Anda di halaman 1dari 37

1.

0 PENGENALAN

Kemahiran bahasa terdiri daripada 3 komponen iaitu kemahiran lisan, kemahiran


membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran lisan merangkumi kemahiran
mendengar dan bertutur. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, keempat-empat
kemahiran ini perlu dikuasai oleh semua murid-murid sekolah rendah. Ini kerana
kemahiran bahasa merupakan asas kepada penguasaan bahasa baku. Namun begitu,
masih terdapat sebilangan murid sekolah rendah yang gagal menguasai kemahiran-
kemahiran ini. Jika dilihat pada situasi hari ini, masih ada murid yang berada pada
tahap 2 tidak mampu menulis dan membaca dengan betul. Hampir semua sekolah
rendah di Malaysia juga mempunyai kelas pemulihan. Kesannya, kebanyakkan guru-
guru sekolah rendah menghadapi masalah di dalam merancang dan melaksanakan
aktiviti yang melibatkan kemahiran berbahasa.

Dalam menangani masalah lemah dalam kemahiran berbahasa, guru-guru perlu


mengenal pasti apa yang dikatakan aspek-aspek penting dalam keempat-empat
kemahiran bahasa ini. Setelah mengenal pasti masalah yang menjadi penghalang
dalam merancang aktiviti melibatkan kemahiran berbahasa ini, guru bahasa bolehlah
merancang aktiviti yang sesuai dan dapat menarik minat pelajar untuk menguasai
kemahiran berbahasa.

Sebelum sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlangsung, guru


seharusnya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). RPH ini bertujuan
untuk mencapai suatu objektif yang diharapkan. Dalam RPH yang disediakan juga
perlu menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran bahasa seperti mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Kesimpulannya, penguasaan kemahiran berbahasa dalam
kalangan murid perlu diberi perhatian. RPH yang disediakan juga perlu mengandungi
aktiviti berbahasa yang dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu.

1
2.0 DEFINISI DAN KONSEP BAGI KEMAHIRAN BERBAHASA

2.1 Kemahiran mendengar

2.1.1 Definisi kemahiran mendengar

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku
pada peringkat penerimaan. Seseorang murid yang telah dapat menguasai kemahiran
mendengar dengan baik biasanya harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja
yang dituturkan oleh orang lain dan dapat pula memahami maksud serta membuat
tafsiran daripada apa yang didengar.

Mendengar melibatkan tiga perkara asas iaitu mendengar, memahami dan


menilai. Mendengar bermaksud memberikan perhatian pada perkara yang
disampaikan oleh penutur. Memahami pula bermaksud mengambil perkara yang telah
kita dengari dan memahaminya dengan cara kita sendiri. Menilai pula berlaku setelah
kita memahami perkara yang disampaikan oleh penutur, kita mula memikirkan sama
ada kenyataan itu memberikan makna tertentu dan kita hanya dapat menerimanya
tanpa berfikir.

2.1.2 Konsep kemahiran mendengar

Mendengar merupakan kemasukan input bahasa atau bukan bahasa melalui alat
pendengaran manusia, iaitu telinga. Kemasukan input bahasa yang berupa
penyerapan makna ayat dan ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses.
Sesetengah berpendapat bahawa mendengar merupakan aktiviti seni yang merujuk
kepada seni mendengar dan memahami perkara yang diperkatakan oleh penutur.
Konsep mendengar juga merujuk kepada aktiviti memberikan tumpuan kepada sesuatu
yang sampai ke telinga, memberikan tindak balas secara teratur dan memberikan gerak
balas terhadap bunyi.

Konsep penting tentang pendengaran:

 merupakan gabungan daripada segala yang didengar, difaham dan diingat.


 berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-
peringkat.

2
 individu banyak mendengar melalui pengalaman daripada kecerdasan otaknya
 proses pendengaran dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi
 pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logic dan berkesan
 pendengaran berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan
 pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk
dan isi

2.2 Kemahiran bertutur

2.2.1 Definisi kemahiran bertutur

Bertutur merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat


sebutan (artikulator) manusia. Kemahiran bertutur berlaku semasa di peringkat
produksi lagi. Ia bukan dicipta oleh pelajar tetapi ditiru dan diajuk. Model-model yang
diperdengarkan seharusnya merupakan model-model yang baik bagi membolehkan
pelajar-pelajar bertutur secara berkesan. Kemahiran bertutur mempunyai hubungan
dengan operasi mental kerana ia merupakan pengintepretasian ujaran, iaitu proses
yang membolehkan individu memahami dan menelah ujaran yang didengar.

2.2.2 Konsep kemahiran bertutur

 gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan


 berlaku di peringkat produksi iaitu berlaku setelah si penutur itu dapat
mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya
 individu banyak belajar bertutur melalui pengalaman daripada kecerdasan
otaknya
 dipengaruhi oleh aspek fizikal, kesihatan, persekitaran dan jantina
 pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan member tumpuan kepada aspek
fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan system bunyi yang lain
 keupayaan manusia mengujarkan kata-kata
 melibatkan individu berkata-kata atau bercakap

3
 penutur menzahirkan pendapat dan perasaan melalui bunyi bahasa yang
bermakna
 aktiviti melafazkan kata-kata untuk tujuan berinteraksi

2.3 Kemahiran membaca

2.3.1 Definisi kemahiran membaca

Membaca bermaksud memindahkan tulisan kepada suara. Selain itu, membaca juga
didefinisikan sebagai bukan memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan
menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh
memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak
memahami perkara yang disuarakan maka murid itu tidak dikira sebagai pandai
membaca. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa membaca ialah menyuarakan tulisan ,
mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya.

2.3.2 Konsep kemahiran membaca

Menurut Leferre (1973), membaca merupakan satu proses yang berkait rapat dengan
bahasa, iaitu membaca sebagai a language related process. Menurut Cohen (1990),
membaca memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk
memahami makna daripada teks yang bercetak. Membaca juga merupakan proses
kemahiran yang aktif bagi mengintepretasikan makna dan mendapatkan pengetahuan
daripada bahasa tulisan dan visual. Tiga konsep asas membaca yang pernah
digunakan ialah:

 membunyikan perkataan demi perkataan


 pengenalpastian perkataan demi perkataan dan memperoleh maknanya
 memberikan makna kepada teks yang dibaca serta memahami teks tersebut

4
Menurut buku The American Heritage Dictionary of The English Language (2003),
definisi membaca ialah:

 intepretasi terhadap sesuatu situasi atau perkara yang diperkatakan


 proses kognitif untuk memahami bahasa tulisan (melibatkan penghasilan dan
pemahaman komunikasi linguistik)
 keupayaan untuk menyuarakan bahan bertulis (komunikasi yang melibatkan
simbol-simbol tulisan
 gambaran mental tentang makna daripada perkara yang diperkatakan, idea atau
visual yang dilihat.

