Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan Bronkitis

Visi dan Misi


Objektif
BRONKITIS
Carta
Organisasi Apakah itu Bronkitis?
KCHS 1991 -
1996 Bronkitis ialah sejenis keradangan atau kerengsaan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-
paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis.
KCHS 1997 -
2002  Bronkitis Akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu)
KCHS 2003 -
2008  Bronkitis Kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun
atau lebih).
Doktor Muda
Pusat Promosi Kesihatan  Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan Bronkitis Akut.
Komuniti
Prostar Apakah yang menyebabkan Bronkitis?

Derma Organ Bronkitis selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara
Takwin BPK termasuklah asap rokok, wasap kimia dan habuk. Bronkitis boleh menjadi kronik terutama di kalangan
mereka yang merokok atau bekerja di kawasan yang udara tercemar. Apabila bahan- bahan pencemar ini
Berita Semasa disedut ke dalam paru-paru secara berterusan, ia akan menggangu saluran pernafasan. Seterusnya
Risalah mengakibatkan keradangan dan pengeluaran mukus yang berlebihan. Keadaan ini akan menyempitkan
saluran pernafasan, menjadikannya mudah terdedah kepada sebarang jangkitan yang selalunya akan
Buku Kecil berulang dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk.
Poster
Pameran Gejala yang perlu diberi perhatian

Bronkitis Akut Bronkitis kronik

 Batuk mengandungi  Penyebab utamanya ialah merokok


sedikit kahak ataupun  Batuk yang berterusan dan mengeluarkan kahak yang semakin
tiada lama semakin banyak sepanjang hari dan malam. Biasanya batuk
 Demam ringan (kurang semakin teruk di waktu pagi (dikenali sebagai 'batuk perokok').
38.30C atau 1010F)  Sukar bernafas dan terasa sesak dada
 Sakit tekak  Kadang berbunyi ronkus (sukar bernafas yang mengeluarkan
 Sakit otot bunyi seperti siulan)
 Kelesuan
Bagaimana doktor dapat mengesan Bronkitis?

 Doktor akan bertanyakan tentang gejala yang dialami.

 Doktor tidak akan mengambil kira sebab-sebab lain yang menyebabkan kesukaran bernafas.

 Jika doktor mengesyaki anda menghidapi Bronkitis, anda akan disyorkan menjalani ujian fungsi paru-paru untuk mengetahui sama
ada paru-paru anda berfungsi dengan sempurna dan untuk mengetahui sama ada paru-paru anda telah rosak.

 Doktor mungkin meminta anda menjalani X-ray dada dan ujian darah.

Pengurusan sendiri

Penjagaan sendiri untuk penyakit Bronkitis ini ditumpukan kepada pengeluaran mukus.

 Dapatkan rehat di tempat tidur secukupnya.

 Minum lebih banyak air (tingkatkan pengambilan cecair sebanyak 8-10 gelas sehari) untuk mengelakkan dehidrasi dan mencairkan
rembesan dalam paru-paru.

 Dapatkan pertolongan seseorang untuk mengurut otot dada dan belakang anda. Ini akan membantu mengendurkan otot-otot tersebut
menjadikan anda terasa lebih selesa

Ubat Untuk Merawat Bronkitis

Doktor anda mungkin:

 Mencadangkan ubat yang dikenali sebagai bronkodilator untuk merawat bronkitis anda. Ubat ini akan membuka saluran udara di
dalam paru-paru dan memudahkan anda bernafas.

 Mencadangkan prosedur penyaliran postur secara berkala (berbaring dengan kepala lebih rendah daripada dada) untuk
mempercepatkan pengeluaran kahak.

 Menjalani program senaman dikenali sebagai program pemulihan pulmonari untuk membantu memulihkan pernafasan (pemulihan
pulmonari akan dikendalikan oleh jurupulih anggota)

Ubat-ubatan yang mungkin disyorkan ialah:

 Ubat antipiretik-analgesik yang ringan untuk melegakan sakit otot dan demam, seperti aspirin, parasetamol (elakkan dari memberi
aspirin kepada kanak-kanak, biasanya diberi parasetamol).

 Ubat menghentikan batuk untuk melegakan batuk-batuk yang sering mengganggukan.


 Ubat batuk untuk mengeluarkan kahak.

 Pengenalan Visi dan Misi Objektif Carta Organisasi KCHS 1991 - 1996 KCHS 1997 - 2002 KCHS 2003 - 2008 Doktor Muda Pusat
Promosi Kesihatan Komuniti Prostar Derma Organ Takwin BPK Berita Semasa Risalah Buku Kecil Poster Pameran

Bronkitis

Adakah ubat antibiotik boleh membantu?


Jika anda batuk dan mengeluarkan kahak yang kekuningan atau kekehijauan, doktor biasanya akan memberi anda ubat antibiotik. Bronkitis
yang kronik memerlukan rawatan antibiotik dari masa ke masa untuk mencegah jangkitan dari berulang.

Anda mungkin juga menyukai