Anda di halaman 1dari 21

Isi Kandungan

Mukasurat
1.0 PENGENALAN 2

2.0 LATAR BELAKANG KEMUNCULAN FAHAMAN SYIAH 3


2.1 Kemunculan Fahaman Syiah Zaman Sahabat 4
2.2 Penyebaran Fahaman Syiah di Malaysia 4
2.2 Tokoh-tokoh dan Karya Syiah 5

3.0 PEGANGAN FAHAMAN SYIAH 8


3.1 Penolakan Hadith 9
3.2 Kema‟suman Imam-Imam Syiah 10
3.3 Penghinaan terhadap Sahabat 11
3.4 Penolakan Ijma‟ Ulama 12

4.0 PERBANDINGAN SYIAH DAN AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH 13


4.1 Penerimaan Hadith Oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah 13
4.2 Kema‟suman Imam-Imam Syiah Adalah Sebuah Ketaksuban 14
4.3 Sahabat Rasulullah SAW Bukan Bahan Cacian dan Makian 16
4.4 Penerimaan Ijma‟ 17

5.0 KESIMPULAN 19

6.0 RUJUKAN 20

1
1.0 PENGENALAN
Syiah seringkali menjadi satu topik perbualan hangat dewasa ini. Sebut sahaja terma Syiah ia
menjadi satu tohmahan dan jelekan yang menunjukkan kepada keseriusan masyarakat
Malaysia umumnya bagi menidakkan fahaman ini bertapak mahupun mempunyai ruang
mengamalkan ajaran syiah ini di muka bumi Malaysia ini. Negara Malaysia sangat sensetif
dalam isu syiah sehinggakan syiah difatwakan haram untuk diamalkan di muka bumi
Malaysia. Sungguh pun serius dan ketat undang-undang yang ditekankan ke atas fahaman ini
tetap fahaman ini dapat menerobos dan menakluki pemikiran masyarakat Malaysia bukan
sahaja yang lemah dari segi pengamalan akidah Islam malah golongan intelektual juga ramai
yang terpengaruh dengan ajaran syiah ini.
Bagi mata pelajaran AMSU 5203 Sejarah Keilmuan dan Intelektual Islam pada kali
ini saya ditaklifkan untuk tajuk Syiah. Kupasan saya kali ini adalah menjurus kepada latar
belakang kemunculan syiah dari zaman Rasulullah SAW sehingga menjadi satu fahaman
yang meletakkan Islam sebagai doktrin penyebaran akidah mereka. Kemudian karya-karya
yang digunapakai di dalam penyebaran fahaman syiah. Seterusnya saya akan kaitkan kupasan
ini dengan beberapa tokoh yang menjadi tunjang di dalam penyabaran fahaman syiah di
waktu ini dan di Malaysia.
Kemudian saya akan mengupas tentang isu-isu yang menjadi pokok kepada pegangan
fahaman syiah dan menjadi tonggak di dalam fahaman tersebut. Ia berkait rapat dengan
penolakan hadith, kema‟suman imam-imam syiah, penolakan ijma‟, sehingga penolakan
terhadap kekhalifahan Khulafa‟ al-Rasyidin.
Seterusnya saya akan mengaitkan kupasan isu-isu dapatan saya berkaitan dengan isu-
isu pokok pegangan syiah kepada perbandingan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jama‟ah
di Malaysia. Ianya bagi memperlihatkan kepincangan di dalam acuan akidah syiah itu sendiri
yang selari dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh negeri-negeri di Malaysia berkenaan
pengharaman pengamalan ajaran syiah di negeri masing-masing.

2
2.0 LATAR BELAKANG KEMUNCULAN FAHAMAN SYIAH

Sesungguhnya nabi menyatakan di dalam hadith diatas akan berlaku pepecahan di kalangan
ummat Nabi Muhammad SAW kepada beberapa firqah atau kumpulan di akhir zaman nanti.
Dimana firqah tersebut semuanya ke neraka disebabkan akidah yang dipegang walaupun
mencerminkan atau menggunakan Allah SWT sebagai tuhan yang disembah dan Islam
sebagai agama yang dianuti akan tetapi ia adalah firqah-firqah yang sangat rugi di akhirat
nanti bahkan akan menjerumuskan mereka ke dalam neraka. Nabi juga menjamin akan satu
kumpulan sahaja yang terselamat iaitu kumpulan yang dinamakan “al-Jama‟ah”. Siapakah ia
al-Jama‟ah? Ia adalah firqah yang berakidahkan Allah SWT sebagai tuhan dan Muhammad
SAW sebagai nabi yang diutuskan Allah. Ia meletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai
rujukan utama kepada Islam yang lebih dikenali sebagai Ahli Sunnah Wal Jama‟ah.
Syiah adalah satu fahaman yang mengaku mereka dari kalangan Islam dan berakidah
Islam. Fahaman-fahaman yang dibawa pada mulanya nampak indah dan sangat cantik.
Ditambah dengan beberapa fatwa yang sangat lantang di dalam menangani politik negara-
negara seperti iran, iraq dan beberapa lagi negara. Mereka memegang watak seperti mereka
adalah lidah dan mata pedang baru bagi ummat Islam sehingga mencipta revolusi demi
revolusi yang mengaburi pemikiran masyarakat Malaysia sehingga terlupa akidah yang
dibawa oleh mereka dan doktrin yang dibekalkan kepada mereka yang terpengaruh dengan
dakyah yang dibawa. Sehingga pada satu ketika dahulu Malaysia terkena tempias akibat
terpengaruh dengan revolusi yang dibawa iran pada tahun 1979 yang diasaskan oleh
Ayatullah Khomaini dalam menjatuhkan pemerintahan Shah Iran di Iran kerana palitan
skandal politik. (Sihbudi, 1989)

Syiah adalah satu mazhab yang menolak tiga khalifah al-Rasyidin yang awal dan
menganggap Saidina Ali bin Abi Talib sebagai pengganti Nabi Muhammad SAW yang sah.
(Pustaka, 2007). Dari segi bahasa perkataan syiah itu berasal dari perkataan yang membawa

3
maksud pengikut, penyokong, sekumpulan manusia yang menunjukkan persetujuan tentang
kepercayaan yang mereka terima atau tolak. (Mohamed Fairooz bin Mohamed Fatilah, 2016).
Perkataan syiah juga membawa maksud pengikut dan pembantunya sebagai contoh “syiah
Ali” bermaksud “pengikut dan penyokong Ali”. (Mas'od M. A., 2013) Seperti mana yang
diterbitkan di dalam petikan ayat al-Quran. Surah Maryam ayat 69.