2.4 Kemahiran menulis

2.4.1 Definisi kemahiran menulis

Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi. Tulisan juga
merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang
tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah perbuatan
mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan
atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis juga bermaksud
memzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks
yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh orang lain.

2.4.2 Konsep kemahiran menulis

Di sekolah, menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat
serta mengeluarkan idea melalui pelbagai penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis,
tanda bacaan dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas dan kemas. Secara
umumnya, terdapat beberapa konsep menulis iaitu :

5
 menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis
 menulis merupakan hasil kerja penulis iaitu sebarang perkara yang diluahkan
dalam bentuk huruf dan alfabet
 menulis merupakan huruf atau simbol yang dicetak bagi mewakili bunyi atau
perkataan sesuatu bahasa
 menulis merupakan penggunaan huruf atau symbol bagi menggambarkan
sesuatu makna
 menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi
mempersembahkan idea dan pendapat

6
3.0 ASPEK-ASPEK PENTING KEMAHIRAN BERBAHASA

3.1 Aspek-aspek penting kemahiran mendengar

3.1.1 Proses mendengar

Mendengar merupakan satu proses yang aktif. Oleh itu, sebagai seorang pendengar,
seharusnya mempunyai mendiskriminasikan bunyi ujaran yang didengar, mendengar
dengan tajam dan sekali gus memahami maklumat tersebut. Pendengar juga harus
bijak menapis dan menilai serta menerima input yang benar-benar mustahak dan
relevan. Proses mendengar biasanya berlaku dalam empat peringkat iaitu:

a) Mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa


b) Memahami bunyi-bunyi bahasa
c) Menilai bunyi-bunyi bahasa yang diperdengarkan
d) Bertindak terhadap bunyi-bunyi bahasa

3.1.2 Peringkat kemahiran mendengar

Peringkat Huraian
AWAL - Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi
- Mengecam makna perkataan, frasa dan ayat
- Melakukan suruhan atau arahan yang diberikan
- Bertindak terhadap soalan-soalan mudah
- Mengingat perkataan mudah dengan tepat
- Memadankan perkataan dan ayat

PERTENGAHAN - Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara


terperinci
- Mengenal maklumat khusus
- Mengesan urutan
- Mengenal pasti sebab dan akibat
- Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi
- Mengesan sikap dan perasaan orang yang bercakap

7
MAJU - Mengenal isi-isi penting
- Mengenal peranan dan hubungan dengan orang yang
bercakap
- Mengetahui fungsi intonasi dan tekanan
- Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar
- Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan
- Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai bentuk
struktur nahu

3.1.3 Jenis kemahiran mendengar

Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan mendengar
secara pasif.

a) Mendengar secara aktif

Kemahiran mendengar aktif merujuk kepada mendengar bagi mendapatkan makna


iaitu perkara yang didengar itu benar-benar difahami seperti yang dimaksudkan oleh
penutur. Kemahiran ini digunakan secara meluas dalam pelbagai situasi seperti
mendengar kuliah, perbualan harian, sesi kaunseling, dan pihak pengurusan
memberikan arahan kepada pekerja. Mendengar secara aktif merupakan satu
kemahiran yang dapat digunakan untuk mempertingkat keupayaan memahami dan
menelah maklumat verbal. Tujuan kemahiran mendengar aktif adalah untuk
memberi kefahaman antara pendengar dengan penutur dan sebagai satu latihan
untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada ujaran penutur.

i. Mendengar secara bertelau-telau

8
Biasanya pelajar bahasa kedua. Kurang mampu mendengar dan memahami bahagian-
bahagian tertentu ujaran. Tidak berjaya untuk membentuk konsep makna. Biasanya
amat jarang menggunakan bahasa tersebut.

i. Mendengar tanpa tindak balas

Keadaan ini terjadi apabila pendengar tidak memahami sepenuhnya hubungan antara
kata dalam ayat yang diucapkan. Kesannya, pendengar tidak bertindak balas terhadap
apa yang didengar.

ii. Mendengar secara menebuk-nebuk

Pendengar memilih apa yang mahu didengar kerana daya kefahaman yang masih
rendah serta dipengaruhi minat dan sikap.

iii. Mendengar secara beremosi

Pada peringkat ini, pendengar telah mula memahami bahasa. Reaksi berbeza antara
pendengar berdasarkan kefahaman.

iv. Mendengar secara berhati-hati

Peringkat ini, pendengar mendengar secara teliti dan bersungguh-sungguh dan


menumpukan pendengaran terhadap kata, rangkai kata, ayat satu demi satu. Biasanya
dilakukan untuk belajar bertutur secara intensif.

v. Mendengar secara kritikal

Ini adalah peringkat penguasaan bahasa yang baik. Pendengar berupaya memilih dan
menentukan perkara yang benar atau palsu, kekuatan dan kelemahan, kekurangan
atau kelebihan dan sebagainya. Pendengar juga berupaya berfikir secara kritis dan
analitis.

vi. Mendengar dengan pengamatan

Pendengar yang mampu memikir secara kritikal apa yang didengar dan mampu
memahami ujaran terutama berkaitan dengan pengalaman.

9
vii. Mendengar secara kreatif

Peringkat pendengaran yang paling tinggi kerana dapat mentafsir, mengkritik,


menganalisis dan membuat ulasan yang bernas. Pendengar boleh menggubah
sesuatu apabila mendengar sesuatu percakapan yang baik.

b) Mendengar secara pasif

Kemahiran mendengar pasif merupakan kemahiran mendengar pada peringkat paling


rendah. Kemahiran ini merujuk kepada kemahiran mendengar tanpa bertindak balas,
iaitu pendengar hanya mendengar tanpa memberikan sebarang respons yang
menunjukkan sama ada dia faham perkara yang diperkatakan ataupun tidak.
Pendengar tidak berupaya menyerap keseluruhan ujaran yang didengarinya.

Pendengar juga kerap kehilangan fakta penting dan memberikan tanggapan


yang tidak menepati maksud penutur. Akibatnya, pendengar jarang-jarang dapat
mengingati dan menyatakan semula perkara yang didengar itu. Kemahiran mendengar
ini kebiasaannya berlaku dalam kalangan pendengar bahasa kedua. Keadaan ini
berlaku kerana kelemahan mereka dalam bahasa tersebut menyebabkan mereka tidak
mampu mendengar dengan baik, membina konsep, memparafrasa dan memahami
ujaran yang diperdengarkan.

3.2 Aspek-aspek penting kemahiran bertutur

3.2.1 Tujuan bertutur

Pertuturan akan berlaku atas tujuan-tujuan tertentu. Ujaran akan dapat disusun dengan
baik dan laras bahasa yang sesuai dapat digunakan jika mengetahui tujuan kita
bertutur. Secara umumnya, tujuan bertutur dapat dikategorikan kepada lima iaitu:

a) bertutur untuk tujuan memaklumkan


b) bertutur untuk tujuan mempengaruhi

10
c) bertutur untuk tujuan keseronokan
d) bertutur untuk tujuan penyelesaian masalah
e) bertutur untuk tujuan menzahirkan emosi dan idea

3.2.2 Aspek-aspek pertuturan

Terdapat beberapa aspek pertuturan yang harus diberi perhatian dalam kemahiran
bertutur iaitu

i. Sebutan : murid-murid diajar mengenal huruf dan bunyi-bunyi setiap huruf,


suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat-ayat. Ini bertujuan melatih
mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus boleh
menyebut dengan betul mengikut bunyi, ejaan dan makna.

ii. Tekanan : merupakan cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat
dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Dilakukan pada
suku kata dan ia bertujuan menandakan keras atau lembut sesuatu
pengucapan.

iii. Intonasi : adalah keadaan bunyi menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat
itu dilafazkan. Ia kadangkala disebut sebagai nada suara. Intonasi ayat
dalam bahasa Melayu biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis
ayat yang dituturkan. Contohnya, ayat tanya mempunyai intonasi menaik di
akhir ayat.

iv. Nada : nada adalah keadaan bunyi menaik atau menurun sewaktu sesuatu
perkataan atau suku kata itu diucapkan. Dalam bahasa Melayu, nada
bersifat fonemik.

11
v. Mora (panjang-pendek) : merupakan kadar sesuatu bunyi itu dilafazkan.
Konsepnya sama dengan ‘harakat’ dalam bahasa Arab. Penggunaan unsur
ini ketara dalam bahasa Inggeris dan Arab.

vi. Jeda (persendian) : ia digunakan untuk memisahkan elemen-elemen


linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat-ayat. Dalam sesebuah
ayat yang diucapkan, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Unsur ini
boleh membawa makna yang berbeza jika ia digunakan.

vii. Tatabahasa : tatabahasa ialah satu system yang menggabungkan kata untuk
membentuk ayat. Peraturan ini mempunyai kaedah dan formula tertentu. Ia
terdiri daripada aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Untuk memperoleh
pertuturan yang baik, aspek ini harus ditekankan.

viii. Kelancaran : bermaksud murid-murid boleh bertutur dengan baik, kemas dan
teratur. Semasa bercakap, mereka tidak menghadapi sebarang masalah dan
tiada gangguan semasa percakapan itu berlangsung.

ix. Kefasihan : murid-murid boleh bercakap dalam bentuk yang kemas, licin,
teratur dan lancar. Selain itu, penutur juga boleh membunyikan suku kata
atau menyebut perkataan dan ayat-ayat yang dituturkan secara jelas dan
tepat.

x. Laras bahasa : hal ini bermaksud murid boleh menggunakan bahasa dalam
pelbagai konteks, suasana dan situasi yang sesuai.

3.2.3 Peringkat-peringkat kemahiran bertutur

Terdapat tiga peringkat kemahiran bertutur iaitu peringkat awal, pertengahan dan maju.

12
Peringkat Huraian
AWAL - Melafazkan pengucapan bertatasusila
- Mengajuk perkataan dan ayat-ayat yang didengar
- Menyoal untuk mendapatkan maklumat
- Membuat teguran atau kenyataan mengenai situasi
- Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi
tertentu
- Bertindak terhadap soalan mudah
- Memberi arahan
- Membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu
bapa dan sebagainya
- Membuat ayat-ayat daripada gambar yang diberi

PERTENGAHAN - Membuat deskripsi tentang objek atau gambar


- Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar
bersiri
- Mendeskripsi pengalaman atau peristiwa
- Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu
- Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung
dengan peribadi seseorang, masa bersekolah,
persekitaran, di rumah dan sebagainya
- Membaca iklan dan peraturan
- Memberi ucapan pendek dan mudah
- Mengambil bahagian dalam perbualan mudah
- Memberi komen secara mudah
- Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan
secara mudah

MAJU - Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman,


objek, permainan, proses dan sebagainya
- Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau
tanpa menggunakannya

13
- Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan
atau dialog
- Bertanya untuk mendapatkan maklumat
- Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan
- Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat
- Memberi ceramah atau syarahan (teks disediakan)
- Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum,
perbincangan dan lain-lain
- Mengambil bahagian dalam drama atau lakonan
- Mendeklamasi puisi
- Menyampaikan komen, laporan atau ulasan
- Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan
sebagainya

3.2.4 Jenis aktiviti bertutur

Di dalam bilik darjah , murid melakukan perbuatan bertutur lebih banyak daripada
mendengar dan menulis. Penglibatan aktif murid dalam aktiviti bertutur termasuklah
menjawab soalan daripada guru dan rakan, bertanyakan soalan kepada guru,
memberikan pendapat dan merumuskan hasil perbincangan kumpulan. Aktiviti bertutur
seperti bercerita, berlakon, menyanyi, berbual dan berbincang dapat melatih murid
bertutur bagi melahirkan idea, pendapat dan pandangan sesuai dengan tahap umur
mereka. Antara aktiviti bertutur ialah

