Anda di halaman 1dari 1

Apakah yang dimaksudkan dengan musim antara monsun (peralihan

monsun)?

Contohnya Malaysia dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu Monsun Barat Daya
yang bermula dari akhir bulan Mei ke September, dan Monsun Timur Laut dari
bulan November ke Mac. Monsun Timur Laut membawa hujan lebat
terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan
barat Sarawak, manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya menunjukkan
cuaca yang lebih kering. Tempoh peralaihan di antara antara dua monsun ini
dikenali sebagai musim antara monsun.

Bincangkan fenomena El Nino dan La Nina.

Semasa El Niño berlaku, air permukaan laut yang lebih panas di tengah dan
timur Lautan Pasifik Khatulistiwa membekalkan haba dan lembapan tambahan
kepada atmosfera yang berada di atasnya. Ini mendorong pergerakan menaik
yang kuat dan dengan demikian merendahkan tekanan permukaan di dalam
kawasan berpergerakan menaik itu. Udara lembap yang naik itu terpeluwap
lalu membentuk kawasan ribut petir yang luas dan hujan lebat di kawasan
berkenaan. Di bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia, tekanan atmosfera
meningkat, menyebabkan cuaca yang secara relatifnya kering.

Fenomena La Nina ialah suhu permukaan laut di tengah dan Timur Lautan
Pasifik menjadi lebih rendah dari biasa. Fenomena ini di panggil La Niña suatu
keadaan yang bertentangan dengan El Niño. Dalam keadaan ini, tekanan
atmosfera permukaan di kawasan khatulistiwa Pasifik barat menurun,
menyebabkan pembentukan awan yang lebih aktif dan hujan lebat. Semasa
keadaan La Niña, tekanan permukaan atmosfera meningkat di Pasifik tengah
dan timur manakala tekanan permukaan menurun di bahagian Pasifik barat.

Anda mungkin juga menyukai