dalam bentuk drama baharu ini ialah
Noordin Hassan, Dinsman, Hatta Azad Khan, Johan Jaafar, dan Mana Sikana.
Dramatis-dramatis ini merupakan dramatis yang prolifik dalam bentuk pementasan
drama baharu. Bentuk drama yang baharu ini dikenali dengan bentuk teater
surealisme.

Pembaharuan dalam bentuk pementasan drama ini dimulai dengan pementasan


drama “Bukan Lalang Ditiup Angin” pada tahun 1970 di Tanjung Malim dan Kuala
Lumpur. Pementasan drama ini dilangsungkan oleh kumpulan teater Maktab Perguruan
Sultan Idris (MPSI) dan diarahkan oleh Noordin Hassan. Pada peringkat awal,
pementasan drama bentuk ini bertujuan membuat perubahan ke atas pementasan
drama bentuk realisme. Dekad 1970-an merupakan zaman pementasan drama moden
yang berbentuk persembahan drama Malaysia. Bentuk dewasa ini terbahagi kepada
dua jenis, iaitu pertama pementasan berbentuk surrealisme. Konsep drama surealisme

11
menuntut daya imaginasi dan kreativiti seseorang pengarah drama yang tinggi. Drama
surrealisme memperlihatkan ciri dan imaginasi dengan memaparkan konsep
persembahan yang mengandungi filsafat.

Apabila kita memasuki tahun 1980-an, bererti kita memasuki zaman gersang
dalam dunia drama. Bukannya tidak ada teks yang dihasilkan, tetapi tidak semeriah
dekad sebelumnya; malah tidak ada suatu aliran pun yang identik dengan dekad 80-an
itu. Drama surealisme dan absurdime yang berkembang dengan baik pada 1970-an
telah disalahtafsirkan oleh penggiat drama kemudiannya. Kesukaran dan keabstrakan
telah dijadikan ciri utamanya. Implikasinya penonton tidak memahami pementasannya
dan akhirnya mereka melarikan diri. Maka, terjadilah peristiwa pentas lengang. Oleh itu
ada kecenderungan di kalangan penulis drama untuk kembali ke aliran realisme dan
drama sejarah atau sandiwara dengan beberapa perubahan.

Kesimpulannya, perkembangan sejarah drama Malaysia mengalami tiga zaman,


iaitu zaman tradisional yang terkenal dengan makyung, boria, main puteri, wayang kulit,
dan lain-lain. Kemudian, berlaku perubahan ke zaman transisi – drama bangsawan
dan sandiwara yang mewarnai dunia drama Melayu. Bangsawan agak lama bertapak di
Tanah Melayu. Menjelang tahun 1950-an, pementasan drama berakhir dan digantikan
dengan sandiwara yang mengambil tempat sekitar 1950-an. Kemudian, muncul pula
drama moden yang berbentuk realisme, surealisme; dan absurd yang menggarap
persoalan kemiskinan, pendidikan, moral, nilai-nilai sosial, dan sebagainya, sesuai
dengan zaman selepas kemerdekaan. Drama bentuk ini berkembang sekitar tahun
1960-an yang dimulai dengan pementasan drama “Atap Genting Atap Rumbia” oleh
Kala Dewata. Bentuk pementasan drama akan berubah dari zaman ke zaman mengikut
keadaan dan kehendak pengarangnya. Drama tidak akan mati selagi manusia masih
memerlukannya sebagai hiburan.

12
1.2 DRAMA DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Dalam mengajar bahasa Melayu sekolah rendah khususnya, seni drama merupakan
salah satu kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah. Kanak-kanak belajar mengenal diri dan masyarakat
menerusi drama. Hal ini demikian kerana, elemen asas yang terdapat dalam
mencerminkan kehidupan individu serta masyarakat. Menerusi aktiviti drama, murid-
murid dapat dibimbing berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara dengan lebih
efektif. Mereka juga boleh dilatih dalam aspek penggunaan laras bahasa mengikut
konteks dan situasi yang sesuai menerusi aktiviti simulasi, main peranan dan
improvisasi. Di samping itu, pembelajaran melalui drama akan menjadikan
pembelajaran murid-murid lebih bermakna dan berlangsung dalam keadaan yang
menyeronokkan.

Gambar 1: Contoh Pengaplikasian Drama Dalam Pendidikan Subjek Bahasa Malaysia


Sekolah

Menengah Kebangsaan Merpati, Sandakan.

13
Drama merupakan salah satu aspek yang merentas kurikulum kerana boleh
diaplikasikan sebagai pendekatan atau teknik pengajaran dan pembelajaran dalam
semua mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Menurut Adenan
(2012), aktiviti drama yang dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan interaksi
dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan serta tepat seperti nama yang
ditekankan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah. Sama seperti karya kesusasteraan yang lain, drama sebagai teks,
berperanan sebagai medium penyebaran ilmu pengetahuan dan menjadi sumber
rujukan budaya masyarakat yang digambarkan. Guru boleh membimbing murid
menghayati kandungan teks atau skrip melalui pembacaan dan perbincangan
berkenaan dengan skrip yang dibaca.

Guru boleh membawa pelajar meneroka pemikiran yang lebih luas dan
mendalam tentang tema dan aspek-aspek lain yang terdapat dalam skrip drama melalui
pendekatan atau kaedah yang sesuai. Penghayatan skrip juga boleh dilaksanakan
dengan aktiviti drama pembaca atau pementasan drama. Selain itu, skrip juga boleh
distrukturkan mengikut mata pelajaran tertentu. Contohnya, untuk mengajarkan
sejarah, guru boleh memilih skrip yang menterjemahkan kisah sejarah yang dipelajari
atau membinanya sendiri bersama murid dengan mengaplikasikan teknik improvisasi
atau simulasi.

Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan sesuatu PdP itu menjadi lebih
menarik dan hidup. Pembelajaran kini sudah tidak lagi berasaskan ‘Chalk and Talk’
tetapi haruslah menjurus kepada pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
serta menyelitkan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan merangsang minda murid
(Adenan, 2012). Hal ini dapat dicapai melalui drama dan teknik-teknik yang terdapat
dalamnya. Sebagai contoh, sekiranya ingin mengajar sajak, guru boleh membuat
aktiviti mendeklamasikan sajak dan menambah satu elemen atau teknik dalam drama
iaitu Dikon. Dalam pengajaran Dikon, seorang murid mendeklamasikan sajak atau
puisi. Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan
maksud sajak/puisi. Secara tidak langsung suasana PdP akan menjadi lebih ceria,
menarik dan tidak membosankan.

kesimpulannya, jelaslah bahawa drama merupakan medium yang signifikan


dalam konteks aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui penglibatan dalam aktiviti
drama, murid-murid digalakkan untuk memaksimumkan semua aspek kecerdasan
dalam diri mereka. Perkara tersebut selaras dengan kepelbagaian kecerdasan yang
telah dimasukkan sebagai kemahiran nilai tambah dalam pendidikan. Aktiviti drama

14
juga merupakan aktiviti yang berpusatkan murid, kerana proses penghasilan drama itu
sendiri pasti melibatkan penyertaan mereka secara aktif. Murid-murid yang memainkan
peranan dalam aktiviti drama akan menerokai pelbagai aspek penting dalam
perkembangan diri mereka.

15
2.0 ASAS VOKAL DAN PENGUCAPAN, ASAS LAKONAN DAN LATIHAN
FIZIKAL DENGAN BERKESAN

Bahagian ini akan menerangkan asas-asas vokal dan pengucapan, asas lakonan dan
asas fizikal.

2.1 ASAS VOKAL DAN PENGUCAPAN

Asas vokal dan pengucapan terbahagi kepada empat bahagian. (Rujuk rajah 4).

Rajah 4: Bahagian Asas Vokal dan Pengucapan.

Variasi vokal
Pengucapan
Vokal
Pernafasan

Pernafasan

Terdapat empat cara pernafasan yang biasa digunakan antaranya ialah pernafasan
dada pada pernafasan dada kita menghirup udara kemudian kita masukkan ke rongga
dada sehingga dada kita membusung pada kebiasaannya pernafasan ini tidak
digunakan oleh pelakon teater kerana ia akan mengganggu gerak lakonan selepas
bahu menjadi kaku. Pernafasan melalui rongga perut ini sering digunakan oleh pelakon
teater kerana ia kurang mengganggu pergerakan pelakon dan daya tahannya lebih
lama untuk melakukan pernafasan ini kita perlu menarik nafas melalui hidung dan
pastikan perut mengembung ketika nafas ditarik dan apabila kita melepaskan nafas
perut kita akan mengempis.

Teknik pernafasan yang ketiga ialah pernafasan lengkap pada pernafasan


lengkap kita perlu menggunakan dada dan perut untuk menyimpan udara , sehingga
udara yang kita serap sangat banyak .pernafasan lengkap digunakan oleh sebahagian
artis panggung yang biasanya tidak terlalu mengutamakan lakonan tetapi
mengutamakan vokal dan yang terakhir ialah teknik pernafasan diafragma, pernafasan
diafragma ialah pengambilan udara di waktu malam. apabila kita mengambil udara ini
bahagian tubuh kita iaitu perut,pinggang dan bahagian belakang pinggang turut
mengembang tapi tampayong pula untuk mendapatkan suara yang baik kita harus

16
melakukan latihan pernafasan. latihan pernafasan bermula dari menghirup udara segar
berulang kali melalui rongga hidung dan menghembuskannya sehabis-habisnya di akhir
hembusan mestilah diikuti dengan hembusan suara yang kuat seperti contoh hah!!
sebanyak 10 kali.

Vokal

Menurut Ismail (2007) vokal didefinisikan sebagai suara yang dikeluarkan melalui
pernafasan yang betul dan getaran kod vokal yang akhirnya menghasilkan tona yang
spesifik. Vokal sebenarnya terhasil daripada projeksi suara seseorang seperti yang
dikatakan oleh Herfan (2015). Projeksi bermaksud kawalan kepada besar dan
kejelasan suara supaya dapat didengari oleh penonton. Apabila bernafas udara dari
paru-paru dan melalui kawasan kod vokal. Hasilnya kod vokal akan bergetar dan
mencipta bunyi. Pada masa yang sama, tulang dan ruang di kepala dan dada beraksi
seperti papan bunyi untuk memperkuatkan dan memperbesarkan bunyi tersebut. Lidah,
bibir dan rahang membantu mencipta bunyi konsonan dan vokal/vowel bagi
menghasilkan perkataan.

Lidah berperanan menerbitkan kegiatan dan keadaan yang berbeza dan fungsi
ini penting dalam menentukan kualiti vokal. Kedudukan lidah boleh dihuraikan menurut
dua ukuran, iaitu tinggi rendah dan depan belakang. Lidah boleh diturunkan serendah-
rendahnya atau dinaikkan sehingga mendekati lelangit keras dalam menghasilkan
bunyi. Dengan ini, bunyi yang terhasil boleh rendah dan boleh tinggi. Menurut Indirawati
& Mardian (2006), vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang semasa menghasilkannya,
udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut secara berterusan
tanpa sebarang sekatan atau sempitan yang boleh menerbitkan bunyi-bunyi geseran.
Bunyi vokal mempunyai ciri kelantangan dan kepanjangan iaitu bunyi tersebut dapat
didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan (Siti Hajar,
2011). Secara ringkas, bunyi vokal ialah bunyi bahasa yang tidak mengalami sebarang
gangguan pada arus udara. Oleh sebab bunyi vokal dihasilkan melalui penyuaraan,
maka pita suara merupakan alat yang memainkan peranan penting dalam penghasilan
bunyi vokal. Sekiranya bibir dan lidah berada dalam satu keadaan, rongga yang dilalui
oleh udara yang bergetar akan menyebabkan terbitnya kelantangan yang mencirikan
sesuatu bunyi vokal.