 Aktiviti bercerita
Aktiviti ini dapat memikat hati kanak-kanak kerana ia berunsur hiburan dan
menyeronokkan. Oleh itu, murid akan dapat menumpukan perhatian kepada
pengajaran guru apabila aktiviti bercerita dijalankan. Walau bagaimanapun,
aktiviti ini seharusnya berfokus kepada murid iaitu murid sendiri diberi peluang
untuk menyampaikan cerita. Bercerita dapat menggalakkan penguasaan
kemahiran lisan dan perkembangan bahasa,meningkatkan kefahaman serta

14
menyuburkan akal dan daya imaginasi murid. Murid juga diberi peluang untuk
memilih cerita yang ingin mereka sampaikan seperti cerita dongeng, cerita
binatang, pengembaraan dan sebagainya. Murid perlu menyatakan pengajaran
daripada cerita yang telah disampaikan. Selepas selesai bercerita, guru boleh
menjalankan aktiviti bersoal jawab tentang cerita, berbincang mengenai watak
yang terlibat dan peristiwa yang diceritakan dan sebagainya.

 Aktiviti berlakon
Berlakon melibatkan aktiviti pergerakan tubuh badan dan perlakuan yang
dilakukan oleh watak-watak bagi menggambarkan keadaan sebenar. Murid
menggemari aktiviti ini kerana mereka diberi peluang untuk bertutur secara
bebas, beraksi sesama sendiri dan berhibur dengan rakan sebaya. Terdapat
beberapa jenis lakonan seperti lakonan spontan, lakonan tanpa suara dan
lakonan patung. Murid juga digalakkan melakukan aksi atau melakonkan watak
tertentu sambil bertutur.

 Aktiviti menyanyi
Aktiviti ini dapat membantu guru mencapai matlamat bagi mendorong kanak-
kanak bersuara atau berkata-kata. Menyanyi juga dapat menjadikan pengajaran
guru lebih menarik, memudahkan pemahaman, membantu murid mengingat
kembali perkara yang telah dipelajari dan murid dapat menguasai
perbendaharaan kata dan sebutan dengan lebih mudah. Sebagai seorang guru,
haruslah tahu menyesuaikan lirik lagu dengan peringkat umur murid agar objektif
pengajaran dapat dicapai.

15
 Aktiviti berbual
Perbualan boleh dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara langsung dan tidak
langsung. Perbualan secara tidak langsung tidak banyak memerlukan
persediaan oleh guru. Guru boleh berbincang dengan murid mengenai isu
persekitaran dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Guru boleh memulakan
perbualan dengan bertanyakan soalan tentang beberapa perkara dan kemudian
berfokus kepada satu topik yang dapat menarik minat murid bagi meneruskan
perbualan selanjutnya. Semasa perbualan berlangsung, murid seharusnya
dapat memberikan komen, pendapat, menerangkan sesuatu tanpa perasaan
segan. Perbualan secara langsung pula dilakukan secara terancang oleh guru.
Guru perlu memilih satu tajuk yang dapat memotivasikan murid untuk berbual.
Selepas aktiviti tersebut, guru boleh meminta beberapa murid menceritakan
semula isi atau sebarang perkara yang telah dibualkan oleh mereka.

 Aktiviti berbincang
Berbincang merupakan aktiviti mengeluarkan, menghujahkan dan mengulas
pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk melatih
murid mengeluarkan buah fikiran dan pendapat dengan bernas. Dalam aktiviti
ini, setiap murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif. Kesannya, murid
dapat mempertajamkan minda malah melatih kepetahan murid untuk bertutur
dan mengeluarkan pendapat . Pemilihan tajuk perbincangan perlulah mengikut
tahap umur murid.

3.3 Aspek-aspek penting kemahiran membaca

3.3.1 Tujuan membaca

a) Tujuan serta merta

Tujuan ini berhasrat untuk membolehkan murid-murid membaca dan memaham. ‘Boleh
membaca’ bermaksud boleh membaca dengan cepat, tidak teragak-agak, boleh
membaca dengan serta-merta dan tidak payah mengambil masa yang panjang. Selain

16
itu, boleh membaca juga bermaksud murid-murid boleh membaca bersendirian tanpa
bergantung kepada pertolongan dan bantuan guru.

‘Boleh memahami’ pula ialah menangkap dengan pantas makna atau maksud
yang dibaca. Ia juga bererti murid-murid boleh memberi fikirannya sendiri dan
menggunakan perkataan sendiri untuk menyatakan apa yang dibacanya.

Tujuan serta-merta yang lain :

 Kanak-kanak boleh membaca dengan bunyi sebutan dan rentak irama (intonasi)
yang betul.
 Kanak-kanak boleh membaca senyap tanpa sebarang gangguan.
 Mewujudkan sikap suka dan mahu membaca berterusan dan mencari pengertian
apa yang dibaca.
 Menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan dan pengisi masa
lapang untuk menambah pengetahuan.

b)Tujuan lanjut

Tujuan lanjut membaca bermatlamatkan sebagai alat penambah pengetahuan setelah


keluar dari sekolah. Selain itu, ianya bertujuan untuk mendapatkan bahan fikiran untuk
dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara yang baik yang
dilakukan orang lain. Ianya juga bertujuan meluaskan fahaman serta membetulkan
idea-idea yang salah. Bukan itu sahaja, tujuan lanjut bermatlamat sebagai latihan untuk
melahirkan fikiran dengan baik dan teratur. Hal ini juga adalah untuk merapatkan lagi
diri dengan masyarakat dan memudahkan untuk mengikuti perkembangan alam dan
manusia.

