Anda di halaman 1dari 1

GAMBARAN MASYARAKAT

PUISI : Pantun Budi

FAKTA Masyarakat yang terlibat dengan aktiviti pertanian / Masyarakat hidup sebagai
golongan petani.

HURAIAN Hal ini dapat dibuktikan/dikesan melalui perkataan “pisang emas” dalam baris
pertama pada rangkap pertama pantun. Penggunaan/kewujudan perkataan ini dapat
menjelaskan bahawa pokok pisang amat sinonim/akrab dengan kehidupan seharian
masyarakat Melayu tradisional pada masa pantun dihasilkan. Justeru itu, ia
membuktikan bahawa penanaman pokok pisang merupakan amalan seharian dalam
kehidupan mereka. Maka dapatlah disimpulkan bahawa kegiatan pertanian
merupakan satu daripada bidang pekerjaan masyarakat Melayu tradisional pada
masa itu.

CONTOH Pisang emas dibawa belayar, (Baris 1, Rangkap 1)


Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Anda mungkin juga menyukai