Anda di halaman 1dari 1

Warga tua merujuk  kepada mereka yang berusia lebih daripada 60 tahun.

 Mereka merupapan ibu, bapa,
datuk atau nenek, bapa saudara atau ibu saudara kita. Mereka merupakan golongan yang paling berjasa
kepada keluarga, masyarakat dan negara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk
membesarkan anak­anak. Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di
tepi gantang dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat. Ada sesetengah mereka pula dianggap seperti
Quran buruk. Bagaimanapun, jasa dan sumbangan warga tua perlu dihargai oleh semua pihak.
             
Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan zuriat dan
berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik anak­anak. Kaum bapa pula membanting tulang empat
kerat mencari rezeki untuk keluarga. Pengorbanan ibu bapa perlu diingati serta dibalas dengan sebaik­
baiknya. Sebagai anak, kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua serta uzur. Anak­anak tidak
seharusnya menghantar  mereka ke rumah orang  tua­tua.  Jika mereka  berbuat  demikian,  mereka  boleh
dianggap sebagai kacang lupakan kulit.
            
Di samping itu, guru menjadi suri teladan menasihati pelajar agar menghormati ibu bapa serta warga tua.
Kita perlu memberikan perhatian dan sering mendampingi mereka. Selain itu, anak­anak perlu bertutur
dengan  sopan  apabila  berkomunikasi  dengan  ibu  bapa  mereka.  Ketika  bersalam,   anak­anak  hendaklah
mencium   tangan   mereka.   Hal   ini   demikian   kerana   kasih   ibu   membawa   ke   syurga   dan   kasih   bapa
sanggupkah berpisah  berkorban nyawa. Sewajarnya anak­anak tidak mengabaikan warga tua tersebut.
           
Seterusnya, kerajaan dan pihak swasta turut berperanan menghargai warga tua. Kerajaan dan pihak swasta
hendaklah berganding bahu seperti aur dengan tebing. Kedua­dua pihak tersebut hendaklah menyediakan
pelbagai  kemudahan  untuk   warga  tua.  Sebagai   contoh,   rumah   penjagaan   warga  tua  yang  mempunyai
pelbagai   kemudahan   penjagaan   hendaklah   disediakan   untuk   mereka.   Di   samping   itu,   warga   tua   juga
hendaklah   diberikan   rawatan   percuma   di   hospital   kerajaan.   Sekiranya   memerlukan   bayaran,   mereka
hendaklah dikenakan kadar bayaran rendah di hospital kerajaan atau klinik swasta. Keperihatinan tersebut
menunjukkan sikap mengambil berat tanpa mengira pangkat, demi keselesaan warga tua.
             
Media massa tidak terkecuali dalam usaha menghargai warga tua. Media massa seperti surat khabar dan
televisyen   serta   Internat   boleh   menyiarkan   cerita­cerita   yang   berkaitan   dengan   pengorbanan   dan
penderitaan hidup warga tua. Sebagai contoh,   rancangan yang disiarkan oleh TV3, iaitu ’Bersamamu”,
menunjukkan terdapat pelbagai pihak yang sanggup menghulurkan bantuan khususnya kepada warga tua
yang daif. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak
boleh mengabaikan warga tua. 
                 
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa  dan pengorbanan warga tua. Tanpa
mereka siapalah kita. Jangan sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing­
masing kerana suatu hari nanti, kita juga pasti akan menjadi ’tua’ juga. Kita tidak boleh mengabaikan
warga tua kerana merekalah yang telah berkorban melahirkan,   membesarkan, dan mendidik anak­anak
hingga berjaya dalam hidup. 

Anda mungkin juga menyukai