17
3.3.2 Peringkat kemahiran membaca

Peringkat kemahiran membaca bermula daripada tahap paling asas hingga ke


peringkat lebih tinggi. Peringkat ini dapat dibahagikan kepada enam tahap iaitu:

i. Persediaan membaca (kanak-kanak berumur 4-5 tahun) : pembaca


telah terdedah dan biasa mendengar bunyi bahasa tersebut. Pada peringkat
ini, dia mengetahui persamaan bunyi antara perkataan, belajar meramal
bahagian seterusnya bagi cerita yang didengarnya dan mula mengenal
beberapa perkataan bertulis yang biasa.

ii. Mengenal huruf (kanak-kanak berumur 6-7 tahun) : pembaca mengetahui


hubungan antara bunyi dengan huruf tertentu dan mula mengaplikasikan
pengetahuan ini kepada teks bacaan. Hal ini menunjukkan pembaca telah
memperoleh pengetahuan tentang ciri sesuatu huruf dan mempelajari
persamaan simbol bunyi huruf.

iii. Pengesahan ( kanak-kanak berumur 8-9 tahun) : melibatkan pengesahan


tentang pengetahuan yang telah diperoleh pada dua peringkat yang terdahulu
dan mengukuhkan kelancaran dan kemahiran tersebut iaitu kemahiran
mengenal ciri dan bunyi huruf semakin meningkat, di samping mula
menambahkan kepantasan dan ketepatan mengenal huruf. Pada tahap ini,
pembaca mula memberikan perhatian pada makna dan maklumat bercetak,
di samping menggunakannya secara interaktif bagi meningkatkan kemahiran
dan kecekapan membaca.

iv. Bacaan pengetahuan (kanak- kanak berumur 10-13 tahun) : pembaca telah
memiliki kemahiran membaca yang diperlukan bagi membolehkannya
membaca teks untuk menambahkan pengetahuan dan mendapatkan
maklumat. Perbendaharaan kata mereka mula bertambah secara mendadak

18
j/
u
r
m
h
k
(
p
y
e
n
c
b
)
s
i
l
atv.

vi.
hasil daripada pendedahan terhadap perkataan-perkataan dalam teks yang
dibaca.

Pandangan berganda (14-19 tahun) : pembaca berupaya menganalisis teks


yang dibaca, memahamkan teks mengikut sudut pandangan yang berbeza
dan bertindak balas secara kritikal terhadap teks.

Membina dan menilai (tahap umur pelajar kolej atau universiti) : pembaca
mula membaca secara berpilih-pilih dan membina pendapat sendiri terhadap
teks yang dibaca. Mereka membentuk pengetahuan sendiri berdasarkan teks
tersebut serta mengaitkan, menilai dan membezakannya dengan teks lain
yang pernah dibaca.

3.3.3 Jenis kemahiran membaca

a) Bacaan bersuara (bacaan mekanis)

Bacaan jenis ini ialah menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang,
dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan
menggerakkan alat-alat pertuturan. Tujuan bacaan bersuara ialah supaya kanak-

19
kanak dapat membunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya dan rentak
irama yang sempurna. Biasanya, bacaan bersuara dilaksanakan di kelas-kelas
rendah atau pada peringkat kelas permulaan.

 murid-murid dapat membaca dengan cekap


Tujuan bacaan bersuara dan pantas dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan jelas.
 murid-murid dapat membeca dengan irama
membaca yang betul.
 murid-murid tahu menggunakan tanda baca
serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat
berhenti yang betul.
 dapat menggunakan kemahiran membaca
dalam mata pelajaran yang lain.
 murid-murid dapat mencapai kemahiran dan
kecekapan membaca bersuara.

 guru memberikan satu petikan dalam satu


Cara melaksanakan bacaan masa khas untuk bacaan, sesuai dengan
bersuara kebolehan dan umur murid-murid.
 guru dan murid bersoal jawab dan membantu
murid-murid dengan perkataan dan rangkai
kata yang susah sama ada dari segi sebutan
atau makna perkataan-perkataan itu.
 guru membaca sebagai contoh dan murid
menyemak bacaan guru.
 guru membaca dan murid-murid mengikut.
 guru memandu murid-murid membaca
secara individu bergilir-gilir.

20
 guru berbincang dan bersoal jawab dengan
murid-murid mengenai isi bacaan untuk
menguji kefahaman mereka.

b) Bacaan senyap (bacaan akaliah/mentalis)

Bacaan ini ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan
kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap adalah
lebih pantas berbanding bacaan bersuara kerana aspek seperti nada suara, sebutan
dan sebagainya tidak diperlukan. Bacaan ini dijalankan setelah murid-murid mahir
dan cekap dalam bacaan bersuara.

 sebagai latihan kepada murid-murid supaya


Tujuan bacaan senyap boleh membaca dengan sendiri.
 untuk melatih murid-murid supaya boleh
membaca dengan sendiri.
 untuk melatih murid-murid membaca senyap
dengan pantas.
 dapat menggunakan kemahiran membaca
senyap untuk mendapatkan pengetahuan.
 dapat menggunakan kemahiran membaca
senyap untuk hiburan.

 bahan yang diajarkan mestilah berperingkat-


Cara melaksanakan bacaan peringkat daripada bahan yang sedikit dan
senyap senang kepada bahan yang banyak dan
susah.
 guru memberi dan menentukan bahan

21
bacaan serta membantu dan memandu
murid yang lemah.
 guru bersoal jawab dan membincangkan
perkataan dan rangkai kata yang susah.
 tentukan bahan bacaan yang hendak dibaca
dan murid memahamkannya sendiri. Guru
perlu juga menghadkan masa membaca
tersebut.
 guru menjalankan latihan kefahaman dengan
mengemukakan soalan atau dengan cara
menceritakan semula apa yang telah dibaca
dalam bentuk ujian objektif dan subjektif.
 guru hendaklah membetulkan kesalahan-
kesalahan yang terdapat semasa murid-
murid mengemukakan isi bacaan.

3.4 Aspek-aspek penting kemahiran menulis

3.4.1 Tujuan menulis

Terdapat dua tujuan menulis iaitu tujuan serta-merta dan tujuan lanjut.

a) Tujuan serta-merta

Tujuan ini adalah untuk mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan
kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. Selain itu, ianya juga bagi
membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat
dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca. Kanak-kanak mengulangi
pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca
buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya. Bukan itu sahaja, tujuan serta-
merta menulis ialah untuk membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan

22
perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan. Ianya juga adalah untuk
menyuburkan minat suka menulis atau mengarang. Tambahan lagi, dengan
menulis juga murid dapat menambah dan meluaskan pengetahuan dalam
perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan. Murid-murid juga dapat
disediakan untuk menghadapi peperiksaan.

b) Tujuan lanjut

Tujuan lanjut menulis ialah untuk memberi kepuasan jiwa dalam pemikiran,
pengalaman dan perasaan. Contohnya, seorang penulis dapat menggambarkan
sesuatu melalui penulisannya. Selain itu, tujuan lanjut menulis ialah untuk
meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi
penulisan. Ianya juga bagi menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya
dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi
kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya.

