Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

‫علَى آ ِل ِه‬
َ ‫س ِي ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬
َ ‫علَى‬
َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ َوال َعاقِبَة ِل ْل ُمت َّ ِقي َْن َوال‬, ‫ب ال َعالَ ِمي َْن‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ ِ ‫هلل َر‬ِ ‫ا َ ْل َح ْم ُد‬
‫ص َحابِ ِه أَجْ َم ِعيْن‬
ْ َ ‫َوأ‬

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan
dan berada dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sahsiah dan Kokurikulum Sekolah
Kebangsaan Francis Light pada tahun ini. Ya Allah, di pagi yang berbahagia ini, kami
menadah tangan memohon kepada Mu, Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami, dosa
kedua ibu bapa kami yang telah banyak berkorban untuk kami, dosa para guru yang tidak
pernah jemu dalam mendidik kami, serta dosa sekalian umat islam walau di mana pun
mereka berada, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah pergi mendahului kami.
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan
rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan
dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang
khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini .
Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau
teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang
akademik, kokurikulum mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya
menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna
dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai
pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah kami
pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan
potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik, kokurikulum mahupun ketrampilan
peribadi yang luhur.

َ ‫ع َذ‬
ِ ‫اب النَّار‬ َ ‫سنَة ًَوقِنَا‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
ِ ‫سنَة ً َوفِي‬
َ ‫األخ َر ِة َح‬
‫ب العَالَ ِمي َْن‬ ِ َّ ِ ‫ َوا ْل َح ْمد‬، ‫سلَّ َم‬
ِ ‫ُّلِل َر‬ َ ‫علَى َءا ِل ِه َوصَحْ بِ ِه َو‬
َ ‫علَى ُم َح َّم ٍد َو‬
َ ُ‫صلَّى هللا‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai