Anda di halaman 1dari 9

4.3.

2 Prosedur Penskoran dalam Soal Selidik​

Prosedur penskoran dalam soal selidik adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi responden
Kumpulan Eksperimen terhadap mata pelajaran Biologi dan tajuk pelajaran yang diajar menerusi
kaedah dan pendekatan pembelajaran yang digunakan ke atas kumpulan tersebut.

Prosedur penskoran yang digunakan adalah berdasarkan skor dalam Skala Likert. Respon positif
adalah hasil tambah skor 4 dan 5 (item positif) dan skor 1 dan 2 (item negatif) manakala
respon negatif adalah hasil tambah skor 1 dan 2 (item positif) dan skor 4 dan 5 (item
negatif). Min skor yang tinggi menunjukkan persepsi yang dominan. Skala skor dalam Skala
Likert adalah dinyatakan terbalik bagi negatif seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

​Jadual 4.6 : Kaedah Penskoran Dalam Soal Selidik


____________________________________________________
Respon Positif Respon Negatif
Bentuk Item
____________________________________________________
Item Positif 5 4 3 2 1

Item Negatif 1 2 3 4 5
____________________________________________________
4.4 Analisis Data

Proses menganalisis data-data yang diperoleh daripada Ujian Pra dan Ujian pasca dalam kajian
ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti objektif kajian, menjawab persoalan kajian dan juga
untuk membuktikan hipotesis yang terkandung dalam kajian ini. Analisis dibuat dengan
menukarkan data dalam bentuk peratusan kepada skor dan min skor bagi setiap data yang
dikumpulkan. Perbandingan dibuat berdasarkan min yang diperoleh dan seterusnya digunakan
bagi menjawab persoalan yang dibentuk berdasarkan objektif yang telah ditentukan dalam kajian
ini.

Proses menganalisis data yang dilakukan dalam kajian ini adalah seperti di bawah :-
a. Analisis Persepsi Sampel KE
b. Analisis Pencapaian dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

Analisis data yang dilakukan itu disusun berdasarkan urutan persoalan kajian seperti yang
terdapat dalam bab pertama. Oleh itu, dapatan yang diperoleh daripada kajian dapat diperhatikan
menerusi setiap jawapan kepada persoalan kajian yang telah dibentuk iaitu :-
a. Apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan Pendekatan Koperatif ?
b. Adakah terdapat perbezaan di antara sikap pelajar lelaki dan perempuan terhadap
penggunaan Pendekatan Koperatif ?
c) Adakah penggunaan Pendekatan Koperatif bekesan dalam mempetingkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi?
c. Adakah terdapat perbezaan pencapaian di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan
terhadap penggunaan Pendekatan Koperatif ?

4.5 Dapatan, Tafsiran dan Penemuan

4.5.1 Jawapan Persoalan Kajian

4.5.1.1 Apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan Pendekatan Koperatif ?

Sepuluh item soalan yang terdapat dalam soal selidik adalah berkaitan dengan respon sampel
Kumpulan Eksperimen terhadap kaedah pengajaran yang pengkaji gunakan dalam kajian ini.
Respon yang diberikan oleh sampel adalah menunjukkan persepsi sampel terhadap mata
pelajaran Biologi dan tajuk pelajaran yang diajar menerusi Pendekatan. Koperatif Item-item
soalan dalam borang soal selidik yang diberikan kepada sampel kumpulan responden adalah
terdiri daripada item berbentuk positif iaitu item 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan 9 dan item-item negatif
pula ialah 8 dan 10. Jadual di bawah adalah merupakan bentuk-bentuk item yang diberikan
kepada Kumpulan Eksperimen.

Jadual 4.7 : Item Positif dan Negatif dalam Borang Soal Selidik
____________________________________________________________
No. Item Berbentuk Positif
____________________________________________________________
1. Saya memang berminat tentang tajuk “Cell Structure and Cell
Organisation”.
2. Saya bercadang untuk memilih kerjaya yang ada kaitan dengan
bidang biologi sel.
3. Saya berpendapat tajuk “Cell Structure and Cell Organisation” adalah
tajuk yang mustahak dalam kehidupan manusia.
4. Saya yakin dengan kebolehan dan kefahaman saya tentang tajuk ini .
5. Guru Biologi saya berjaya membangkitkan minat saya terhadap tajuk
ini apabila beliau mengajar.
6. Guru biologi saya mempunyai pelbagai cara yang menarik semasa
mengajar tajuk ini.
7. Saya sentiasa menunggu masa pengajaran untuk tajuk ini.
9. Saya merasa lebih seronok mempelajari tajuk ini daripada tajuk-tajuk
lain.
__________________________________________________________________
​Item Berbentuk Negatif
___________________________________________________________________
8 Mempelajari tajuk ini adalah membuang masa.
10. Istilah-istilah dan konsep-konsep dalam tajuk ini adalah susah untuk saya
fahami.

