Anda di halaman 1dari 16

PANDUAN MENGISI DATA

STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN

Disediakan Oleh

GURU SUMBER PJPK NEGERI PERAK

JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK

KANDUNGAN MUKA SURAT


Langkah 1 - Mengaktifkan program 2 - 3

Langkah 2 - Pengisian Data 4 - 5

Langkah 3 - Pengisian Data Pre Test

Biodata & Skor Murid ( SEGAK ) 5 - 7

Langkah 4 -Pengisian Paparan Keputusan Pre Test 7 - 8

Langkah 5 - Pengisian Skor Murid ( Post Test ) 8 - 9

Langkah 6 - Pengisian Papar Keputusan ( Post Test ) 9 - 10

Langkah 7 - Pengisian Papar Keseluruhan 10

Langkah 8 - Sijil Murid 11 - 12

PANDUAN MENGISI DATA “SEGAK” PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH NEGERI PERAK

1
Langkah 1 - Mengaktifkan program.

1. Masukkan “CD” program SEGAK JPN PERAK

2. Klik folder bertajuk Sekolah Menengah atau Sekolah Rendah.

3. Paparan berikut akan kelihatan:

Paparan Sekolah Menengah

Paparan Sekolah Rendah

2
4. Klik fail SEGAK mengikut umur yang dipilih. Paparan berikut akan kelihatan.

5. Klik “OPTIONS” , klik “ENABLE THIS CONTENT” dan seterusnya “OK”

3
6. “HAK TERPELIHARA JU PJPK JPN PERAK 2009” akan terpapar, dan klik “OK”.

B. Langkah 2 : Pengisian Data

4
1. Klik paparan “Masukkan Nama Kelas”

2. Paparan berikut kelihatan dan masukkan data-data:

i. Nama daerah menggunakan Kod Daerah (rujuk 2.1), tiga huruf sahaja.

ii. Kod Sekolah; tanpa dijarakkan antara HURUF dan angka (rujuk diari JPN, cth: AEB4077),
nama sekolah akan dipaparkan secara automatik,

iii. Nama kelas . Untuk ruangan nama kelas, isi lajur pertama sahaja, manakala lajur kedua
tidak perlu diisi.

iv. Nama guru yang mengajar. Ruangan nama guru bahagian atas (1) untuk guru lelaki dan
bahagian bawah (2) untuk guru perempuan.

5
1

2.1 Isikan Kod Daerah – rujuk jadual berikut:

Bil KOD DAERAH


1. KRN KERIAN
2. LMS LARUT MATANG SELAMA
3. KUK KUALA KANGSAR
4. HUP HULU PERAK
5. HIP HILIR PERAK
6. MJG MANJUNG
7. BTP BATANG PADANG
8. PTH PERAK TENGAH
9. KNU KINTA UTARA
10. KNS KINTA SELATAN

C. Langkah 3 – Pengisian Data PreTest – Biodata & Skor Murid (SEGAK)

6
 Klik “BALIK KE MENU”
 Pilih dan klik “PENGISIAN BIODATA & SKOR MURID (PRE TEST) LELAKI.
 Paparan berikut akan kelihatan :

 Ruangan daerah, kod sekolah, nama sekolah dan tingkatan akan terisi secara automatik.

 Isikan nama pelajar. Pelajar lelaki dan perempuan hendaklah diisi dalam paparan bersasingan.

 Isikan jantina pelajar : 1 untuk lelaki dan 2 untuk perempuan.

 Sebaik sahaja jantina dimasukkan, ruangan daerah, kod sekolah, nama sekolah dan kelas akan
tertera secara automatik. Sekiranya ruangan jantina tidak dimasukkan, ruangan daerah, kod
sekolah, nama sekolah dan tingkatan tidak akan tertera.
Data-data nama, jantina, daerah, kod sekolah, nama sekolah dan kelas akan secara automatik
dimasukkan ke dalam paparan “POST TEST.”