3.4.2 Peringkat kemahiran menulis

Dalam kemahiran menulis terdapat 3 peringkat iaitu pramenulis (persediaan),


mendirikan asas ( peringkat mekanis) dan menulis untuk pelahiran.

a. Peringkat pramenulis

Peringkat ini ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis
sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam
tempoh masa ini, latihan otot-otot tangan dan jari serta koordinasi mata dan tangan
diberi kepada murid sejak awal lagi. Pelbagai latihan pramenulis boleh
dilaksanakan dengan menitikberatkan latihan pergerakan tangan. Murid juga perlu
menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan
sempurna. Latihan pergerakan mata dan latihan kordinasi mata dan tangan juga
perlu dilakukan.

23
Contoh aktiviti latihan pramenulis

- Latihan mengikut garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini adalah latihan
menulis dari kiri ke kanan.
- Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.
- Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai di atas pasir, di rumput
tanpa menggunakan alat tulis (bulatan besar - bulatan kecil)
- Latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekankan jari,
menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.
- Latihan membentuk garisan lurus.
- Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan
secara bebas.
- Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan lurus dan bulat.

b. Peringkat mendirikan asas

Peringkat ini dijalankan setelah murid-murid boleh memegang pensel dengan betul
dan duduk dengan cara yang betul. Pada peringkat ini juga, murid dilatih
membentuk lambing-lambang tulisan. Murid membentuk huruf di kertas kosong
yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah memuaskan, barulah mereka
dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Pada masa ini juga, kawalan
tulisan amatlah diperlukan.

Contoh latihan

- Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan yang terkawal.
- Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.
- Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.
- Latihan mebentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat
keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam.

Contoh aktiviti

24
 Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
 Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
 Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang
bermakna.
 Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.
 Menyalin perkataan yang mudah.
 Menyalin ayat-ayat mudah.

c. Peringkat menulis untuk pelahiran

Peringkat ini adalah selepas peringkat penulisan mekanis. Setelah mereka


menguasai menulis mekanis, murid digalakkan melahirkan fikiran mereka secara
bertulis. Cara yang dicadangkan ialah bermula daripada yang terkawal iaitu
berpandukan gambar dan perkataan, mengisi tempat kosong, melengkapkan ayat
dan perenggan sehingga murid boleh menghasilkan tulisan tanpa panduan.

Contoh aktiviti

 Mengisi silang kata.


 Mengisi tempat kosong dalam ayat.
 Melengkapkan ayat dengan menambahkan rangkai kata yang sesuai.
 Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita.
 Menulis ayat berdasarkan gambar yang diberi.
 Menulis karangan daripada tajuk yang disediakan dan sebagainya.

3.4.3 Jenis kemahiran menulis

25
Penulisan merupakan pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik.
Bentuk-bentuk grafik itu disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat
dibaca dan difahami maksudnya. Terdapat dua jenis kemahiran menulis yang perlu
dikuasai pada peringkat rendah iaitu :

sn
i
n
j
k
h
a
m
e i
a
r
h
a
k
l
u
n
e
m s
i
n
a
r
l
u
k
a
t
n
e
m s
i
l

i. Kemahiran menulis mekanis

Kemahiran ini penting kerana bertujuan untuk memberikan latihan dan pengalaman
asas yang diperlukan. Hal ini dapat membantu murid menguasai kemahiran menulis
yang selanjutnya seperti menulis huruf, suku kata, perkataan dan frasa. Kemahiran
menulis mekanis merupakan kemahiran untuk membolehkan murid membentuk
lambang huruf dan seterusnya menulis perkataan dengan jelas, tepat dan kemas.
Kemahiran ini termasuklah menulis huruf mengikut cara yang betul, menjaga jarak
yang sekata antara huruf dengan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.
Ianya melibatkan pergerakan anggota fizikal, iaitu jari-jemari dan saraf tangan yang
diselaraskan dengan penglihatan.

Antara aktiviti kemahiran menulis mekanis ialah menulis bentuk yang mirip
kepada huruf tertentu dan menulis huruf daripada gambar. Selain itu, aktiviti seperti
menulis huruf mengikut bentuk daripada kad yang dilubangkan dan menulis huruf
atau perkataan yang ditulis mengikut titik-titik. Bukan itu sahaja, aktiviti menulis
mekanis yang lain ialah menyalin perkataan atau frasa serta menyalin ayat daripada
buku.

26
ii. Kemahiran menulis mentalis

Kemahiran menulis mentalis merupakan kemahiran menulis untuk tujuan pelahiran.


Kemahiran ini dikuasai setelah murid menguasai kemahiran menulis mekanis.
Kemahiran menulis ini melibatkan operasi mental atau minda bagi menghasilkan
sesuatu yang dapat dibaca oleh orang lain. Ianya merangkumi latihan pernyataan
fikiran atau pendapat, pernyataan perasaan, pernyataan kehendak dan pendapat
individu. Antara aktiviti kemahiran menulis mentalis ialah menulis perkataan atau
frasa yang disebut oleh guru dan menulis frasa atau ayat yang bermakna
menggunakan perkataan yang diberikan. Selain itu, menulis dan menyusun
perkataan bagi membina ayat serta menulis ayat-ayat mudah. Bukan itu sahaja,
aktiviti kemahiran menulis mentalis termasuklah membuat latihan transformasi ayat
menggunakan senarai perkataan yang diberikan.