Firman Allah SWT:

          

Maksudnya: Sesudah itu, sesungguhnya Kami akan cabut dari tiap-tiap golongan, mana-mana
yang sangat derhaka kepada al-Rahman (Allah SWT), diantara mereka.

2.1 Kemunculan Fahaman Syiah Zaman Sahabat


Sebelum kita pergi lebih jauh dalam meneliti penyebaran Syiah di Malaysia khususnya,
terlebih dahulu mari kita teliti akan sejarah kemunculan fahaman syiah di zaman para sahabat
atau lebih tepat dizaman selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Di waktu pemerintahan Khalifah Abu Bakar RA dan Khalifah Umar al-Khattab RA,
Islam berkembang dengan baik dan semakin sempurna. Akan tetapi trend perkembangan
Islam mulai jatuh selepas pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan RA iaitu khalifah ketiga
dan ditambah lagi isu-isu kepincangan semasa perlantikan Saidina Ali bin Abi Talib RA
sebagai Khalifah. Saidina Ali bin Abi Talib RA terpalit dengan fitnah sebagai penyembunyi
individu yang membunuh Khalifah Uthman bin Affan menyebabkan Saidina Muawiyyah
pada waktu itu enggan berbai‟ah dengan Saidina Ali bin Abi Talib RA. Ianya berlarutan
sehingga peperangan Siffin dan disinilah antara titik permulaan mereka yang menyokong
Saidina Ali bin Abi Talib, akibatnya muncul fahaman-fahaman fanatik yang bukan sahaja
syiah malah khawarij, Sabaiyyah, Mu‟tazilah, Murjiah dan sebagainya. Masing-masing
dengan doktrin pemikiran yang tiada asas. Malah sehingga mengkafirkan sahabat-sahabat
Rasulullah SAW. Hawa nafsu adalah asas kepada kerakusan hati mereka pada ketika ini dan
ditambah. (Mas'od M. A., 2013)

2.2 Penyebaran Fahaman Syiah di Malaysia


Penyebaran Ajaran syiah di Malaysia pada mulanya adalah bermula pada tahun 1979 yang
terkesan dengan kejayaan Rovolusi Khomeini di Iran yang menjatuhkan kerajaan Shah Iran

4
yang terpalit dengan skandal politik. Propaganda-propaganda yang disebarkan melalui
beberapa media massa iaitu bahan cetak, akhbar dan orang perseorangan. Ia bukan sahaja
dapat menarik minat orang awam malah ajaran ini mempengaruhi ahli akademik di universiti-
universiti awam Malaysia.
Antara negeri-negeri di Malaysia yang telibat dalam fahaman syiah ini adalah negeri-
negeri di Semenanjung Malaysia seperti Kedah, Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan
dan Selangor. Di Malaysia juga syiah terpecah kepada beberapa mazhab iaitu Syiah Tayyibi
Bohra (Dawood Bohra), Syiah Ismailiah, Syiah Jaafariah atau Imamiyyah Ithna Asyarah dan
Syiah Ansar Imam al-Mahdi.
Doktrin yang dibawa dalam penyebaran ajaran ini di Malaysia adalah menolak hadis
yang diriwayatkan oleh ulama Ahli Sunnah sekalipun hadith itu mutawattir. Syiah juga
meletakkan di dalam rukun Islamnya akan pengiktirafan Imamah sebagai salah satu dari
rukun. Mereka juga membolehkan penghinaan kepada isteri-isteri Nabi Muhammad SAW
dan fitnah kepada para sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Aishah, Hafsah
dan Muawiyyah. (Ahmad, 2016)

2.2 Tokoh-tokoh dan Karya Syiah


Tokoh utama dalam mengasaskan syiah ini adalah tidak lain dan tidak bukan orang pertama
yang bergelar Saba‟iyyah iaitu Abdullah bin Saba‟. Seorang yahudi yang telah memeluk
Islam. Kemunculan Saba‟iyyah ini diperakui oleh para ulama syiah sendiri. Golongan ini
memperakui Saidina Ali adalah imam selepas nabi dan ia merupakan satu kewajipan untuk
menggantikan tampuk kepimpinan selepas kewafatan Rasulullah SAW dan ia adalah
kewajipan dari Allah SWT. Ditambah lagi dengan fitnah ke atas Khalifah Abu Bakar, Umar
dan Uthman dengan zaman al-Fitnah al-Kubra iaitu Zaman Fitnah Terbesar yang dipelopori
oleh Abdullah bin Saba‟. Saidina Ali bin Abi Talib RA kemudian menangkapnya tentang dan
bertanyakan tentang perbuatannya itu kemudian Saidina Ali bin Abi Talib RA mengarahkan
untuk dia segera dibunuh. Maka merayu golongan puak Saba‟iyyah dengan berkata, “ Wahai
Amirul Mukminin! Adakah kamu mahu membunuh orang yang menyeru kepada
mencintaimu, Ahlul Bait, penguasaanmu dan berlepas diri daripada musuh-musuhmu?”.
Mendengar rayuan tersebut Saidina Ali bin Abi Talib RA memerintahkan untuk Abdullah bin
Saba‟ ini dibuang negeri. (Mas'od M. A., 2013)

Di Malaysia syiah merupakan gerakan yang bergerak dengan lantang pada asalnya
dan mulai memperlahankan rentaknya apabila kerajaan Malaysia memperkenalkan fatwa dan

