Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN APLIKASI DAN KOS

PRODUK BIOADD UNTUK PROJEK


TANAMAN POKOK MANGGA HARUM MANIS
MILIK KOPERASI MRSM
BESERI PERLIS BERHAD
Pengenalan
Satu sessi pertemuan di antara En. Kashfullah bin Amaluddin ( wakil syarikat Imunagro Technology
Sdn Bhd) , Ybhg. Puan Rohaya (Pengerusi Koperasi MRSM Beseri Perlis Berhad) dan YBhg. En. Aziz
bin Jusof (Pengurus Ladang) telah diadakan di MRSM Beseri Perlis pada 7 September 2015.

Penjelasan teknologi dan manfaat produk BioADD ke atas tanaman mangga harum manis dan
lawatan ke lokasi tanaman telah dilakukan di dalam sessi ini.

Pihak syarikat bersetuju mengajukan kertas cadangan yang melibatkan kuantiti , kos dan kaedah
aplikasi produk BioADD untuk penilaian dan tindakan dari pihak koperasi.
Pengenalan ringkas produk-produk BioADD
Manfaat penggunaan BioADD kepada Projek Tanaman Mangga Harum Manis
Koperasi MRSM Beseri Perlis Berhad
1) Peningkatan kuantiti dan kualiti mangga harum manis yang menjana keuntungan besar.
2) Memudahkan pengurusan pertanian dan merendahkan kos operasi secara keseluruhan.
3) Jumlah kekerapan aplikasi yang lebih serata dan selari dengan keperluan biologi tanaman.

4) Penggunaan produk berteknologi terkini dan bertaraf dunia pada harga yang rendah.
5) Produk harum manis berstatus organik dan mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi.
6) Pengamalan pertanian yang bebas kimia, racun dan najis dan memenuhi amalan pertanian yang
dituntut Islam.
7) Menjamin kesinambungan kesuburan tanaman dan tanah untuk penghasilan tinggi yang
berpanjangan.
8) Amalan pertanian teknologi hijau yang membolehkan para pelajar turut terlibat secara langsung
dalam aktiviti pendidikan dan latihan pertanian secara “hands on”.
9) Menjamin kesucian dan keselamatan bahan makanan.
10) MRSM Beseri sebagai model pencetus dan pemangkin penggunaan sistem BioADD dalam industri
pertanian mangga harum manis pertama di negeri Perlis.
11) Menjamin pengekalan kelestarian alam sekitar dan hidupan.
Info ringkas ladang Mangga Harum Manis Koperasi MRSM Beseri Perlis
Berhad
Latar belakang tananaman :
Projek ladang ini diusahakan di kawasan seluas 4.6 ekar di permis MRSM Beseri Perlis melibatkan
300 batang pokok. Penanaman anak benih melibat 2 fasa isu :

Fasa 1 : Ditanam pada 4 Januari 2014


Fasa 2 : Ditanam pada 1 April 2014
Musim berbuah dijangka bermula pada bulan Mac sehingga Mei setiap tahun.
Pihak ladang kini mendapat khidmat nasihat dari Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
Pembajaan :

Pihak ladang kini menggunakan baja sebatian kimia N.P.K. Pembajaan dilakukan sebanyak 2
pusingan setahun dengan kaedah penimbusan baja dilakukan pada lubang di pangkal pokok.

Kawalan penyakit dan perosak :


Semburan racun ulat/serangga dan kulat dilakukan berdasar kepada keperluan namun kekerapan
meningkat sehingga setiap 4 hari sekali ketika pertumbuhan daun-daun pucuk rancak. Sepanjang
musim buah racun kulat disembur sebanyak 3 kali.
CADANGAN APLIKASI BIOADD
Kaedah bancuhan dan kuantiti

Berdasar kepada kondisi tanaman yang sudah mampu menghasilkan bunga dan buah berikut adalah kuantiti
penggunaan produk BioADD untuk setiap kali aplikasi:

Kondisi BioADD BioADD BioADD BioADD BioADD BioADD Kaedah


Agro Agro Agro Agro Agro Agro Bancuhan
Premium Crystals Crystals Premium Crystals Crystals
per pokok (Hijau) (Kuning) untuk 300 (Hijau) (Kuning)
(ml) per pokok per pokok pokok (ml) untuk 300 untuk 300
(g) (g) pokok (g) pokok (g)

Tidak berbunga 1 2 - 300 600 - A

Berbunga / 1 - 2 300 - 600 B


Berbuah

Kuantiti semburan untuk setiap pokok per aplikasi = 500 ml.