17
Pengucapan

Untuk dapat berucap dengan baik, kelenturan alat-alat pengucapan merupakan perkara
asas yang perlu dikuasai dan dilatih dengan secukupnya. Alat-alat tersebut
termasuklah bibir. Bibir sangat berperanan dalam membentuk huruf-huruf hidup dan
huruf M-B-P. Latihan dengan membentuk mulut dengan ruang gerak yang maksimum,
otot bibir berulang membentuk bunyi A-I-U-E-O. Pada bentuk O, bibir membuat bulatan
dan jangan lupa tarik bibir ke arah depan tetap diperhatikan. Ketika menyebut huruf A,
bibir seolah-olah pada posisi menguap membentuk lonjong maksimum. Ketika
menyebut huruf I, bibir seolah-olah menarik pipi ke bawah sehingga mulut nampak
pipih.

Lakukan latihan ini berulang-ulang mulai dengan tempoh masa untuk membentuk
lambang-lambang bunyi, percepatkan temponya semakin cepat dan cepat lagi.
Lakukan latihan dengan menyuarakan gabungan huruf mati dengan huruf di atas,
menjadi MA-BA-PA, MI-BI-PI, MU-BU-PU. ME-BE-PE, MO-BO-PO berulang-ulang dari
lambat ke sedang dan cepat. Lakukan juga dengan huruf mati yang lain. Lakukan
dengan diiringi latihan pernafasan. Seterusnya latihan alat artikulasi rahang. Latihan
membantu pembentukan rongga mulut. Tutup dan buka mulut selebar mungkin,
berulang-ulang. Doronglah rahang bawah ke muka lalu buka ke bawah lalu tarik ke
arah dalam/ leher lalu tutup mulut, rahang rapat, dorong ke muka kembali dan lakukan
seterusnya berulang-ulang semakin cepat. Seterusnya, melakukan gerakan rahang
bawah ke kanan dan kiri.

Selain daripada melatih alat-alat pengucapan, salah satu daripada


tanggungjawab pelakon bagi memastikan pengucapannya dalam keadaan yang baik,
pelakon perlu memastikan suaranya kedengaran dalam panggung teater. Suara adalah
sesuatu yang amat bernilai bagi seseorang pelakon. Bagaimanapun, seseorang
pelakon itu harus bercakap dengan lantang tanpa menjerit. Justifikasinya agar
penonton dapat memahami perkataan yang disebut oleh pelakon terbabit. Justeru,
seseorang pelakon hendaklah menggunakan sepenuhnya kekuatan suara baik dari
segi vokal, artikulasi, ritma dan tempo suara. Bagi melontarkan suara, latihan
pernafasan yang betul boleh membantu. seorang pelakon yang baik suaranya dapat
didengari di seluruh auditorium tanpa menjerit. Kunci utamanya adalah ketenangan dari
kerongkong dan rahang agar menghasilkan suara yang bergema. Kelantangan suara
harus disertakan dengan pengucapan yang jelas atau di sebut artikulasi. Hal ini kerana,
suara adalah aset yang amat bernilai kepada pelakon selain teknik atau stail lakonan.

18
Variasi vokal

Menurut Jerry et.al ( 1995 ); variasi vokal saling berkaitan dengan konteks iaitu maksud
pada setiap perkataan dalam setiap ayat yang merujuk kepada dialog sesebuah
pementasan. Kemampuan membezakan suara di dalam barisan tona yang enak
mencipta kepelbagaian variasi vokal agar vokal tidak monoton atau statik. Suara yang
dapat berubah mengikut masa berpotensi mencipta variasi vokal berkesan dengan
menggunakan tingkatan nada ( pitch ), lingkungan ( range ) , infleksi, kekuatan, kadar
atau tempo, berhenti sekejap ( pause ) dan irama. Berikut adalah definisi kepada terma
yang dinyatakan oleh Jerry et.al ( 1995 );

a. Tinggi atau rendahnya nada ( Pitch ) dan lingkungan ( Range )


Pitch adalah bagaimana tinggi atau rendah bunyi suara. Manakala range pula adalah
ukuran jarak dalam nota antara pitch paling rendah dan paling tinggi.
b. Infleksi

Infleksi adalah naik dan turunnya pitch pada suara

c. Kekuatan ( Intensity )
Kekuatan memasukkan emosi di dalam menggabungkan kualiti percakapan dengan
kelakuan.
d. Kadar atau Tempo

Kelajuan dengan satu percakapan

e. Tekanan Suara
Tekanan suara merujuk kepada jumlah tekanan, kekuatan atau berat vokal
menempatkan sesetengah kata atau perkataan di dalam ayat.
f. Pause ( berhenti seketika )

Permulaan penangguhan pada suara atau keraguan dalam percakapan.

g. Irama ( rhythm )

Perubahan dalam senyap, bunyi, kekuatan dan kelemahan dalam percakapan.

19
2.2 ASAS LAKONAN

Teknik-teknik lakonan amat penting untuk diketahui bagi memantapkan lagi gaya
lakonan yang ingin dilakukan. Dalam pementasan drama, terdapat dua perkara asas
lakonan yang dapat membina dan menjadikan sesuatu pelakon itu kelihatan mantap
dan realistik. Rajah 1 menunjukkan perkara asas tersebut:

Rajah 5: Asas Lakonan

Pembinaan emosi dan psikologi watak

Pembinaan luaran watak dalam drama

PEMBINAAN EMOSI DAN PSIKOLOGI WATAK

Emosi dapat didefinisikan sebagai ungkapan perasaan. Emosi dapat dilahirkan melalui
perasaan sedih, marah, benci, bingung, gugup dan sebagainya. Dalam drama, seorang
pemain harus dapat mengendalikan dan menguasai emosinya. Hal ini penting untuk
memberikan warna bagi tokoh yang dilakonkan dan untuk menunjang watak tokoh
tersebut. Emosi juga sangat mempengaruhi tubuh, iaitu tingkah laku, roman muka
(ekspresi), pengucapan dialog, pernafasan, niat. Niat di sini timbul setelah emosi itu
terjadi, misalnya setelah marah maka timbul niat untuk memukul dan sebagainya.

Terdapat tiga cara dalam melahirkan dan membina emosi watak dalam diri
seorang pelakon iaitu melalui peniruan, pernafasan dan ekspresi muka. Dalam kaedah
peniruan, para pelakon perlu mendalami terlebih dahulu watak yang ingin dilakukan.
Kebiasaannya teknik ini berguna kepada pementasan drama yang mengadaptasikan
atau membuat lakonan semula terhadap sesuatu cerita yang sememangnya sudah
wujud contohnya, Puteri Gunung Ledang. Para pelakon perlu mendalami dan mengenal
watak yang ingin dilakukan dan hal ini meliputi tingkah laku, cara hidup, pergaulan,
dialek, kebiasaan dan sebagainya. setelah kita mengenali watak tersebut barulah kita
dapat meniru watak tersebut.

20
Kedua, melalui pernafasan. Terdapat empat cara pernafasan yang biasa
dilakukan iaitu pernafasan dada yang mana dalam cara pernafasan ini, kita menyerap
udara kemudian kita masukkan ke rongga dada sehingga dada kita membusung. Di
kalangan orang-orang teater pernafasan dada biasanya tidak diaplikasikan. Hal ini
demikian kerana pernafasan dada mengganggu gerak/acting kita di samping daya
tampung atau kapasiti dada untuk udara seorang manusia sangat sedikit. Selain itu,
pernafasan perut. Pernafasan jenis ini memerlukan udara yang kita hirup untuk kita
masukkan ke dalam perut sehingga perut kita menggelembung, Pernafasan perut
digunakan oleh sebahagian dramawan, kerana pernafasan jenis ini tidak banyak
mengganggu gerak dan daya tampungnya lebih banyak dibandingkan dada.

Di samping itu, pernafasan lengkap. Pada pernafasan lengkap kita


menggunakan dada dan perut untuk menyimpan udara, sehingga udara yang kita hirup
sangat banyak (maksimum). Pernafasan lengkap digunakan oleh sebahagian artis
panggung yang biasanya tidak terlalu mengutamakan acting, tetapi mengutamakan
vokal. Seterusnya, pernafasan diafragma. Pernafasan diafragma ialah apabila
diafragma kita mengembang apabila kita menyedut udara. Pernafasan ini lebih kerap
digunakan oleh manusia dalam percakapan seharian. Pernafasan ini tidak banyak
mengganggu pergerakan dan daya tampungnya lebih banyak berbanding pernafasan
perut.

Cara ketiga untuk membina emosi dan psikologi watak adalah dengan melatih
ekspresi muka. Ekspresi wajah atau mimik adalah hasil dari satu atau lebih gerakan
atau posisi otot pada wajah. Ekspresi wajah merupakan salah satu bentuk komunikasi
non-verbal, dan dapat menyampaikan keadaan emosi dari seseorang kepada orang
yang mengamatinya. Ekspresi wajah merupakan salah satu cara penting dalam
menyampaikan maklumat sosial dalam kehidupan manusia. Melalui ekspresi muka
sudah memadai bagi menunjukkan emosi. Sebagai contoh, muka berkerut
menunjukkan emosi keliru bercelaru.

Langkah seterusnya dalam membina watak dari segi dalaman adalah dengan
memahami watak yang diberikan. Terdapat beberapa cara antaranya membuat esei
mengenai watak yang diberikan, melihat suasana sekeliling yang berkaitan watak,
membuat kajian tentang kehidupan watak yang diberikan dan sebagainya. hal ini amat
penting kerana sekiranya pelakon hanya meniru watak yang diberikan dia akan sekadar
berlakon tetapi sekiranya dia memahami dan menzahirkan pemahamannya melalui
lakonan yang ditiru maka itu mewujudkan dan menimbulkan elemen seni dalam
lakonan.

21
22
PEMBINAAN LUARAN WATAK DALAM DRAMA

Berbicara mengenai pembinaan luaran watak dalam drama, hal ini sebenarnya merujuk
kepada sifat fizikal seperti rupa watak tersebut, perawakan, bahasa tubuh dan suara
(Zakaria, 2001). Rupa merujuk kepada bentuk badan, sifat dan roman muka yang selari
dengan watak yang ingin disampaikan. Apabila seorang pelakon berjaya mengubah
rupa badan dan mukanya kepada wataknya ia mungkin lupa sekali kepada dirinya dan
hanya hidup sebagai wataknya sahaja. Hal ini secara tidak langsung akan meninggikan
lagi mutu lakonannya. Contohnya, jika ingin melakonkan watak jin maka rupa pelakon
juga harus mengikut rupa fizikal jin seperti janggut dan mengerikan. Hal ini secara tidak
langsung akan menimbulkan mood pelakon untuk membina watak dan memainkan
watak tersebut.

Selain itu dari segi perawakan yang merujuk kepada cara seseorang bergerak,
berpaling, berjalan di atas pentas penting untuk meningkatkan luaran watak lakonan
tersebut. pelakon harus memastikan segala gerakan sesuai dengan watak yang
dilakonkan dan memastikan segala gerakan menarik minat penonton dan mengelakkan
penonton daripada terlepas pandang. Pergerakan tersebut juga harus dijaga dengan
baik dan berhati-hati. Dalam hal ini, pelakon juga perlu memahami watak yang
dilakonkan agar segala perawakan iaitu gerak-geri pelakon tersebut selari dan sesuai
dengan watak yang ingin disampaikan. Misalnya, untuk melakonkan watak seorang
ayah, maka gerak-geri dan perawakan ayah itu perlu ada seperti cara bercakap yang
tegas dan matang, berjalan dengan megah dan sebagainya.