5
undang-undang bagi menyekat kebebasan syiah di Malaysia. Akan tetapi mereka tetap
berusaha agar fahaman mereka dapat disebarkan melalui bahan cetak, ceramah-ceramah
tertutup, perjumpaan rahsia dan sebagainya. Tidak kurang dengan dakyah disampaikan
melalui internet. Melihatkan kepada pergolakan yang berlaku pada negara-negara yang
mempunyai kepercayaan 2 mazhab besar seperti syiah dan sunni di negara Iran, Iraq, Lubnan
dan sebagainya. Malaysia menjalankan langkah proaktif bagi mengekang ajaran ini dari terus
disebarkan kerana jika tidak dibendung ajaran syiah ini akan mendomenasi fahaman Ahli
Sunnah Wal Jamaah di Malaysia.
Kita dikejutkan dengan satu laporan akhbar Sinar Harian iaitu “Ketua Dakwa Ahli
Syiah Cecah Sejuta” pada 22 Julai 2013 antara lain yang dilaporkan adalah Ketua Kumpulan
Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa pengikut dianggarkan mencecah
antara 300,000 hingga sejuta orang. (Bakar, 2013). Kemunculan berita ini menggambarkan
organisasi syiah di Malaysia bergerak sangat aktif sehingga mereka berani membuat
kenyataan akhbar bagi menzahirkan akidah mereka di khalayak ramai. Mohd Kamil Zuhairi
Abd Aziz adalah individu yang menjadi tulang belakang di dalam penyebaran syiah di
Malaysia. Sehinggakan media seperti laman youtube yang tidak ada sekatan kepada puak-
puak syiah ini memaparkan kehidupan sehari-hari sedikit sebanyak akan menarik minat
golongan muda untuk menjadi pengikut ajaran ini.

Karya adalah satu buku pegangan yang menjadi panduan kepada perkara yang dianuti
oleh satu-satu fahaman. Begitu juga kepada syiah yang mempunyai beberapa kitab muktabar
yang menjadi tunjang kepada fahaman ini.

“Abdul Husein Syarafuddin: Kitab terbaik yang pernah dikumpulkan diantara empat
kitab yang merupakan rujukan utama syiah dalam hal Usul dan Furu‟, dari sejak
generais awal hingga zaman ini iaitu Kitab al-Kafi, Kitab al-Tahzib, Kitab al-
Istibshar, Kitab Man La Tadhuruhu al-Faqih. Dan ini semua mutawattir dan isi
kandungannya dijamin akan kesahihannya. Dan Kitab al-Kafi terkehadapan, terbesar,
terbaik dan tertinggi”. (Somad, 2014)

Antara kitabnya adalah seperti berikut:


a) al-Kafi fi Ilm al-Hadith oleh Ja‟far al-Kulaini (329 Hijrah)
Nama sebenar penulis adalah Abu Ja‟afar Muhammad bin Ya‟qub bin Ishaq al-Kulaini.
Dilahirkan di perkampungan Kulaini, 38 Kilometer dari Bandar Ray, Selatan Tehran, Iran.

6
Meninggal dunia pada Syaaban 329 Hijrah di Baghdad, Iraq. Kitab ini terdiri dari tiga iaitu
Usul al-Kafi berkaitan dengan aqidah, Furu‟ al-Kafi berkaitan dengan Fiqh dan Raudhah al-
Kafi berkaitan dengan khutbah-khutbah Ahli Bait, surat-surat para imam dan akhlak. (Somad,
2014)

b) Man La Yahduruh al-Fiqih oleh Ibn Babawayh al-Saduq al-Qummi (381 Hijrah)
Nama sebenar penulis adalah Abu Ja‟far Muhammad ibn „ali ibn Babawaih al-Qumi,
dilahirkan di Qom, Khurosan. Meninggal dunia pada 380 Hijrah. Kitab ini mengumpulkan
hadith-hadith tentang pengamal fiqh di dalam syiah.

c) Tahzib al-ahkam fi Sharh al-Muqni‟a oleh Abu Ja‟far al-tusi (460 Hijrah)
Nama sebenar penulis adalah Abu Jaafar Muhammad Ibn Hassan al-Tusi. Dilahirkan pada
385 Hijrah di Tus, Iran. Meninggal dunia pada 22 Muharram 460 Hijrah. Beliau pernah
belajar di Baghdad. Antara guru-guru nya adalah Syeikh al Mufid, al-Syarif al-Murtada dan
al-Syarif al-Radi. Beliau juga mempunyai penulisan lain iaitu Rijal al-Tusi, Talkis al-Syafi‟,
Tafsir al-Tibyan, Kitab al-Gaybah, Amali al-Tusi, Maqtal al-Imam al-Husayn dan al-Fihrisat.
(Millah, 2009)

Al-Tahzib mengandingi 10 Juz atau pembahagian di mana di dalamnya terdapat bab-


bab penting seperti di dalam kitab sunni seperti al-Taharah, al-Solah, al-Hajj, al-Washoya, al-
Hudud dan banyak lagi. Kitab al-Tahzib ini mengandungi 13,987 hadith. Kitab ini banyak
menyandarkan pendapat kepada seseorang yang digelar sebagai al-Tusi dengan penggunaan
ganti nama “al-Syaikh”. (Kadafi, 2009)

d) al-Istibsar fi ma Ikhtilaf min al-Akhbar oleh Abu Ja‟far al-Tusi (460 Hijrah)
al-Istibsar ini adalah kitab hadith ringkasan dari Tahyib al-Ahkam. Kitab ini menghimpunkan
hadith-hadith berkaitan dengan fiqh pengamalan di dalam syiah. Mempunyai 4 juz atau
bahagian yang dimulakan dengan bab Taharah (Kebersihan) dan diakhiri dengan bab Diyat.
Ia mempunyai 5559 hadith. (Millah, 2009)

