Anda di halaman 1dari 14

Komponen Kesusasteraan Melayu

Praktis PT3 Puisi Tradisional – Pantun Nasihat

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

1 Tanam balik buah peria, 5 Hangus bertih berwarna merah,


Buah peria mahal sekali; Mari dituang ke dalam kain;
Buat baik berpada-pada, Suami yang letih usah dimarah,
Buat jahat jangan sekali. Kelak terbang ke bunga lain.

2 Ketua-ketua raja duduk, 6 Anak Cina membawa surat,


Jangan ditimpa papan; Dari Perak langsung ke Deli;
Diketahui ganja itu mabuk, Hidup di dunia biar beradat,
Bagai panas mengandung hujan. Bahasa tidak dijual beli.

3 Meninjau berpadi masak, 7 Pisang kelat digonggong helang,


Batang kapas bertimbal jalan, Jatuh ke Lubuk Inderagiri;
Hati risau dibawa gelak, Jikalau berdagang ke rantau orang,
Apakah sebab maka dimakan. Baik-baik membawa diri.
4 Pulau di balik Pulau Gosong,
Pandan di Jawa diranggungkan;
Jangan kata terdorong-dorong,
Badan dan nyawa menanggungkan.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2)

(i) Berikan maksud rangkap pertama Pantun Nasihat.

(ii) Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam pantun tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu pandai menyesuaikan diri semasa berada di tempat
orang?

1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Malaysia  Ting. 2 KBSM  Komponen Kesusasteraan Melayu

Praktis PT3 Puisi Tradisional – Pantun Kasih Sayang

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

1 Buah mengkudu kusangka kandis, 4 Jalan-jalan sepanjang jalan,


Kandis terletak dalam puan; Singgah- menyinggah di pagar orang;
Gula madu kusangka manis, Pura-pura mencari ayam,
Manis lagi senyuman tuan. Ekor mata di anak orang.

2 Asap api di Tanjung Tuan, 5 Bila masa dipanggil maut,


Kuala Linggi bakaunya rendah; Cinta tidak berharga lagi;
Harap hati kepada tuan, Asam di darat ikan di laut,
Langit tinggi kupandang rendah. Sampai masa berjumpa lagi.

3 Anak udang meniti batang,


Berasa dahan terlampai;
Melihat bulan dipagar bintang,
Bagaikan rasa hendak dicapai.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,


Tingkatan 2)

(i) Berdasarkan rangkap pertama Pantun Kasih Sayang, apakah pentingnya senyuman kepada
seseorang?

(ii) Nyatakan dua unsur bunyi yang terdapat dalam pantun tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga akhlak kita semasa bergaul dengan orang
lain?

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2


Bahasa Malaysia  Ting. 2 KBSM  Komponen Kesusasteraan Melayu 

Praktis PT3 Sajak – Dalam Persekitaran Kata-kata


Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

“Dia mencipta manusia. Kata-kata yang berselerakan


Mengajarnya pandai berbicara.” langit, bumi, laut, gunung,
( Al-Quran, 55:3-4 ) awan, hujan dan pohon,
adalah persekitaran.
Engkau beri kami kata-kata Seperti kami memetik buah-buahan
dan akal untuk mengucapkannya. kami sunting istilah iman,
Kami pindahkan makna, daripada kitab-kitab silam,
dari tempat ke tempat, mentakrif tanda alam,
dari zaman ke zaman. dan menjernihkan tafsiran.

Engkau jadikan kami bangsa Kata-kata mengembangkan pengalaman,


berkulit sawo matang. terbentang di semesta alam,
Belayar di samudera jauh memaknakan kewujudan.
menjelajah pulau-pulau, dan berlabuh
di pantai-pantai semenanjung.
BAHA ZAIN
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2)

(i) Berdasarkan rangkap kedua sajak Dalam Persekitaran Kata-kata, apakah keistimewaan yang dimiliki
oleh bangsa penyajak?

(ii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan bahasa dalam sesebuah masyarakat?

