Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Pada pengajaran pada hari ini, murid-murid sangat teruja untuk belajar kerana mereka
ingin berlari menyerahkan baton. Alatan yang saya gunakan hari ini iaitu baton mencukupi untuk
4 kumpulan.

Dari segi pengurusan kelas pula, murid-murid memberikan kerjasama yang baik sewaktu
melakukan aktiviti. Mereka dapat mendengar arahan guru dengan baik walaupun ada segelintir
murid yang tidak menumpukan perhatian semasa guru memberi penerangan. Bagi murid-murid
yang bercakap semasa guru memberi arahan, saya telah melaksanakan pendekatan iaitu menyoal
kembali apa yang telah saya terangkan kepada murid tersebut. Saya juga mengambil pendekatan
dengan menempatkan murid yang bising di barisan hadapan supaya mereka tidak bercakap
sewaktu saya mengajar.

Kelemahan yang dapat saya kesan sewaktu mengajar sebentar tadi ialah saya kesuntukan
masa untuk mengajar murid-murid ini ansur maju cara menyerahkan baton kerana banyak masa
telah dihabiskan untuk menyusun kedudukan murid untuk menyerahkan dan menerima baton.

Kelebihan yang dapat saya lihat melalui pengajaran saya sebentar tadi ialah murid dapat
memahami arahan dengan baik kerana melalui pemerhatian saya, mereka dapat melakukan amali
pergerakan menerima dan menyerahkan baton dengan baik.

Secara keseluruhan, PnP menepati objektif yang telah saya tetapkan kerana di akhir
pengajaran murid-murid dapat menunjukkan cara menghantar baton sambil berlari dengan betul.

Anda mungkin juga menyukai