Anda di halaman 1dari 1

KEPENTINGAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR

Alam sekitar ialah alam di sekeliling kita seperti sungai, tumbuh-tumbuhan,dan bukit-bukau.
Kita perlu memelihara keseimbangan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan
kehidupan kita lebih baik.

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita. Alam sekitar yang terpelihara akan dapat
mendamaikan jiwa kita. Persekitaran bersih dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal. Selain
itu,alam sekitar yang tidak tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai pelancong.

Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting dalam keseimbangan


alam. Tumbuh-tumbuhan mengeluarkan kan gas oksigen. Gas oksigen ini diperlukan oleh
manusia untuk pernafasan. Haiwan juga memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan
sumber makanan.

Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara. Hutan tebal yang menghijau
dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan. Kawasan hutan menjadi habitat pelbagai jenis
haiwan seperti harimau, singa dan gajah. Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu dikawalkan
agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang perlu dipelihara.
Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada kita. Lautan yang terbentang luas menjadi
tempat nelayan menangkap pelbagai jenis ikan. Kita perlu memelihara sungai dan lautan agar
tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus membiak.

Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada pencemaran. Alam sekitar yang
bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik. Alam sekitar yang terpelihara merupakan
hadiah yang tidak ternilai kepada generasi akan datang.