3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Malaysia  Ting. 2 KBSM  Komponen Kesusasteraan Melayu

Praktis PT3 Sajak – Roti


Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Dari cerobong dapur Bagi pemilik iman di dada


asap berjelaga berkepul sendawa itu tidak sempurna
terkecur liur masih ada beban di bahu mereka
harum berbau juadah tersohor. warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.
Perut yang lapar
selera kian menggelepar Bila begitu selamanya
menanti roti dibakar kalimah syukur pun jelas tertera
rangup dan segar di hati sanubari warga dunia
terhidang seumpama permaidani terhampar. melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.
Kala roti di depan mata
nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera AHMAD SYAHRUL WAHID
perut pun kenyang terasa (Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah
tenang bersendawa. Bahasa, Tingkatan 2)

(i) Berdasarkan rangkap keempat sajak Roti, apakah yang dirasai oleh orang yang beriman selepas
mereka menikmati roti?

(ii) Nyatakan tiga nilai yang terdapat dalam sajak tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat membantu golongan miskin agar kehidupan mereka
terbela?

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4


Bahasa Malaysia  Ting. 2 KBSM  Komponen Kesusasteraan Melayu 

Praktis PT3 Sajak – Kucari Damai Di Sini


Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Kucari damai di sini


di tanah subur makmur dan merdeka
yang menyilau dan merdeka antara realiti dan mimpi
membebat perasaan kehidupan
dengan sejarah persaudaraan
mengikat naluri kemanusiaan.
Kucari damai di sini
cinta dan jati diri
bersemarak di laman sukma
dengan kasih sayang
bersemadi di naluri.
Di sini damainya badai
moga gemilang sepanjang zaman
menjadi catatan sejarah kebanggaan
untuk generasi masa depan.

A.HAMID JEMAIN
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2)


(i) Berdasarkan rangkap kedua sajak, mengapakah penyajak mencari damai di situ?

(ii) Huraikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas.

(iii) Sebagai rakyat Malaysia, apakah perkara yang membuatkan anda rasa bertuah menjadi rakyat
negara ini?

5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Malaysia  Ting. 2 KBSM  Komponen Kesusasteraan Melayu

Praktis PT3 Sajak – Pada Sekuntum Mawar


Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Sehelai kelopakmu gugur


adalah titis air mata bonda
yang luruh dalam lipatan usia.

Merenung pada malam yang kematian angin


pada laut yang kematian ombak
seperti telah menutup
pintu kehidupan ini
menjadi sepi dan lara
pada kemusnahan yang tak pernah dipinta.

Sekuntum mawar
bukan melontar harum indahmu
di hujung lembah
tapi mengangkat seri mahkotamu
ke puncak iman.

MAHWA MOHAMED
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2)

(i) Apakah maksud rangkap pertama sajak Pada Sekuntum Mawar?

(ii) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang perempuan itu perlu menjaga maruah dirinya?

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6


Bahasa Malaysia  Ting. 2 KBSM  Komponen Kesusasteraan Melayu 

Praktis PT3 Prosa Tradisional – Pelanduk Mengajar Memerang


Baca petikan prosa di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Hatta setelah didengar oleh Nabi Allah Sulaiman akan sembahan memerang kedua laki bini
itu, termenung seketika hairan akan kelakuan menterinya, Syah Alam di Rimba perbuat aniaya ke
atas rakyat tentera, tiada berpatutan sekali-kali itu. Baginda pun bertitah kepada unggas belatuk
menyuruh memanggil Syah Alam di Rimba. Belatuk pun menyembah lalu segera terbang ke tempat
Syah Alam di Rimba, katanya, “Hai Syah Alam di Rimba, Nabi Allah Sulaiman memanggil segera
ke balai penghadapan.”
Syah Alam di Rimba pun berjalan segera menghadap Nabi Allah Sulaiman; selang antara
tiada berapa lamanya sampailah lalu duduk menyembah baginda degan hormat takzimnya.
Titah Nabi Allah Sulaiman, “ Hai menteriku, sebab pun aku panggil ini, ada aduan memerang
di atas engkau fasal anaknya mati engkau bunuh konon. Yakah engkau membunuhnya? Dan apa
fasal engkau bunuh itu? Tiada kasihan akan rakyat tenteraku?”

(Dipetik daripada prosa tradisional Pelanduk Mengajar Memerang,


antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2)

(i) Mengapakah Nabi Allah Sulaiman memanggil Syah Alam di Rimba?