Dari segi bahasa tubuh pula, kerlingan mata, kedut kening, kepada mengangguk
atau menggeleng perlu dititikberatkan bagi membina watak luaran pelakon. Hal ini
merupakan salah satu asas lakonan yang perlu dipelajari oleh pelakon. Contohnya, jika
pelakon perlu mengungkap dialog sedih, maka bahasa tubuh perlu selari dengan ayat
yang ingin dilafazkan dan bukannya sebaliknya. Hal ini penting bagi menggelakkan
kekeliruan tafsiran daripada penonton. Dalam membina luaran watak dalam drama,
aspek solekan merupakan antara aspek yang paling penting. Tanpa solekan yang
cantik dan mantap, sesuatu watak itu tidak akan hidup meskipun pelakon tersebut
menghayati watak secara emosi dan dalaman. Justeru, antara solekan yang penting
dalam drama termasuklah Grease Paint (minyak muka), Carmine (inci merah), Liners
(pembaris biru atau hitam), bedak dan celak.

23
PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN LAKONAN

Apabila pelakon-pelakon tidak berada di atas pentas untuk menghidupkan


watak masing-masing mereka akan berada di satu ruangan menunggu yang dipanggil
green room. Ruangan ini adalah tempat pelakon berehat sementara menunggu
gilirannya masuk ke pentas. Pelakon profesional selalu memperlihatkan mudahnya
berlakon hingga ramai yang terlupa bahawa berlakon memerlukan usaha yang kuat.
Tetapi kemahiran dan keunggulan berlakon bagi seseorang pelakon hanya akan
kelihatan dengan melalui latihan dan pengalaman berlakon yang bertahun-tahun.
Ringkasnya seseorang pelakon memerlukan tahap sensitiviti yang tinggi dan bersifat
responsif terhadap orang lain (Mudah tergerak hati tentang keindahan, penderitaan,
kezaliman dan sebagainya). kedua, mempunyai kemampuan imaginasi (khayal cipta)
namun tidak terlepas dari kawalan realiti.

Teknik-teknik Asas Lakonan

Kaedah “The System” oleh Constantin Stanislavski

Pengarah tersohor Rusia Constantin Stanislavski (1863-1938) dengan ideanya


membina perwatakan. Teori asas yang sering dipakai oleh beliau ialah Kaedah
Stanilavski seperti berikut:

Pendekatan Prinsip Lakonan Stanislavsky

1. Perkataan Magik “Bagaimana kalau” ( Magic “if”)


Stanislavski tidak percaya bahawa seseorang aktor itu akan mempercayai seikhlas-
ikhlasnya terhadap kebenaran-kebenaran (truth) peristiwa dan realiti-realiti peristiwa
yang berlaku di atas pentas, tetapi beliau berkata bahawa seseorang aktor itu boleh
percaya terhadap kemungkinan-kemungkinan peristiwa. Seseorang pelakon cuma
harus mencuba menjawab beberapa soalan seperti

“apakah akan aku lakukan kalau aku tak tahan bau busuk taik, apa rasanya bila kita
terpijak taik tempat kita kerja, apa reaksi kita bila kita cuci jamban dengar orang kentut,
berak atau sedar taik berabur atas lantai”

“ bagaimana akan aku hadapi bila kekasih aku sanggup curang dengan aku, apa
rasanya bila kekasih curang yer, apa rasanya orang kita sayang buat apapun kita
terima aje dia sebab kita terlalu sayang dia, apa rasanya bila cinta terhalang dengan
desakan orang tua, apa rasanya bila aku sebagai rakan tengok sendiri penderitaan
kawan yang sakit akibat putus cinta”

24
“apa rasanya seorang bila dia mabuk, bila mabuk giler bagaimana dia nak bergerak
dari satu tempat ke tempat lain, apa rasanya bila kita sebagai gangster, bila gangster
kita rajin pulak pecah rumah orang dan ugut orang, apa rasa gangster yer bila pukul
orang, rogol bini orang, apa caranya nak pengaruh orang join kita jadi gangster”

“apa rasanya bila jiran rumah mengata kita dengan kata-kata hina, apa rasanya bila
kawan baik sendiri kata kita zina dengan suami dia, apa rasa kita bila jiran terus
menyebarkan berita fitnah, apa rasanya bila suami kita curang main perempuan lain,
bagaimana kita nak bertindak jaga maruah diri bila jiran asyik mengatakan kita
perempuan sundal”

“ada perempuan nak jadi superstar tapi ambik jalan tengah bersedudukan dengan
lelaki untuk kejar cita-cita: apa rasanya pada diri aku yang ambik jalan yang sama, apa
reaksi aku masa tu”

“aku ada kawan baik. Kami mesra giler; tapi bila besar semua pentingkan diri,
bagaimana sekiranya berlaku pada diri aku, apa yang aku rasa waktu tu’

“apa rasanya bila anak yang aku sayang, cinta, dan kuat agama, tiba-tiba scandal
dengan jantan lain dan tukar agama. Sekiranya aku sebagai ibu, apa yang aku rasa
yer, apa pula bila kita perempuan sanggup tinggal agama kerana nak ikut jantan lain.
Atau sanggup tinggal agama kerana kita yakin agama lain tu lebih benar dari sekarang,
bagaimana perasaan kita yang terus ingin pertahankan apa sahaja demi menjaga
agama baru kita”.

“apa rasanya jadi lumpuh, kalu kita lumpuh kaki bagaimana kita bergerak, apa rasanya
jadi anak yang menyusahkan ibu bapa, apa kita rasa kalu bapa kata kita anak sial, apa
perasaan kita ketika kita ini diherdik bapa kita ini datangkan malapetaka keluarga, apa
rasa bila ibu kita ditindas orang kaya, apa rasanya bila kita berdendam, bagaimana
cara kita nak balas dendam dengan bunuh dalam keadaan senyap-senyap tanpa orang
syak.”

Sematan dijiwai pelakon dengan pelbagai 1000 kali persoalan, pertanyaan, lantas
dengan menggunakan kata-kata magik “if” ini akan mengubah matlamat atau tujuan
karektor kepada matlamat dan tujuan aktor. Ianya merupakan rangsangan yang kuat ke
arah aksi-aksi dalaman (emosi) dan fizikal bagi seseorang aktor. Perkataan if juga

25
membawa pelakon kepada keadaan-keadaan imaginary. Pertanyaan “Apakah yang
akan aku lakukan kalau aku ……”(What would I do if I were) bagi seseorang aktor tidak
perlu memaksa dirinya untuk percaya beliau adalah manusia tersebut di dalam situasi
demikian. Ringkasnya, method “If” adalah saranan dan bukanlah melibatkan atau
menegaskan sesuatu terhadap apa yang sedia wujud. Melaluinya, aktor akan mencipta
masalah-masalah untuk dirinya dan berusaha untuk menyelesaikannya secara natural
ke arah aksi-aksi dalaman dan luaran. Penggunaan method “if” ini akhirnya akan
merangsang kuat kepada imaginasi, pemikiran dan aksi-aksi ke arah logikal. Ini
bermakna aksi-aksi yang logikal yang ditangani dengan tepat akan merangsang emosi
dalaman.

2. Situasi sedia ada (Given Circumstances)

Situasi sedia ada meliputi plot drama, zamannya, waktu dan tempat berlakunya aksi,
kondisi-kondisi kehidupan, interpretasi aktor dan pengarah, settingnya, propsnya,
tatacahaya dan kesan bunyi yakni apa saja yang diketemui oleh aktor ketika
menghasilkan peranan pada watak yang bakal didukungnya. Dalam hubungan ini,
Stanislavsky percaya tingkahl aku psikologikal dan fizikal seseorang tertakluk kepada
pengaruh luaran persekitarannya dan sesuatu aksi itu menjelaskan apa yang dilakukan
oleh seseorang karektor itu di dalam situasi sedia yang tersedia. Sehubungan dengan
itu, seseorang aktor haruslah berkompromi dengan persekitaran drama itu sehingga
wataknya bersebati dengan beliau yakni menjadi sebahagian daripadanya

3. Imiginasi

Method imiginasi perlu dilaksanakan ekoran penulis skrip drama kurang


memperjelaskan masa lalu dan masa depan watak-wataknya dan kurang memberi
perincian kehidupan masa kini watak-watak tersebut. Method imiginasi ini mampu
membantu seseorang aktor melengkapkan biografi wataknya dari awal hingga akhir di
dalam mindanya. Ini bermakna melalui latihan method imiginasi, seseorang aktor dapat
mengetahui/merasakan bagaimana watak itu dibesarkan, apa yang mempergaruhi
tingkah lakunya, apa yang diharapkannya, bagaimana masa depannya sehingga
akhirnya memberi lebih substance terhadap kehidupan masa kini watak dan akan
memberikan aktor perspektif dan perasaan(feeling) pergerakan di dalam peranannya.
Imaginasi yang kaya akan membantu seseorang aktor semasa beliau mentafsirkan
baris-baris dialog dan mampu mengisinya dengan makna-makna yang tersirat atau
lebih tepat memahami sub teksnya. Apa yang disimpulkan di sini, baris-baris dialog
yang dihasilkan oleh penulis tidak bernyawa dan kaku sehinggalah seseorang aktor

26
berupaya menganalisis dan menampilkan keluar maksud yang dikehendaki oleh
penulis. Sebagai contohnya, frasa yang mudah seperti, “saya sakit hati”, mempunyai
berlainan maksud. Ringkasnya, sekiranya para aktor mempraktikkan latihan daya
imaginasinya, mereka akan menemui makna yang menarik di sebalik perkataan yang
terucap. Lantas intonasinya juga akan menjadi lebih menarik dan ekspresif.
4. Konsentrasi Tumpuan / Circle Intension

Menurut Stanislavsky, beliau yakin bahawa method konsentrasi yang diamalkan oleh
para pelakon merupakan kunci untuk mencapai suasana kreatif di atas pentas. Ujar
beliau lagi, berdasarkan kepada peraturan sainstifik, seorang aktor harus memberi
tumpuan perhatiannya kepada objek-objek pentas seberapa menarik untuk
menghindarkan faktor-faktor gangguan di atas pentas. Walau bagaimana pun
seseorang aktor itu tidak semestinya melupai penontonnya. Stanislavsky percaya
sekiranya aktor itu cuba merasakan dirinya berada bersendirian di atas pentas, yakni
tidak nampak sesiapa atau mendengar apa-apa di kalangan penonton, ia adalah
bercanggah dengan seni teater (the art of theatre). Baginya penonton juga amat
penting di dalam sesuatu persembahan kerana mereka juga terlibat dalam menjadi
saksi terhadap cerita yang disampaikan. Jelas beliau perlunya seseorang pelakon
tersebut untuk tidak merasa takut, untuk merasa tenang, untuk melupai rasa bimbang
dan apa saja yang mengganggu kreativiti pentas bagi mencapai public solitude. Oleh
demikian, hal ini tidak mustahil direalisasikan jikalau aktor itu mampu memberi tumpuan
maksimum terhadap aksi fizikal dan terhadap ke semua yang mampu
diimiginasinya di sekitarnya. Stanislavski percaya pemikiran yang konkrit dan aksi
fizikal yang konkrit akan mengekalkan tumpuan aktor. Tumpuan yang benar-benar
konsentrasi tertakluk kepada pengendalian aksi fizikal yang terperinci.

2.3 LATIHAN FIZIKAL YANG BERKESAN

Kemahiran fizikal sangat penting untuk mengaplikasikan karya drama sama ada
dengan dialog atau tidak. Ia ditunjukkan dengan gerak yang terlihat (blocking yang baik
dan seimbang), gerak yang jelas(meyakinkan), gerak yang mudah difahami (sesuai
dengan hukum gerak dalam kehidupan) dan gerak menghayati (sesuai dengan tuntutan
jiwa/naluri yang ditentukan dalam karya drama). Gerak yang terlihat merujuk kepada
kedudukan pelaku di atas pentas. Keseimbangan sangat penting berdasarkan
komposisi berikut:

a) Bahagian kanan lebih berat daripada kiri

27
b) Bahagian depan lebih berat daripada belakang

c) Yang tinggi lebih berat daripada yang rendah

d) Yang lebar lebih berat daripada yang sempit

e) Yang terang lebih berat daripada yang gelap

f) Menghadap lebih berat daripada membelakangi.