7
3.0 PEGANGAN FAHAMAN SYIAH
Perlu difahami akan fahaman syiah ini terkeluar dari akidah Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah
jika diperhalusi dengan memperlihatkan kepada fatwa yang dikeluarkan sebagai contoh
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka membuat keputusan pada 16 Julai 1997 yang
diwartakan pada 24 Julai 1997. Fatwa ini menjelaskan beberapa fahaman yang jelas
bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah:

a) Syiah menolak hadtih yang tidak diriwayatkan oleh Ahlul Bait, sedangkan Ahlul
Sunnah Wal Jamaah tidak membezakan asal sahaja hadith tersebut memenuhi syarat
ilmu mustalah hadtih.

b) Syiah melihat “imam” itu adalah ma‟sum, sedangkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah
melihatnya sebagai manusia biasa yang tidak terlepas daripada berbuat kesalahan dan
dosa.

c) Syiah tidak mengakui Ijma‟ tanpa adanya “imam”, sedangkan Ahlus Sunnah Wal
Jamaah mengakui Ijma‟ tanpa mensyaratkan adanya “imam”.

d) Syiah pada umumnya tidak mengakui kekhalifahan Abu Bakar al-Siddiq RA, Umar
al-Khattab RA dan Uthman bin Affan RA sedangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah
mengakui kesemua empat Khulafa‟ al-Rasyidin.

Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang juga mengeluarkan fatwa pada 16 Januari 1997 tentang
percanggahan dan penyelewengan akidah syiah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Percanggahan tersebut adalah berkisar tentang isu-isu berikut:
a) Khalifah diwasiatkan secara nas.
b) Imam adalah ma‟sum.
c) al-Bada‟ iaitu ilmu Allah SWT berubah-bah mengikut sesuatu peristiwa yang
berlaku kepada manusia.
d) Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk
memberikan keadilan (al-Raj‟ah).
e) Berpura-pura (al-Taqiyyah)
f) Muhammad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi al-Muntazar.
g) Saidina Ali disamaratakan dengan Allah SWT.

8
h) Menghalalkan nikah Mut‟ah.
Manakala Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor juga telah mengeluarkan fatwa yang sama
tentang fahaman syiah yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Percanggahan ini adalah berkait rapat dengan elemen-elemen berikut:
a) Mempercayai bahawa Imam adalah ma‟sum.
b) Mempercayai kemunculan Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Imam Mahdi
bersama kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.
c) Mempercayai hanya Saidina Ali bin Abi Talib RA sahaja yang menghimpun al-
Quran dengan sempurna dan menolak al-Quran yang disusun oleh para sahabat nabi
serta mempercayaai bahawa al-Quran mengandungi tujuh belas ribu aat kerana
berlakunya penyelewengan melalui pengurangan atau penambahan ayat-ayat al-
Quran.
d) Mengamalkan prinsip al-Taqiyyah iaitu menyembunyikan hakikat akidah,
kepercayaan dan amalan yang menjadi pegangan serta perbuatan yang ingin
dilakukan.
e) Saidina Ali bin Abi Talib RA disamarakatakan dengan Allah SWT.

3.1 Penolakan Hadith


Syiah secara jelas langsung tidak menerima hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal
Jamaah sekalipun hadith itu pada taraf mutawattir. Mereka hanya mengambil hadith yang
disandakarkan kepada Ahlul Bait sahaja. Ini dibuktikan lagi dengan pembuktian yang
dikemukakan seperti berikut:

“Di antaranya bahawa Syiah tidak mengiktiraf sunnah (hadith-hadith nabi) kecuali
hadith yang sah disisi mereka ialah hadith yang diriwayatkan daripada Ahli Bait
daripada datuk mereka iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Ja‟far al-Sadiq
daripada bapanya al-Baqir daripada bapanya Zainal Abidin daripada al-Husain al-
Sibti daripada bapanya Ali Amirul Mukminin daripada Rasulullah SAW. (Allah
meredai mereka semua).” (Mas'od M. A.)

Fahaman ini juga menolak secara jelas hadith-hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat
termasuklah Khulafa‟ al-Rasyidin kecuali Saidina Ali bin Abi Talib. Antara sahabat yang
dinafikan oleh fahaman ini dinukilkan di dalam kitab Aslu al-Syiah Wa Usuluha oleh
Muhammad Husain Ali Khasif al-Ghita‟ halaman 149:

9
“Adapun hadith yang diriwayatkan umpamanya oleh Abu Hurairah, Samurah Ibnu
Jundub, Marwan bin al-Hakam, Umran bin Hattan al-Khariji, Amru bin al-Ars dan
orang-orang yang seperti mereka, mereka ini tidak diiktiraf walaupun sekadar seekor
nyamuk dan perkara ini sudah diketahui ramai tanpa perlu disebut-sebut. Majoriti
Sunnah telah mengecam mereka dan menunjukkan kesalahan-kesalahan mereka yang
buruk ini.” (Mas'od M. A.)

3.2 Kema’suman Imam-Imam Syiah


Pengakuan kema‟suman imam-imam yang mengetuai ajaran syiah ini terutamanya imam 12
iaitu
1. Imam Ali bin Abi Talib
2. Imam Hassan bin Ali
3. Imam Husain bil Ali
4. Imam Ali Zainul Abidin bin Husain (as-Sajjad)
5. Imam Muhammad bin Ali (al-Baqir)
6. Imam Ja‟far bin Muhammad (al-Sadiq)
7. Imam Musa bin Ja‟far (al-Kazhim)
8. Imam Ali bin Musa (al-Ridha)
9. Imam Muhammad bin Ali (al-Jawad al-Taqi)
10. Imam Ali bin Muhammad (al-Hadi al-Naqi)
11. Imam Hasan bin Ali (al-Askari)
12. Imam muhammad bin Hassan (al-Mahdi al-Muntadzar)

“Mereka adalah Ahlul Bait yang telah diangkat oleh Nabi SAW atas dasar perintah Allah
SWT sebagai pemimpin bagi umat Islam. Demikian itu kerana mereka maksum dan suci dari
kesalahan dosa dan kerana keluasan ilmu yang mereka warisi dari datuk mereka. Dan Nabi
SAW memerintahkan umat Islam untuk mencintai dan mengikut mereka.”. (AhlulBait)

Ini adalah beberapa pengakuan yang dinukilkan doleh beberapa penulisan dari pengikut
syiah. Imam 12 atau ketua mereka dikira ma‟sum dan sehingga melebihi pada menyamakan
kemaksuman tersebut kepada Allah SWT. Pada bab imam yang ma‟sum ini juga kita
sorotkan beberapa nukilan dari kitab buktabar mereka iaitu al-Kafi iaitu:

10
“ Bab: Para Imam „Alaimussalam mengetahui apa yang telah terjadi, apa yang sedang
dan akan terjadi, tidak ada yang tersembunyi bagi para imam walau sedikitpun.”

