Anda di halaman 1dari 4

Sejarah, Lagenda dan Mitos Tasik

Chini..!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kesinambungan entri terdahulu.........

WOW.... nape ada naga yek...mcm dlm komik2 plak gmbar


nie...
OK...Sebenarnya naga cukup sinonim dgn lagenda Tasik
Chini...
SO....sy letak la gmbar naga sebagai mukadimahnya..

Kisah sejarah, lagenda dan mitos tentang


Tasik Chini :
Menurut cerita orang tua-tua, satu ketika dahulu,
sekumpulan Orang Asli suku Jakun datang ke kawasan
hutan tebal, lalu meneroka dan membuka tanah di situ untuk
bercucuk tanam. Pada satu hari, ketika kumpulan Orang
Asli itu berkumpul untuk bercucuk tanam, tiba-tiba muncul
seorang wanita bertongkat dan memberitahu, tempat
berkenaan adalah miliknya dan mereka perlu meminta izin
sebelum menerokanya.Bagaimanapun, wanita itu akhirnya
mengizinkan mereka membersihkan kawasan itu selepas Tok
Batin meminta maaf dan bagi menguatkan tuntutannya,
wanita berkenaan mencacakkan tongkatnya di tengah
kawasan yang diteroka itu sambil memberi amaran supaya
tidak mencabutnya sebelum dia menghilangkan
diri.Kumpulan itu terus bercucuk tanam sehingga tiba-tiba
mereka diganggu salakan anjing di pinggir kawasan
dibersihkan. Seorang daripada mereka mengambil
keputusan mencari puncanya dan terkejut mendapati ia
sebatang kayu hitam besar yang lapuk.Dia membaling
tugalnya (kayu tajam untuk membuat lubang tanaman) ke
arah batang kayu itu dan terperanjat apabila darah
memancut keluar daripada kayu hitam berkenaan. Dengan
gementar dia terus berlari dan menceritakan hal ganjil itu
kepada rakannya, tetapi mereka tidak
mempercayainya.Ketika itu juga awan hitam menyelubungi
angkasa, diikuti guruh dan kilat sebelum hujan lebat.
Kumpulan Orang Asli itu berpecah sambil bertempiaran
lari mencari perlindungan dan dalam keadaan kelam kabut,
seorang daripada mereka mencabut kayu dicacakkan wanita
tadi. Ketika itu serta merta air memancut keluar daripada
lubang itu, bumi mula bergegar dan membenamkan
kawasan yang dibersihkan tadi dan takungan air hujan itu
menjadi sebuah tasik dikenali sebagai Tasik Chini. Dongeng
orang tempatan mengatakan kayu itu adalah jelmaan seekor
naga dikenali sebagai Naga Sri Gumum dan kawasan alur
yang terdapat di sekitarnya adalah kesan laluan Orang Asli
dahulu ketika menyelamatkan diri. Cerita lagenda itu
menjadi buah mulut daripada dahulu hingga sekarang
walaupun Tasik Chini seluas 12,565 hektar termasuk
kawasan hutan sekitarnya sudah melalui proses
pembangunan sehingga menjadi tempat rekreasi yang
menarik. Kawasan Tasik Chini mempunyai 12 laut
mengelilinginya iaitu Laut Gumum, Pulau Balai, Chenahan,
Tanjung Jerangkung, Genting Teratai, Mempitih, Kenawar,
Serodong, Melai, Batu Busuk, Labuh dan Jemberau.

P/S
 Sambungan akan ditulis pada entri akan
datang...hehe
Anda mungkin juga meminati:
Sejarah, Lagenda, Mitos Dan MASA ...

Lagenda Kota Dalam Tasik Chini !!!!!!!!!

Kajian UKM...!!!!!!!!

Linkwithin

Posted
Subscribe to: Post Comments (Atom)

ANDA MUNGKIN MEMINATI

MASA ITU PENTING ........ :)