(ii) Nyatakan dua latar tempat dan contoh peristiwa yang terdapat dalam petikan di atas.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bertindak secara bijaksana dalam menyelesaikan
sesuatu konflik?

7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Malaysia  Ting. 2 KBSM  Komponen Kesusasteraan Melayu

Praktis PT3 Cerpen – Banjir di Mata Emak


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

“Mak solat zuhur tadi. Jangan bimbang tentang mak. Ikan kering ada, cabai kering pun ada.
Kalau habis semua tu, mak makan nasi dengan garamlah. Jaga anak dengan suami kau baik-baik,
assalamualaikum.”
Sederas jawapan yang menyambar dari hujung sana, sepantas itu juga talian diputuskan!
Mengapa pemilik suara tua itu langsung tidak memberi ruang untuk saya berbicara? Atau
telinganya sudah tidak mampu mendengar lagi? Ataukah agaknya dia bimbang bil telefon “anak”
ini akan menjadi harga ikan di pasar kami? Atau sememangnya dia keliru, antara pemanggil
dengan orang yang dipanggil, siapa yang dikenakan bayaran?
Bagaimana saya hendak menelan, dalam getar suara dari mulut tua yang hanya ada nasi
berteman ikan kering dan sambal cabai kering sebagai penambah tenaga? Ya Allah, izinkan saya
menikmati juadah ini dengan pemilik suara yang saya tidak kenali itu. Saya ingin kepuasan
menyenduk nasi ke pinggan emak lebih dahulu sebelum membubuh ke pinggan sendiri berulang
kepada empunya suara yang terlalu merindui anak-anaknya itu.
(Dipetik daripada cerpen Banjir di Mata Emak, antologi
Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2)

(i) Apakah anggapan penulis terhadap penerima panggilannya?

(ii) Nyatakan dua perwatakan penulis berdasarkan petikan di atas.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghormati ibu bapa?

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8


Bahasa Malaysia  Ting. 2 KBSM  Komponen Kesusasteraan Melayu 

Praktis PT3 Cerpen – Talia dan Raksasa Qadqad


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Dodo yang baru tiba segera mengetuk dengan keras dan menjerit minta dibenarkan masuk.
Talia memeluk erat bapanya. Jini di dalam bakul tidak bergerak. Qadqad yang paling dekat dengan
mereka melompat lantas mendarat di bahu Dodo. Nyaris Talia menjerit jika tidak kerana isyarat
mata dan gelengan ibunya. Peluh merenik di dahi Dodo yang menanggung berat anaknya berserta
makhluk selebar bahunya itu.
“Qadqad ... qraakkk ... qraakkk ...”
Anehnya, haiwan itu sekadar berkelip-kelip membelek Talia sambil bersuara lembut. Bunyinya
disambut oleh beberapa ekor Qaqdad yang lain, seolah-olah mereka sedang berbicara. Dalam jarak yang
amat dekat, Talia mendapati kepala makhluk itu berparut. Kesannya persis bekas luka dilibas gergaji.
Qaqdad di bahu Dodo meloncat turun. Ratusan kaumnya mengengsot, membelakangkan
keluarga Talia, mengikuti jejaknya berundur. Tidak sampai beberapa minit, lingkaran reben hijau
kuning kembali ditelan hutan belantara.
Dodo dan Misa terduduk. Misa teresak-esak lega sambil memeluk Talia. Sidek pula membuka
pintu dan bergegas mendapatkan mereka. Di sekitar mereka, para pekerja lombong bertebaran
keluar membantu rakan-rakan mereka yang mengerang kesakitan. Tidak kurang yang berdiri
ternganga di hadapan keluarga Talia.
(Dipetik daripada cerpen Talia dan Raksasa Qadqad,
antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2)

(i) Bagaimanakah reaksi Qaqdad ketika membelek Talia?

(ii) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu saling membantu ketika menghadapi sesuatu masalah?

