Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

INTERAKSI BERSAMA SEKOLAH DAN KHIDMAT KOMUNITI


SK TAMAN RIA

1.0 PENGENALAN

Sesungguhnya, guru merupakan pembina generasi. Oleh hal yang demikian,


pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha
melahirkan bangsa yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah
yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru pelatih perlu
memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi di samping mempamerkan
kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penghayatan nilai, kualiti
peribadi yang terpuji dan etika keguruan selaras dengan hasrat negara.

Pelaksanaan program interaksi bersama sekolah dan khidmat komuniti lebih


menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi
sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan
dalam kalangan pelajar guru. Sehubungan dengan itu, program tersebut merupakan suatu
wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan pelajar guru dan diharapkan dapat
melahirkan pelajar guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi
serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus
globalisasi. Pendek kata, program tersebut mampu membina kemahiran berfikir aras tinggi
pelajar guru dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang
jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan
penambahbaikan secara berterusan.

2.0 RASIONAL

Program interaksi bersama sekolah dan khidmat komuniti adalah penting kerana:

2.1 Program tersebut dapat memberi peluang kepada pelajar guru dalam
mengaplikasikan kemahiran mengendali, bekerjasama dalam satu pasukan
dengan ciri-ciri kepimpinan serta menunjukkan sikap sukarelawan melalui
penyertaan sepanjang aktiviti.

2.2 Program tersebut berperanan sebagai satu-satunya platform bagi pelajar guru
untuk mempelajari dan bertindak balas secara positif kepada keadaan dan
keperluan persekitaran yang berbeza serta mengembangkan kemahiran
berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.

2.3 Program ini dapat membina dan meningkatkan kualiti peribadi mulia pelajar guru
sebagai seorang insan serta bakal pemimpin negara.

3.0 MATLAMAT

Program interaksi bersama sekolah dan khidmat komuniti di SK Taman Ria ini
bermatlamat untuk mendedahkan pelajar guru dengan kemahiran dan pengalaman dalam
menjayakan khidmat komuniti serta interaksi bersama sekolah di samping meningkatkan
keseimbangan jati diri berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara, iaitu seimbang dari aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS). Dengan ini, program tersebut bermatlamat
menjadi medium signifikan dalam membentuk modal insan pelajar guru yang berketerampilan
selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras pembangunan kemajuan negara
Malaysia.

4.0 OBJEKTIF

Interaksi bersama sekolah dan khidmat komuniti di SK Taman Ria adalah untuk
memberi peluang kepada pelajar guru:

4.1 Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri pelajar guru
terhadap komuniti yang ada di persekitaran.

4.2 Mengaplikasikan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,


amalan serta aktiviti yang dirancang.

4.3 Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

4.4 Memupuk mengamalkan amalan nilai sivik dalam diri setiap pelajar guru dengan
mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan
diri yang sesuai.

4.5 Mempratikkan semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab


dalam
melaksanakan tugas secara berkumpulan tanpa mengira agama, bangsa,
kepercayaan dan ideologi.
4.6 Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada
masyarakat dan negara.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Murid Tahun 4 dan 5 SK Taman Ria seramai 145 orang.

6.0 MASA DAN TEMPAT

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Sekolah Kebangsaan Taman Ria, Kedah

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BUTIRAN JUMLAH TANGGUNGAN

1 Makanan RM 520 pelajar guru

Makanan pagi : RM 3 x 52
Makanan tengah hari : RM 5 x 52
Makanan Petang : RM 2 x 52

2 Hadiah : RM30 RM 30 pelajar guru

3 Barang Hiasan : RM30 RM 30 pelajar guru

JUMLAH RM 580.00
9.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.45 pagi – 8.00 pagi Melaporkan Diri

7.00 pagi – 8.00 pagi Bertolak ke SK Taman Ria

Ice Breaking dan Taklimat - Station Games kepada


8.30 pagi – 9.00 pagi
murid-murid Tahun 4 dan 5 SK Taman Ria

9.00 pagi – 10.20 pagi Menjalankan Station Games

10.20 pagi – 10.40 pagi Minum Pagi

10.20 pagi – 1.00 petang Menjalankan Station Games

1.00 petang – 2.00 petang Makan Tengah hari

2.20 petang – 2.30 petang Taklimat Khidmat Komuniti – Gotong royong

2.30 petang – 5.00 petang Gotong royong

Majlis Penutupan dan Memberi Penghargaan kepada


5.00 petang – 5.50 petang
Pihak Sekolah SK Taman Ria

5.50 petang – 6.00 petang Sesi Bergambar

6.00 petang Bertolak pulang ke tapak perkhemahan

10.0 PENUTUP

Kesimpulannya, interaksi bersama sekolah dan khidmat masyarakat di SK Taman Ria


merupakan satu peluang yang bermakna kepada pelajar guru dan akan dapat memberikan
input positif kepada perkembangan diri setiap pelajar guru. Seribu satu kemaslahatan yang
akan diperoleh daripada pelaksanaan program tersebut. Contohnya, aktiviti yang dilaksanakan
secara bersama dalam sebuah komuniti berbilang kaum akan memberikan impak toleransi dan
ikatan perpaduan yang lebih utuh. Dengan ini, hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
melahirkan individu yang berilmu, kreatif dan inovatif selari dengan pembelajaran pada abad ke-
21 ini boleh dicapai melalui program ini. Justeru itu, adalah sangat diharapkan kertas kerja
interaksi bersama sekolah dan khidmat masyarakat di SK Taman Ria ini mendapat
pertimbangan sewajarnya daripada pihak pengurusan.

11.0 SENARAI NAMA PESERTA

1. Dhivya A/P Muniandy


2. Navarshini A/P Sinnadurai
3. Bharathi A/P Raman
4. Lau Ang Chee
5. Sasikala A/P Padmanaban
6. Khoo Wan Ching
7. Tan Kai Xuan
8. Kimberly Mae Yen Vong Towonsing
9. Dharrsheni A/P Arumugam
10. Liew Lih Ying
11. Dharrsyini A/P Subramaniam
12. Darshini A/P Jayakumar
13. Looi Tyng Tyng
14. Premlah A/P Elangovan
15. Kee Kai Chui
16. Kang Li Hung
17. Mangaiyarkharasi A/P Supramaniam
18. Chan Jie Yi
19. Mok Ming Yan
20. Lee Cai Xin
21. Rashveen Raaj A/L Sandirasekar
22. Tan Yi Syuen
23. Puvanieshwari A/P Perumal
24. Naveenah A/P Balakrishnan
25. Heng Jia Ying
26. Nik Nur Anis binti Nik Ngah Zaki
27. Tiong Ko Ing
28. Jayne Ng Kia Yee
29. Henry Lau Bi Xian
30. Haiswaria
31. Partiban A/L Yugapurian
32. Saw Kee Yin
33. Su Hui Ning
34. Eun Min Hooi
35. Hannah Izzureen binti Baharim
36. Lim Der Shin
37. Chew Yong Fong
38. Jeenatha A/P Munusamy
39. Shalini Shesma A/P Jeyakumaran
40. Keoh Hui Kim
41. Wong Boon Hao
42. Muhammad Mu’izz Muhaimin bin Suhaimee
43. Nur Anis Amalin binti Mohd Nasir
44. Nor Khadijah binti AbdelKrim
45. Nuha Nabila binti Nasrudin
46. Wan Suraya binti Wan Ahmad
47. Lau Zheng Hao
48. Sharvind A/L Pasupati
49. Kanmani A/P Marka Counder
50. Pavitra A/P Maslamany
51. Ho Jane Yee
52. Nurul Fahda binti Mustaffa