Gerak yang jelas (meyakinkan) merujuk kepada aksi yang berterusan dan
terkurang atau berlebih-lebihan. Gerak yang dimaksudkan merujuk kepada gerakan
biasa yang sudah sebati dalam kehidupan. Gerak menghayati atau menjiwai bererti
intonasi pengucapan harus dapat menimbulkan kesan gerak yang sesuai dengan
naskhah. Kemahiran fizikal sangat penting dan memerlukan latihan olah tubuh yang
berterusan selain mengenali fizikal dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Ini
termasuklah pancaindera iaitu mata (fokus tanpa berkedip), telinga(mendengar dan
mengecam), hidung(ciuman dan bauan), kulit(meraba sendiri dan benda di sekeliling)
dan lidah(merasa dengan menjilat, menjelir bahagian mulut sendiri dan membayangkan
sesuatu). Terdapat pelbagai gerak yang mesti diketahui dalam kemahiran fizikal
lakonan. Secara asasnya gerak terbahagi kepada beberapa bahagian :

Gerak teaterikal

Merujuk kepada gerakan yang lahir daripada keinginan bergerak yang sesuai dengan
apa yang dituntut dalam naskhah. Oleh itu ia terhad mengikut naskhah sahaja.

Gerak non teaterikal

Merujuk kepada gerak kita dalam kehidupan seharian. Ia dipecahkan pula kepada 2
jenis iaitu gerak halus dan gerak kasar.

Gerak Halus.

Berkaitan dengan gerak pada raut wajah atau mimik muka yang berkait rapat dengan
ekspresi.

Gerak Kasar

Berkaitan dengan gerakan sebahagian atau seluruh anggota tubuh kita. Gerak kasar
terbahagi kepada 4 iaitu :

a) Business: Ia adalah gerakan spontan misalnya kaki atau tangan akan bergerak
jika mendengar irama muzik, terkejut, digigit nyamuk dan sebagainya.

28
b) Gestures: Ia adalah gerakan secara sedar dan terancang. Misalnya membaca
surat khabar, menulis, mengambil air, menyiram bunga dan sebagainya.
Biasanya bergerak dengan props.

c) Movement: Ia adalah gerakan perpindahan tubuh dari tempat yang satu ke


tempat yang lain sama ada secara berjalan, berlari, bergulung-gulung, melompat
dan sebagainya.

d) Guide: Ia adalah cara berjalan mengikut watak sama ada sebagai orang tua,
anak kecil, orang mabuk dan sebagainya.

LATIHAN GERAKAN DALAM KEMAHIRAN FIZIKAL

Berikut merupakan latihan-latihan yang boleh dijalankan untuk memantapkan aspek


fizikal dalam pementasan drama.

1. Gerak dasar bawah: Posisinya dalam keadaan duduk bersila. Di sini kita hanya
boleh bergerak sebebasnya sehingga pada bahagian kepala.
2. Gerak dasar tengah: Posisi dalam keadaan setengah berdiri bermula daripada
bawah hingga kepala.
3. Gerak dasar atas: Posisi dan gerak yang bebas.
4. Latihan cermin: Berpasangan dan mengikut/meniru gerak pasangannya secara
berganti.
5. Latihan gerak dan tatap mata: Seperti latihan cermin tetapi lebih berfokus
kepada mata atau berpandangan.
6. Latihan melenturkan tubuh: Seorang dalam keadaan tidak sedarkan diri sambil
berdiri. Tangannya akan diangkat perlahan-lahan, digerak, diputar dan
kemudian dijatuhkan.
7. Latihan gerak bersama: Merupakan gerakan serentak mengikut ketua kelompok
atau kumpulan.
8. Latihan gerak mengalir: Sekumpulan/sekelompok akan bergandingan
memegang tangan sama ada dalam bulatan atau tidak. Mata dipejamkan dan
gerakan mengikut rasa yang dilakukan oleh ketua kelompok. Tangan jangan
sampai terlepas.
9. Latihan peniruan gerak berdasarkan imaginasi dan pengalaman: Ia meliputi
gerak pelaku manusia dan bukan manusia atau alam imaginasi. Latihan ini juga
dikenali sebagai pemerhatian.
10. Latihan ilusi dengan bercerita pengalaman.

29
11. Latihan imaginasi lebih kepada membayangkan sesuatu seperti benar-benar
berlaku.

3.0 PERBINCANGAN BERKAITAN IMPROVISASI, TEKNIK ASAS BERCERITA,


ANALISIS SKRIP DAN PENGURUSAN PERSEMBAHAN DRAMA PENTAS

Bahagian ini akan membincangkan improvisasi, teknik asas bercerita, analisis skrip dan
pengurusan persembahan drama pentas.

3.1 IMPROVISASI

Menurut Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi bermaksud perihal (perbuatan)


melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal,secara spontan, atau
dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja. Improvisasi sering dilaksanakan
dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak
dirangsang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan
oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi
yang difikirkan sesuai dengan rangsangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga,
daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.

Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan dengan aksi dan
dialog dibina sendiri oleh pelakon/ murid. Teknik ini memerlukan murid mencipta satu
idea baru berdasarkan idea yang sedia ada melalui kreativiti tersendiri. Improvisasi
memerlukan murid mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi. Menurut Som Hj.
Nor (1994), Improvisasi membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap
situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, gambar,
watak dan petunjuk.

Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan unsur


bahasa, unsur para linguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik
muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa
atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas
meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Improvisasi
dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di
samping dapat menyuburkan sahsiah murid.

30
Pendekatan Improvisasi
a. Bersedia menghadapi ketidaksempurnaan
Guru perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid melakonkan
sesuatu aksi yang tidak lengkap, tidak tersusun dari a-z dan terhenti berlakon. Jika
keadaan ini berlaku, maka guru perlu bijak menyusun semula aksi dan dialog murid.
Apa yang penting ialah bagaimana murid dapat menggabungkan idea dengan arahan
atau rangsangan yang diberikan oleh guru secara spontan.

b. Tidak perlu pentas yang sempurna


Improvisasi tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas yang sempurna atau
keperluan teater yang konvensional kerana kita bukan meminta murid mementaskan
sesebuah teater, tetapi sekadar mewujudkan idea.

c. Menyediakan saranan
Guru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan untuk menjana
idea murid dalam improvisasi.

d. Tidak perlu penonton


Murid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal. Langkah ini
demi membentuk keyakinan murid. Ini kerana, murid yang belum biasa beraksi di
hadapan kelas, mereka akan mudah gelabah jika aksi atau lakonan mereka
dipertontonkan. Setelah murid benar-benar berasa yakin, barulah dimulai dengan
perbincangan atau pasca nilai. Komen atau teguran yang positif perlu diberikan. Guru
juga boleh meminta murid lain di dalam kelas memberi komen berdasarkan aksi
spontan rakan mereka.

e. Aktiviti berkumpulan
Guru hendaklah menggalakkan murid-murid bekerja secara kumpulan dengan natural.
Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan sosial murid lebih luas.

f. Bijak melayani permintaan


Guru perlu bijak dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid tanpa
mematahkan minat mereka untuk beraksi secara spontan.

Peranan Improvisasi
a. Meningkatkan daya imaginasi
Daya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau
mencapah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum. Improvisasi ini juga dapat
menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis. meningkatkan
daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir

31
b. Merangsang kemahiran berbahasa
Guru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping
dapat membantu murid meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam
kalangan murid. Teknik improvisasi terbukti dapat merangsang kemahiran berbahasa
murid kerana teknik ini menuntut murid berdialog secara spontan.

Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu


sebelum berupaya menuturkan dialog mereka. Murid berupaya menggunakan bahasa
secara pragmatik iaitu bahasa yang bermakna mengikut konteks. Murid juga boleh
menggunakan bahasa secara spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan
situasi. Aktiviti seperti ini, walaupun berjalan seperti dalam keadaan yang tidak formal ,
pasti dapat membantu menambahkan kemahiran berbahasa murid.

c. Mewujudkan suasana menyeronokkan.


Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan watak-watak dalam kalangan murid.
Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan berkolaborasi sesama ahli
kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal.

Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia
dijalankan dalam bentuk bermain dan bersuka ria. Mereka diberi peranan untuk
berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat , bergaya dan beraksi
sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri
, bekerja bersama-sama dan sebagainya.

d. Pembelajaran kolaboratif
Pengaplikasian teknik improvisasi boleh membentuk pembelajaran murid secara
kolaboratif kerana selalunya watak yang diberikan perlu dilakonkan bersama ahli dalam
kumpulan masing-masing. Apabila murid membiasakan diri dengan cara bekerjasama,
saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan
berkembang untuk menjadi murid kolaboratif.

e. Pengurusan masa
Pengurusan masa yang cekap dapat diterapkan melalui aktiviti improvisasi. Murid
diberikan masa yang tertentu untuk mereka menunjukkan aksi secara spontan. Mereka
perlu cekap bertindak menyusun strategi berdasarkan watak atau situasi yang diberikan
dalam jangka masa yang telah ditetapkan guru.

32
f. Meningkatkan keyakinan diri
Improvisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan keyakinan murid semasa melakonkan watak masing-
masing. Ia juga dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan
ini akan membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan
khalayak penonton.

Aktiviti Improvisasi

a. Improvisasi berdasarkan situasi


Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid
diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan. Teknik ini boleh dijalankan
untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama.

contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua


mainan (patung orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka.

Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda?

contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan di kelas
anda. Pada waktu rehat, semua pelajar ke kantin dan tempat permainan. Bagaimana
anda semua melayaninya?

b. Improvisasi berdasarkan gambar


Gambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan meminta murid
menyediakan skrip secara spontan. Murid dibenarkan berbincang di dalam kumpulan
atau secara individu.

c. Improvisasi berdasarkan petikan cerita


Petikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku di mana murid
dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan plot. Matlamat menggunakan petikan adalah
untuk menguji kefahaman murid dengan penghayatan isi kandungannya.

d. Improvisasi berdasarkan objek


Teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan melakukan
sesuatu. Contoh objek yang boleh digunakan adalah seperti anak patung, surat khabar
dan kostum.

33
e. Improvisasi berdasarkan tokoh/watak

Watak cerita binatang boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau tokoh seperti
Hang Tuah.

f. Improvisasi berdasarkan bunyi


Bunyi-bunyi seperti lagu instrumental untuk menjana bayangan minda, lagu dengan lirik
boleh diadaptasi melalui teknik ini.

Jenis-Jenis Improvisasi
Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-kanak
mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut:

a. permainan Bebas ( Free Play )


Permainan bebas sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan tahap 1. Guru sediakan
peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan kanak-
kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru.

Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut.


Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti anak
patung/ boneka, dan kostum yang dapat menyarankan perwatakan tertentu.

b. Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation )

Guru sediakan bahan rangsangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan tindak balas
secara spontan berdasarkan kesesuaian dengan situasi yang diberikan. Murid-murid
dibantu dan digalakkan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
mendengar serta mengamati pendapat orang lain.

Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas


secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan
membina idea baru berdasarkan idea orang lain.