Kuantiti air yang diperlukan untuk 300 pokok setiap kali aplikasi = 500 ml X 300 = 150000 ml = 150 Liter
KEKERAPAN APLIKASI
Bulan
Aplikasi Bancuhan Catatatn

1 A
Pembajaan dan Fasa Pengaktifan BioADD di dalam sistem biologi tanaman
2 A
4 A/ B

6 A/ B

8 A/ B
Pembajaan ( Bancuhan A jika belum berbunga atau Bancuhan B jika mula
10 A/ B berbunga/berbuah)

12 A/ B

Ulangi setiap 2 bulan (untuk tahun kedua dan seterusnya 6 pusingan aplikasi setahun)

Catatan:
Tumbuhan mempunyai kemampuan menyerap nutrisi-nutrisi pada tahap tertentu pada satu-satu masa.
Berdasarkan pengalaman dan kajian saintifik pemberian baja dan nutrisi kepada tanaman pada dos yang rendah
dan lebih kerap adalah amat efektif berbanding dos yang tinggi tetapi tidak kerap.

Apatah lagi baja-baja berasaskan kimia amat mudah teroksida dan nutrisi-nutrisi yang terkandung tidak lagi
bermanfaat kepada tanaman sekiranya terbiar lama di lapangan malah sisa teroksida ini akan meningkatkan
keasidan tanah dan menghapuskan pelbagai rangkaian mikrobia baik di dalam tanah. Larutan BioADD yang
berasaskan teknologi nano karbon dan nutrisi tersedia untuk tanaman akan diserap pada mana-mana sahaja
bahgian tumbuhan secara efektif dalam tempoh 15-30 minit dari aplikasi tanpa pembaziran dan sesuai
digunakan dalam musim hujan dan apa jua kondisi cuaca. BioADD juga membekalkan puluhan ribu jenis spesis
mikrobia baik jurasik dari hutan tropika Malaysia kepada tanah.
Kiraan kuantiti set BioADD Agro yang diperlukan untuk tahun pertama
Jumlah pusingan aplikasi Bancuhan A untuk 300 pokok bagi tahun pertama = 4

Jumlah pusingan aplikasi Bancuhan B untuk 300 pokok bagi tahun pertama = 3

Kuantiti BioADD Agro Premium untuk tahun pertama = 300 ml X 7 = 2100 ml

Kuantiti BioADD Agro Crystals (Hijau) untuk tahun pertama = 600 g X 4 = 2400 g

Kuantiti BioADD Agro Crystals (Kuning) untuk tahun pertama = 600 g X 3 = 1800 g

1 unit BioADD Agro Premium = 350 ml


1 unit BioADD Agro Crystals Hijau / Kuning = 700 g

Oleh itu,
Kuantiti unit BioADD Agro Premium untuk tahun pertama = 2100/350 ml = 6 unit

Kuantiti unit BioADD Agro Crystals Hijau untuk tahun pertama = 2400/700 g = 3.428 = 4 unit
(dengan lebihan untuk tahun kedua)

Kuantiti unit BioADD Agro Crystals Kuning untuk tahun pertama = 1800/700 g = 2.571 = 3 unit
(dengan lebihan untuk tahun kedua)
Kiraan kos produk BioADD untuk tahun pertama
Harga 1 unit BioADD Agro Premium = RM 145.00
Harga 1 unit BioADD Agro Crystals (Hijau/Kuning) = RM 35.00

Oleh itu,

Kos BioADD Agro Premium = RM 145.00 X 6 unit = RM 870.00


Kos BioADD Agro Crystals Hijau = RM 35.00 X 4 unit = RM 140.00
Kos BioADD Agro Crystals Kuning = RM 35.00 X 3 unit = RM 105.00

Jumlah keseluruhan = RM 1115.00 (7 pusingan aplikasi)

Catatan:
Penjimatan dari sudut keseluruhan kos pengurusan :

1) Keperluan kepada baja-baja lain TIDAK lagi diperlukan dengan penggunaan BioADD.
2) Semua jenis racun kulat TIDAK lagi diperlukan kerana BioADD mengandungi rangkaian
anti kulat organik dan antibodi tumbuhan.
3) Penggunaan racun perosak dapat DIKURANGKAN secara berperingkat atau digunakan
ketika perlu sahaja.
4) Kekerapan dan kos upah pekerja untuk pembajaan dan meracun dikurangkan.
4) Untuk tahun kedua dan seterusnya jumlah pusingan aplikasi tahunan ialah 6 kali
( membolehkan penjimatan )
SEKIAN. TERIMA KASIH