“Dari Abu Abdillah (al-Hussein) „Alaihissalam ia berkata, Sesungguhnya aku


mengetahui apa yang ada di langit, apa yang ada di bumi, aku mengetahui apa yang
terjadi, apa yang sedang dan akan terjadi”

Al-Kulaini memuatkan lagi di dalam al-Kafi iaitu:


“Dari Abu Bashir, dari Abu Abdillah (al-Hussein) „Alaihissalam, ia berkata “ Apakah
engkau tidak mengetahui bahawa dunia dan akhirat milik imam, ia meletakkan kepada
siapa yang ia kehendaki dan menyerahkannya kepada seiapa yang ia kehendaki”
(Somad, 2014)

Melihat kepada kenyataan yang diberikan oleh al-Kulaini ini adalah menunjukkan hadith
yang ditulis adalah untuk menaikkan semangat fanatik kepada imam yang dikatakan ma‟sum.
Kenyataan ini juga meletakkan taraf imam mereka melebihi Allah SWT kerana langit dan
bumi adalah milik Kerajaan Allah SWT semata. Kita hanya diamanahkan oleh Allah SWT
menjadi khalifah yang dipertanggungjawabkan untuk menjaganye menerusi ayat al-Quran
Surah al-Hadid ayat 2 :

             

Maksudnya: Dialah (Allah SWT) sahaja yang menguasai dan memiliki langir dan bumi, Ia
menghidupkan dan mematikan dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

3.3 Penghinaan terhadap Sahabat


Golongan syiah Rafidhah adalah golongan dan lantang menghina para sahabat Rasulullah
SAW. Mereka meletakkan zikir penghinaan ini sebagai satu galakkan dan dianjurkan sejurus
selepas solat. Mereka juga meletakkan kecintaan kepada Saidina Ali bin Abi Talib RA.
Kebencian teradap Khalifah Abu Bakar diterjemahkan di dalam al-Kafi yang bermaksud:
“ Setelah Rasulullah SAW waafat, ketika itu terjadi baiah terhadap Saidina Abu
Bakar di Saqifah Bani Sa’idah, setelah Abu Bakar sampai ke Masjid Nabawi, ia naik
ke mimbar Rasulullah SAW, orang banyak mulai membaiahnya, Salman al-Farisi
melihat suasana itu, lalu ia pergi kepada Ali, ia menyampaikan berita itu, ali

11
bertanya kepada Salman , Tahukah engkau siapa yang pertama kali membaiah Abu
Bakar dan meletakkan tangannya ke tangan Abu Bakar?, Salman menjawab Tidak,
saya tidak kenal lelaki itu, akan tetapi saya melihat ada lelaki tua bertongkat, di
keningnya ada bekas sujud, dialah orang tua yang pertama kali maju kepada Abu
Bakar, ia menangis dan berkata. Hulurkanlah tanganmu. Lalu Abu Bakar
menghulurkan tangannya. Lalu orang tua itu berbaiah kepadanya. Ali bertanya,
apakah engkau kenal orang itu?Salman menjawab, Saya tidak tahu. Ali berkata,
itulah iblis laknatullah” (Somad, 2014)

Mengkafirkan para sahabat juga menjadi amalan pada fahaman ini,


“Kebanyakkan sahabat adalah munafik, tetapi cahaja nifaq tersembunyi di zaman
nabi. Tetapi apabila wafat Nabi SAW ternyatalah cahaya nifaq itu melalui wasiat
Nabi SAW dan mereka kembali murtad.” (al-Majlisi, 1983)

Al-Kulaini meriwayatkan bahawa:


“ Dari Muhammad al-Baqir a.s katanya, para sahabat telah murtad sepeninggalan
Rasulullah SAW kecuali 3 orang dari mereka. Aku bertanya (kata perawi), siapakah
yang tiga itu. Abu Jaafar menjawab, Miqdad bin al-Aswadi, Abu Zar al-Ghifari dan
Salman al-Farisi.” (al-Kulaini, 1999)
Tidak dinafikan lagi keimanan mereka kepada penganjuran penghinaan sahabat adalah pokok
kepada akidah mereka. Mereka mengaitkan perbalahan semasa isu perlantikan Saidina Abu
Bakar RA menjadi Khalifah Islam yang pertama sebagai satu penyelewengan kepada Saidina
Ali RA yang dikatakan sepatutnya memimpin umat Islam. Isu ini berlarutan sehingga kepada
ketaksuban walaupun Saidina Ali RA berbaiah kepada Saidina Abu Bakar. Perbezaan antara
Ahli Sunnah Wal Jamaah bukan pada masalah furu‟. Akan tetapi dalam masalah usul. Yang
dapat mengeluarkan seseorang itu dari kerangka Islam.

3.4 Penolakan Ijma’ Ulama


Daripada penelitian pada fatwa-fatwa yang dikeluarkan negeri-negeri di Malaysia. Rata-rata
meletakkan penolakan ijma‟ oleh ajaran syiah ini. Buktinya mereka meolak perlantikan
Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka memegang secara bersungguh-
sungguh pendapat-pendapat yang dikeluarkan oleh imam-imam mereka, bagi mereka ijma‟
boleh mengandungi kesalahan sedangkan imam mereka adalah ma‟sum. Ianya dinukilkan di

12
dalam Kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Thna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam
Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi pada halaman 51:
“ Adapun ijma‟ ia juga batil, kerana ia merupakan hujah yang tidak ada asalnya.
Bahkan ini disebabkan kata-kata imam ma‟sum terkandung di dalamnya. Perkara ini
adalah berdasarkan kata-kata imam ma‟sum dan bukannya ke atas ijma‟ itu sendiri.”