4.5.1.1(a) Taburan Skor Item Positif dan Peratus

Dalam item positif ini, skor 4 dan 5 dalam jadual di bawah adalah menunjukkan
kekerapan skor bagi respon positif, skor 1 dan pula menunjukkan skor bagi respon negatif yang
diberikan oleh sampel Kumpulan Eksperimen. Skor 3 pula menunjukkan tiada respon yang
diberikan oleh responden atau tidak pasti. Jadual di bawah adalah data-data tentang skor
persepsi sampel yang diberikan oleh Kumpulan Eksperimen.

Jadual 4.8 : Taburan Skor Persepsi Sampel Kumpulan Eksperimen


dalam Item Positif

Respon Negatif Respon Positif


Skor 1 dan 2 Peratus Skor 4 dan 5 Peratus
1 3 3 5
5

2 2 2 6
6

3 0 0 8
8

4 2 2 7
7

5 3 3 5
5

6 2 2 7
7

7 3 3 5
5

9 3 3 7
7

Berdasarkan jadual 4.8 di atas, peratus skor respon positif ialah sebanyak 50 % dan peratus skor
respon negatif pula ialah sebanyak 18 %. Oleh itu, skor respon positif mengatasi peratus skor
respon negatif sebanyak 22 %.

4.5.1.1 (b) Taburan Skor Item Negatif dan Peratus

Dalam item negatif ini, skor 4 dan 5 dalam jadual di bawah adalah menunjukkan
kekerapan skor bagi respon negatif, skor 1 dan 2 pula menunjukkan skor bagi respon positif yang
diberikan oleh sampel Kumpulan Eksperimen. Skor 3 pula menunjukkan tiada respon yang
diberikan oleh responden atau tidak pasti. Jadual di bawah adalah data-data tentang kekerapan
persepsi sampel yang diberikan oleh Kumpulan Eksperimen.

Jadual 4.9 : Taburan Skor Persepsi Sampel Kumpulan Eksperimen


Dalam Item Negatif

Respon Negatif Respon Positif


Skor 4 dan 5 Peratus Skor 1 dan 2 Peratus
________________________________________________________________________
8 3 3 10
10

10 2 2 4
4

________________________________________________________________________

Berdasarkan jadual 4.9 di atas, peratus skor respon positif ialah sebanyak 14 % manakala peratus
skor negatif pula ialah sebanyak 5 %. Oleh itu, skor respon positif sekali lagi mengatasi peratus
skor respon negatif sebanyak 9 %. Peratusan skor keseluruhan persepsi positif dan negatif
sampel adalah ditunjukkan dalam jadual 4.10 di bawah.

Jadual 4.10 : Peratusan Skor Keseluruhan Persepsi Sampel​


________________________________________________________
Respon Positif Respon Negatif
__________________________________________________________
Item Positif 50 18
Item Negatif 14 5
__________________________________________________________
Jumlah 64 23
__________________________________________________________

Berdasarkan jadual 4.10 di atas, peratusan skor keseluruhan persepsi positif sampel adalah 64 %
dan peratus persepsi negatif pula adalah 23 %. Manakala 13 % lagi adalah respon tidak pasti
telah diberikan oleh sampel.

Oleh yang demikian, berdasarkan perbandingan antara peratusan persepsi sampel iaitu respon
positif dan respon negatif tersebut maka dapat dijelaskan bahawa persepsi sampel atau pelajar
tentang penggunaan Pendekatan Koperatif adalah positif. Perbandingan ini dapat dilihat
berpandukan rajah 4.4 di bawah :-

Rajah 4.4 : Peratus Persepsi Positif dan Negatif Sampel

Jadi, jelaslah bahawa persepsi tentang penggunaan Pendekatan Koperatif di kalangan sampel
secara keseluruhannya adalah positif.

2. Adakah Terdapat Perbezaan di Antara Persepsi Pelajar


Lelaki dan Perempuan terhadap penggunaan Pendekatan Koperatif​ ​?