Namun begitu perlu diingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan


untuk membuat persembahan. Perkara utama ialah menggalakkan perkongsian idea,
melibatkan luahan perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi
sesuatu situasi yang dihadapi.

c. Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation )


Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog
berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita. Murid juga boleh menyambungkan

34
dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan sesuai seperti memujuk,
merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan seumpamanya dengan ekspresi dan
gaya pengucapan yang sesuai. Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu ( monolog
/ soliloquise ), berpasangan atau berkumpulan.

d. Main Peranan ( Role Play )

Dalam aktiviti ini, murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan
berlainan dengan dirinya. Mereka diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-
kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu
situasi.

Untuk menghayati watak yang diberikan, murid perlu dilatih untuk melakukan
justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti nama
penuh watak, umur ,latar belakang keluarga, pekerjaan, sikap dan tingkah laku, hobi
atau minat, keadaan kesihatan, dan pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak
yang di lakonkan. Di samping itu murid perlu digalakkan untuk, menulis deskripsi
watak, melukis potret, dan membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk
kegunaan watak.

Guru boleh memilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran


murid, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang
pernah ditonton serta berdasarkan gambar

e. Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation )


Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan kanak-
kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi tertentu
untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan.

Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas


berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut.

f. Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )


Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui
untuk meneroka isu-isu baru. Contohnya menggunakan pengalaman membuat
persiapan untuk bercuti seperti menyediakan pakaian dan sebagainya dan
menggunakan pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak
mengadakan ekspedisi.

35
3.2 TEKNIK ASAS BERCERITA

Kamus dewan mendefinisikan cerita adalah jalinan dan susunan mengenai kejadian
dan hal-hal yang berlaku sama ada benar ataupun merupakan khayalan pencerita
sahaja. Bercerita merupakan suatu teknik mengajar yang membolehkan guru
menyampaikan isi pelajarannya melalui penggunaan teknik bercerita. Teknik ini
bukanlah sesuatu yang baru, ia sudah dilaksanakan sejak dahulu lagi oleh ibu bapa
untuk mendidik anak-anak. Suatu ketika dahulu, teknik bercerita ini merupakan teknik
yang dominan dalam menyampaikan warisan budaya daripada suatu generasi ke
generasi yang seterusnya.

Lazimnya, murid-murid suka mendengar cerita yang menarik. Cerita yang


disampaikan dengan baik membolehkan murid-murid menguasai kemahiran bercerita
bagi menambahkan keberkesanan pengajarannya semasa menggunakan teknik
bercerita di dalam bilik darjah. Murid-murid akan cepat menumpukan perhatian
sekiranya sesuatu pelajaran itu disampaikan dalam keadaan yang dapat menyentuh
dan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam diri. Teknik bercerita ini merupakan
suatu teknik yang paling berkesan bagi menyemai kemahiran berkomunikasi kepada
kanak-kanak (Trencher,1991:86). Hal ini kerana murid-murid dapat mencipta ‘dunia’
dan membina organisasi acara, pengalaman dan fakta mereka sendiri. Selain itu,
cerita-cerita yang menarik dapat menimbulkan keyakinan dan menyemai minat dalam
kalangan murid-murid bercerita kembali kepada guru mereka.

Guru boleh menggunakan pelbagai cara menyampaikan cerita di dalam kelas.


Antaranya ialah secara lisan, atau murid mendengar pita rakaman, atau menonton
sambil mendengar cerita dengan menggunakan boneka. Cerita yang baik perlu
mengambil kira semua aspek imaginasi dan kreativiti di samping menggunakan plot
yang baik dan mengandungi mesej yang menarik supaya diselesaikan.

Tujuan Bercerita

Teknik bercerita ini sangat penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
terutamanya bagi murid-murid di sekolah rendah. Teknik bercerita ini biasanya
menekankan konten atau isi. Oleh kerana itu selepas bercerita guru perlu
mengemukakan soalan–soalan pemahaman dan galakkan murid mengeluarkan idea
dan membuat tafsiran sendiri.

Antara kepentingan bercerita adalah dapat memotivasikan serta menimbulkan


minat murid untuk belajar. Sesi bercerita ini dapat melibatkan murid-murid di dalam

36
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh bercerita, murid-murid mendengar
pita rakamanatau menonton sambil mendengar cerita. Proses pengajaran dan
pembelajaran akan mudah untuk menarik minat murid terhadap sesuatu tajuk yang
ingin diajar. Tayangan video atau rakaman audio dapat memberikan kelainan kepada
murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Penggunaan
pancaindera secara maksimum menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
menarik. Dengan wujudnya tayangan video yang melibatkan visual serta audio yang
menarik dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
Misalnya, guru menayangkan tayangan video berkenaan dengan berhati-hati di jalan
raya. Murid-murid akan menonton video yang mempunyai visual serta kesan bunyi
yang menarik. Murid-murid akan lebih mudah untuk memahami tajuk berkenaan
kerana wujud penggunaan deria yang maksimum.

Selain itu, dapat melatih murid menguasai kemahiran mendengar. Semasa


aktiviti bercerita dijalankan, kemaiharan mendengar adalah amat dititikberatkan. Guru
akan bercerita atau memberikan penerangan kepada kelas. Murid akan mendengar
dengan teliti sewaktu guru sedang bercerita. Murid-murid akan mengenalpasti
maklumat atau isi penting yang disampaikan oleh guru. Guru akan mengadakan sesi
soal jawab dengan murid-murid. pada waktu ini, guru dapat menilai kemahiran
mendengar murid-muridnya semasa proses bercerita sedang dijalankan. Murid yang
dapat mendengar dengan baik akan dapat mengenal pasti setiap isi penting yang
semasa sesi bercerita sedang dijalankan dan dapat menjawab setiap soalan yang
diketengahkan dengan baik.

Prinsip-Prinsip Teknik Bercerita

Teknik bercerita ini mempunyai beberapa prinsip. Prinsip-prinsip ini dijadikan sebagai
tunjang utama di dalam menjalankan sesi bercerita. Guru harus mematuhi dan
memahami prinsip-prinsip di dalam teknik bercerita. Jika guru mematuhi prinsip-prinsip
ini, maka proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik bercerita ini dapat
berjalan dengan lancar.

Antara prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi oleh guru-guru semasa menjalankan


menggunakan teknik bercerita ini ialah guru harus memilih cerita yang sesuai dengan
minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif pelajarannya. Pemilihan
cerita ini adalah penting untuk menarik minat murid-murid terhadap tajuk yang ingin
diajar pada hari berkenaan. Cerita yang dipilih harus menepati peredaran masa iaitu

37
bersesuai dengan citarasa murid-murid. Cerita yang sesuai dengan peredaran masa
akan menyebabkan murid-murid seronok untuk belajar tajuk berkenaan.

Selain itu, sebelum sesi bercerita, guru perlu menghafaz isi-isi penting yang
terkandung dalam cerita tersebut. Guru perlu menghafaz isi-isi penting untuk
mengelakkan sesi bercerita menjadi bosan. Guru perlu memahami jalan cerita dan
mengenal pasti setiap watak-watak yang terdapat di dalam cerita tersebut. Hal ini dapat
mengelakkan daripada guru melakukan rujukan semasa melakukan penceritaan. Sesi
bercerita adalah melibatkan penyampaian isi-isi penting sahaja. Hal ini akan
memudahkan pemahaman murid-murid terhadap cerita yang disampaikan oleh guru.

Di samping itu, alat bantu mengajar seperti kad-kad perkataan,kad-kad gambar,


patung atau topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid harus disediakan
sebelum sesi bercerita dimulakan. Soalan-soalan untuk aktiviti susulan juga perlu
disediakan. Alat bantu mengajar ini adalah amat penting untuk menarik minat murid-
murid. sesi bercerita akan menjadi lebih menarik dengan menggunakan alat bantu
mengajar. Guru perlu menarik minat murid-murid terlebih dahulu sebelum
menyampaikan inti pati atau isi pelajaran yang ingin disampaikan pada proses
pengajaran dan pembelajaran pada waktu berkenaan.

Seterusnya, sebelum memulakan sesi bercerita, pastikan semua murid telah


bersedia untuk mendengar cerita. Murid-murid perlu menumpukan sepenuh perhatian
semasa sesi bercerita dijalankannya. Hal ini adalah penting kerana murid-murid perlu
memahami cerita yang disampaikan supaya murid-murid dapat menjalankan aktiviti
yang seterusnya dengan lancar.

Selain itu, guru perlu melakukan pandangan terus ke muka murid secara
bergilir-gilir. Cara ini sangat berkesan untuk melibatkan murid di dalam cerita yang
disampaikan. Pandangan mata atau interaksi ini adalah penting. Dengan melakukan
cara ini akan mewujudkan interaksi antara guru dan murid.

Di samping itu, pastikan suara jelas dan lantang. Kemahiran variasi rangsangan
harus digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intonasi guru mengikut watak-
watak dan suasana cerita itu. Seterusnya, semasa sesi bercerita, guru boleh
mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid meramal perkembangan cerita
yang selanjutnya. Cara ini bukan sahaja dapat menarik perhatian murid tetapi juga
dapat memperkembangkan daya imaginasi mereka.

38
Langkah-Langkah Menjalankan Teknik Bercerita

Aktiviti bercerita biasanya mengandungi tiga peringkat yang utama iaitu


perancangan dan persediaan, sesi bercerita dan penutup. Dalam peringkat
perancangan dan persediaan, guru memilih cerita yang sesuai, menghafaz isi
pentingnya dan menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan. Semasa sesi
bercerita, guru memulakannya dengan memperkenalkan tajuk cerita, kemudian
menggunakan teknik bercerita dan menyampaikan isi kandungannya dengan suara
yang menarik. Peringkat penutup digunakan untuk aktiviti susulan, misalnya
perbincangan tema cerita dan moral yang terkandung dalam cerita itu.

Di dalam peringkat pertama, guru memilih sebuah cerita yang sesuai. Tema
cerita harus mempunyai nilai moral yang murni. Isi cerita hendaklah menarik dan
perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid. panjang
pendek cerita hendaklah sepadan dengan peruntukan masa bercerita. Selepas cerita
dipilih, guru hendaklah cuba menghafaz dan bercerita secara sendiri, sekurang-
kurangnya sekali. Di samping itu, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar seperti
kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng yang perlu digunakan untuk murid-
murid berlakon selepas bercerita. Beberapa soalan hendaklah disediakan untuk
menguji kefahaman murid selepas sesi bercerita. Sebelum mula bercerita, guru
hendaklah menyusun tempat duduk murid supaya memastikan setiap murid dapat
mendengar dan melihat ekspresi guru. Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan
alatan-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita supaya membawa
murid-murid ke dalam situasi yang seakan-akan alam cerita itu.

Langkah perlaksanaan perancangan bercerita ini hendaklah dimulakan dengan


suatu set induksi yang menarik serta ada kaitan dengan cerita yang hendak
disampaikan. Semasa bercerita, guru boleh menggunakan suara, gaya dan alat bantu
mengajar yang dapat menarik perhatian serta membantu murid-murid memahami isi
cerita yang disampaikan. Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara
sepenuhnya semasa guru bercerita. Guru juga boleh melibatkan murid dalam sesi
bercerita dengan menggunakan soalan-soalan membimbing mereka mengikut tahap
perkembangan cerita dari peringkat permulaan sehingga peringkat penutup.

Penutup dilakukan di dalam teknik bercerita ini. Tujuan penutup sesi bercerita
ialah membantu murid-murid memperkukuhkan nilai murni yang diterapkan dalam isi
cerita itu. Terdapat pelbagai aktiviti penutup boleh digunakan dalam sesi penutup
bercerita ini. Antaranya ialah menyoal murid-murid tentang isi cerita yang disampaikan,

39
menyuruh murid-murid mengulang isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri,
berbincang dengan murid-murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam
isi cerita, membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan
dan menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telah
didengar.

Implikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Teknik bercerita ini memberikan implikasi terhadap proses pengajaran dan


pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Teknik bercerita digunakan untuk
menyampaikan pelajaran. Salah satu implikasi teknik bercerita ini adalah guru dapat
menyampaikan menarik minat murid-murid terhadap pelajaran yang disampaikan. Hal
ini kerana guru menceritakan kepada murid-murid berkenaan dengan sesuatu situasi
sebelum menyampaikan isi pelajaran kepada kelas. Proses penceritaan ini dapat
menarik minat murid-murid kerana cerita yang diketengahkan adalah berkait rapat
dengan kehidupan seharian mereka iaitu secara kontekstual. Mereka akan lebih mudah
untuk memahami sesuatu situasi atau cerita yang berkait rapat dengan kehidupan
seharian mereka. Perkaitan akan dapat dilakukan oleh mereka.

Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik.
Alat bantu mengajar digunakan semasa sesi bercerita dijalankan. Misalnya, guru
menggunakan kad-kad gambar, topeng dan boneka semasa bercerita. Guru bercerita
dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Misalnya, guru ingin mengajar
berkenaan jenis-jenis rumah di Malaysia, guru menunjukkan kad-kad gambar yang
menunjukkan gambar-gambar rumah yang terdapat di Malaysia. Kad-kad gambar ini
akan menjadikan peneragan guru menjadi lebih jelas. Apabila wujud contoh konkrit
diberikan, maka murid-murid akan lebih mudah untuk memahami isi pelajaran tersebut.
Guru boleh bercerita sambil menunjukkan model rumah. Model rumah tersebut boleh
dijadikan contoh sebagai salah satu model rumah yang terdapat di Malaysia. Proses
bercerita akan lebih berkesan dengan adanya alat bantu mengajar yang menarik dan
pelbagai ini.

Di samping itu, keadaan kelas adalah terkawal semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Dengan menggunakan teknik bercerita ini, guru akan
memastikan murid-murid supaya memberikan tumpuan sepenuhnya semasa sesi
bercerita dijalankan. Hal ini kerana murid-murid perlu fokus semasa sesi bercerita
dijalankan untuk mengenal pasti segala isi penting yang terdapat di dalam cerita
berkenaan. Apabila sema murid memberikan tumpuan yang sepenuhnya, keadaan

40
kelas akan menjadi terkawal iaitu tiada murid yang bising sehingga mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Kawalan kelas ini adalah sangat
penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

3.3 ANALISIS SKRIP

Terdapat lima aspek yang perlu diambil kira dalam menganalisis sesuatu skrip atau
karya. Gambar Rajah 4 menunjukkan aspek yang perlu diambil kira iaitu aspek tema
dan pemikiran, watak dan perwatakan, plot dan struktur dramatik, gaya bahasa dan
diksi.

Rajah 5: Analisis Skrip

Tema dan Pemikiran

Watak dan Perwatakan

Aspek yang Dianalisis


Plot
dalam Penulisan Skrip

Gaya Bahasa

Diksi

41
3.3.1 Tema Dan Pemikiran

a. Tema
Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan
inti pati cerita (Kalam Hamidi, 2003). Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang
ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnya.

b. Pemikiran
Pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi watak-wataknya. Pembaca naskhah
atau penonton drama yang sensitif akan dapat menangkap idea atau persoalan pokok
ini selepas selesai membaca skrip atau menonton teater. Malah, selalunya mereka
bukan sahaja dapat menangkap idea atau tema drama tersebut, tetapi juga mereka
akan dapat menjaring maksud lain atau lapisan maksud yang lain yang terkandung
dalam drama tersebut. Pemikiran yang tersembunyi yang hanya dapat ditafsirkan oleh
pembaca atau penonton yang mahu berfikir atau memahami perlambangan yang
digunakan atau unsur cerita yang disampaikan oleh penulis dinamakan sebagai
subteks.

3.3.2 Watak Dan Perwatakan

a. Watak
Watak utama juga selalunya mendapat perhatian dan pelukisan watak yang lebih
daripada pengarang. Hal ini sesuai dengan peranan yang diberikannya.

Dalam setiap karya, watak sampingan merupakan watak yang hadir dan
membantu dalam proses perkembangan plot. Watak sampingan juga boleh
dibahagikan kepada beberapa kategori seperti watak sampingan penting, kurang
penting dan tidak penting. Setiap watak ini mempunyai peranan tersendiri dalam
membantu jalan cerita. Kebiasaannya, watak sampingan jarang dipertentangkan
dengan konflik-konflik yang besar seperti yang dialami watak utama. Jadual 1
menunjukkan jenis-jenis watak.

Jadual 1: Jenis Watak dan Huraian

BIL. JENIS-JENIS WATAK HURAIAN


1. Watak Bundar / Bulat Watak yang boleh berubah mengikut keadaan
dan persekitaran.
2. Watak Pipih Watak yang mempunyai sifat tertentu, iaitu satu
sifat difokuskan sahaja. Tidak berkembang dan
tidak berubah. Jika watak baik, hanya gambaran
baik sahaja diberikan oleh pengarang hingga ke
akhir cerita dan sebaliknya.

42
3. Watak Dinamik Watak yang berkembang dan berubah mengikut
jalinan cerita dan perubahan ini diperlihatkan
melalui perubahan sikap.
4. Watak Statik Watak yang tidak mengalami sebarang
perubahan dari segi aksi dan pemikirannya
walaupun jalinan cerita berkembang.
5. Watak Utama Pelaku yang memainkan peranan utama dan
peranannya jelas dalam cerita dari awal hingga
akhir dan menjadi tonggak cerita. Selalunya
watak protagonis.
6. Watak Sampingan Watak pembantu kepada watak utama dan
peranannya mungkin kecil dalam cerita.
Peranannya sebagai pelengkap sahaja.
7. Watak Baik / Watak yang mempunyai ciri-ciri murni dan
Protagonis kemanusiaan yang positif. Selalunya sebagai
watak utama. Watak ini tidak semestinya
sebagai hero atau heroin dalam cerita

8. Watak Jahat / Watak penentang kepada tindakan-tindakan


Antagonis atau nilai yang dipegang oleh protagonis. Watak
ini banyak menimbulkan konflik dan
permasalahan serta mencabar watak
protagonis.
Jadual 1 : Jenis-jenis Watak

b. Perwatakan
Perwatakan ialah sifat- sifat watak. Perwatakan boleh dinyatakan secara lisan, dan
boleh dinyatakan melalui perbuatan. Perwatakan dalam watak menggerakkan cerita
mengikut tema dan persoalan. Perwatakan dan watak bergerak seiring bersama plot
cerita.

3.3.3 Plot

Menurut Kalam Hamidi (2003), plot bermaksud jalinan cerita atau peristiwa dalam
sesebuah cereka. Jalinan tersebut berkembang berdasarkan hukum sebab dan akibat.
Peristiwa atau cerita itu selalunya dijalin secara kronologi atau tidak secara kronologi.
Jika peristiwa dijalin secara kronologi bermaksud peristiwanya disusun mengikut urutan
masa. Sementara itu, jika peristiwa tidak dijalin secara kronologi, bermaksud
peristiwanya tidak disusun mengikut urutan masa. Biasanya plot sesebuah novel
terbahagi kepada dua iaitu binaan plot dan teknik plot.

a. Binaan Plot

Binaan plot bermaksud plot cerita terbina daripada beberapa bahagian penting.
Kebiasaannya, binaan plot terdiri daripada lima bahagian, iaitu permulaan (eksposisi),

43
perkembangan, perumitan, puncak (klimaks), dan peleraian. Bahagian permulaan atau
eksposisi merupakan bahagian yang memperkenalkan watak-watak. Watak-watak akan
diperkenalkan dari segi fizikal, emosi serta berkaitan dengan persekitaran dan watak-
watak lain. Kemudian watak-watak itu akan berkembang dan berinteraksi pada
bahagian perkembangan cerita. Seterusnya, perhubungan antara watak itu akan
menimbulkan konflik yang kemudiannya menjadi rumit pada bahagian perumitan. Pada
peringkat tersebut selalunya konflik akan berterusan dan menjadi bertambah rumit.

Plot akan terus bergerak ke bahagian puncak atau klimaks cerita. Pada
peringkat ini, keadaan menjadi semakin mendebarkan, kritikal, ngeri, dan cemas akibat

Permulaan

Perkembangan

Perumitan atau Konflik

Klimaks atau Puncak Cerita

Peleraian

konflik atau pertentangan antara watak. Selanjutnya, bahagian puncak itu akan
mencapai ke satu tahap, iaitu sampai ke tahap penyelesaian. Akhirnya, plot bergerak
terus ke tahap peleraian, iaitu semua konflik dan pertentangan akan diselesaikan atau
terlerai.

1. Permulaan (Eksposisi)

Menceritakan tentang latar belakang watak/suasana yang wujud pada awal cerita.

2. Perkembangan
Perjalanan cerita yang semakin berkembang dan wujudnya watak-watak lain.

3. Perumitan (Konflik)
Pada ketika ini, akan wujudnya masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita.

44
4. Klimaks (Puncak)
Dalam plot ini, masalah yang wujud tadi berjaya diselesaikan.

5. Peleraian
Pengakhiran cerita sama ada diakhiri dengan kisah gembira atau duka.

Teknik Plot

Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya


menarik. Antara teknik plot termasuklah seperti yang berikut:

1. Imbas Kembali
Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa
yang pernah dialaminya. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian
pengarang atau khayalan, dialog, monolog, atau monolog dalaman

2. Imbas Muka
Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau
ramalan tentang sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak
dalam cerita berkenaan. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan
pembaca terhadap sesuatu yang akan berlaku.

3. Saspens
Saspens atau ketegangan ialah peristiwa dalam cerita yang menimbulkan
keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang
peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

4. Konflik
Konflik merupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam
satu urutan plot. Konflik boleh berlaku secara dalaman, iaitu konflik dalam diri watak
dan secara luaran, iaitu antara watak dengan watak yang lain atau antara watak
dengan alam sekitar. Konflik dapat juga digambarkan melalui pertentangan pendapat,
idea, sikap, atau pemikiran?

5. Kejutan
Kejutan ialah perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba
tanpa diduga oleh pembaca. Lazimnya, kesan yang timbul daripada kejutan tidak sama
dengan yang diduga oleh pembaca.

45
6. Dialog
Dialog merupakan pertuturan antara dua watak atau lebih daripada dua watak.
Melalui dialog antara watak-watak inilah biasanya tergambar pendapat atau fikiran
yang berkaitan dengan tema.

Gaya Bahasa
Menurut Kalam Hamidi (2003), gaya bahasa ialah susunan kata yang digunakan oleh
pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. Berikut
dihimpunkan jenis-jenis gaya bahasa bersama istilah-istilah yang berkaitan dengannya
bagi memudahkan pelajar memahami konsep asas gaya bahasa secara menyeluruh.

Jadual 2: Gaya Bahasa Drama

BIL. JENIS GAYA HURAIANNYA


BAHASA

1. Personifikasi  Dikenal juga sebagai perorangan atau


penginsanan.

 Membawa maksud tindakan pengarang


memberikan sifat manusia, sama ada daripada
segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk
kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau
hal-hal yang abstrak.

 Contohnya: ...matahari pagi bangkit


daripada selimut gunung, benaknya
mendandan sejuta persoalan

2. Simile  Merupakan unsur yang digunakan untuk


menyamakan sesuatu objek atau benda dengan
sesuatu benda yang lain. Perbandingan jenis ini
lebih mudah dikesan, berbanding unsur
perbandingan metafora. Unsur ini menggunakan
perkataan seperti, umpama, bak, dan laksana
untuk menunjukkan perbandingan.

 Contohnya: ...marahnya umpama api


yang merah membakar...