 Masukkan umur.

 Masukkan data berat dalam KILOGRAM dan tinggi dalam METER. Ruangan BMI akan tertera
secara automatik.

7
Contoh: Berat - 70

Tinggi - 1.50

 Isikan data-data seterusnya.

i. Naik Turun Bangku -kiraan nadi seminit (dsm)

ii. Tekan Tubi – bilangan perlakuan

iii. Ringkuk Tubi Separa – bilangan perlakuan

iv. Jangkauan Melunjur – unit cm

Klasifikasi BMI dan Tahap Kecergasan akan dipaparkan secara automatik.

Balik Ke Menu Utama

D. Langkah 4 : Pengisi PAPARAN KEPUTUSAN PRE TEST

8
1. Klik paparan “PAPARAN KEPUTUSAN (PRE TEST)” . Paparan ini untuk menunjukkan skor dan
penyataan pencapaian pelajar. Skor pencapaian ini akan dipaparkan pada sijil yang akan dikeluar
pada penghujung tahun.

2. Paparan berikut akan kelihatan. Isikan data-data berikut:

2.1 Tarikh – tarikh ujian dilaksanakan.

2.2 Nama Pengetua

9
Nama sekolah dan Tingkatan telah dimasukkan secara automatik.

E. Langkah 5 : PENGISIAN SKOR MURID (POST TEST)

1. Klik paparan “PENGISIAN SKOR MURID (POST TEST)” . Paparan ini untuk menunjukkan skor dan
penyataan pencapaian pelajar. Skor pencapaian ini akan dipaparkan pada sijil yang akan
dikeluar pada penghujung tahun.

10
2. Dalam PAPARAN SKOR MURID POST TEST, hanya data-data berat, tinggi dan ujian kecergasan
perlu diisi. Butir pelajar telah dimasukkan secara automatik.

11
F. Langkah 6 : Pengisian PAPAR KEPUTUSAN (POST TEST)

1. Klik paparan “PAPARAN KEPUTUSAN (POST TEST)” . Paparan ini untuk menunjukkan skor dan
penyataan pencapaian pelajar. Skor pencapaian ini akan dipaparkan pada sijil yang akan dikeluar
pada penghujung tahun.

2. Dalam paparan ini, hanya TARIKH ujian dan NAMA PENGETUA perlu diisikan.

3. Untuk TARIKH, sila taip mengikut format seperti berikut ; 08.02.2009 untuk 8 hb.
FEBRUARI 2009.

12
G. Langkah 7 : Pengisian PAPAR KESELURUHAN

1. Klik paparan “PAPAR KESELURUHAN” . Paparan ini ialah purata pencapaian pelajar berdasarkan
pre test dan post test.

2. Paparan ini hanya untuk rujukan dan pengurusan sijil.

13
H. Langkah 8 : SIJIL MURID

1. Klik paparan “SIJIL MURID”. Paparan ini bertujuan untuk memudahkan guru mengeluarkan SIJIL bagi
setiap murid pada hjujung tahun.

2. Dalam paparan SIJIL MURID, hanya angka pada ruangan NO. ID perlu diisi.

14
 Pastikan data pengisian Ujian Pra & Post diisi dahulu dengan lengkap sebelum sijil dicetak
pada hujung tahun.

3. Angka yang diisikan adalah berdasarkan nombor bilangan pelajar dalam lajur “BIL.” pada paparan
“PENGISIAN SKOR MURID” atau “PAPARAN KESELURUHAN”. Apabila angka dimasukkan, nama
pelajar dan skor pencapaiannya secara automatik akan dipaparkan. Nama sekolah dan Nama
Pengetua juga akan tertera secara automatik. Nama Guru Mata Pelajaran perlu diisi.

4. Untuk setiap murid lain, sila masukkan No. ID berkenaan sebelum mencetak sijilnya.

15

Anda mungkin juga menyukai