Jadual 4.11 : Taburan Persepsi Sampel Lelaki dan Perempuan Kumpulan


Eksperimen dalam Item Positif
Jadual 4.12 : Taburan Persepsi Sampel Lelaki dan Perempuan Kumpulan
Eksperimen dalam Item Negatif
Jadual 4.13 : Peratusan Persepsi Positif Kumpulan Eksperimen
Jadual 4.14 : Peratusan Persepsi Negatif Kumpulan Eksperimen
Jadual 4.15 : Peratusan Skor Keseluruhan Persepsi Sampel Lelaki dan Perempuan

Jadual 4.11 : Taburan Persepsi Sampel Lelaki dan Perempuan Kumpulan


Eksperimen dalam Item Positif
_________________________________________________________
No. Item Skor
________________________________________________________
1 2 3
4 5
_________________________________________________________
L P L P L P L P L P

1 0 0 0 0 1 0 4 1 0 4
2 0 0 0 0 0 1 5 1 0 3

3 0 0 0 0 0 0 2 3 3 2

4 0 0 0 0 0 0 5 4 0 1

5 0 0 0 0 1 1 3 3 1 1

6 0 1 1 0 0 0 1 3 3 1

7 0 0 1 1 0 0 4 4 0 0

9 0 1 0 0 0 0 4 3 1 1
__________________________________________________________________

Jumlah 0 2 2 1 2 2 28 22 8 13
__________________________________________________________________

Jadual 4.12 : Taburan Persepsi Sampel Kumpulan Eksperimen dalam Item Negatif
________________________________________________________________
No Item Skor
__________________________________________________________________
1 2 3
4 5
__________________________________________________________________
​L P L P L P L
P L P

​8 3 1 0 2 1 1
1 1 0 0

10 1 2 2 1 0 1
2 1 0 0
__________________________________________________________________
Jumlah 4 3 2 3 3 1
2 3 0 0
__________________________________________________________________

Berdasarkan Jadual 4.11 dan Jadual 4.12 di atas, peratus persepsi positif dan negatif sampel
yang berlainan jantina persepsi terhadap penggunaan Pendekatan Koperatif dinyatakan dalam
Jadual 4.13 dan Jadual 4.14 di bawah.

Jadual 4.13 : Peratusan Persepsi Positif Sampel Kumpulan Eksperimen


Dalam Item Positif
__________________________________________________________________
Respon Negatif Respon Positif
__________________________________________________________________
Lelaki % Perempuan % Lelaki % Perempuan %
__________________________________________________________________
1 dan 2 1 dan 2 4 dan 5 4 dan 5
__________________________________________________________________
Jumlah 2 3 36
35
__________________________________________________________________

Jadual 4.14 : Peratusan Persepsi Negatif Sampel Kumpulan Eksperimen

Dalam Item Negatif


__________________________________________________________________
Respon Negatif Respon Positif
__________________________________________________________________
Lelaki % Perempuan % Lelaki % Perempuan %
__________________________________________________________________
4 dan 5 4 dan 5 1 dan 2 1 dan 2
__________________________________________________________________
Jumlah 2 3 6 6
__________________________________________________________________

Peratusan keseluruhan persepsi positif dan negatif bagi item-item positif adalah dinyatakan
dalam Jadual 4.15 di bawah dan dapat dilihat dengan jelas menerusi rajah 4.5 berikut :-

Jadual 4.15 : Peratusan Skor Keseluruhan Persepsi Sampel Lelaki dan Perempuan
_____________________________________________________
Lelaki Perempuan
_____________________________________________________
Respon Respon Respon Respon

Positif Negatif Positif Negatif

(%) (%) (%) (%)


_____________________________________________________
41 4 42 6
_____________________________________________________
Rajah 4.5 : Peratusan Persepsi Lelaki dan Perempuan

HIPOTESIS Ho 2 : Pencapaian pelajar dalam biologi tidak meningkat disebabkan sikap dan
minat terhadap biologi.

Jadual 4.28 : Ujian Pekali Korelasi Pearson Antara KK.POS dengan KE.PASCA

Pembolehubah Bebas KE. PASCA KK. PASCA


Nilai Pekali korelasi Pearson (r)

KE.PRA/KK.PRA 0.850** 0.515**


*P<0.05
**P<0.001

Ujian pekali korelasi juga dilakukan bagi menguji samada wujid hubungan yang signifikan
diantara minat dan sikap dengan pencapaian pelajar dalam biologi. Keputusan menunjukkan
bahawa nilai r KK =0.515 manakala nilai r KE = 0.850. Ini bermakna nilai r untuk KE melebihi
nilai r untuk KK. Oleh itu jelas menunjukkan wujud hubungan yang signifikan diantara minat
dan sikap terhadap pelajaran biologi apabila kaedah ini digunakan dalam pengajaran. Justeru itu,
Hipotesis Ho 2 yang menyatakan pencapaian pelajar dalam Biologi tidak meningkat disebabkan
sikap dan minat terhadap Biologi tidak berubah juga tertolak berdasarkan persepsi positif sampel
adalah lebih tinggi daripada persepsi negatif terhadap pengajaran menerusi Pendekatan Koperatif
.
Maka, hipotesis Ho 2 yang menyatakan sikap dan minat pelajar terhadap biologi berubah
disebabkan Pendekatan Koperatif menarik minat mereka diterima.

Anda mungkin juga menyukai