Kesan daripada ini mereka menafikan terus kekhalifahan Saidina Abu Bakar RA, Saidina
Umar al-Khattab RA dan Saidina Uthman al-Affan RA sedangkan Saidina Ali
mempersetujuinya.

4.0 PERBANDINGAN SYIAH DAN AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH

4.1 Penerimaan Hadith Oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah


Hadith adalah satu instrumen utama dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Malah disiplin hadith
sangat ketat menyebabkan hadith-hadith yang mempunyai sedikit sahaja keraguan akan
dibuang atau tahap hadith tersebut tidak mencapai sebagai hadith yang boleh dijadikan hujah.
Ini berlainan dengan fahaman syiah, meletakkan hadith yang tidak disandarkan
kepada Ahlul Bait akan dibuang atau tidak diterima langsung. Apabila diteliti jika
penerimaan mereka kepada hadith-hadith para sahabat, maka ia akan menafikan terus
keberadaan ajaran syiah ini. Penolakan hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat selain
Ahlul Bait adalah salah satu akidah dari akidah syiah. Malah hendaklah diketahui bahawa
syiah bukanlah dari kalangan al-Jamaah seperti yang dinukilkan di dalam Hadith Rasulullah
SAW. Daripada Muawiyyah bin Abi Sufyan Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya
satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh akan masuk neraka.
Umat Nasrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh
puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk
syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah
belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk
syurga dan tujuh puluh dua akan masuk neraka. Sahabat bertanya “Golongan mana
yang selamat?” Nabi SAW menjawab “Mereka adalah jemaah” (HR Ibnu Majah)

13
Di Malaysia umumnya hadith dibincangkan dengan penuh disiplin dan banyak kritikan yang
menjadikan hadith sebagai satu perbincangan hangat hatta di peringkat kajian mahupun
pentas perdebatan. Hadith-hadith yang dinukilkan dari dalam kitab-kitab muktabar syiah juga
diperhalusi dan di dapati hadith yang dikumpulkan masih penuh dengan perawi-perawi palsu
dan kebanyakan hadith diriwayatkan mempunyai periwayatan aneh. (Somad, 2014)

4.2 Kema’suman Imam-Imam Syiah Adalah Sebuah Ketaksuban.


Firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 40:

                

 

Maksudnya: “ Nabi Muhammad SAW itu bukanlah bapa bagi seseorang dari orang lelaki
kamu, tetapi dan dia adalah Rasul Allah penutup segala nabi-nabi.”

Ma‟sum adalah terhindar dari kesilapan dan perbuatan dosa adalah dakwaan daripada ajaran
syiah ini bahawa imam-imam mereka. Kedudukan mereka adalah tidak melakukan sebarang
kesalahan dan tidak lupa. Ditambah teruk lagi apabila imam-imam mereka disamatarafkan
dengan Nabi. (Mas'od M. A.) Perkara dijelaskan oleh Syeikh Mufid, salah seorang tokoh
syiah di dalam Kitab Awail al-Maqalat yang dipetik oleh Muhammad Jawad Mughniah di
dalam kitab al-Syiah Fi al-Mizan.

“Ismah ialah suatu kekuatan yang menghalang tuannya daripada melakukan maksiat
dan kesalahan, dimana ia tidak boleh meninggalkan yang wajib dan tidak boleh
melakukan yang haram sekalipun ia mampu untuk berbuat demikian, jika tidak
bersifat demikian secaya ia tidak berhak mendapat pujian dan balasan.”

Firman Allah SWT dalam surah al-Najm ayat 3-4:

          

14
Maksudnya: “Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam)
menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada al-
Qur‟an dan Hadith) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”

Di dalam akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ma‟sum adalah berkaitan dengan hal Nabi dan
Rasul sahaja tidak ada kaitan langsung dengan individu yang diangkat oleh orang ramai atau
masyarakat. Ia meliputi sahabat, para tabi‟in dan tabi‟ tabi‟in mahupun orang biasa. Dalam
isu ini kema‟suman yang dilebelkan kepada imam-imam syiah langsung tidak ada kaitan
dengan hal tidak berbuat dosa atau kesalahan. Ia hanya ketaksuban yang melampau puak-
puak ajaran syiah ini bagi mengangkat martabat imam-imam mereka sampai ketahap nabi dan
rasul. Kesan daripada itu segala apa yang disampaikan mereka terus di ambil bulat-bulat dan
di tafsir mengikut hawa selera dan kepentingan masing-masing. Maka terwujudlah dari
akidah salah ini kecelaruan akidah dan fiqh amalan seharian. Ini dibuktikan dengan bukti
yang dinukilkan dari Minhaj al-Solihin Jilid 3 halaman 82 mengatakan bahawa:

“Ayatullah Ali al-Sistani, Masalah 260, Adapun setelah menikah maka tidak
dianjurkan bertanya tentang statusnya. Mengetahui status seseorang wanita dalam
nikah mut‟ah bukanlah syarat sahnya nikah mut‟ah.”

Sebenarnya ini adalah diantara fakta yang diberikan oleh ajaran syiah itu sendiri dan ini di
bawah bab nikah mut‟ah. Nikah Mut‟ah adalah nikah yang tidak melibatkan wali. Tanpa
persetujuan wali nikah boleh dijalankan mengikut kontrak masa yang ditetapkan dengan
mahar yang dijelaskan di dalam akad. Bagi seorang lelaki yang berhidung belang ini adalah
peluang untuk bernikah secara kontrak ini. Bagi perempuan ia adalah satu penganiayaan
kepada jantina mereka. Walaupun ia adalah satu akad persetujuan akan tetapi ia
menggambarkan perempuan itu tidak ubah sebagai seorang pelacur.