9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Malaysia  Ting. 2 KBSM  Komponen Kesusasteraan Melayu

Praktis PT3 Cerpen – Menuai Emas


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Dari ban berturap tanah merah, Alif melangkah menyusuri permatang sawah. But getah
yang dipakainya basah oleh embun. Dalam dingin yang mencengkam, dia merasai nikmat yang
sukar diterjemah dengan bahasa kata. Puas, tetapi jauh di sudut hati, dia terasa diri amat kerdil
berada di tengah petak emas yang amat bernilai itu.
Inilah hasilnya jika kita berbudi kepada tanah. Ujaran abah masih terngiang-ngiang di telinga.
Dia cuba memutar pita ingatan semula. Lebih setahun lalu, petak emas ini membuak dengan rasa
geram, marah dan dendam yang berkacuh dengan air mata pilu dan jiwa yang luka berdarah.
Dia sangka dia sudah mengalah ketika itu. Dia hampir mahu angkat bendera putih. Apatah lagi
kala melihat air mata yang luruh daripada mata layu emak.
“Apa yang nak dipertahankan sangat tanah tu? Semua orang dah setuju. Dia seorang saja
yang tak beri kata putus. Budak ini memang nak menyusahkan orang!”
Abang Man bersuara lantang. Beberapa orang lain kelihatan ikut terangguk-angguk dan
bersemangat.
(Dipetik daripada cerpen Menuai Emas, antologi
Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2)

(i) Apakah perasaan yang dialami oleh Alif ketika berada di tengah sawah itu?

(ii) Nyatakan teknik plot yang terdapat dalam petikan di atas.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempunyai semangat yang kuat dalam hidup?

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10


Bahasa Malaysia  Ting. 2 KBSM  Komponen Kesusasteraan Melayu 

Praktis PT3 Drama – Mahkamah


Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Pendakwa Raya: Bulat bin Leper, adakah pada 10 Januari 1988, antara jam 8.00 hingga 9.00
pagi, kamu berada di Taman Gagak Putih?
Teruduh 1: Ya, benar, tuan.
Pendakwa Raya: Dan pada waktu yang tersebut itu, kamu telah makan sebiji pisang dan
membuang kulitnya?
Tertuduh 1: Ya, benar sekali, tuan.
Pendakwa Raya: Dan dalam waktu yang tersebut itu, seorang nenek yang sedang berjoging
telah terpijak kulit pisang yang kamu buang lalu tergelincir dan jatuh. Kejadian itu
menyebabkan pinggangnya patah dan dia mati dalam perjalanan ke hospital.
Adakah kamu mengaku bahawa kenyataan itu benar?
Tertuduh I: Kenyataan itu tidak benar, tuan.
Pendakwa raya: Saya ulang. Adakah kamu makan pisang pada waktu tersebut?
Tertuduh 1: Benar, tuan.
Pendakwa Raya: Dan kulit pisang itu, kamu yang buang, bukan?
Tertuduh 1: Benar, tuan.
(Dipetik daripada drama Mahkamah, antologi
Baik Budi, Indah Bahasa,Tingkatan 2)

(i) Apakah tuduhan yang dikenakan terhadap Tertuduh 1 dalam perbicaraan tersebut?

(ii) Nyatakan dua perwatakan Tertuduh 1 berdasarkan petikan di atas.

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersikap tegas dalam sesuatu perkara yang kita
katakan?

11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Malaysia  Ting. 2 KBSM  Komponen Kesusasteraan Melayu

Praktis PT3 Novel


Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2.

(i) Jalan ke Puncak karya Juri Durabi


(ii) Meniti Impian karya Osman Ayob
(iii) Jejak MONPUS karya Zulaiha Paikon
(iv) Darah Titik di Semantan karya Amran Sani

1. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, nyatakan tema novel tersebut. Kemukakan huraian
yang bersesuaian bagi menunjukkan tema novel itu.

2. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam novel
tersebut. Berikan huraian yang bersesuaian bagi memperkukuh persoalan-persoalan tersebut.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12


Bahasa Malaysia  Ting. 2 KBSM  Komponen Kesusasteraan Melayu 

3. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, nyatakan tiga latar masa yang terdapat dalam
novel tersebut. Kemukakan peristiwa yang berlaku bagi setiap latar tersebut.

4. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan binaan plot novel tersebut.

13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.


  Bahasa Malaysia  Ting. 2 KBSM  Komponen Kesusasteraan Melayu

5. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, nyatakan tiga nilai murni berserta contoh peristiwa
bagi setiap nilai yang anda nyatakan itu.

© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 14

Anda mungkin juga menyukai