3. Metafora  Merupakan perbandingan secara terus atau


langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti,
bak, umpama, ibarat, dan sebagainya

 Merupakan perbandingan yang menggunakan


kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak

46
(tidak boleh dihitung)

 Contohnya: perahu duka, ladang


kesabaran, samudera hampa, lautan
fikiran

4. Hiperbola  Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk


menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
daripada maksud yang sebenarnya

 Contohnya: seribu lautan sanggup


diharungi

5. Sinkof  Bermaksud penyingkatan perkataan

 Contohnya: "Apa dah jadi ni?"

6. Rima  Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat


yang bersetentang antara dua baris atau lebih
daripada dua baris dalam puisi

 Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima


akhir

7. Asonansi  Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama


dalam baris-baris sajak

 Contohnya: pengulangan vokal


“u” dalam baris “Kerana aku penyair
kupenuhi hidupku”

8. Aliterasi  Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang


sama dalam baris sajak

 Contohnya: pengulangan konsonan “m”


dalam baris “Memacu menghimpun
kekuatan”

9. Pengulangan  Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap


yang diulang dalam sajak

 anafora - pengulangan kata pada awal baris


secara berurutan.

 Contohnya: Tambah mengimbau sorotan


kitab MUHAMMAD
Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !

 epifora - pengulangan kata pada akhir baris.

 Contohnya: ...di pundakku ...had sepiku

47
 repitisi - pengulangan kata dalam baris yang
sama.

 Contohnya, orang berbunga dia berbunga

10. Perlambangan  Merupakan kata-kata


yang digunakan untuk menerangkan sesuatu
benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa
maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam.

 contohnya: senja melambangkan usia


tua, pagi melambangkan usia muda

11. Inversi  merupakan gaya bahasa yang menggunakan


pembalikan susunan kata dalam kalimat. Biasanya
diterapkan dengan matlamat untuk memberi
penekanan pada bahagian awal ayat (bahagian
yang penting).

 Contohnya: Diperangkapnya kami di


tengah jalan.

Diksi

Diksi ialah pemilihan perbendaharaan kata dan gaya ungkapan yang tepat dan
berkesan untuk mengungkapkan idea (Kalam Hamidi, 2003). Pengarang harus
memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak,
dan mesej. Pemilihan dan penggunaan kata khusus secara puitis yang ditulis secara
sedar untuk melahirkan kesan rasa dan makna dalam puisi. Diksi yang baik dinilai
daripada aspek ketepatan, kemunasabahan, kejelasan dan keunikan.

48
3.4 PENGURUSAN PERSEMBAHAN DRAMA PENTAS

Sering kali penilaian terhadap sesebuah pementasan drama akan dirujuk kepada
persembahan yang dilihat pada hari pementasan. Bagaimanapun, kegagalan dan
kejayaan sesebuah pementasan drama itu tidak boleh diukur semata-mata melalui
kelancaran semasa persembahan atau sambutan yang diperoleh daripada penonton
sahaja. Sesebuah pementasan sepatutnya diukur daripada proses ketika memulakan
persiapan produksi, perjalanan penghasilan produksi, semasa berlangsungnya
produksi dan pengakhiran sebuah produksi (Zakaria, 2001). Namun, masyarakat sering
memandang sepi peranan yang dimainkan oleh semua tenaga produksi, khasnya
tenaga tulang belakang produksi. Kredibiliti hanya akan diberikan kepada pengarah dan
pelakon. Pengarah dan pelakon bukanlah tunjang kepada sebuah produksi. Dua
kelompok ini umpama tuan rumah dan isi rumah. Sementara elemen yang menyokong
keutuhan rumah itu adalah batu-batan dan tiang-tiang kayu.

Dalam konteks produksi sesebuah drama, kayu dan batu ini adalah tenaga
produksi yang terdiri daripada pengurus pentas sehinggalah kepada petugas-petugas
bahagian. Organisasi pengurusan tenaga produksi yang berkualiti akan menghasilkan
sebuah produksi yang baik, mantap dan berkesan. Tidak ada produksi yang benar-
benar berjaya tanpa sokongan daripada sebuah organisasi yang tersusun. Pengarah
adalah tonggak produksi, namun tanpa bantuan ahli kumpulan yang berdedikasi dan
memahami visi dan misi pengarah, produksi tersebut tidak akan berjaya. Rata-rata
produksi amatur masa kini sering bergerak dalam keadaan yang daif dan tidak
tersusun. Dalam produksi amatur, seorang pengarah memegang tanggungjawab yang
terlalu banyak mencakupi pelbagai tugasan seperti mencari pelakon, mengurus
kebajikan dan lain-lain. Justeru, dalam menjadikan dan menjayakan sesuatu produksi
atau pementasan drama, setiap ahli yang menganggotai sesebuah pementasan perlu
memahami dan menguasai ilmu serta kemahiran dalam pengurusan persembahan
drama pentas.

JENIS-JENIS PENTAS DAN PENGGUNAANNYA

Terdapat pelbagai jenis pentas yang boleh digunakan untuk mempersembahkan


sesuatu drama. Menurut Kavith (2009), secara asasnya terdapat enam jenis pentas
(Rujuk rajah 5)

Rajah 5 : Jenis-jenis pentas.

Hujung/
Prosenium Arena Teras Fleksibel Profil
Akhir

49
Pentas Prosenium
Rajah 6 :Pentas Prosenium

Pentas prosenium adalah pentas yang menggunakan bingkai (proscenium arch)


dan tirai dipasangkan pada bingkai pentas tersebut. Bingkai ini bertujuan untuk
memisahkan dan mewujudkan ruang antara pentas daripada penonton. Selain itu ia
juga digunakan untuk menukar babak atau membuat apa-apa perubahan di atas pentas
tanpa pengetahuan penonton. Jarak pentas dan kedudukan penonton juga memberikan
kesan kerana ianya membuatkan persembahan menjadi lebih jelas seolah-olah tiada
penonton yang di sekelilingnya (fourth wall) kerana penonton berada pada kedudukan
satu arah sahaja. Kebanyakan pentas yang dibina pada masa kini sama ada di dalam
mahupun di luar negara mempunyai ciri yang hampir sama dengan pentas prosenium.

Pentas Arena

Rajah 7 :Pentas Prosenium

Dalam pentas arena penonton akan berasa seperti mereka berlakon di dalam
teater tersebut kerana penonton dapat melihat dari semua sudut. Kebiasaannya pentas
arena berbentuk bulat, berlian dan segi tiga di mana pelakon akan keluar masuk

50
melalui ruang yang berbeza di celah-celah penonton. Pentas ini biasanya di gunakan
dalam teater purba, iaitu teater Rome dan Greek namun tidak berkembang sehinggalah
pada abad ke-20, dan ia menjadi alternatif kepada bentuk pentas prosenium. George
Mason Universiti di Fairfax, Virginia merupakan Arena Stage Archive yang terbesar di
dunia dan mempunyai bahan yang berusia hampir 50 tahun dalam sejarah drama.
Antaranya bahan yang mencecah hampir 50 tahun ialah koleksi gambar, buku nota
produksi, buku skrap, sejarah lisan dan bertulis. Teater arena bersifat ekonomi kerana
kos pembuatan pentas ini memerlukan bajet yang rendah berbanding pentas yang lain.
Namun, pencahayaan drama adalah lebih sukar berbanding Prosenium kerana pelakon
harus berlakon tanpa menghalang mana-mana penonton yang berdekatan.

Pentas Teras

Rajah 8 :Pentas Prosenium

Konsep pentas ini pada peringkat awal digunakan berabad lamanya, dan telah
digunakan pada tahun 1953 oleh Festival Shakespeare Stratford Kanada. Pada tahun
1957 pentas teras telah di bina secara kekal. Setelah itu, pentas teras yang lain juga
telah di bina di serata dunia. Pentas teras ini mempunyai ciri yang hampir sama dengan
pentas Prosenium tetapi 2/3 bahagian depannya memfokuskan ke arah penonton.
Pentas ini mempunyai tiga kedudukan penonton iaitu satu di hadapan dan dua di sisi
kiri dan kanan. Pintu masuk adalah melalui belakang pentas.

Pentas Fleksibel

Dikenali sebagai pentas "Black Box". Pentas ini selalunya besar seperti kotak
kosong dan sering dicat hitam di dalam. kedudukan pentas dan tempat duduk tidak
tetap. Sebaliknya, masing-masing boleh diubah mengikut kesesuaian dan keperluan
pelakon atau pengarah.

51
Rajah 9 Pentas Fleksibel

Pentas Profil

Rajah 10: Pentas Profil

Pentas jenis ini biasanya mengubahsuai pentas yang sedia ada kepada bentuk
yang lain dan baharu. Penonton ditempatkan di kiri dan kanan pentas. Kavith (2009)
memberi ulasan mengenai pentas ini dengan menyatakan “Actors are staged in profile
to the audience.” Pentas ini sesuai bagi drama yang memerlukan tempoh masa yang
lama dan ruang yang sempit. Sebenarnya, pentas ini hampir sama dengan pentas jenis
arena dan bentuk pentas ini dilihat seakan-akan gelanggang bermain bola keranjang
Cuma fungsi yang berbeza.

52
Pentas Hujung/Akhir

Rajah 11 : Pentas Hujung/Akhir

Pentas hujung atau akhir merupakan pentas yang hampir sama dengan pentas
teras. Cuma bezanya ialah penonton terletak hanya di hadapan pentas dan tidak
seperti pentas teras yang meletakkan penonton di sekeliling pentas. Pentas jenis ini
mempunyai belakang atau ‘backstage’ di sebalik dinding yang digunakan sebagai latar
drama.

GURU DALAM PERANAN

Melalui aktiviti pementasan drama teater, guru dapat membimbing murid berkomunikasi
secara bersuara atau tanpa suara (body language) dengan berkesan. Guru boleh
membimbing pelajar menghayati kandungan teks atau skrip melalui pembacaan dan
perbincangan tentang skrip yang dibaca. Murid juga dapat mendalami perihal manusia
dan ragamnya serta memahami perilaku manusia serta sosio budaya masyarakat
melalui watak-watak yang dibina dalam skrip tersebut. Oleh itu amat bertepatanlah,
teater menjadi medium unggul untuk menyampaikan pembelajaran secara bersepadu
sebagaimana yang diharapkan dalam pendidikan masa kini.
Melalui penglibatan dalam aktiviti teater, guru dapat menggalakkan murid untuk
memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam diri mereka. Ini bertepatan pula
dengan kepelbagaian kecerdasan yang telah dimasukkan sebagai kemahiran nilai
tambah dalam pendidikan. Aktiviti teater juga merupakan aktiviti yang berpusatkan
murid, kerana proses penghasilan teater itu sendiri pasti melibatkan penyertaan mereka

53
secara aktif. Menurut Farizah Nazir et al. (2015). Aktiviti teater yang dilaksanakan di
bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan kemahiran berkomunikasi secara
berkesan serta tepat seperti nama yang ditekankan dalam DSKP Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah.

Selanjutnya, melalui pelbagai aktiviti drama guru dapat membantu murid untuk
mengenal diri mereka lebih jelas, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan
serta meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai aspek. Seorang guru yang
profesional akan memastikan muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk
menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya.

Drama dalam Pendidikan membolehkan guru melatih murid menajamkan


sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni
masyarakat dan budaya mereka, menanamkan jati diri bangsa, serta
memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran
berkomunikasi. Aktiviti teater boleh berfungsi sebagai satu kaedah terapi yang
membantu pelajar mempunyai masalah emosi dan fizikal. Drama dan teater juga
berperanan membentuk insan yang seimbang dan harmoni dari segi Intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Ini amat sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

ORGANISASI PERSEMBAHAN DRAMA

Pelaksanaan pementasan drama memerlukan kerjasama semua daripada ahli


produksi, kerana ianya merupakan sesuatu yang sangat penting bagi menghasilkan
satu pementasan yang membuatkan penonton terhibur yang seterusnya membuatkan
mereka meminati teater. Tanpa kerjasama dari semua pihak persembahan teater itu
tidak akan berjalan lancar. Oleh itu, organisasi drama adalah sangat penting dan
menjadi tulang belakang dalam sesuatu pelaksanaan persembahan drama. Berikut
merupakan struktur organisasi pengurusan drama dan peranan pengurus drama.