4.0 FAKTOR- FAKTOR MENYEBABKAN MASALAH DALAM MERANCANG DAN


MELAKSANAKAN AKTIVITI KEMAHIRAN BERBAHASA

27
Bahasa Melayu merupakan satu mata pelajaran yang wajar dikuasai oleh semua
pelajar di Malaysia. Hal ini kerana bahasa ini merupakan bahasa yang merentasi
kurikulum. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar bagi kebanyakan mata pelajaran
dalam kurikulum di Malaysia contohnya dalam mata pelajaran Sejarah, Kemahiran
Hidup, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan sebagainya. Seharusnya, penguasaan
Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar perlu diberi perhatian. Dalam membantu murid
menguasai Bahasa Melayu, terdapat beberapa faktor yang dihadapi oleh guru dalam
merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran berbahasa.
Antaranya ialah:

i. Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang kurang menarik

Bahan Bantu Mengajar merupakan satu alat yang sangat berguna dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) bahasa. Ini kerana dengan adanya BBM,
ianya akan dapat menarik minat murid untuk mengikuti P&P pada hari tersebut.
Walaupun begitu, pembelajaran yang bermakna akan terjadi jika BBM yang digunakan
juga menarik. Jika tidak, berkemungkinan guru tidak akan dapat mencapai objektif
pengajarannya. BBM yang menarik dapat merangsang minat pelajar untuk belajar.
Antara contoh BBM yang menarik ialah kad-kad bahasa yang berwarna-warni, kad-kad
bergambar, penggunaan LCD dan komputer riba untuk menayangkan slaid yang telah
dibuat dan boneka. Penggunaan bahan ini boleh menimbulkan perasaan seronok
kepada murid dalam aktiviti kemahiran berbahasa. Sebagai contohnya, dalam aktiviti
permainan bahasa yang melibatkan kemahiran membaca dan bertutur, guru boleh
menggunakan kad gambar bersiri yang menarik. Ini dapat menarik minat pelajar untuk
menyampaikan apa yang dilihat pada kad gambar tersebut. Justeru itu, seorang guru
seharusnya kreatif dalam menyediakan BBM.

ii. Kaedah dan teknik yang tidak pelbagai

28
Dalam melaksanakan aktiviti berbahasa, kaedah dan teknik memainkan peranan
penting. Kaedah ialah peringkat sesuatu teori pengajaran itu cuba dipraktikkan. Teknik pula
ialah peringkat pelaksanaan pengajaran di bilik darjah. Teknik yang sesuai memudahkan
pencapaian sesuatu objektif pengajaran. Oleh itu, sebagai seorang guru seharusnya
mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran. Kaedah dan teknik pengajaran yang
pelbagai akan dapat mengelakkan murid berasa bosan. Ianya juga akan dapat
meningkatkan penerimaan pelajar tehadap pembelajaran yang diajar. Dalam
pengajaran bahasa terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang boleh digunakan seperti
kaedah semula jadi, kaedah oral-aural, teknik bercerita, teknik main peranan, teknik
sumbangsaran dan sebagainya. Sebagai contohnya, dalam melatih murid bertutur,
guru boleh memilih teknik bercerita. Ini kerana murid-murid sekolah rendah
kebanyakannya gemar bercerita. Selain itu, kanak-kanak juga gemar bermain. Maka,
guru boleh melaksanakan aktiviti permainan bahasa. Walaupun pengajaran
disampaikan dalam bentuk permainan, tetapi objektif pengajaran dapat dicapai.

iii. Perbezaan individu


Perbezaan individu juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan masalah dalam merancang
dan melaksanakan aktiviti kemahiran berbahasa. Dalam sebuah kelas, tidak semua murid
mempunyai keupayaan yang sama. Perbezaan ini juga mungkin disebabkan perbezaan gaya
kognitif dan gaya belajar serta perbezaan personaliti pelajar. Ada sesetengah murid yang kurang
fasih bertutur, sukar mengecam bunyi, masih tidak pandai menulis dengan cara yang betul, tidak
lancar membaca dan sebagainya. Masalah inilah yang menjadi faktor bagi guru untuk
merancang pengajaran harian mereka. Kesannya, guru-guru tidak dapat menyediakan latihan
yang berbeza iaitu latihan untuk murid yang lemah dan latihan untuk murid yang maju.

iv. Keadaan persekitaran pembelajaran

29
Persekitaran pembelajaran juga menjadi punca aktiviti bahasa tidak dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Antara masalah yang dihadapi ialah bilangan murid yang terlalu
ramai. Bilangan yang terlalu ramai inilah yang menyebabkan kelas menjadi terlalu
padat. Akibatnya, aktiviti yang melibatkan kemahiran lisan, kemahiran menulis dan
kemahiran membaca sukar dilaksanakan. Hal ini kerana jika terlalu ramai, aktiviti
bahasa sukar berjalan dengan lancar. Selain itu, keadaan bising juga mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sebagai contohnya, jika keadaan kelas
terganggu oleh bunyi bising, maka proses mendengar akan terjejas. Murid pasti tidak
akan dapat memahami apa yang didengarnya serta tidak dapat memproses maklumat
yang disampaikan.

v. Tugas guru
Jika dibandingkan tugas guru pada hari ini dengan guru pada masa dahulu, guru pada
hari ini lebih berat tugasnya. Guru hari ini perlu menghadiri banyak mesyuarat, kursus,
kegiatan kokurikulum di luar sekolah dan sebagainya. Kesibukan inilah menghalang
guru untuk merancang aktiviti yang boleh merangsang kemahiran berbahasa dalam
kalangan murid. Kesannya, kemahiran berbahasa murid tidak dapat ditingkatkan. Hal
ini kerana aktiviti dan bahan yang dirangka perlu dinilai kesesuaiannya sebelum
digunakan. Sebagai contohnya, jika seorang guru ingin mengadakan aktiviti menulis,
maka bahan yang ingin disediakan perlu sesuai dengan tahap umur murid kelas
tersebut. Oleh kerana guru terlalu sibuk dengan tugas yang lain, prestasi berbahasa
dalam kalangan pelajar juga tidak dapat dipantau dengan teliti. Keadaan inilah yang
menyebabkan murid tidak dapat menguasai kemahiran lisan , kemahiran membaca dan
kemahiran menulis dengan sebaiknya.

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

30
Tarikh : 23 Mac 2010

Masa : 60 minit

Kelas : Tahap 1 (Tahun 2 Bestari)

Bilangan murid : 36 orang

Mata pelajaran: Bahasa Melayu

Tajuk : Peristiwa Bercuti ke Kuala Lumpur

Model pengajaran : Lisan, Bacaan, dan Tulisan

Fokus utama:

8.2 (Aras 3)

i. Menyediakan perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat


majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan

Fokus sampingan:

1.2 (Aras 1)

ii. Memberikan jawapan yang sesuai dengan soalan yang dikemukakan.

5.2 (Aras 1)

i. Membaca teks bukan sastera dan teks sastera dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan lancar.