Ini adalah kecelaruan yang berlaku apabila kema‟suman yang diberikan kepada
imam-imam. Menjadikan mereka mengeluarkan fatwa-fatwa atau hukum-hukum yang keluar
dari batasan manusia normal. Ia adalah lautan peluang kemungkaran yang bakal dijelmakan
tanpa menghiraukan Maqasid Syar‟iyyah yang menjaga keturunan yang diamalkan oleh Ahli
Sunnah Wal Jamaah di Malaysia dan dunia.

15
4.3 Sahabat Rasulullah SAW Bukan Bahan Cacian dan Makian
Diantara cacian yang dinukilkan adalah di dalam kitab Tuhfah al-Awam Maqbul oleh al-Syed Manzur
Husain hal. 330 dan di dalam kitab al-Tafsir oleh Abu al-Nadhar Muhammad bin Masud bin lyasy al-
Salami al-Samarqandi terkenal dengan panggilan Ibn al-Iyasyi halaman 116 meriwayatkan:
“Daripada Abu Hamzah al-Thumali, beliau bertanya kepada Abu Jafar a.s, aku bertanya lagi,
Siapakah musuh-musuh Allah, semoga Allah memberi kebaikan kepada engkau. Ia
menjawab, Empat berhala. Ia bertanya lagi. Siapa empat berhala itu? Ia menjawab, Abu
Fusail (Abu Bakar) Rama' (Umar) Na‟thal (Uthman) dan Muawiyah dan sesiapa yang
menganut agama mereka dan memusuhi kesemua mereka ini, maka sesungguhnya ia telah
memusuhi musuh-musuh Allah."

Firman Allah yang bermaksud:


"Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari
orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka
dengan kebaikan (iman dan taat). Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia
serta la menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, mereka kekal di dalamnya selamanya, itulah kemenangan yang besar". (Surah al-
Taubah ayat 100)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:


“Daripada Abu Hurairah r.a katanya; Rasulullah SAW. bersabda: "Jangan kamu mencaci
sahabat-sahabatku, demi Allah yang nyawaku berada dalam kekuasaanNya, sekiranya
seseorang kamu membelanjakan emas sebesar bukit Uhud (maka perbelanjaan itu tidak dapat
menyamai) secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh para sahabat ". (Riwayat
alBukhari dan Muslim)”

Rasulullah Saw bersabda:


“Janganlah kalian mencaci maki sahabatku, sebab di akhir zaman nanti akan datang
suatu kaum yang mencela para sahabatku. Maka janganlah kalian laksanakan solat
jenazah untuk mereka dan janganlah shalat bersama mereka.Janganlah kamu
menikahi mereka dan janganlah duduk-duduk bersama mereka.Jika sakit, janganlah
kalian me njenguk mereka”

Jika dilihat kepada lain-lain agama dan berfikir secara rasional. Agama dan fahaman di atas
muka bumi ini mengajarkan perkara yang positif dan baik. Tetapi tidak bagi fahaman syiah
ini. Meletakkan amalan negatif sebagai satu amalan yang baik. Cacian dan makian ia adalah

16
satu perbuatan negatif yang dihalalkan malah digalakkan di dalam majlis-majlis ajaran syiah.
Apakah kita semua mahu terjebak dengan ajaran yang meletakkan amalan negatif ini sebagai
acuan utama agama. Semestinya tidak. Begitu juga Ahli Sunnah Wal Jamaah. Al-Jama‟ah di
dalam hadith yang pertama di dalam penulisan ini disifatkan oleh Rasulullah SAW satu
golongan yang bersepakat keatas perkara yang baik dan mendatangkan kebaikan kepada
orang ramai. Mereka tidak bersepakat kepada sesuatu yang merosakkan masyarakat.
Di Malaysia perbuatan caci mencaci dan program mencaci para sahabat memag tidak
kelihatan kerana keketatan undang-undang yang melarang pengamalan majlis-majlis
seumpama mencaci para sahabat. Akan tetapi aktiviti ini dapat dilihat pada pengamalan syiah
di luar negara contohnya Iran, Iraq dan Syria.

4.4 Penerimaan Ijma’


Ijma adalah satu sumber yang diterimapakai selepas sumber utama Islam iaitu al-Quran dan
hadith. Akan tetapi penolakan ijma‟ oleh fahaman syiah meletakkan ia adalah satu fahaman
yang mempunyai sumbernya direka-reka. Walaupun begitu Ahli Sunnah Wal Jamaah
menjawab akan penolakan ijma‟ itu dengan hujah penolakan ijma‟ sebelum ini.

Pada zaman Abu Bakar RA selepas kewafatan Rasulullah SAW terdapat 3 golongan.
Golongan yang pertama golongan yang menyokong Imamah Ali, kedua golongan yang
menyokong Imamah Abu Bakar RA dan yang ketiga golongan yang menyokong Imamah al-
Abbas. Apabila Saidina Ali sendiri dan Saidina al-Abbas sendiri memberi baiah kepada
Saidina Abu Bakar RA maka sahlah kepimpinan Saidina Abu Bakar RA. (Hamat, 2015)

“Kalaupun ada golongan yang bertawaqquf seketika pada peringkat awal perlantikan
Abu Bakar, namun akhirnya mereka berbaiah kepada Khalifah Abu Bakar RA dan
sanggup menuruti arahannya serta menyebut panggilan, “Wahai Khalifah Rasulullah
SAW”. Apabila semua orang berbaiah dan patuh kepadanya maka ia sudah menjadi
ijma‟ dan tidak mungkin ummah berijmak atas perkara yang salah, tidak harus ada
yang mendakwa dari aspek batinnya atau yang tersembunyi dalam hati sanubari
Saidina Ali bin Abi Talib dan Saidina Abbas adalah lain daripada apa yang
dizahirkannya”. (Al-Ash'ari, 2000)

17
Dan perlu kita ketahui wajib diputuskan bahawa kekhalifahan Abu Bakar RA adalah
berdasarkan baiah terhadapnya daripada orang-orang Islam dan baiah kaum Muhajirin, baiah
kaum Ansar. Umat Islam juga bukan sahaja berijma‟ ketika perlantikan Khalifah Abu Bakar
RA sahaja malah berijma‟ semasa perlantikan 3 orang khalifah selepas itu. Firman Allah
SWT di dalam surah al-Nisa ayat 59:

               

              

Maksudya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka
hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Qur‟an) dan (Sunnah)
Rasulnya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah
lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya"

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT tidak menyetujui umatku
atau umat Nabi Muhammad bersepakat di atas kesesatan". (Riwayat al-Tirmizi)

Di Malaysia umumnya sebagai contoh yang dekat adalah hukum sewa bilik dalam rumah
yang turut dihuni oleh wanita yang bukan mahram. Hukum ini disepakati pengharaman yang
ijma‟ yang disepakati. (Noor, 2017)

18
5.0 KESIMPULAN

Syiah adalah satu fahaman yang sesungguhnya terkeluar dari kerangka Islam. Bukan sahaja
di Malaysia malah diseluruh dunia. Ia bukan sahaja melangkaui akidah malah melangkaui
pemikiran logik manusia. Sememangnya ia patut dihalang dari diamalkan walaupun syiah ini
menukar apa sahaja tetap doktrinya tidak dibenarkan berlangsung di muka bumi Malaysia
khususnya dan di muka bumi amnya. Peranan kerajaan dalam bertanggungjawab menangai
segala bentuk percubaan penyebaran patut disokong masyarakat. Supaya negara Malaysia
sentiasa dinaungi oleh akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Jika dilihat kerosakan akidah ini bermula dari sejarah kemunculan syiah itu sendiri.
Bagaikan menangguk di air yang keruh, mereka sememangnya menantikan peluang yang
terhidang dikala perbalahan diantara Ahli Sunnah Wal Jamaah itu berlaku seperti isu
perbalahan perlantikan Saidina Abu Bakar RA sebagai khalifah.
Umat Islam juga seharusnya berhati-hati dengan doktrin dan pengamalan syiah itu
sendiri supaya maklumat dapat disalurkan kepada agensi penguatkuasaan yang sepatutnya.
Mengambil tahu akan cara ibadah syiah atau mengetahui akidah syiah itu lebih penting
supaya dapat dikekang dari awal walaupun baru terniat untuk berjinak-jinak dengan syiah itu
sendiri.
Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah intipati daripada gabungan mazhab yang mengakui
al-Quran dan hadith sebagai rujukan utama dan sumber-sumber yang diperakui sebagai jalan
pengambilan hukum yang lain seperti ijma‟, qias, istihsan, sad al-zarai‟ dan sebagainya. Perlu
diingati bahawa al-Jamaah adalah bersatu atau bersepakat di dalam manfaat kepada semua
ummah. Bukan bersepakat untuk kepentingan peribadi mahu kesenangan dunia semata.
Malaysia seharusnya mempertahankan akidah yang sedang diamalkan dan jangan dibiarkan
mazhab yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah bukan sahaja syiah malah ajaran-
ajaran lain.

19
6.0 RUJUKAN

AhlulBait, a.-M. a.-'. (t.t). Akidah Syiah (12 Imam). Didapatkan dari www.islamic-sources.com:
http://www.id.islamic-sources.com/download/AQAYID%20ALSHIA%206.10.1385.pdf

Ahmad, M. F. (2016). Tahap Pengetahuan Belia Islam Terhadap Kefahaman dan Amalan Ajaran
Syiah : Satu Kajian di Negeri Selangor. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah , 220.

Al-Ash'ari, A. a.-H. (2000). al-Luma' Fi al-Radd 'ala al-Ziyagh wa al-Bida'. Beirut: Dar al-Kutub al-
'Ilmiyyah .

al-Kulaini, M. i. (1999). Raudhah al-Kafi. Qom: Dar al-Hadith.

al-Majlisi, M. B. (1983). Bihar al-Anwar. Dalam Jilid 27 (hlm. Halaman 64). Beirut: Mu'assasat al-
Wafa.

Bakar, S. N. (2013, Julai 22). Sinar Harian Online. Didapatkan dari Akhbar Sinar Harian:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/ketua-dakwa-ahli-syiah-cecah-sejuta-1.185196

Hamat, M. F. (2015). Asha'irah Sebagai Rujukan Dalam Fatwa Syiah di Malaysia. Seminar Serantau
Sumbangan Ulama Asha'irah dan Maturidiyyah Dalam Pemantapan Akidah Islamiah , 115.

Kadafi, M. Z. (2009). Kajian Atas Kitab Tahzib al-Ahkam Karya al-Tusi. Jurnal Studi Ilmu-Ilmu
al_quran dan Hadith Vol.10 No.2 , 267.

Mas'od, M. A. (t.t). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. Didapatkan dari www.islam.gov.my:
http://ipham.islam.gov.my/images/rujukan/Kepincangan_dan_Penolakan_Terhadap_Fahaman_Syiah.
pdf

Mas'od, M. A. (2013). Soal Jawab Isu Syiah di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia JAKIM.

Millah, M. (2009). Mengenal Kitab al-Istibsar Karya al-Tusi. Jurnal Studi Ilmu-Ilmu al-Quran dan
Hadis Vol.10, No.2 , 281.

Mohamed Fairooz bin Mohamed Fatilah, M. F. (2016). Tahap Pengetahuan Belia Mengenai Gerakan
Syiah Melalui Pendidikan di Selangor. Jurnal Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Peradaban Islam ,
49.

Noor, U. M. (2017). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Didapatkan dari www.muftiwp.gov.my:


http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2192-al-kafi-670-hukum-sewa-bilik-dalam-
rumah-yang-turut-dihuni-wanita-bukan-mahram

Pustaka, D. B. (2007). Kamus Dewan. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sihbudi, M. (1989). Dinamika Revolusi Islam Iran: Dari Jatuhnya Syah Hingga Wafat Ayatullah
Khomaini. Jakarta: Pustaka Hidayah.

Somad, A. (2014). Mengenali Referesi . Jurnal Ushuluddin Vol.XXI No.1 , 1.

20
21

Anda mungkin juga menyukai