Jadual 3: Jawatan dan Peranan

Jawatan Peranan
Pengarah Produksi  Mengkaji skrip
 Membuat penyemakan dan penambahbaikan skrip
 Menentukan konsep pementasan
 Menyediakan rangka pementasan

54
 Menyediakan jadual latihan
 Membuat uji bakat dan pemilihan pelakon
 Menentukan tenaga produksi bersama dengan
penerbit
 Menetapkan bentuk set, kostum dan aspek teknikal
dengan tenaga produksi

Pengurus Produksi  Mengurus kewangan


 Berhubung dengan pihak luar yang meminta produksi
atau pembiaya produksi
 Mencari serta mendapatkan hak atau kelulusan skrip
yang mahu dipentaskan
 Mencari/ melantik pengarah, pelaku, pereka bentuk,
petugas pentas dan lain-lain yang berkaitan dengan
produksi.
 Menyewa dewan, panggung atau ruang persembahan
 Menyelia tugas-tugas perlaksanaan produksi
 Membuat promosi (jika perlu)
 Menyedia belanjawan untuk sesebuah produksi.
 Membuat laporan hasil produksi untuk dijadikan
dokumentasi.
Pengurus Pentas  Penghubung antara tenaga produksi dengan pihak
pentadbiran
 Bertanggungjawab melaksanakan apa yang telah
dirancang supaya berjalan lancar
Pereka Bentuk  Mereka cipta bentuk latar pentas sama ada ringkas
Latar atau kompleks dan setiap latar mempunyai reka
bentuknya.
 Susun atur pentas
Pereka Bentuk  Menentukan setiap ruang cahaya: warna, adunan,
Cahaya bilangan lampu, intensiti dan keterangan lampu dan
sebagainya
Penata Rias  Menentukan jenis solekan yang sesuai dipakai oleh
(Make-up) pelakon
Penata Bunyi  Mencipta dan menentukan bentuk kesan bunyi yang

55
digunakan dalam persembahan.
Pereka Props  Menyediakan props yang akan digunakan oleh setiap
pelakon seperti yang dikehendaki oleh pengarah dan
watak dalam persembahan
Pereka Bentuk  Mencipta atau menentukan kostum dan bahan yang
Kostum / Busana sesuai untuk digunakan bagi sesebuah produksi dengan
menitikberatkan konsep yang telah ditetapkan
Pengurus Artis /  Memastikan bahawa setiap pelakon serta ahli produksi
Kebajikan yang terlibat berada di tempat latihan pada masa yang
telah ditetapkan.
Petugas lokasi  Memastikan semua bekalan yang diperlukan lengkap dan ada
(Runner) pada tempat yang diperlukan oleh pengarah dan kesemua
produksi
Petugas Pentas /  Membantu dalam kerja-kerja produksi persembahan
Krew bawah arahan pengurus pentas.

UJI BAKAT DAN PENENTUAN WATAK

Pengarah dan ahli produksi berperanan dalam membuat uji bakat dan pemilihan
pelakon. Langkah pertama dalam membuat uji bakat adalah mengiklankan pementasan
drama dalam media sosial dan menetapkan tarikh, masa dan tempat uji bakat akan
dijalankan. Semasa uji bakat dijalankan ahli produksi seharusnya menyediakan
peranan/situasi dan petikan skrip yang harus dilakonkan oleh penyerta. Asas utama
seorang pelakon adalah bakat, latihan dan amalan. Selepas menjalankan uji bakat,
pengarah akan memilih pelakon yang sesuai dengan watak yang diinginkan.

PEMBACAAN SKRIP

Beralih pula kepada Pembacaan Skrip. Dalam konteks berdrama, skrip merupakan
salah satu item fundamental yang diperlukan bagi memastikan bahawa sesebuah
drama dapat dihasilkan. Menurut Kamus Dewan (2005), istilah skrip dirujuk sebagai
cerita yang bertulis atau bertaip. Untuk memastikan bahawa sesebuah drama dapat
dilaksanakan, pembinaan skrip perlulah dilakukan. Dalam konteks ini, skrip merupakan
panduan utama kepada para pementas drama. Hal ini kerana, dalam skrip terkandung
dialog-dialog yang perlu diucapkan atau dilafazkan oleh watak-watak tertentu semasa
berdrama. Namun, semasa drama berlangsung, skrip tidak boleh digunakan sama
sekali. Lantaran daripada itu, terdapat dua cara pembacaan skrip yang boleh

56
digunakan bagi memantapkan penguasaan seseorang terhadap pembacaan skrip (Siti
Hawa, 2009)

Cara yang pertama ialah dengan membaca skrip secara mentalis (baca dalam
hati). Pembacaan secara mentalis membantu seseorang murid untuk memahami
maksud dan informasi yang ada pada bahan bacaan tersebut (Siti Hawa, 2009). Ia juga
digunakan bagi memastikan bahawa perkara yang telah dibaca dapat difahami.
Pembacaan ini juga bertujuan untuk membantu para pementas drama agar lebih
mengetahui dan menguasai beberapa aspek yang penting dalam sesebuah karya.
Antara lain aspek tersebut termasuklah watak dan perwatakan dalam sesebuah karya
tersebut. Secara tidak langsung dengan penguasaan terhadap aspek ini ia akan
membuatkan proses latihan drama berjalan dengan lebih lancar kerana setiap watak
tahu peranan dan watak masing-masing.

Cara yang kedua pula adalah dengan membaca atau melafazkan skrip ini
secara nyaring atau bersuara. Setelah membaca skrip secara mentalis, skrip wajib
dibaca secara mekanis. Pembacaan secara mekanis ini adalah penting kerana ia dapat
mengenal pasti kesesuaian intonasi bagi setiap ayat. Misalnya, jika sesebuah ayat itu
mengandungi mesej yang sedih, maka intonasi yang digunakan pun mestilah sedih.
Dalam pembacaan secara mekanis ini, antara aspek yang ditekankan ialah kejelasan
vokal, cara sesuatu perkataan dibaca dan dilafazkan secara jelas mengikut
pemenggalan suku kara yang betul serta penguasaan tanda baca. Ketiga-tiga aspek ini
penting bagi memastikan bahawa dialog ucapan yang dilafazkan semasa berdrama
betul-betul lengkap dengan kejelasan vokal yang mantap serta intonasi yang signifikan
seterusnya mampu memberikan keyakinan kepada penonton.

Sebagai kesimpulannya, dalam memastikan bahawa penguasaan terhadap


skrip adalah bersifat holistik, latihan pertama yang perlu dilakukan ialah pembacaan
secara mentalis seterusnya latihan pembacaan mekanis. Kedua-dua latihan ini adalah
penting kerana ia mampu menyiapkan murid dengan keyakinan yang tinggi semasa
drama ini dijalankan. Hal ini signifikan kerana, murid pada hakikatnya secara
keseluruhan telah dilatih membaca skrip secara mekanis mahupun mentalis. Maka,
segala jenis kesalahan yang timbul sama ada dari sudut intonasi ataupun kejelasan
vokal suda boleh diatasi oleh murid. Ini jelas menggambarkan betapa pentingnya,
latihan pembacaan skrip ini dilaksanakan sebelum berdrama.

LATIHAN

Latihan-latihan yang terlibat dalam pementasan drama termasuklah latihan pembacaan


skrip, latihan babak, latihan penggunaan props dan sebagainya. Latihan ini penting

57
bagi memastikan kelancaran persembahan drama semasa ianya berlangsung. Sebagai
seorang pelakon ataupun pemegang watak kemahiran fizikal sangat penting untuk
mengaplikasikan teks lakonan sama ada dengan dialog atau tidak. Ia ditunjukkan
dengan gerakan yang terlihat (blocking yang baik dan seimbang), gerakan yang jelas,
gerakan yang mempunyai maksud (sesuai dengan hukum gerak dalam kehidupan) dan
gerakan menghayati (sesuai dengan tuntutan.jiwa/naluri yang ditentukan dalam teks
lakonan).
Gerakan yang jelas merujuk kepada aksi yang berterusan dan terkurang atau
berlebih-lebihan. Gerakan yang dimaksudkan merujuk kepada gerakan biasa yang
sudah sebati dalam kehidupan. Gerakan menghayati atau menjiwai bermaksud intonasi
pengucapan harus dapat menimbulkan kesan gerakan yang sesuai dengan teks.
Kemahiran fizikal sangat penting dan memerlukan latihan tubuh yang berterusan
selain mengenali fizikal dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Hal ini termasuklah
pancaindera iaitu mata, telinga, hidung, kulit dan lidah. Terdapat pelbagai gerak yang
mesti diketahui dalam kemahiran fizikal lakonan

PRAPRODUKSI

 Penubuhan jawatankuasa pengurusan produksi,pentadbiran & produksi kerja


kreatif.
 Penyediaan kertas kerja / kertas cadangan
 Perlaksanaan mesyuarat produksi
 Perancangan belanjawan dan kewangan produksi.
 Perancangan jadual latihan produksi.
 Pemilihan lokasi, masa, tarikh.
 Pemilihan aktiviti kesenian & pengisian program.
 Pengendalian sidang media
 Perancangan pemasaran, publisiti, pengiklanan, penajaan
 Penyediaan press kit, kad jemputan, hebahan media,flyers, banner, bunting, poster,
door gift, buku program, aturcaraprogram, teks ucapan, pengacara majlis, tiket,

PEMENTASAN
Semasa pementasan dianjurkan sedang berlangsung, semua tenaga kerja harus
memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar mengikut apa yang telah
dirancangkan.

58
PASCANILAI
Setelah pementasan selesai, maka kesemua ahli produksi akan mengemaskini laporan
produksi untuk post-mortem, penyimpanan barang dan bergotong-royong
membersihkan tempat pementasan.

59
RUJUKAN

Adenan Ayob. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Amir Juhari. (2015). Pengajaran Didik Hibur Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kuala
Lumpur: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Harun Mat Piah. (2006). Kesusasteraan Melayu Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Hashim Awang. (2005). Mendekati Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Herfan Amen Hadara. (2015). Drama dan Unsur-unsurnya. Dilayari pada 14 Mac 2017
daripada http://gopengertian.blogspot.my/2015/09/pengertian-drama-jenis-jenis-
drama-unsur-unsur-drama.html

Indirawati Zahid & Mardian Shah. (1995). Pengantar Estetik. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ismail Mohd Noh. (2007). Lakonan dan Kemahiran Asas Lakonan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jerry, E., Goldfarb, A. & Bradley W. Bishop. (1995). Living Theatre, A History. New
York. Mc Graw Hill.

Kalam Hamidi. (2003). Pegangan pementasan drama. Bangi: Universiti Kebangsaan


Malaysia

Kavith Kanan. (2009). Konsep Drama dan Teater. Dilayari pada 9 Mac 2017 daripada
http://gopengertian.blogspot.my/2015/09/pengertian-drama-jenis-jenis-drama-
unsur- unsur-drama.html

Nor Hashimah Jalaluddin. (2007). Perbezaan Drama Pentas, Radio dan Televisyen.
Jurnal Bahasa Melayu. 39(1), 19-26

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 2. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd

Siti Hawa Majid (2009). Teknik dan Metode Kajian Drama. Negeri Sembilan: Fajar bakti
Sdn Bhd

Zakaria Ariffin. (2001). Drama Melayu Moden Esei. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

60
LAMPIRAN

61