Ilmu : Bahasa Melayu, Kajian Tempatan

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid dapat :

31
1. menyusun enam ayat berdasarkan susunan gambar yang diberi;
2. memberi tiga jawapan daripada lima soalan yang ditanyakan oleh guru tanpa
merujuk bahan bacaan;
3. membaca keseluruhan ayat dengan lancar dan sebutan yang betul;

4.membina perenggan pendek dalam lingkungan enam ayat berdasarkan gambar


yang diberi.

Pengisian kurikulum :

1. Ilmu

2. Nilai

3. Kemahiran Bernilai Tambah

4. Strategi

Sistem bahasa : Kosa kata, Peribahasa

Pengetahuan sedia ada :

1. Murid-murid pernah pergi melawat sesuatu tempat yang mempunyai


daya tarikan,

2. murid-murid boleh membaca dan menulis petikan mudah.

Alat bantu mengajar :

1. LCD

2. 6 keping gambar bersiri

3. Kad-kad ayat

4. Gambar untuk tugasan

5. Roda Bahasa

32
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah Isi pelajaran Aktiviti Catatan


Guru Murid

Set induksi Percutian Nilai :


Guru menayangkan Murid-murid melihat
(5 minit)
Keberanian,
video tentang video yang
Kejujuran
percutian. ditayangkan
dengan teliti.
Kemahiran
bahasa:
Guru meminta murid
Murid-murid
kemahiran
melihat video yang
memberikan respon
bertutur
ditayangkan dan
terhadap video
memberi respon
tersebut.
KBKK
terhadap video
tersebut.
BBM: LCD

Langkah 1 Lawatan ke Guru mengedarkan Murid-murid BBM: Kad


(10 minit) Kuala Lumpur
gambar bersiri dan menerima bahan gambar
bahan bacaan serta bacaan dan bersiri
meminta murid membacanya
membacanya dengan senyap. BCB:
secara senyap. kemahiran
membaca
skimming
Guru menyuruh
Beberapa orang
beberapa orang
murid membaca
murid membaca
petikan itu secara
bahan bacaan
lantang.

33
secara lantang dan
meminta murid-
murid lain
mendengar bacaan
itu sambil
menyemak bahan
bacaan tersebut.

Langkah 2 Latihan Guru meminta Murid menyusun KBT:


(15 minit)
menyusun murid-murid ayat yang betul Kemahiran
ayat menyusun ayat mengikut susunan Berfikir
berdasarkan yang betul mengikut gambar yang diberi.
susunan susunan gambar. Nilai:
gambar Berdikari

Guru meminta
Murid
KP: verbal-
murid-murid
menampalkan
linguistik
menampalkan
gambar di dalam
gambar bersiri di
buku dan menulis
dalam buku dan
semula ayat
Kemahiran
menulis semula ayat
mengikut susunan
bahasa :
mengikut susunan
yang betul.
menulis
yang betul.

Langkah 3 Pengayaan/ Guru meminta Murid-murid yang


(15 minit) pemulihan
murid-murid yang sudah menyiapkan
sudah menyiapkan latihan pergi ke
latihan tersebut ke sudut pengayaan.
sudut pengayaan.

Guru meminta Murid-murid


mereka menyusun bermain dengan

34
perkataan- kad-kad yang
perkataan supaya disediakan.
menjadi ayat dan
murid yang dapat
membina banyak
ayat dalam masa
yang ditetapkan
dikira sebagai
pemenang.

Guru membantu Murid-murid yang


murid-murid dalam dalam kumpulan
kumpulan lemah lemah menyiapkan
menyiapkan latihan. latihan dengan
bantuan guru.

Langkah 4 Tugasan
Pada akhir
(10 minit)
Menerima gambar
pembelajaran, guru
yang diberi dan
memberi sekeping
mendengar arahan
gambar kepada
serta penerangan
murid-murid dan
yang disampaikan
menerangkan cara
oleh guru.
untuk menulis
karangan satu
perenggan.

Guru meminta murid


Murid menerima
menulis satu
arahan yang
perenggan pendek
diberikan guru dan

35
berdasarkan melaksanakan
gambar yang diberi. tugasan yang
diterima.

Penutup
Guru menerangkan
(5 minit) Murid-murid
bahawa perkataan-
mendengar
perkataan perlu
penerangan guru
disusun mengikut
urutan yang betul
untuk menjadikan
ayat yang tepat

6.0 REFLEKSI

36
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus
Berasaskan Ilmu(KKBI) Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (BMM 3104) ini dengan
jayanya. Tugasan ini telah diterima pada 9 Ogos 2010 dan perlu dihantar pada 23
September 2010. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara individu. Tugasan ini adalah
berpaksikan kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca dan menulis. Melalui tugasan ini, saya dikehendaki memberikan
definisi dan konsep bagi kemahiran berbahasa, aspek-aspek penting berkaitan
kemahiran berbahasa dan faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya masalah dalam
merancang aktiviti kemahiran berbahasa. Selain itu, saya juga dikehendaki
menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang menggabungjalinkan
kemahiran tersebut.

Melalui tugasan ini, saya mendapat banyak maklumat yang berguna untuk
digunakan sebagai guru Bahasa Melayu pada masa akan datang. Saya juga dapat
memahami apa yang dimaksudkan dengan kemahiran berbahasa. Selain itu, saya
dapat belajar cara untuk menyediakan RPH yang menggabungjalinkan pelbagai
kemahiran berbahasa. Semasa menyiapkan tugasan ini, saya tidak mengalami
sebarang masalah kerana buku-buku rujukan yang digunakan mempunyai banyak
maklumat yang berkaitan. Bahan-bahan yang diperoleh dari internet juga banyak
membantu. Saya juga turut mengadakan perbincangan dengan rakan sekuliah
mengenai tajuk tugasan ini.

Kesimpulannya, tugasan ini sangat bermakna kepada saya sebagai seorang


bakal guru Bahasa Melayu. Hal ini kerana, melalui tugasan ini dapat memberi
pengalaman dan ilmu pengetahuan baru kepada saya. Terima kasih yang tidak
terhingga juga diucapkan kepada pensyarah BMM 3104 kami, En. Hegratul Al-Amin b.
Shahbudin kerana banyak mencurahkan ilmu dan membimbing saya melaksanakan
tugasan ini.

37

Anda mungkin juga menyukai